Berita

Nahas: Bayi Enam Bulan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta
JOHOR BAHRU, 2 Ogos (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta manakala enam yang lain cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di kilometer 161.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Tangkak, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata kemalangan yang berlaku pada 8.30 […]

Serpihan Roket Dipercayai Milik Elon Musk Dijumpai Petani Di Tanahnya
Serpihan roket SpaceX dipercayai milik pengasas syarikat Tesla, Elon Musk telah dijumpai oleh seorang petani selepas objek berkenaan jatuh di tanah miliknya di Snowy Mountains, New South Wales (NSW), lapor Daily Mail UK. Difahamkan, objek berukuran tiga meter itu terbenam ke dalam tanah di selatan Jindabyne sehingga membuatkan petani berkenaan, Mick Miners keluar untuk menyiasat […]

Terpaksa Pungut Satu-satu, Tular Rakaman Ratusan Paket Minyak Masak Hanyut Di Laut
Tular sebuah video di Indonesia oleh beberapa laman media sosial antaranya Facebook yang dimuat naik oleh @majeliskopi08.id, menunjukkan ratusan minyak masak peket yang terapung di dalam laut. Bahkan, minyak-minyak peket itu juga kelihatan menutupi sebahagian permukaan laut di situ. Menerusi video tersebut juga yang mula tular di media sosial sejak semalam, kelihatan seorang lelaki yang […]

Sultan Muhammad V Berkenan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Sebagai Sultanah Kelantan
KOTA BHARU, 2 Ogos (Bernama) — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini. Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, di sini hari […]

Kertas Siasatan Kes Rogol Babitkan Penceramah Bebas Diserah Pada Pendakwa Raya
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) — Kertas siasatan membabitkan penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan. “Kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya […]

Pengulas Filem Terkenal, Zhafvlog Umum Cari Jodoh, Ini Senarai Ciri Peribadi & Kriteria Pasangan Idaman
Pengulas filem terkenal Zhafran Zulkifly, atau lebih dikenali sebagai Zhafvlog mengumumkan bahawa beliau sedang mencari jodoh sebagai pasangan hidup. Jodoh sememangnya menjadi rahsia dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui dengan siapa yang bakal menjadi peneman hidup kita. Mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia juga bergantung kepada penerimaan individu tersebut. Selain itu, […]

Sisa Serpihan Roket China Jatuh Di Sarawak Disahkan Tidak Radioaktif
Lembaga Perlesanan Tenaga Atom (AELB) sahkan bahawa serpihan roket yang terhempas di Kuching, Sarawak semalam tiada radioaktif. Menerusi laman Twitter milik AELB, pegawai mereka yang berada di Zon Sabah dan Sarawak (PZSS) telah turun padang untuk menyiasat penemuan serpihan dari roket Long March 5B (CZ-5B) milik China yang terhempas baru-baru ini. Menurut siasatan, pegawai yang […]

Harga Maksimum Minyak Masak Botol 5KG Dijual RM34.70 Bulan Ini – Annuar Musa
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Minyak masak sawit dalam botol lima kilogram (5kg) akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula dari 8 Ogos, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata harga itu ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak berkenaan secara bulanan berdasarkan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah […]

“Pagi Ni Ainul Dah Start Minum Susu…”, Ibu Yakin Keadaan Adik Ainul Mardhiah Semakin Baik
“Pagi ni Ainul dah start minum susu,” – Ibu Yakin Keadaan Ainul Semakin Baik Semalam, kita menerima perkhabaran duka bahawa Adik Ainul Mardhiah sedang bertarung nyawa di wad kecemasan selepas dimaklumkan kritikal oleh ibu ayahnya di media sosial. Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini ibunya, Nurul Erwani Binti Zaidi di Instagram Story , _nrlerwani sebentar tadi, beliau […]

Budak 4 Tahun Hampir Buta Mata Kiri, Terjatuh & Terhantuk “Handle” Skuter Mainan
Seorang budak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan hampir buta selepas mata kirinya terkena pemegang skuter dalam kemalangan baru-baru ini. Memetik The Sun, Coral Allan ketika itu sedang bermain bersama ibunya, Amanda ketika dia jatuh dan bahagian mukannya terhantuk di bahagian pemegang skuter tersebut. Keesokan harinya, kanak-kanak itu mengadu bahawa mata kirinya tidak dapat melihat dan […]

Penternak ‘Putih Mata’ Reban Terbakar, 19,000 Anak Ayam ‘Hangus’
Seorang perternak terpaksa berputih mata apabila reban ayam diusahakannya selama ini terbakar, sekaligus melenyapkan kesemua 19,000 ekor anak ayam diternaknya. Sebanyak 19,000 ekor anak ayam hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di kawasan penternakan milik seorang penduduk kampung di Jawa Tengah, lapor TribunJabar.Id. Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada 31 Julai lalu sekitar jam […]

Maut Dalam Tragedi Di Ipoh, Arwah Fajim Juffa Pernah Terselamat Dalam Kemalangan Pesawat Sebelum Ini
IPOH, 2 Ogos (Bernama) — Jurulatih penerbangan yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi pernah terselamat dalam satu lagi insiden membabitkan pesawat sebelum ini. Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dilaporkan tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah […]

Pemimpin Utama Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri Dilapor Terkorban Dalam Serangan Dron Amerika
Pemimpin Utama Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri Dilapor Terkorban Dalam Serangan Dron Amerika Pemimpin utama al-Qaeda Ayman al-Zawahiri, dilapor maut dalam serangan udara yang dilancarkan menggunakan dron oleh Amerika syarikat dalam satu operasi di Afghanistan, lapor Presiden Joe Biden dalam ucapannya pada Isnin dari Rumah Putih. Zawahiri yang baru berusia 71 tahun dipercayai mengetuai kumpulan itu selama […]

Treler Terbalik Di Laluan USJ-Putra Height Pagi Tadi, Sebabkan Kedua-dua Arah Sesak
Selasa bersamaan 2 Ogos, sebuah lori treler telah terbalik dan menyebabkan kesesakan Kemalangan yang berlaku di laluan USJ-Putra Heights kilometer 13.2 arah selatan. Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia, semua lorong ke arah Selatan terhalang. Trafik juga sesak dikedua-dua arah dari USJ & RnR Dengkil ke Putra Heights. Trafik perlahan sepanjang empat kilomter. Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika […]

100 Meter Sepantas 10.09 Saat, Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Milik Khairul Hafiz Jantan
100 Meter Sepantas 10.09 Saat, Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Milik Khairul Hafiz Jantan Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, 18, muncul sebagai ‘The Speedy’ baharu selepas merekodkan larian 100 meter sepantas 10.09 saat di Kejohanan Olahraga Dunia (bawah 20 tahun) 2022 di Cali. Namun apa yang lebih menakjubkan, pencapaian Azeem tersebut sekaligus sudah berjaya […]

Wanita Dilapor Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Suria KLCC
Wanita warga tempatan dilapor maut terjatuh dari tingkat 4 suria KLCC dalam kejadian pada malam tadi, tular di media sosial Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC pada malam tadi. Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 9.38 malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP […]

Seorang Jurulatih Penerbangan Maut, Seorang Lagi Cedera Pesawat Terhempas Di Ipoh
IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam ini. Mangsa yang maut ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari […]

Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api
Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api THAILAND – Seorang lelaki berdepan detik mengerikan apabila kakinya putus akibat digilis kereta api ketika dia tertidur di landasan kereta api berkenaan, lapor Thaiger. Insiden itu dilaporkan berlaku pada petang semalam di Nong Prue, Chon Buri. Mangsa yang berumur lingkungan 40 tahun […]

Pergolakan Sri Lanka: Lelaki Ditahan Curi Bendera Presiden, Jadikan Cadar & Kain Sarung
Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang didakwa curi dua bendera rasmi dari istana Presiden, Gotabaya Rajapaksa dan menggunakannya sebagai cadar dan kain sarung. Menurut laporan AFP seperti yang dilapor Channel News Asia, difahamkan lelaki terbabit yang ditahan polis pada Sabtu, 30 Julai baru-baru ini merupakan pemimpin sebuah kesatuan pekerja Sri Lanka. Menurut sumber pegawai […]

Pesawat Ringan Terhempas Di Medan Gopeng
IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Sebuah pesawat ringan terhempas di tepi jalan raya berhampiran Sungai Rokam, Medan Gopeng, di sini malam ini. Kejadian dipercayai melibatkan dua mangsa namun identiti mereka belum dikenal pasti. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sudah ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut. Beberapa gambar dan […]