Berita

Elon Musk Mahu Twitter Jadi Macam TikTok, WeChat
Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mahu Twitter yang kini sudah di bawah miliknya jadi macam TikTok dan WeChat, memetik Business Standard. Difahamkan, Musk melontarkan rancangannya itu kepada pekerja Twitter semasa dalam satu mesyuarat secara online bersama mereka baru-baru ini. Menurutnya, perkara itu termasuklah menjadikan fungsi Twitter lebih menyamai TikTok dan WeChat, iaitu […]

Kanak-kanak Kritikal Ada Dadah Dalam Badan
KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini berada dalam keadaan kritikal selepas pemeriksaan doktor mendapati ada kandungan dadah dalam badannya. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang doktor membuat laporan mengenai kejadian itu pada 5 pagi semalam, […]

Adidas Kolaborasi Kasut Edisi Khas Dengan Restoran Di Dubai
Tidak dijangka, jenama sukan terkenal antarabangsa, Adidas mengumumkan kolaborasi kasut edisi khas bersama sebuah restoran ikonik di Dubai, iaitu Ravi Restaurant baru-baru ini. Menurut Khaleej Times, dalam kolaborasi bersama itu, pihak Adidas Original Superstars telah mencipta kasut edisi khas ‘Superstar Ravi’ dengan warna tema putih dan hijau. Pengasas Ravi, Chaudary Abdul Hameed berkata, dia berasa […]

Makan Malam Bertukar Tragedi, Empat Beranak Cedera Dapur Steamboat Meletup
Makan malam sebuah keluarga bertukar tragedi selepas dapur gas untuk memasak steamboat meletup dalam satu kejadian di Kota Kinabalu baru-baru ini. Memetik laporan Sinar Harian, letupan itu menyebabkan air panas terkena pada mangsa, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka hingga kesemuanya cedera. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Malaysia Lapor Sifar Kematian Akibat COVID-19 – Khairy
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Buat pertama kali sejak 18 Dis 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam. Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara […]

Status Terbuka Malaysia Setanding All England Mulai Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Terbuka Malaysia adalah antara kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mulai tahun depan hingga 2026. BWF mengumumkan bahawa status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000, sekali gus menyertai kelab elit seperti Kejohanan All England, Terbuka China dan Indonesia. Selain itu, Terbuka India […]

Polis Buru Dua Lelaki Terlibat Kes Pukul Akibat Perselisihan Faham Di Facebook
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini, Jumaat lepas dipercayai akibat perselisihan faham di laman Facebook. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Nasir Drahman berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, mangsa berusia 48 tahun telah berjumpa dengan dua lelaki di restoran […]

Wanita Nekad Botakkan Kepala, Kecewa Akibat Putus Cinta Dengan Kekasih
JAKARTA – Tular di media sosial berkenaan tindakan seorang wanita di Indonesia yang nekad membotakkan kepalanya kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com. Video wanita tersebut memotong rambut panjangnya telah dimuat naik semula oleh akaun Instagram @lambeh_turra. Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita yang memakai t-shirt berwarna hitam yang sedang kesedihan menahan sebak. Wanita itu perlahan-lahan […]

Gagal Beri Perkhidmatan Bermutu, Pembekal Internet Berdepan Tindakan – MCMC
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti. Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata ini adalah pendekatan agresif terhadap pembekal agar dapat memberi perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna. “Pada masa sama, pengguna dapat merasai pengalaman berkualiti yang benar-benar memenuhi apa yang […]

PICKids: Pemberian Vaksin Dibuka Lima Hari Bermula Esok Sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan
PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) — Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok sehingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lepas, bertemakan “Perlindungan Sepanjang […]

Ngeri, Lelaki Nyaris Kehilangan Kaki Akibat Tersepit Pada Pintu Lif
Tular video kejadian kaki tersepit pada pintu lif, lelaki dilaporkan alami kecederaan pada pergelangan kaki. Seorang lelaki dilaporkan nyaris kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat kakinya tersepit pada bahagian pintu lif dalam kejadian di Desa Pinang 2, Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang. Memetik laporan Utusan TV, kejadian cemas itu berlaku pada lewat malam kelmarin. Pihak Balai Bomba […]

Saintis China Dakwa Terima Isyarat Dipercayai Dari Tamadun ‘Asing’
Sekumpulan saintis China dakwa teleskop radio gergasi Sky Eye milik mereka terima isyarat dipercayai dari tamadun asing yang jauh di angkasa baru-baru ini. Berita pengesanan isyarat asing tersebut dilapor dalam akhbar rasmi Kementerian Sains dan Teknologi China, iaitu Science and Technology Daily menerusi Live Science. Menurut laporan itu, ahli astronomi Universiti Normal, Beijing mendakwa mereka […]

Bayi Tujuh Minggu Maut Digoncang Pengasuh, Gara-gara Asyik Menangis
Seorang bayi berusia tujuh minggu maut selepas digoncang pengasuh gara-gara tidak berhenti menangis dalam satu kejadian di sebuah taska di Forsyth, Illinois di US baru-baru ini, lapor Metro UK. Menurut laporan, pada awalnya suspek (pengasuh) berusia 24 tahun terbabit mendakwa bayi malang itu asyik menangis kesakitan kerana kepalanya dikatakan terkena bola soft ball. Pegawai Polis […]

Empat Remaja Selamat, Dua Dikhuatiri Lemas Mandi Sungai Di Penampang
PENAMPANG, 19 Jun (Bernama) — Empat remaja terselamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berhampiran Kampung Pogunon, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 4 petang, empat remaja lelaki berusia 17 tahun terbabit dikenali sebagai Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai dan Bryan Lee berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Sementara dua lagi rakan […]

Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumi
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Jenazah penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohd Omar, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai di sini, tengah hari ini. Pengebumian Adibah berjalan lancar dengan dihadiri bapanya Mohd Omar Zainal Abidin, 87, dan ahli keluarga serta lebih 100 kenalan rapat dan rakan artis. Antara selebriti yang […]

Pernah ‘Berhabis’ Wang Demi Kucing Jalanan, Pemergian Adibah Noor Diratapi Segenap Pencinta Kucing
Di sebalik sosok tubuh yang boleh menyanyi, berlakon, mengacara dan membuat orang ketawa, Allahyarhamah Adibah Noor juga sebenarnya merupakan seorang pencinta kucing. Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah kembali ke Rahmatullah kira-kira 7:30 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat. Pemergiannya sangat dirasai di seluruh negara. Rata-rata warganet tidak menyangka arwah […]

Jenazah Adibah Noor Ke Tanah Perkuburan Diiringi Ratusan Individu
Jenazah arwah Adibah Noor dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan selepas selamat disembahyangkan di Masjid Al-Ansar sebentar tadi. Menurut laporan semasa AWANI dan BERNAMA, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat hari ini. Jenazah #AdibahNoor akan dibawa ke Tanah Perkuburan untuk disemadikan. #MengenangAdibahNoor @501Awani pic.twitter.com/Ro93DqxoQB — Firdaus Azil (@FirdausAzil) June […]

Masjid Al-Ansar ‘Persinggahan’ Terakhir Jenazah Arwah Adibah Noor Pagi Ini
Masjid Al-Ansar yang terletak di Taman Keramat, Kuala Lumpur menjadi tempat persinggahan terakhir buat jenazah arwah Adibah Noor pagi ini. Semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon terkenal tanah air negara, Adibah Noor akibat kanser ovari tahap empat. Difahamkan jenazah arwah telah dibawa ke Masjid-Al Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur pagi ini untuk […]

Hilang Rumah & Pekerjaan, Lelaki Nekad Bawa 47 Kucing Peliharaan Tinggal Bersama Dalam Kereta
Sebanyak 47 ekor kucing ditemui tinggal bersama di dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang baru sahaja kehilangan tempat tinggalnya. Kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah kawasan rehat di tenggara Minnesota yang pada ketika itu suhu disana mencecah lebih 32 darjah celcius. Pada hari Selasa lalu, menurut pihak berkuasa kucing-kucing peliharaannya itu terpaksa diserahkan kepada […]

Beberapa Kawasan Di Ipoh Dilanda Banjir Kilat
IPOH, 18 Jun (Bernama) — Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula pukul 4.08 petang tadi. “Seramai 10 anggota dari […]