Berita

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds Belasah JDT 5-0
Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds Belasah JDT 5-0 KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Urawa Red Diamonds, pada aksi pusingan 16 terbaik, malam ini. Kekalahan di […]

Penghuni Pusat Pemulihan Dadah Maut Dipercayai Selepas Kejadian Amuk
IPOH, 19 Ogos (Bernama) — Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan mengenai kematian lelaki berusia 25 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor itu daripada doktor bertugas di […]

Wanita Maut Jatuh ‘Tersembam’ Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni
Wanita Maut Jatuh ‘Tersembam’ Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni Seorang wanita berusia 29 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai pertandingan lari dalam guni dalam kejadian di Mangkabumi, Tasikmalaya baru-baru ini. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa menyertai pertandingan sempena memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia di kampungnya. Dari hasil pemeriksaan, diketahui bahawa wanita itu baru sahaja […]

Dua Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
SIBU, 19 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki warga emas serta rakannya maut terkena renjatan elektrik apabila lori membawa jengkaut yang dinaiki mereka tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Semalau, Tanjung Manis, kira-kira 100 kilometer dari sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata mangsa Hi Sieh King, 61, manakala rakannya lelaki warga Indonesia belum dikenal […]

STPM 2021: Keputusan Lebih Baik, 874 Calon Capai PNGK 4.0
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 mencatat pencapaian lebih baik dengan 874 calon mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 berbanding 741 calon pada 2020. Pengerusi Majlis Peperiksaan Negara (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata daripada jumlah itu, 584 calon atau 66.82 peratus adalah daripada golongan B40. Beliau berkata […]

Polis Buru Lelaki ‘Korek’ Tabung Masjid Di Shah Alam
Polis Buru Lelaki ‘Korek’ Tabung Masjid Di Shah Alam Pihak polis dilaporkan sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak mencuri duit tabung Masjid Nadhah Seksyen 18, Shah Alam. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya telah menerima laporan berkenaan dengan kejadian tersebut daripada ahli jawatan kuasa masjid berkenaan semalam. Jelasnya, […]

Hanya Kerana Selisih Faham, Lelaki Tergamak Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Lebam Satu Badan
Hanya Kerana Selisih Faham, Lelaki Tergamak Pukul Isteri Guna Kerusi Hingga Lebam Satu Badan Seorang lelaki tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi di bahagian kepala dan badan dipercayai kerana perselisihan faham sebelum ditahan di rumahnya dekat Taman Pinggiran USJ, di sini Selasa lalu, lapor Kosmo. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman, […]

PKNS Perkukuh Momentum Perniagaan Dengan Pendekatan Menyeluruh Terpelbagai
Sempena Ulang Tahun Ke-58, PKNS Berikrar Untuk Terus Menyokong Pertumbuhan Sosioekonomi Selangor Shah Alam, Selangor, 18 Ogos 2022 – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang diasaskan pada 1 Ogos 1964, telah diberi amanah untuk membangunkan pusat pertumbuhan baharu, membina kawasan perumahan yang berkembang pesat dan mampan, dan memajukan pusat perindustrian dan perniagaan di negeri ini. […]

Apple Keluar Amaran Kelemahan Sistem, Pengguna iPhone & MacBook Berisiko Digodam
Apple Keluar Amaran Kelemahan Sistem, Pengguna iPhone & MacBook Berisiko Digodam Apple sering meletakkan dirinya sebagai sebuah syarikat yang mempunyai ekosistem paling selamat dari segi privasi dan keselamatan digital. Walau bagaimanapun, syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Cupertino baru-baru ini mendapati pihaknya berdepan dengan beberapa kelemahan keselamatan yang menyebabkan pelanggan terdedah kepada ancaman siber. Apple […]

Treler Jatuh Dari Jejambat, Laluan Pekan Ipoh – Tasek Terhalang
IPOH, 19 Ogos (Bernama) — Pengguna jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini dikejutkan dengan kejadian sebuah treler yang jatuh dari jejambat ke jalan di bawahnya, menyebabkan laluan dari arah pekan Ipoh menghala ke Tasek, terhalang tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada kira-kira pukul 12.27 […]

Najib Tidak Persoal AmBank Jumlah Besar Wang ‘Keluar Masuk’ Dalam Akaun Peribadinya
Najib tidak persoal AmBank jumlah besar wang ‘keluar masuk’ dalam akaun peribadinya PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengemukakan sebarang pertanyaan kepada AmBank berhubung dana dalam jumlah yang besar sentiasa keluar masuk ke akaun bank peribadinya sehingga beliau menutup akaunnya pada 2015. Timbalan Pendakwa Raya Datuk […]

Nak ‘Hijaukan’ Gurun, Pelan Luar Biasa Arab Saudi Sasar Tanam 10 Bilion Pokok
Nak ‘Hijaukan’ Gurun, Pelan Luar Biasa Arab Saudi Sasar Tanam 10 Bilion Pokok Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman adalah pemimpin utama negera teluk itu yang terkenal dengan pelbagai pembaharuan untuk negaranya. Salah satu ideanya yang mencuri tumpuan apabila beliau, tahun lepas, mengumumkan rancangan untuk menghijaukan kawasan padang pasir negara itu dengan menanam 10 […]

Proton Bakal Jual Kereta Elektrik Tahun Depan, Kerjasama Dengan Smart Dari Jerman
Proton Bakal Jual Kereta Elektrik Tahun Depan, Kerjasama Dengan Smart Dari Jerman Proton dan syarikat pengeluar kereta elektrik, Smart, semalam secara rasminya menandatangani Perjanjian Pengedaran Am (GDA) yang akan membolehkan syarikat kerata nasional itu menjadi pengedar kereta elektrik untuk pasaran Malaysia dan Thailand. Model pertama kereta elektrik itu dijangka akan Proton jual bermula suku ketiga […]

Disyaki Tanam Ganja Dalam Pasu, Tiga Anggota Kumpulan Pemuzik Jalanan Ditahan
Tiga ahli kumpulan muzik termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki memiliki pokok ganja dan mengambil ganja. Ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan 1.30 pagi di Kampung Lembu, Kedawang Langkawi oleh sepasukan pegawai dan anggita Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BJSN), lapor Astro Awani. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mereka telah menemukan sebuah beg […]

Turun Lawan Liverpool, Man United Mungkin Sisihkan Maguire Daripada Kesebelasan Utama
Turun Lawan Liverpool, Man United Mungkin Sisihkan Maguire Daripada Kesebelasan Utama Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilapor sedia mempertimbangkan untuk menggugurkan kapten pasukan, Harry Maguire, 29, daripada kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Liverpool Isnin INI. Maguire sebelum ini turun sebagai pilihan utama di jentera pertahanan tengah dan melengkapkan 90 minit masa perlawanan ketika menentang […]

Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat Dan Selamat Lahirkan Pelajar Berdisiplin, Berintergriti Tinggi
PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) — Inisiatif Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat bakal melahirkan generasi pelajar berdisiplin dan berintegriti tinggi selain mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang selamat. Inisiatif dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dilancarkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di […]

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat
SEREMBAN: Sempena sambutan ulang tahun yang ke-65 yang seiring bulan Kemerdekaan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menganjurkan Kempen MYDIN 65 Tahun “Bersama Keluarga Malaysia” dan Kempen Beli Barangan Malaysia bag menawarkan promosi dan penjimatan berganda bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Kempen ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri […]

Bayi Lelaki Empat Bulan Meninggal Dunia Dipercayai Ketika Dalam Jagaan Pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Cempaka, Ampang Jaya kira-kira pukul 6.35 petang Khamis, 18 Ogos 2022. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma melaporkan telah menerima pesakit yang merupakan seorang bayi berusia […]

Kanak-Kanak Maut, Disyaki ‘Angkara’ Amoeba Pemakan Otak, Naegleria Fowleri
Kanak-Kanak Maut, Disyaki ‘Angkara’ Amoeba Pemakan Otak, Naegleria Fowleri Seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan yang berpunca daripada Naegleria Fowleri atau Amoeba pemakan otak di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor pegawai kesihatan tempatan pada Rabu. Jika benar, ia merupakan kematian pertama yang direkodkan dalam negeri berkenaan. Pengarah Kesihatan Daerah Douglas, Dr Lindsay Huse berkata, […]

Empat Rumah Hangus, Lelaki Pertaruh Nyawa Redah Api Selamatkan Ibu & Kakak
Empat Rumah Hangus, Lelaki Pertaruh Nyawa Redah Api Selamatkan Ibu & Kakak MELAKA, 19 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki nekad meredah api untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas kediaman keluarganya terbakar dalam kejadian di sebuah penempatan tanah wakaf berhadapan Pangsapuri Bukit Piatu di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu Cheah Wei Liang, 43, yang bekerja sebagai juruteknik […]