Berita

Tiga Remaja Maut, Selepas Berlumba Sesama Sendiri
PASIR GUDANG, 23 April – Tiga remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah dipercayai berlumba sesama sendiri membabitkan tiga motosikal sehingga kemalangan di Jalan Delima, Taman Kota Masai, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang […]

1.4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kedah Aidilfitri Ini
ALOR SETAR, 23 April – Polis menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki Kedah pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin berkata peningkatan kenderaan itu adalah kerana tahun ini masyarakat dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung selepas dua tahun tidak dapat beraya akibat pandemik COVID-19. “Kita […]

Sebab-Sebab Cuti Paterniti Tujuh Hari Tidak Cukup
KUALA LUMPUR, 23 April – Apabila anak lelakinya lahir 10 minggu lebih awal daripada jangkaan yang memerlukan ia ditempatkan di dalam inkubator di hospital pada 2014, Mohd Izad Misri berkorban masa hampir dua bulan menjaga si kecil itu. Sepanjang tempoh itu, dialah ibu dialah ayah kepada bayi berkenaan. Membawa susu badan yang dibekukan sebelum dipanaskan […]

Penghormatan Terakhir Bagi Ali Hamsa Pada Isnin
PUTRAJAYA, 23 April – Penghormatan terakhir bagi bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang meninggal dunia pada Khamis lepas akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini pada Isnin ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, penghormatan terakhir bagi Allahyarham di Dewan Sheikh Daud […]

Wajib Bayar Zakat Bagi Pengeluaran Khas KWSP Di Pulau Pinang, Tetapi Bergantung Kepada 3 Situasi Ini
Zakat sebanyak RM250 wajib dikeluarkan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000. Perkara itu disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman Facebook rasminya. Bagaimanapun, ianya hanya dikenakan kepada pengeluaran khas KWSP yang dibuat di negeri itu sahaja. Jelasnya, wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal […]

COVID-19: Beberapa Lagi Kelonggaran SOP Akan Diumum – Khairy
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) — Kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan status negara yang kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Insya-Allah dari semasa ke semasa, KKM (Kementerian Kesihatan) akan mengumumkan sedikit kelonggaran demi kelonggaran untuk kita kembali seperti normal. “Tetapi biarlah kita lambat sedikit […]

Thailand Mansuh Ujian Covid-19 Ketika Ketibaan Bermula 1 Mei
BANGKOK, 22 April – Dalam usaha meningkatkan ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongan selepas dilanda pandemik, Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei. Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha berkata pelancong asing yang memasuki negara itu melalui program “Test & Go” tanpa perlu menjalani […]

Tujuh Kenangan Bila Balik Kampung, No 5 ‘Abah-abah’ Sentiasa Buat, Tak Pernah Lupa
Ingat lagi tak kenangan balik kampung untuk raya dulu-dulu? Zaman belum ada gajet untuk hilangkan bosan, tapi perjalanan berjam-jam pun rasa teruja sangat. Selalunya, bila nak balik raya, masing-masing mesti ‘busy’. Kemas baju, bersihkan rumah hinggalah angkut barang ke dalam kereta, semuanya buat bersama. Kalau ada yang terlupa, silap hari bulan terpaksa berpatah balik sambil […]

Kastam Lepaskan Tembakan, Kejar Lori Bawa Minuman Keras Seludup
JOHOR BAHRU, 22 April – Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba menghentikan sebuah lori yang dipercayai bawa minuman keras seludup. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lori yang dipandu lelaki berusia 40 tahun itu bukan sahaja cuba melarikan diri, malah cuba melanggar kenderaan […]

Mesir Arah Restoran Terkenal Ditutup Kerana Enggan Layan & Tak Benarkan Pelanggan Bukan Islam Makan Sebelum Waktu Berbuka
Sebuah restoran terkenal di Mesir diarah tutup selepas seorang wanita bukan Islam mengadu pekerjanya enggan melayan pesanan dan tidak dibenarkan makan di restoran berkenaan sebelum masuk waktu berbuka puasa. Pihak berkuasa Mesir berkata, restoran berkenaan diarah tutup kerana telah ‘melanggar undang-undang’ tanpa merujuk kepada insiden melibatkan wanita tersebut. Sheikh Al Azhar Ahmed Al Tayyed ketika […]

Pasangan Suami Isteri Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera, Bunuh Kanak-Kanak Tiga Tahun
BANDAR BAHARU, 22 April – Polis menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun, yang meninggal dunia di Hospital Jitra, semalam. Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kanak-kanak itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam oleh ahli keluarganya selepas tidak sedarkan […]

Tahanan Rohingya Lolos: Dua Dalang Utama Ditahan, Dua Masih Dikesan
BANDAR BAHARU, 22 April – Dua lelaki Rohingya yang menjadi dalang utama mencetuskan insiden tahanan lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi Rabu lepas, ditahan semalam. Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek utama yang dikenal pasti berusia 34 tahun itu sudah tiga tahun menjadi tahanan dan sebelum ini ditempatkan di […]

Pelantun Lagu ‘Inilah Barisan Kita’ Jamaludin Alias Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 22 April – Pelantun lagu patriotik ‘Perajurit Tanah Air’, Jamaludin Alias, meninggalkan dunia hari ini. Anaknya yang dikenali sebagai Fazli ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun kira-kira 5 pagi tadi akibat sakit tua. Jenazah pelantun lagu patriotik ‘Perajurit Tanah Air’, Jamaludin Alias selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan […]

WHO Amat Syorkan Guna Pil Antiviral Paxlovid Bagi Pesakit COVID-19 Bergejala Ringan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) amat mengesyorkan penggunaan pil antiviral Covid-19, Paxlovid keluaran Pfizer untuk pesakit bergejala ringan. Memetik laporan daripada Bernama TV, pengesyoran Paxloid itu dibuat berdasarkan hasil dua ujian melibatkan hampir 3,100 pesakit yang menunjukkan pil antiviral Paxlovid mengurangkan risiko kemasukan ke hospital, 85 peratus. Barisan pakar WHO menerusi Jurnal Perubatan BMJ menyebut, Paxlovid […]

Tiga Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Di Pusat Hiburan Karaoke
ALOR SETAR, 22 April – Tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai lemas dengan asap tebal akibat terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan karaoke di Jalan Putra, Mergong dekat sini, hari ini. Mangsa yang maut adalah dua lelaki berumur 30 dan 32 tahun, manakala mangsa wanita yang maut berusia 31 tahun dan kesemua mereka merupakan […]
JKM, Polis Selamatkan Kanak-kanak Perempuan Didera Ibu Tiri
SEREMBAN, 22 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diselamatkan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis daripada terus menjadi mangsa dera ibu tirinya di sebuah rumah di Sikamat, dekat sini, Isnin lepas. Pengarah JKM Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja’afar, di sini. “Hasil […]

Jemaah Haji B40 Dikenakan Bayaran Haji RM 10,980 Tahun Ini, Naik RM 1,000 Berbanding 2019
KUALA LUMPUR – Tabung Haji dijangka berbelanja lebih RM150 juta untuk bantuan kewangan haji bagi tahun 2022. Memetik ringkas daripada Bernama, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Dato’ Sri Amrin memaklumkan bahawa jemaah haji Muassasah kategori B40 dikenakan bayaran RM10,980 seorang. Hal ini menunjukkan peningkatan RM1,000 berbanding bayaran haji pada 2019. Manakala, bagi jemaah […]

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1 Mei 2022, Ini 29 Lokasi Yang Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Tarikh Aidilfitri […]

Staf Muatnaik Video Pelanggan Wanita Makan Di Bulan Puasa, Burger King Akan Ambil Tindakan
Baru-baru ini tular di TikTok sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tiga wanita bertudung yang memesan makanan di sebuah restoran makanan segera dan seterusnya makan di dalam restoran ketika bulan puasa sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Burger King Malaysia mengesahkan bahawa rakaman itu telah dimuatnaik oleh kakitangan mereka dalam satu kenyataan rasmi menerusi Facebook […]

MRSM Lahir 194 Ribu Pelajar Sejak 50 Tahun Lalu
KUALA LUMPUR, 22 April – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang menyambut Ulang Tahun Ke-50 penubuhannya telah berjaya mendidik dan melahirkan 194 ribu pelajar sejak tahun 1972. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mencapai usia 50 tahun, MRSM juga telah terbukti melahirkan ramai golongan Bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya. “Kita […]