Berita

Berita
72 Lokasi Bazar Ramadan Beroperasi Di KL Mulai Ahad Ini
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Sebanyak 72 lokasi bazar Ramadan membabitkan 5,000 gerai akan beroperasi di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan dijangka bermula Ahad ini. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pengoperasian itu bermula sekitar 3 petang hingga 8 malam. “Walaupun selepas 1 April kita telah masuk fasa peralihan ke endemik, […]
Berita
Permohonan Permit Iktikaf Ramadan Di Haramain Dibuka – Agensi Masjid Nabawi
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Jemaah Umrah seluruh dunia, termasuk warga Malaysia yang kini berada di Arab Saudi sudah boleh mula menempah slot Iktikaf Ramadan 1443H di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Isnin 25 Syaaban (28 Mac) sehingga 10 Ramadan (12 April). Slot Iktikaf Ramadan 1443H akan dibuka untuk tempoh 12 hari […]
Berita
Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Menerusi Portal Bermula 1 April
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) – Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April ini. KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 hingga 30 […]
Berita
Gagal Lapor Suapan, Pembantu Penguat Kuasa KPDNHEP Didenda RM2,000
JOHOR BAHRU, 29 Mac – Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung suapan wang berjumlah RM700 yang diberikan kepadanya, tahun lepas. Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu […]
Berita
Tidak Bangga Telco Untung RM1 Bilion Tetapi Perkhidmatan Untuk Rakyat Tidak Memuaskan – Annuar
KOTA KINABALU, 29 Mac – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak berbangga dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau telco yang mencatat keuntungan RM1 bilion tetapi masih menyediakan perkhidmatan tidak memuaskan untuk rakyat. Beliau berkata kerajaan telah melabur berbilion ringgit untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi antaranya projek hab gentian optik titik kehadiran […]
Berita
EU Desak Taliban Benarkan Gadis Belajar Peringkat Menengah Di Afghanistan
MOSCOW, 29 Mac – Kesatuan Eropah pada Isnin mengecam keputusan Taliban melarang lebih sejuta gadis Afghanistan daripada menerima pendidikan peringkat menengah, dan yakin langkah itu mengurangkan peluang agar gerakan itu mendapat perakuan yang “diingini”. Kementerian pendidikan Afghanistan pada Rabu mengumumkan kanak-kanak perempuan dibenarkan menghadiri kelas setakat darjah enam manakala pembelajaran peringkat atasan harus menunggu sehingga […]
Berita
KPM Perkenal Kluster Mata Pelajaran Dalam Pengambilan Guru Secara ‘One-Off’
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara ‘one-off’ bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda […]
Berita
Pengeluaran Khas KWSP: Hanya Tiga Golongan Ini Yang Layak
Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun. Selain itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin […]
Gaya hidup
Pengeluaran Khas KWSP Dibuat Dalam Satu Bayaran Sahaja
Berikutan permohonan Pengeluaran Khas yang boleh dibuat tidak lama lagi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja. Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook KWSP sebentar tadi, pembayaran Pengeluaran Khas secara ‘single payment’ akan dibuat mulai 20 April 2022. Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran […]
Luar Negara
Budak Tahun Tujuh Rebah, Meninggal Dunia Di Sekolah Akibat Jantung
Seorang budak lelaki tahun tujuh yang rebah ketika sesi persekolahan dilapor meninggal dunia secara tragis selepas menerima rawatan kecemasan di sekolah. Menurut Mirror, kanak-kanak tersebut meninggal dunia di Sekolah Tinggi Shoeburyness, UK sekitar jam 1.20 petang baru-baru ini akibat serangan jantung. Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke sekolah sekitar jam 1 tengah hari. Jurucakap Polis Essex berkata […]
Berita
Perak Tidak Mahu Rakyat Menderita Kekurangan Bekalan Air – MB
IPOH, 29 Mac – Kerajaan Negeri Perak tidak mahu rakyat di negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah pada masa akan datang sekiranya menyalurkan bekalan berkenaan kepada Pulau Pinang. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini dapat dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh rakyat Pulang Pinang apabila bekalan air sentiasa tidak […]
Berita
Kotak Hitam Kedua Pesawat China Eastern Ditemui
Kotak Hitam kedua dari pesawat China Eastern Boeing 737-800 ditemukan pada Ahad dengan harapan mungkin dapat menjelaskan punca pesawat tersebut terhempas. Menurut NPR, anggota bomba yang mengambil bahagian dalan pencarian menemukan kota hitam tersebut di kawasan lereng bukit kira-kira 40 meter dari titik pesawat tersebut terhempas. “Pakar mengesahkan bahawa itu merupakan kotak hitam kedua dari […]
Berita
G7 Tolak Tuntutan Rusia Supaya Pembelian Gas Dibayar Dalam Matawang Ruble
BERLIN, 29 Mac – Kumpulan Negara G7 (G7) sepakat menolak tuntutan Moscow supaya eksport gas Rusia dibayar dalam mata wang ruble, kata Naib Canselor Jerman Robert Habeck pada Isnin. Tuntutan Rusia “hanya membabitkan sebelah pihak dan jelas melanggar kontrak sedia ada”, kata Habeck, yang juga menteri hal ehwal ekonomi dan tindakan iklim Jerman, selepas mesyuarat […]
Berita
KKM Syor Kanak-Kanak Segera Divaksin Sebelum 1 April – Dr Noor Azmi
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dengan kadar segera sebelum negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu […]
Luar Negara
Kanak-kanak Jadi Saksi Ibu Ditikam Kejam Hingga Mati
SYDNEY: Seorang kanak-kanak tiga tahun jadi saksi ibunya ditikam dengan kejam berkali-kali hingga mati oleh bekas teman lelakinya, lapor Mirror. Menurut laporan, mangsa (ibu) ditemui mati akibat luka tikaman yang banyak di luar rumahnya di Mayfield, pinggir bandar Newcastle di New South Wales. Difahamkan, pada awalnya mangsa menghubungi pihak polis kira-kira 10:40 malam apabila menyedari rumahnya […]
Berita
Will Smith Mengaku Tindakan Pukul Chris Sesuatu Tidak Boleh Dimaafkan
Pelakon Hollywod terkenal, Will Smith mengaku tindakannya memukul pelawak Chris Rock di Anugerah Oscar adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan. Will Smith dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, dia tidak dapat menerima tindakan pelawak itu kerana ia sangat menyentuh emosinya. “Keganasan dalam semua bentuk adalah beracun dan merosakkan. Tingkah laku saya pada malam itu tidak […]
Berita
Kadar Baharu Gaji Minimum Perlu Kajian Menyeluruh – Penganalisis
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Masih samar selain menimbulkan banyak persoalan. Rancangan kerajaan untuk menguatkuasakan gaji minimum RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini dilihat oleh kebanyakan pihak sebagai satu keputusan tepat seiring situasi semasa ekonomi, namun ada beberapa polemik yang harus dituntaskan terlebih dahulu sekiranya mahu dasar itu mencapai matlamatnya. Dari segi majikan, mereka tertanya-tanya […]
Berita
Bapa Tergamak Rogol Anak Kandung Sendiri Hingga Sebabkan Ketagihan Seks
Seorang bapa dilaporkan tergamak perkosa anak kandungnya sendiri yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu, lapor Kosmo. Menurut laporan, suspek yang juga seorang buruh telah ditahan oleh pihak polis selepas satu laporan polis dibuat oleh isterinya. ‘Kantoi’ perbualan lucah suspek dan mangsa Difahamkan, isteri suspek telah membaca perbualan […]
Berita
Pemilik Chelsea Disyaki Diracun Lepas Hadiri Rundingan Damai Di Kyiv
Pemilik Chelsea FC, Roman Abramovich dan dua orang perunding damai Ukraine dilaporkan mengalami keracunan, beberapa minggu selepas menghadiri satu pertemuan di Kyiv. Memetik laporan Daily Mail, mereka mengalami gejala termasuk mata merah serta kulit muka dan tangan menggelupas. Selain daripada itu, Abramovich juga turut dilaporkan ‘hilang penglihatan selama beberapa jam’ dan dirawat di sebuah hospital […]
Berita
Penunggang Motosikal Nyaris Maut, Jatuh Terseret Lepas Langgar Lubang
Tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal jatuh terseret di atas jalan raya dalam kejadian pada petang tadi. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Menerusi video itu, penunggang tersebut dilihat tidak dapat mengawal motosikalnya selepas terlanggar jalan berlubang yang terdapat di situ. Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh […]