Berita

Pasangan Suami Isteri Didenda RM20,000 Dera Anak Angkat
BANGI, 26 Julai (Bernama) — Pasangan suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur empat tahun. Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga, 28, dan suaminya, 30, warga Singapura selepas mereka mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkannya […]

Polis Sahkan Kenderaan Pengiring Potong Garisan Berkembar Ada Arahan Bertugas
Polis Sahkan Kenderaan Polis Pengiring Potong Garisan Berkembar Ada Arahan Bertugas KOTA BHARU – Polis Kelantan sahkan mengenai sebuah video tular di media sosial sejak semalam berhubung insiden sebuah kereta pengiring polis mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap yang telah memotong garisan berkembar di Jalan Gua Musang baru-baru ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, […]

Benjamin Mora Sah Tinggalkan JDT, Pulang Ke Mexico
Benjamin Mora Sah Tinggalkan JDT, Pulang Ke Mexico Hari ini secara rasmi kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi Facebook Johor Southern Tigers mengumumkan Benjamin Mora meninggalkan kelab itu. Sekaligus, menjawab desas-desus yang bertiup kencang sejak semalam bahawa ada seorang jurulatih kelab Liga Super bakal tinggalkan pasukan. Menurut JDT, Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau […]

Bekalan Elektrik Kini Pulih Sepenuhnya -TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa pihaknya telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada jam 3.02 petang tadi. Menerusi kenyataan di Facebook TNB Careline, pihaknya berkata kebanyakan kawasan terjejas telah berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB. Kenyataan itu juga […]

Rogol Pembantu Rumah: ADUN Tronoh Paul Yong Dihukum Penjara 13 Tahun, Dua Sebatan
IPOH, 27 Julai (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019. Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong selepas mendapati […]

TNB Sahkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Beberapa Kawasan
TNB Sahkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Beberapa Kawasan Sedang hangat di media sosial, netizen mendakwa tiada bekalan elektrik di kawasan mereka dan sudah mula trending di Facebook sehingga TNB menjadi ‘Popular Now’ di laman sosial itu. Kebanyakkan netizen mendakwa, beberapa kawasan di Lembah Klang sedang mengalami gangguan bekalan elektrik malah ada juga pengguna dari negeri-negeri […]

Mahkamah Mesir Cadang Suspek Kes Sembelih Pelajar Universiti Dihukum Gantung ‘Live’
Mahkamah Mesir Cadang Suspek Kes Sembelih Pelajar Universiti Dihukum Gantung ‘Live’ MESIR – Akibat menikam rakan sekelasnya sehingga mati, seorang lelaki yang merupakan pelajar universiti di Mesir dijangka akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati secara siaran langsung di televisyen, lapor Daily Star. Suspek yang berusia 21 tahun, didakwa telah bertindak kejam dengan menyerang dan membunuh […]

Paul Yong Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah
Mahkamah Tinggi Ipoh putuskan ADUN Tronoh, Paul Yong didapati bersalah rogol pembantu rumah pada tahun 2019 IPOH, 27 Julai (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang membacakan penghakiman kira-kira […]

Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Dilapor ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi
Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Dilapor ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Luzon, Filipina pada jam 8.43 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bermagnitud 6.8 itu terletak pada 17.6° Utara dan 120.9° Timur dengan kedalaman 58 km. Ia juga terletak 55 km Timur dari Vigan City, […]

Gol Kemenangan Mohamad Irfan Pastikan Sabah FC Terus Cabar Kejuaraan
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Sabah FC bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala FA minggu lepas dengan merakam kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini. Pada aksi itu, skuad Sang Badak berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah terutama […]

Menteri-Menteri Luar ASEAN Digesa Angkat Isu Rohingnya Dalam Agenda Mereka
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar Noeleen Heyzer menggesa Menteri-menteri Luar ASEAN mengangkat isu Rohingya sebagai agenda utama mereka, selain turut menekankan keperluan pendidikan bagi masyarakat itu untuk cegah kemunculan “generasi yang ketinggalan”. Dalam satu kenyataan media pada Selasa semasa misi dua harinya ke Kuala Lumpur […]

Malaysia Terkandas Di Separuh Akhir Acara Antara Regu Kejohanan Sepak Takraw Dunia
BANGKOK, 26 Julai (Bernama) — Skuad sepak takraw lelaki kebangsaan terkandas di separuh akhir acara antara regu Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand Ke-35, 2022 selepas tewas kepada pasukan tuan rumah 2-0 di Fashion Island Sports World di sini, hari ini. Pada set pertama, skuad kebangsaan dibarisi Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali […]

Ayah Sempat Peluk Jasad Anak Berlumpur, Maut Ketika Ikut Kem Senat
Basah dan penuh lumpur, pelajar maut ketika melakukan aktiviti senat sempat dipegang dan dipeluk oleh ayah jelaskan keadaan anak. Ibu bapa kepada mahasiswi Universiti Muslim Indonesia (UMI) yang dilaporkan maut ketika menjalani latihan senat menjelaskan keadaan jasad anak mereka yang basah dan dipenuhi dengan lumpur. Ayah mangsa, Abdul Azis berkata beliau sempat memegang jenazah, lapor […]

Bapa Letak Nama Unik Dua Beradik, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’ & ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’
Baru-baru ini, tular nama unik dua beradik yang dinamakan sebagai Lalu Dunia Pun Tersenyum dan Dan Semuanya Menjadi Indah, lapor Tribunnews.com. Seperti yang kita ketahui, setiap nama merupakan satu pemberian yang penuh bermakna dalam hidup anak-anak daripada kedua ibu bapa. Tambahan pula, di sebalik nama tersebut pasti mempunyai maksud tersirat yang indah dan memainkan peranan […]

Kemalangan Darat Terparah Di Dunia, 51 Pelajar Bersama 2 Guru Maut
Kemalangan darat terparah di dunia, seramai 51 orang pelajar dan dua orang guru dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah bas. Kita sering didedahkan dengan berita-berita kemalangan yang mengerikan hingga telah menyebabkan banyak kematian yang tidak disangka-sangka. Lebih sebak, jika yang pergi dalam tragedi mengerikan seperti kemalangan tidak kira sama ada darat, […]

Suami Isteri Dera Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Esok
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) — Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, esok. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kertas siasatan berhubung kes itu dirujuk Timbalan Pendakwa Raya Selangor hari ini dan telah mendapat arahan untuk […]

Wanita Hilang Sejak Tiga Hari Lepas Ditemukan Lemas
SEREMBAN, 26 Julai (Bernama) — Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut dipercayai akibat lemas, di kawasan teluk di Batu 1, PD Waterfront, Port Dickson, dekat sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mayat pekerja swasta berusia 31 tahun dari Mambau itu ditemukan oleh […]

Samun Van Berperisai, Rompak Barang Kemas RM445.6 Juta Sepantas 27 Minit
Bagai siri Netflix Money Heist, sekumpulan perompak berjaya rompak sebuah van dan membawa lari barang kemas bernilai RM445.6 juta hanya sepantas 27 minit, lapor Metro UK. Menurut Metro UK, kejadian rompakan pantas yang berlaku di California, US itu dianggap sebagai misi rompakan barang kemas terbesar dan paling rapi dalam sejarah. Difahamkan, pada awalnya pihak polis […]

Vietnam Diramal Bakal Gantikan China Sebagai ‘Kilang Dunia’, Hub Pembuatan Global
Vietnam Diramal Bakal Gantikan China Sebagai ‘Kilang Dunia’, Hub Pembuatan Global Memiliki peluang yang lebih besar dengan harga untuk hak memiliki tanah, upah buruh dan perbelanjaan operasi untuk kilang dan gudang yang lebih murah, Vietnam diramal bakal menggantikan China sebagai kilang dunia atau hub pembuatan global suatu hari nanti. Menurut Pejabat Perangkaan Am Vietnam, ekonomi […]

Ngeri, Pelancong Maut Terkena Bilah Helikopter Depan Mata Keluarga Sendiri
Seorang pelancong dari Britain maut selepas terkena bilah sebuah helikopter yang dinaiki bersama kakak dan abangnya di helipad (tapak mendarat helikopter) Spata, Greece baru-baru ini, lapor Daily Mail. Kejadian ngeri itu berlaku kira-kira jam 6.20 petang waktu tempatan pada semalam ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Mykonos ke Athens sekeluarga. Difahamkan, mangsa yang berusia […]