Berita

Nak Elak Ditahan Polis, 5 Sekeluarga Nekad Terjun Apartmen Tujuh Tingkat
Sebuah keluarga kaya di Perancis yang didakwa terlalu obses dengan teori konspirasi COVID-19 telah terjun seorang demi seorang dari tingkat tujuh apartmen mereka di bandar Montreux, Switzerland selepas mengelak dari ditahan polis. Memetik laporan Daily Mail, suami isteri yang berusia 40 dan 41 tahun serta kakak kembarnya dan anak perempuan pasangan itu telah ditemui mati […]

MySejahtera: Keperluan SOP Daftar Masuk Ke Premis Mungkin Dimansuhkan
PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) — Keperluan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis-premis mungkin dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata keputusan sama ada meneruskan atau memansuhkan SOP daftar masuk melalui MySejahtera itu, akan ditentukan berdasarkan trend jangkitan pandemik COVID-19 serta data mobiliti penduduk dan pengembara, apabila sempadan negara […]

Individu Hilang Status Lengkap Vaksin Masih Boleh Makan Di Restoran, Masuk Pejabat
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Individu yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April kerana tidak mendapat dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Antara aktiviti itu ialah makan di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat. “Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu […]

Pasar Malam Lorong TAR Dipindahkan Sementara Mulai 9 April – DBKL
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Aktiviti pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, akan dipindahkan ke Jalan TAR, susulan pembukaan Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 yang beroperasi mulai 9 April hingga 2 Mei depan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi pasar malam yang beroperasi setiap Sabtu itu […]

Kereta Kebal Rusia Dirakam Masih ‘Teguh’ Lepas Ditembak Senjata Buatan UK
Mariupol – Satu rakaman menunjukkan kereta kebal Rusia T-728 gagal dimusnahkan oleh senjata anti kereta kebal buatan United Kingdom (UK), NLAW tular di media sosial. Memetik laporan Daily Mail, peluru berpandu itu gagal untuk melumpuhkan sepenuhnya kereta kebal Rusia berkenaan selepas ianya dilihat masih meneruskan perjalanannya tanpa terkesan dengan letupan tersebut. Difahamkan, kereta kebal Rusia […]

Kilang Pau Dan Dimsum Diarah Tutup Kerana Kotor
BUTTERWORTH, 30 Mac (Bernama) — Sebuah kilang memproses pau dan dimsum di Medan Melor Selatan, di sini diarah tutup selama dua minggu berikutan keadaan premis yang kotor dan menjijikkan, termasuklah terdapat najis tikus di ruang pemprosesan makanan dan stor. Selain penemuan najis tikus, pihak berkuasa turut menemui tikus dan lipas di situ, malah pemiliknya juga […]

Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 8.00 malam ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda seluruh negeri Perlis, Kuala Lumpur dan Melaka. Selain itu, daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Sik dan Baling di negeri Kedah akan dilanda […]

Ini Cara Mohon Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari golongan B40 boleh memohon laptop (komputer riba) atau tablet percuma untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran. Pelajar yang ingin memohon menerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini perlu memenuhi kriteria atau syarat asas yang ditetapkan, merangkumi beberapa perkara. Pertama, pelajar merupakan seorang penuntut di IPT awam dan swasta, Kolej Komuniti […]

Harga Minyak Naik Lagi, RON97 Kini RM3.91 Seliter
Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 kini naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM3.83 kepada RM3.91 seliter. Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, penetapan harga runcit produk petroleum itu berkuatkuasa bagi tempoh 31 Mac 2022 hingga 6 April 2022. Bagi harga runcit petrol RON95 dan diesel, ia kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. […]

Pavilion Kuala Lumpur Terbakar Tadi
KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur terbakar kira-kira pukul 2:10 petang tadi. Pihak Pengurusan Pavilion menerusi satu kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran itu berpunca daripada dapur di sebuah restoran yang terletak di aras satu pusat membeli-belah berkenaan. “Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. “Jabatan […]

Pengecualian Bayaran Tol 7 Hari Mulai Jumaat Di ICQS Johor – PM
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran tol selama tujuh hari melibatkan semua jenis kenderaan di sempadan Malaysia-Singapura sempena pembukaan semula laluan darat kedua-dua negara bermula Jumaat ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian itu membabitkan plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bangunan Sultan […]

Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tangki Septik Di Florida
Mayat seorang bayi lelaki berusia setahun yang hilang selama sehari akhirnya ditemui dalam sebuah tangki septik di kawasan rumahnya di Florida, baru-baru ini. Ketua Polis Putnam County, H.D. “Gator” DeLoach, berkata, “Mayat Jose Lara ditemui dalam tangki septik kira-kira 32 meter dari rumah keluarganya di Putnam County di sini,” katanya dalam sidang media. Menurut penyiasat, […]

Terima Kasih Doktor, Kalian Hero Keluarga Malaysia – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengorbanan diberikan doktor termasuk ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Bersempena Hari Doktor Sedunia yang disambut hari ini, beliau berkata jasa dan pengorbanan diberikan golongan itu cukup besar bukan sahaja dalam soal merawat bahkan meliputi […]

Adakah Wajib Keluarkan Zakat Dari Pengeluarkan Khas KWSP?
Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan senarai ahli yang layak mengeluarkan simpanan mereka melalui Pengeluaran Khas seperti yang diumumkan Perdana Menteri tempoh hari. Seperti yang kita tahu, ahli yang mengeluarkan amaun tertentu daripada KWSP perlu menzakatkan sebahagian daripada jumlah wang tersebut. Namun, melalui Pengeluaran Khas ini, adakah perlu atau wajib ahli beragama Islam […]

Polis Marin Tahan Lelaki, Rampas Organ Penyu Di Semporna
SEMPORNA, 30 Mac (Bernama) – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki serta merampas pelbagai organ penyu yang sudah dipotong-potong di dalam ruangan sebuah perahu di Kampung Bangau-Bangau di sini semalam. Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna DSP Mohamad Ismail berkata pihaknya ke lokasi kejadian pada 10 pagi dan menghampiri sebuah perahu yang berikat di tiang sebuah rumah sebelum […]

Isu Pensyarah Tular: Ini Penjelasan & Tindakan UiTM
Universiti Teknolgi Mara (UiTM) telah meneliti isu tular melibatkan seorang pensyarah dan satu tindakan pantas diambil berhubungan insiden itu. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor menegaskan sedemikian menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi. “Susulan penularan video di media sosial membabitkan tindakan seorang pensyarah UiTM yang telah mengeluarkan komen […]

Mohamed Salah Gagal Sempurnakan Penalti Gara-gara Dipancar Laser
Penyerang Mesir, Mohamed Salah gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kelayakan Piala Dunia menentang Senegal malam tadi gara-gara dipancar sinaran laser. Gangguan pancaran-pancaran laser berwarna hijau itu dipercayai dihala dari arah penonton lawan ketika penyerang itu sedang ‘bersedia’ untuk melakukan sepakan penalti. Sebaik wisel dibunyikan, Salah merembat bola ke arah gawang gol. Namun rembatannya agak tersasar […]

Covid-19: Kes Sembuh Lebih Tinggi Berbanding Kes Baharu Semalam
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kes sembuh COVID-19 mencatatkan 24,154 kes, mengatasi kes baharu sebanyak 15,215 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah tersebut menjadikan kes kumulatif sembuh yang direkodkan dalam negara sehingga kini adalah sebanyak 3,920,643 kes. “Daripada kes baharu yang dicatatkan semalam, 906 kes dimasukkan […]

Tular Video Individu Didakwa Tegur Pelajar, Ini Respon Menteri
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah ambil maklum tentang tindakan seorang individu yang didakwa menegur seorang pelajar dalam video tular di media sosial pada Rabu. Menerusi satu ciapan di Twitternya, beliau telah menghubungi pihak Universiti Tekonologi Mara (UiTM) untuk meminta penjelasan mengenai isu tersebut. “Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang […]

Lebih 2.8 Juta Remaja Di Malaysia Lengkap Vaksinasi
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Sebanyak 15,711,005 individu dewasa atau 66.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,227,197 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia […]