Berita

Dua Beranak Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan
SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 11.50 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azharruddin, […]

Air Melimpah Ke Jalan, Rakaman Keadaan Banjir Di Melaka
Beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan sejak 7 pagi ini, lapor Bernama. Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah dalam kenyataanya pagi ini memaklumkan hujan lebat selama hampir empat jam itu menyebabkan tujuh kawasan terjejas di daerah tersebut. ”Laluan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan […]

Bingung, Detik Gadis Nak Sambut ‘Birthday’ Diserbu Kumpulan Baju Hitam, Sebelum Hilang Tanpa Jejak
Bayangkan anda sedang bergembira untuk menyambut hari lahir dengan kawan di sebuah kafe, tiba-tiba kalian ‘diserbu’ sekumpulan individu misteri yang kemudiannya menghilangkan diri tanpa jejak. Pasti bingung, bukan? Inilah yang dilalui seorang gadis berblaus kuning dalam sebuah video tular baru-baru ini. Menerusi rakaman itu, kafe yang mereka kunjungi tiba-tiba terputus bekalan elektrik, membuatkan semua orang […]

Hanya Segelintir Salah Guna Lorong Kecemasan – Bukit Aman
TANJUNG MALIM, 1 Mei (Bernama) — Terdapat segelintir sahaja pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu pemantauan di awal musim perayaan ini, kata Timbalan Pengarah (1) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain. Beliau berkata hasil pemerhatian pihaknya, majoriti pengguna masih menunjukkan sikap bertanggungjawab mematuhi […]

JAWI Umum Kelonggaran Baharu SOP Di Masjid & Surau
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok (2 Mei). Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah […]

Umat Islam Singapura Sambut Aidilfitri 3 Mei, Ini Sebabnya – Mufti
Seluruh umat Islam di Singapura secara rasminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Selasa, 3 Mei ini, umum Mufti Singapura, Dr. Nazirudin Mohd Nasir. Jelas Dr. Nazirudin, hal tersebut demikian kerana penampakan anak bulan Syawal (hilal) di negara tersebut masih belum kelihatan setakat menjelang Maghrib tadi. “Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat […]

Lee Zii Jia Juara BAC, Tundukkan Indonesia Di Final
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia merangkul juara dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini setelah berjaya menumpaskan Indonesia sebentar tadi. Menurut laporan ringkas Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia menumpaskan lawannya, Jonatan Christie dengan kedudukan 21-17 dan 23-21. “Inilah kemenangannya. Zii Jia mengakhiri penantian enam tahun Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki di BAC […]

Kelonggaran SOP: Rakyat Pilih Kekal Pakai Pelitup Muka, Imbas MySejahtera
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Berkuat kuasa hari ini, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka tidak diwajibkan tetapi adalah atas pilihan individu dan pemakaiannya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing. Selain itu, bermula hari ini juga imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard […]

Arab Saudi & Kebanyakan Negara Arab Lain Umum Sambut Aidilfitri Isnin Ini
Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab lain dilaporkan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin ini, lapor agensi Anadolu. Dalam satu kenyataan, Istana Arab Saudi berkata bahawa anak bulan Syawal, yang menandakan bulan ke-10 dalam kalendar Islam tidak kelihatan pada Sabtu (30 April). “Oleh itu, Ahad (1 Mei) adalah hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri pada […]

Kanak-Kanak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Saratok
SARATOK, 30 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit. Menurutnya, pihaknya […]

Tragedi Menjelang Aidilfitri: Dua Beranak Maut Di Putrajaya
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, Amalina Azman, 32, […]

JPJ Kenal Pasti Pemilik Toyota Vellfire Guna Lampu Strob
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengenal pasti pemilik kenderaan jenis Toyota Vellfire yang tular di media sosial kerana menggunakan lampu strob dan membunyikan hon hingga mengakibatkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan itu. Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata tindakan penguatkuasaan akan segera diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit […]

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Selangor, 463 Kawasan Di Lima Wilayah Terlibat
Sebanyak lima wilayah di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas sementara loji rawatan air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih), pada Selasa. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berpunca daripada insiden pencemaran bau yang dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. […]
Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Dibuka Mulai 2 Mei Ini
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan […]

Guru Wanita Terpedaya Macau Scam, RM276,000 Lesap
SEREMBAN, 30 April (Bernama) — Seorang guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas menjadi mangsa Macau Scam, apabila ditipu kononnya dia didakwa melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa pembayaran bagi menguruskan kesnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 41 tahun itu telah membuat pinjaman bank di samping meminjam […]

Hukum Beri Duit Raya, Adakah ‘Tasyabbuh’ Atau Menyerupai Budaya Kaum Lain? Ini Jawapan Mufti
Aidilfitri merupakan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Hari raya disambut dengan penuh kegembiraan dan diserikan dengan pelbagai aktiviti, juadah dan budaya unik, yang biasanya hanya boleh ditemui di bulan Syawal sahaja. Misalnya, budaya memberi duit raya di dalam sampul khas kepada anak-anak, anak buah, ibu-bapa, anak-anak jiran dan […]

Cara Nak Kenal & Potong Daging Lawan Urat, Baru Rendang Pagi Raya Lembut & Tak Liat
Daging antara bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Gulai kawah, BBQ, rendang hari raya, masak kicap atau sebut apa sahaja masakan, pasti ada tukang masak yang kreatif untuk mengolah daging menjadi satu masakan yang sedap dijamah. Tetapi untuk menjadikan masakan berdaging itu sedap, tentulah tekstur daging itu terlebih dahulu diambil kira. Yelah, […]

Dua Maut, Tiga Parah Nahas Di Jeli – Polis
KOTA BHARU, 30 April (Bernama) — Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli, kira-kira pukul 11 malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Shuhaimi Jusoh berkata kedua-dua mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian terdiri daripada pemandu kereta […]

Kes Mingguan Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) Di Selangor Melebihi Paras Amaran
SHAH ALAM, (Bernama) — Bilangan kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor kini telah melebihi paras amaran, kata Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Beliau berkata setakat 27 April lepas, sebanyak 5,346 kes direkodkan di negeri ini bagi penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun itu. “Pada masa yang […]

Rakyat Indonesia ‘Mudik’ Aidilfitri, Viral Foto Penduduk Bawa Penyapu Sapu Duit Dilempar Pengguna Jalan
Seperti di mana-mana negara yang penduduk majoritinya beragama Islam, Indonesia juga tidak terlepas dengan kemeriahan warga kota pulang ke desa untuk menyambut hari raya. Dengan populasi penduduk melebihi 250 juta orang, memang tidak dapat dibayangkan kesesakkan yang perlu ditempuhi pengguna-pengguna jalan raya di sana. Apatah lagi jika mengambil kira saiz daratan Indonesia yang begitu luas, […]