Berita

Unik, Ganti Jubin Dengan Susunan Duit Syiling, ‘Deko’ Seakan Permaidani Mewah Curi Tumpuan
Guna Duit Syiling Sebagai Jubin Tarik Perhatian Umum Seni merupakan hal yang sangat unik hingga ada yang menjangkau akal fikiran kita sendiri. Ia juga bersifat bebas dan tidak ada yang salah dalam setiap karya oleh setiap individu itu sendiri. Kebanyakkan seni reka merujuk kepada emosi seseorang yang diluahkan dalam bentuk karya kreatif masing-masing sama ada […]

Pemancing Berjaya Tangkap Halibut Gergasi, Dianggarkan Berusia 90 Tahun
Seorang pemancing berjaya menangkap ikan jenis halibut (turut dipanggil ikan sebelah) yang dianggarkan berusia antara 70 hingga 90 tahun di Kepulauan Lofoten, utara Norway baru-baru ini, lapor Daily Mail. Pengurus Sportquest Holidays, Paul Steven berusia 45 tahun terhuyung-hayang sewaktu memegang ikan berkenaan yang berukuran lebih dua meter dan berat sekitar 181 kilogram, menyamai seekor beruang […]

Serena Williams Umum Bersara Dari Dunia Sukan Tenis
Serena Williams umum bersara dari dunia sukan Tenis Bintang tennis terkemuka dunia, Serena William, 40, mengumumkan akan bersara daripada dunia tenis dan menjangkakan bahawa Terbuka Amerika Syarikat akan menjadi perlawanan terakhirnya, lapor The Guardian yang memetik wawancara atlet berkenaan bersama Majalah Vogue. Beliau dianggap antara bintang tennis perseorangan wanita terbaik dalam sejarah sukan itu dengan […]

Gajah Berkeliaran Sekitar Taman Seri Impian Kluang Sudah Dihalau Ke Habitat Asal
JOHOR BAHRU, 9 Ogos (Bernama) — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini. Pengarah Perhilitan Johor Aminuddin Jamin berkata bagaimanapun pihaknya telahpun mengambil tindakan segera dengan menghalau semula kumpulan haiwan itu kembali ke habitat asalnya. Beliau […]

Tiga Senator Cadang Bahas Isu LCS Di Dewan Negara
Tiga Senator cadang bahas isu LCS di Dewan Negara KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Tiga Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan supaya isu berhubung Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibahaskan di Dewan Negara sebelum persidangan tamat, Selasa depan. Cadangan itu dikemukakan Senator Lim Hui Ying, Senator Fadhlina Sidek dan Datuk A. Kesavadas Nair yang ingin tahu lebih lanjut mengenai perolehan LCS bagi Tentera Laut Diraja […]

Bayi 6 Bulan Maut Dipercayai Sesak Nafas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak
Bayi 6 Bulan Maut Dipercayai Sesak Nafas, Ayah Bawa Naik ‘Moto’ 500km Untuk Tengok Bola Sepak Bayi yang baru berusia enam bulan dilaporkan maut selepas dibawa menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak. Kisah dan kejadian tersebut disahkan oleh ibu bapa kepada bayi itu sendiri selepas tular di media […]

Berang Rumah Bersepah & Anak Duduk Saja, Bapa Nekad Bakar Rumah Sendiri
Berang Rumah Bersepah & Anak Duduk Saja, Bapa Nekad Bakar Rumah Sendiri Seorang lelaki dilapor nekad membakar kediamannya sendiri ketika anak dan anak saudaranya masih berada di dalam rumah tersebut di tingkat atas. Memetik akhbar berita Mirror.uk, lelaki tersebut bertindak sedemikian selapas berasa geram melihat keadaan dalam rumah yang bersepah. Difahamkan, lelaki tersebut yang berasal […]

Kartel Dadah Mengganas, Kepala Wanita Ditemui Dalam ‘Freezer’, Mayat Dibungkus Selimut
Kepala milik seorang wanita ditemui dalam kotak ‘freezer’ selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dalam kejadian di Mexico baru-baru ini, lapor Daily Star. Difahamkan, kepala wanita itu dijumpai di sebelah taman awam oleh penduduk tempatan yang tinggal di Eco 2000 di Ciudad Juarez, Chihuahua pada Ahad. Saksi kemudiannya menghubungi pihak polis tempatan berhubung […]

Curi Di Tapak Projek ECRL, Ahli Geng Mamat Diberkas
MARAN, 9 Ogos (Bernama) — Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita ahli “Geng Mamat” yang disyaki aktif mencuri pelbagai peralatan pembinaan dianggarkan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini sejak April tahun lepas. Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata kesemua suspek ditahan di tiga […]

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kemalangan Babit Tujuh Kenderaan
JOHOR BAHRU, 9 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan dekat Kulai, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki berusia 38 tahun yang memandu Toyota Hilux itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan di sebuah […]

Bimbang Bekalan Air Terganggu, Warga Britain Disaran Amalkan Sikap ‘Mandi Kerbau’
Bimbang Bekalan Air Terganggu, Warga Britain Disaran Amalkan Sikap ‘Mandi Kerbau’ Warga Britain disaran mengurangkan tempoh masa mandi mereka sekurang-kurangnya 60 saat untuk mengelakkan berlakunya pembaziran susulan masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi negara itu ketika ini, lapor The Sunday Times, dipetik dari sumber syarikat yang berurusan dengan bekalan air di United Kingdom. Menurut laporan […]

Pelakon Suara Asal ‘Pingu’ Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
Pelakon suara latar kartun animasi ‘stop motion’ penguin terkenal dari Switzerland, Pingu dilapor meninggal dunia pada usia 85 tahun baru-baru ini, lapor abc News. Difahamkan, pemilik suara Pingu itu, Carlo Bonomi yang berasal dari Milan, Itali meninggal dunia pada 6 Ogos kelmarin, menurut sumber sebuah laman berita Itali afnews.info. Bagaimanapun difahamkan, punca kematian Carlo yang […]

Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata
Kucing ‘Bangga’ Jadi Hero, Selamatkan Rumah Tuan Dari Perompak Bersenjata Seekor kucing diangkat sebagai wira selepas menumpaskan sekumpulan perompak yang pecah masuk ke rumah pemiliknya. Pada 25 Julai lalu, Fred Everitt dari Belden, Mississippi, mendengar suara kucingnya seberat 20 paun, Bandit ‘meow’ dengan kuat di dapur sekitar jam 2.30 pagi hingga 3 pagi sebelum melompat […]

Mahkamah Bebas Hasanah Daripada Tuduhan Pecah Amanah RM53.4 Juta
Mahkamah Bebas Hasanah Daripada Tuduhan Pecah Amanah RM 53.4 Juta KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tingggi di sini hari ini membebas dan melepaskan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Hasanah Abdul Hamid daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, empat tahun […]

Polis Kesan Lelaki Warga Asing Disyaki Rogol Remaja
KOTA TINGGI, 9 Ogos (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di rumah keluarga angkatnya di Kluang, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia 30-an yang juga bapa angkat mangsa, dipercayai masih berada di dalam negara. “Warga asing tersebut […]

Banyak Adegan Cahaya Kelip-Kelip Sampai Keluar Petisyen, Pengabdi Setan 2 Tambah ‘Flash Warning’
Filem Pengabdi Setan 2 dikhabarkan bakal memasuki pawagam Malaysia mulai 11 Ogos 2022. Pun begitu, filem ini telah pun ditayangkan di Indonesia sejak awal Ogos lalu. Sejak beberapa hari tayangan, rata-rata penonton di Indonesia memberikan rating penuh terhadap storyline yang menurut mereka seram dan bagus. Walau bagaimanapun, baru-baru ini tersebar petisyen daripada para penonton meminta pihak […]

Serangan Gaza: 4 Beradik Antara Korban Bedilan Peluru Berpandu Israel
GAZA, 9 Ogos (Bernama) — Serangan peluru berpandu dan bedilan roket oleh tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak awal Sabtu lalu setakat ini dilaporkan telah mengorbankan sejumlah 44 nyawa, termasuk 15 remaja dan kanak-kanak berusia 4 – 18 tahun. Daripada angka itu, empat adalah adik-beradik daripada keluarga Najm, lapor Palestine News and Information […]

Lelaki Letak Vape Pada Mulut Bayi, Direman Lima Hari Mulai Hari Ini
JOHOR BAHRU, 9 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, baru-baru ini, direman selama lima hari, bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 13 Ogos terhadap peniaga berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret R. Salini, di sini […]

Pengamal Perubatan Tradisional Didakwa Bunuh Wanita
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang datang mendapatkan rawatan di rumahnya, bulan lepas. Che Hong Chiew, 51, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada wanita itu […]

Pengantin Viral ‘Request’ Lagu Doraemon Iringi Perarakan Menuju Ke Pelamin
Impian setiap pengantin untuk memiliki konsep dream wedding di majlis perkahwinan sendiri. Samada daripada segi pelaminnya atau warna, ianya pasti akan mempunyai ciri khas mempelai yang diraikan. Bercerita tentang majlis perkahwinan, tular baru-baru ini di TikTok menyaksikan sepasang pengantin disambut dengan lagu Doraemon. Siapa sangka lagu tema animasi terkenal dari Jepun itu menjadi lagu di […]