Berita

Bella Trauma, Mengigau Waktu Malam Semasa Ditempatkan Di Taman Sinar Harapan
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dilihat trauma dan sering mengigau pada waktu malam semasa ditempatkan semula di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban. Jururawat masyarakat di rumah kebajikan itu Wan Zuriena Wan Ismail, 40, berkata semasa beliau membuat rondaan […]

Pelancong Malaysia Ke Thailand Dilarang Bawa Pulang Ganja
PADANG BESAR, 21 Julai (Bernama) — Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand tidak dibenarkan mengambil atau membawa pulang dadah jenis ganja ke negara ini meskipun negara jiran itu membenarkan penggunaan bahan terlarang tersebut. Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu membawa masuk ganja ke negara ini walaupun dalam […]

Saksi Sahkan Bella Berusia 15 Tahun Pada Tahun 2020
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa usia remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella ketika menjalani ujian X-ray bone age (anggaran usia tulang) pada tahun 2020 berumur 15 tahun. Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr B. Anulaawathi, 39, berkata umur remaja […]

Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis Dan Ketum Ditubuh – Khairy
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum ditubuh bagi melihat bukti terkini mengenai penggunaan ketum serta kanabis terutama untuk tujuan perubatan. Khairy, yang juga Pengerusi jawatankuasa itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini, berkata mesyuarat kali pertama […]

Penyelewengan Dana SRC: Dakwaan Najib Terhadap Hakim Mohd Nazlan Dipenuhi Skandal & Tidak Berasas – TPR
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Pihak pendakwaan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak dapat membela dirinya sendiri. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul […]

Teleskop Angkasa James Webb Dipercayai Dihentam Mikrometeroid, Alami Kerosakan Kekal
Para saintis mempercayai bahawa Teleskop Angkasa James Webb (JWST) dipercayai dihentam mikrometeroid semasa berada di angkasa dan mengalami kerosakan kekal, memetik laporan UNILAD. Menurut pakar seperti yang dilapor UNILAD, projek teleskop gergasi bernilai RM43 bilion itu dipercayai terjejas disebabkan oleh serangan mikrometeoroid yang telah menyebabkan beberapa kerosakan yang agak ‘berat’. Insiden perlanggaran batu angkasa kecil […]

Pulau Pinang Bakal Miliki Pusat Konvensyen Terbesar
Tidak cukup memiliki dua jambatan terpanjang di Malaysia, Pulau Pinang kini dilapor bakal mempunyai sebuah pusat konvensyen terbesar di negeri tersebut. Menurut Buletin Mutiara, Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) bakal menjadi lokasi pilihan pelbagai acara yang bakal berlangsung di negeri itu selepas dijadualkan siap pada suku pertama 2025 kelak. Difahamkan, PWCC yang sedang dalam fasa […]

Hina Agama: Penghantar Makanan Didenda RM 50,000
Hina Agama: Penghantar Makanan Didenda RM 50,000 SEPANG, 21 Julai (Bernama) — Seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video menghina agama Islam di saluran media sosial YouTube miliknya pada Sabtu lepas (16 Julai). Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, […]

Nahas Empat Beranak: Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah
Nahas Empat Beranak: Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah IPOH, 21 Julai (Bernama) — Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian empat beranak pada minggu lepas. Tertuduh yang berusia 34 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak. Mengikut […]

Wanita Mirip Zalina Muncul Di Kafe Adalah Gelandangan – Polis
SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) — Seorang wanita yang didakwa mirip bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas disahkan bukan personaliti televisyen itu. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita yang didakwa dilihat di tiga lokasi di Seksyen 3, 9 dan […]

Mak Ayah Maut Motor Dirempuh Lori Tangki Minyak, Sempat Campak Anak Ke Tepi Sebelum Nahas
Mak Ayah Maut Motor Dirempuh Lori Tangki Minyak, Sempat Campak Anak Ke Tepi Sebelum Nahas Jakarta: Seorang ibu sempat bertindak mencampakkan anaknya yang berusia empat tahun dari motosikal sebelum terlibat dalam kemalangan di Jalan Transyogi Cibulur, Bekasi. Lapor CNN Indonesia, kanak-kanak tersebut dilaporkan selamat, manakala ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh motosikan […]

Bangkok Dilanda Banjir Kilat, Beberapa Tempat ‘Tenggelam’ Akibat Hujan Lebat
Beberapa jalan dan kawasan perumahan di Bangkok dilanda banjir pada hari ini selepas turunnya hujan lebat dan angin kencang sejak dari malam tadi lagi. Jabatan Saliran dan Pembentungan Bangkok melaporkan pada pagi Khamis ini bahawa tinjauan awal di 23 jalan telah ditenggelami air setinggi 20-30 cm. Terutamanya di Ratchadaphisek, Pracha, Songkhro, Prachasuk, Lat Phrao, Phatthanakan,Navamin, […]

Perkhidmatan Microsoft Teams Tergendala, Ribuan Pengguna Seluruh Dunia Dilapor Terjejas
Perkhidmatan Microsoft Teams Tergendala, Ribuan Pengguna Seluruh Dunia Dilapor Terjejas Media sosial khususnya di Twitter dibanjiri dengan aduan orang ramai yang mendakwa tidak dapat mengakses perkhidmatan Microsoft Teams, ketika ini. Menurut laporan, sekurang-kurangnya 3,000 orang pengguna di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut seperti biasa. Hey @MicrosoftTeams you down again?Reported Time: 20-July-2022, 9:26 PM […]

Digelar “Land of Smiles”, Thailand ‘Marah’ Diundi Sebagai Negara Paling Kurang Senyum
Digelar “Land of Smiles”, Thailand ‘Marah’ Diundi Sebagai Negara Paling Kurang Senyum Platform media Singapura dalam laman rasmi Facebook nya telah membuat satu perkongsian berkenaan tinjauan pendapat yang bertajuk ““Southeast Asian Country That Treats People With a Smile” . Dalam tinjaun pendapat itu, majoriti responden dilapor telah memilih Thailand sebagai negara yang paling kurang senyum, […]

Harga Minyak Masak Botol Dijangka Turun Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam pada itu, strategi dalam menangani […]

Bas Ekspress Dua Tingkat Bawa 25 Penumpang Terbalik Di Jalan Damansara Pagi Tadi
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Seramai 25 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di susur Jalan Damansara menuju Bangsar, di sini, tengah malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul […]

Habis RM 213,000 Untuk Kenduri, Pengantin ‘Minta’ Tetamu Bayar Yuran Kehadiran RM 500 Seorang
Habis RM 213,000 Untuk Kenduri, Pengantin ‘Minta’ Tetamu Bayar Yuran Kehadiran RM 500 Seorang model berusia 40 tahun dari UK mendapat kritikan hebat daripada netizen berkenaan majlis perkahwinannya selepas tetamu yang hadir majlis tersebut dikehendaki membayar RM 500, lapor Wion News. Sebelum itu, beliau dilapor telah membelanjakan sejumlah RM 213 ribu untuk majlis tersebut. Majlis […]

Gempar, Pemilik Rumah ‘Ketakutan’ Temui Ular Besar Tiba-Tiba Muncul Dalam Lubang Tandas
Gempar, Pemilik Rumah ‘Ketakukan’ Temui Ular Besar Tiba-Tiba Muncul Dalam Lubang Tandas Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan kehadiran seekor ular sawa besar dalam sebuah tandas. Memetik laporan Suara.com, haiwan pemangsa itu ditemukan oleh seorang pemilik rumah dan sempat dirakam olehnya. Menerusi video itu, kelihatan ular tersebut sedang merayap masuk ke […]

Berang Kekasih Kena Mengorat, Lelaki Bawa ‘Geng’ Belasah Mangsa
Berang Kekasih Kena Mengorat, Lelaki Bawa ‘Geng’ Belasah Mangsa TANGERANG, INDONESIA – Berang teman wanita diganggu, suspek bersama tiga rakannya bertindak memukul mangsa sehingga mengalami luka lebam di beberapa bahagian wajah dan tubuh badan, lapor Kompas.com. Suspek yang berusia 30 tahun itu telah mengajak tiga rakannya yang lain di mana masing-masing berusia antara 19 hingga […]

COVID-19: Varian BA.2.75 Kini Dikesan Di Thailand
BANGKOK, 20 Julai (Bernama) — Kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75 telah dikesan di wilayah Trang, Thailand. Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi memaklumkan sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun. “Analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75,” menurut pusat perubatan itu dalam satu kenyataan. Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai […]