Berita

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Meninggal Dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.08 malam tadi. Menerusi kenyataan di Facebook rasmi miliknya, Tan Sri Khalid dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala lumpur. “Dukacita dimaklumkan Ybhg Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 […]

Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Didakwa Ketagih Minum Air Rebusan Kondom
Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Didakwa Ketagih Minum Air Rebusan Kondom DURGAPUR, INDIA – Pelajar di Durgapur, Bengal Barat, India dilaporkan ketagih menggunakan kondom untuk berkhayal, lapor India Times. Menurut laporan, pelajar itu tidak menggunakannya sebagai alat perancang kehamilan sebaliknya untuk tujuan yang sangat ‘pelik’. Difahamkan bahawa, para pelajar itu telah merendamkan kondom berkenaan […]

Silat: Jufferi Lengkapkan Gelaran Keempat Juara Dunia
MELAKA, 31 Julai (Bernama) — Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam ini. Misi memburu emas keempat dalam kejuaraan dunia selepas kali terakhir merangkulnya pada 2016 di Bali, Indonesia termakbul apabila berjaya ‘membenam’ cabaran Iqbal Chandra Pratama. Mengharungi perlawanan […]

Enggan Perlahankan Muzik Punya Pasal, Lelaki Nekad Tembak Anak Tiri Hingga Mati
Enggan Perlahankan Muzik Punya Pasal, Lelaki Nekad Tembak Anak Tiri Hingga Mati Berang kerana buka muzik terlalu kuat, seorang lelaki dipercayai telah menembak anak tirinya sehingga mati dalam kejadian di daerah Bor Thong, Thailand. Menurut laporan The Thaiger, mangsa yang berusia 36 tahun telah terbunuh setelah ditembak di bahagian dada dan lengan kanan. Ketua Polis […]

Gempar, Wanita Dakwa Berjaya Rakam Makhluk Misteri Seakan ‘Bigfoot’ Dalam Hutan
Gempar, Wanita Dakwa Berjaya Rakam Makhluk Misteri Seakan ‘Bigfoot’ Dalam Hutan Seorang wanita mendakwa telah berjaya merakam satu makhluk misteri seakan ‘bigfoot’ merayau-rayau di dalam sebuah hutan berhampiran Gunung Si di Lembah Snoqualmie, Amerika Syarikat baru-baru ini. Memetik laporan India Times, gambar-gambar makhluk misteri tersebut telah berjaya meraih perhatian ramai selepas dia memuat naik di […]

Silat: Muhammad Robial, Nor Farah Dan Nor Izzatul Lakar Nama Sebagai Juara Baharu Dunia
Silat: Muhammad Robial, Nor Farah Dan Nor Izzatul Lakar Nama Sebagai Juara Baharu Dunia MELAKA, 31 Julai (Bernama) — Misi meletakkan nama sebaris jaguh dunia dalam arena silat menjadi kenyataan buat tiga pesilat negara di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 di sini. Biarpun berdepan laluan berbeza dalam meraih sebutir pingat emas di pentas akhir sebagai […]

Kanak-Kanak Lelaki Hilang, Ditemukan Lemas Di Sungai Plentong
JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Taman Plentong, Masai pada Jumaat lepas, ditemukan lemas dalam Sungai Plentong di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat kanak-kanak itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun […]

Padah ‘Operate’ Hidung Ikut ‘Tutorial’ YouTube, Lelaki Terpaksa Dimasukkan Ke Unit Kecemasan
Padah ‘Operate’ Hidung Ikut ‘Tutorial’ YouTube, Lelaki Terpaksa Dimasukkan Ke Unit Kecemasan BRAZIL – Seorang lelaki di Brazil menerima padah apabila terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan hospital Campo Limpo akibat melakukan pembedahan hidung pada dirinya sendiri, lapor Oddity Central. Lelaki itu terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan pada minggu lalu akibat mengalami jangkitan kuman selepas cuba […]

Tambah Power Katanya, Tular Individu Jampi Motor Di Indonesia
Pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh masyarakat ekoran tular sebahagian anak muda yang membawa motosikal mereka bertemu dengan seorang sami di Indonesia bagi “dijampi“, lapor Kosmo! Memetik laporan Kosmo!, dalam sebuah video, kelihatan seorang individu sedang melakukan perbuatan yang dipercayai jampi terhadap dua buah motosikal di media sosial baru-baru ini. Tambah ‘power’, baru ramai takut,” tulis […]

Remaja Maut Selepas Tertidur Atas Telefon Yang Sedang Dicas
Seorang remaja dilaporkan maut apabila terkena renjatan elektrik selepas tertidur di atas telefon bimbitnya ketika sedang dicas sejurus mandi baru-baru ini, lapor Mirror UK. Mangsa, Khonrn Srey Pov yang merupakan seorang penterjemah Bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas, Sing Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja ditemui mati atas telefon miliknya pada 27 Julai. Difahamkan, mangsa […]

Mo Farah Dedah Kisah Dia Pernah Diperdagang Ke UK Sewaktu Kecil
Atlet lari British, Mohamed Farah atau digelar Mo Farah mendedahkan dirinya pernah diperdagangkan secara haram ke United Kingdom (UK) sewaktu kecil, lapor BBC News. Menurut bintang Olimpik itu menjelaskan kepada BBC bahawa nama sebenarnya ialah Hussein Abdi Kahin. Sewaktu kecil, dia memberitahu dirinya pernah diterbangkan dari Djibouti (Afrika Timur) ketika berusia sembilan tahun oleh seorang […]

Asrama Lelaki SMKA Di Pedas Terbakar
SEREMBAN, 31 Julai (Bernama) — Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Izwan Md Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di […]

Bayi Dilahirkan Dengan Empat Tangan & Kaki
Baru-baru ini, tular seorang bayi yang selamat dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki di Hardoi, India, lapor Daily Star. Menurut laporan Daily Star, bayi itu telah dilahirkan di sebuah Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad, di negeri Uttar Pradesh. Difahamkan, sepasang tangan dan kaki berlebihan itu bercantum pada bahagian perut bayi berkenaan. Tambahan pula, bayi itu […]

Sikap Tidak Peduli Masalah Pendengaran, Antara Punca Warga Emas Nyanyuk
KOTA BHARU, 31 Julai (Bernama) — Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia). Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nur Shasa ‘Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial. “Gangguan ini […]

Misi Wajib Menang TFC Lawan PJ City FC
KUALA NERUS, 31 Julai (Bernama) — Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain menyeru anak buahnya supaya bangkit memburu kemenangan ketika berdepan pasukan PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok. Menurut pengendali muda yang semakin meningkat itu, TFC tidak mampu lagi berputih mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Sabah […]

AUG 2022: Olahraga Terbang Tinggi Pulang Dengan 11 Emas
UBON RATCHATHANI (Thailand), 31 Julai (Bernama) — Skuad olahraga negara mengakhiri saingan di balapan dengan dua lagi kilauan pingat emas dijelmakan pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022, pada Sabtu. Kilauan pingat itu terhasil menerusi Queenie Ting Kung Ni bagi acara lempar cakera wanita dan R.Kirthana dalam acara lompat tinggi wanita pada aksi berlangsung di kampus […]

Guru Maut Terjatuh Dari Ketinggian 45 Meter, Gara-Gara Cari Kolam Viral Di TikTok
Seorang guru yang merupakan ibu kepada dua anak maut selepas terjatuh dari ketinggian 45 meter ketika mencari kolam viral di Snowdonia, Wales, lapor Mirror UK. Difahamkan, mangsa, Victoria, 47, seorang guru pendidikan khas pada awalnya tersesat sewaktu mencari kolam tersebut bersama pasangannya, Radnor serta dua orang lagi di sekitar Llanberis Pass. Pada awalnya, Radnor telah […]

Gempa Bumi Filipina: 10 Maut, Lebih 300,000 Penduduk Terjejas
MOSCOW, 31 Julai (Bernama) — Gempa bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) pada Ahad. Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar dan majlis perbandaran mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik. Gempa berukuran tujuh pada skala Richter […]

Piala Raja Thailand: Malaysia Juara Acara Beregu Lelaki
BANGKOK, 31 Julai (Bernama) — Skuad sepak takraw negara berjaya merangkul gelaran juara pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 selepas menewaskan Laos 2-1 di Bangkok pada Ahad. Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini. Gandingan Muhammad Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan pemain simpanan Muhammad Afifuddin Mohd […]

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Kepada Dua Atlet Angkat Berat Negara
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua atlet angkat berat lelaki negara yang masing-masing berjaya menyumbang pingat emas dan rekod baharu di Sukan Komanwel Birmingham 2022, semalam. Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ucapan tahniah […]