Berita

Berita
Singapura Bakal Buka Pusat Daging Ayam ‘Dibiak’ Dari Sel Terbesar Asia
Singapura dilapor bakal membuka pusat ternakan daging ayam dibiak daripada sel terbesar Asia hasil kerjasama dengan firma teknologi makanan dari Amerika Syarikat, Eat Just’s Good Meat, seluas 30,000 kaki persegi di Bedok. Sebelum ini, negara berkenaan juga menjadi negara pertama yang meluluskan penjual daging berasaskan sel, yang juga merupakan produk keluaran firma daripada negara Uncle […]
Berita
Lembu Ditahan, Berdepan Hukuman Penjara Selepas Serang Budak Hingga Maut
Seekor lembu di Sudan Selatan dilapor telah ditahan dan berdepan hukuman penjara oleh polis tempatan bersama pemiliknya selepas didapati bersalah menyerang seorang budak lelaki berusia 12 tahun sehingga menemui ajal. Memetik laporan Daily Star, serangan yang dibuat oelh lembu berkenaan menyaksikan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Laporan penahanan ke atas lembu berkenaan […]
Berita
Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka
Pada Jumaat yang lalu, seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Justin Bieber memaklumkan kepada peminat bahawa beliau akan berehat daripada membuat persembahan kerana mengalami lumpuh pada sebelah muka. Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya. “Semuanya […]
Berita
47 Kawasan Wilayah Petaling Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Berjadual 21 Jun Ini – Air Selangor
Gangguan bekalan air berjadual dijangka bakal berlaku di 47 kawasan di Wilayah Petaling berikutan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di kolam air Bukit Dengkil pada 21 Jun nanti. Menurut Air Selangor, tempoh gangguan bekalan air berjadual yang berlaku di wilayah Petaling itu akan bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada […]
Berita
Fenomena La Nina Diramal Akan Berlarutan Hingga 2023 – Pertubuhan Meteorologi Sedunia
Geneva – Fenomena La Nina diramal akan terus berlarutan sehingga bulan Ogos atau mungkin sehingga musim luruh dan permulaan musim sejuk. Ia dijangka akan memburukkan lagi musim kemarau dan bencana banjir di dunia. Ramalan telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurut kenyataan itu, beberapa ramalan jangka panjang juga mendapati […]
Berita
Cemas Anak Dilarikan Penganggur Curi Kereta Mahu Balik Kampung
KUANTAN, 10 Jun (Bernama) — Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri keretanya di Felda Hilir Satu di sini, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu bagaimanapun berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu, diturunkan di tepi Jalan […]
Berita
JKM Cari Waris Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Kotak Perlindungan
SHAH ALAM, 10 Jun (Bernama) — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kotak perlindungan bayi di Orphan Care Petaling Jaya, April lepas. Pelindung di jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata bayi tersebut dijumpai bersama sekeping nota yang menyatakan dilahirkan pramatang ketika […]
Berita
Hukuman Mati Masih Ada Tapi Hakim Diberi Pilihan Guna Budi Bicara – PM
BERA, 10 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman. Beliau berkata langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’ bagi hukuman mati yang menyebabkan […]
Berita
Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Rumah Perlindungan Dibuka Semula
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Bonda, memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL), bagi memohon perintah supaya rumah perlindungan itu dibuka semula. Saman pemula itu difailkan Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali selaku plaintif, melalui Tetuan Asiah […]
Berita
Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan Tema MAHA 2022
SERDANG, 09 JUN 2022 – Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2022 telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di MAEPS Serdang sini. Bertemakan “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan” atau “Food Security for the Future”, penetapan tema ini adalah bertepatan dengan tumpuan yang sedang diberikan dalam memperkukuhkan agenda sekuriti […]
Berita
Badan Pemerhati Alam Sekitar Menuntut Butiran Cadangan Projek Perlombongan Nadir Bumi di Hulu Perak
Petaling Jaya, 10 Jun 2022- B.E.A.CC.H., kluster alam sekitar CSO Platform for Reform, amat bimbang mengenai cadangan projek perlombongan nadir bumi yang melibatkan tiga bidang tanah seluas kira-kira 1,430.634 ekar (578.957 hektar) di kawasan hutan di Hulu Perak. Ini ditambah dengan lapan bidang tanah pertanian berhampiran milik kerajaan negeri seluas 3,907.882 ekar (1,581.438 hektar) yang […]
Berita
Wisma Putra Sahkan Kemalangan Bas Libatkan 15 Warga Malaysia Di Arab Saudi
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) — Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah. Susulan insiden itu, […]
Berita
Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tahun 2022
PUTRAJAYA, 10 Jun 2022- Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah bercemar duli ke Istiadat Mengarak Panji-Panji KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Rasmi Baginda bertempat di […]
Berita
Hiba Dapat Tahu 3 Anak Bukan Zuriat Sendiri, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri Dikahwini 16 Tahun
Seorang lelaki berusia 45 tahun di China mahu menceraikan isterinya yang dinikahi selama 16 tahun setelah mendapat tahu dia telah membesarkan tiga anak perempuan yang bukan dari zuriat sendiri. Difahamkan lelaki yang bernama Chen, berasal dari Wilayah Jiangxi, Timur China, mula mengesyaki isterinya berlaku curang padanya pada awal 2022. Menurut Lapor Radio dan Stesen TV […]
Berita
Kerajaan Setuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori – Wan Junaidi
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian […]
Berita
GST Bagus Namun Tangani Kelemahan Sebelum Laksanakan Semula – Pakar
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Kelembapan ekonomi berserta peningkatan kos sara hidup yang merupakan kesan penularan pandemik COVID-19, menuntut Malaysia mencari sumber pendapatan baharu bagi mengisi semula perbendaharaannya yang menyusut teruk. Buat masa ini kerajaan melihat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sistem cukai tidak popular yang diperkenalkan pada 2015 dan berjaya menjana RM44 bilion […]
Berita
Elon Musk Rancang Bina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’, Mahu Angkut 1 Juta Manusia Ke Marikh
Manusia terkaya di dunia, yang juga pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk merancang untuk membina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ dimana ia akan digunakan bagi mengangkut satu juta manusia k Marikh. Menurut laporan Bussiness Insider, Musk berkata dengan menjadikan manusia sebagai hidupan multiplanet, ia akan membantu untuk memelihara ekosistem Bumi dengan lebih baik. Beliau bagaimanapun mendedahkan […]
Berita
Dua Sekolah Malaysia Dalam Senarai 10 Teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia. Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori ‘Inovasi’ manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’. T4 Education dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah yang […]
Berita
Berang Disuruh Berhenti Main ‘Game’, Remaja Nekad Tembak Ibu Sendiri
INDIA – Seorang remaja berusia 17 tahun yang ketagihan dalam permainan pertempuran atas talian telah menembak mati ibu kandungnya sendiri dengan menggunakan pistol berlesen milik ayahnya. Insiden sadis itu berlaku apabila ibunya enggan memberi wang sebanyak RM 565 (Rs 10,0000) yang dimahukan untuk dia meneruskan permainan ke peringkat seterusnya, lapor Times of India. Menurut polis, […]
Berita
Berang Ibu Kena Marah, Lelaki Nekad Pukul Tukang Gunting Rambut Guna Besi
IPOH – Seorang tukang gunting rambut wanita mengalami kecederaan selepas dipukul menggunakan sebatang besi oleh anak pelanggannya dalam kejadian di Felda Trolak Selatan, Sungkai, Isnin lalu. Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai telah menyerang mangsa dari arah belakang selepas melihat mangsa ‘memarahi’ ibunya yang sedang digunting rambut, lapor Kosmo! Menurut Ketua Polis Perak, Datuk […]