Berita

Sindiket Pengurup Wang Haram Didalangi Warga Asing Tumpas
Sekumpulan warga asing yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengurup wang haram berjaya ditumpaskan dalam satu operasi khas Jabatan Imigresen (JIM) di sekitar ibu kota baru-baru ini, lapor Kosmo!. Menurut Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, tiga kedai yang menjual peralatan telefon, elektronik dan kios agensi pelancongan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti itu telah […]

Perkembangan Ringkas Berhubung Perhimpunan Ketua-Ketua UMNO Di PWTC
Dalam satu perhimpunan di bangunan PWTC pagi tadi, seluruh ketua-ketua UMNO di seluruh Malaysia berhimpun bagi menyatakan perkembangan ringkas berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pihaknya dikejutkan dengan panggilan malam tadi yang menuntut semua ketua-ketua UMNO Malaysia untuk hadir ke PWTC bagi satu pertemuan […]

Berbeza Dengan US, Watak Jahat Dalam ‘Minions’ Versi China Berakhir Dengan ‘Keinsafan’
Apa yang kecil, kuning, sukakan pisang dan mematuhi undang-undang? Begitulah jalan cerita kehidupan Minion, jika mengikut versi suntingan filem animasi terbaharu yang menampilkan penjahat super, Gru dan tentera kecilnya yang kini ditayangkan di China. Filem kelima untuk siri Despicable Me, iaitu Minions: The Rise of Gru kini ditayangkan di China. Tayangan di negara tersebut adalah […]

Hujan Lebat: 10 Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Sebanyak tujuh kereta dan tiga buah motosikal rosak ditimpa pokok di lapan lokasi sekitar ibu kota susulan angin kencang dan hujan lebat yang berlaku kira-kira 4 hingga 6 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian kereta rosak akibat pokok tumbang dilaporkan di hadapan sebuah kondominium […]

Lelaki Rosakkan Jalur Gemilang Ditahan
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki semalam kerana merosakkan Jalur Gemilang yang digantung di Jalan Tun Sambanthan di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam insiden pada 3 petang itu, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengatakan terdapat seorang lelaki merosakkan Jalur Gemilang. […]

Kalau Saya Perasuah, Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai ‘sumbangan politik’. Katanya beliau menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah […]

Awas, 9 Negeri Termasuk Seluruh KL Dilanda Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada jam 6 petang tadi. Dijangka ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku sehingga jam 8 malam nanti. Antara kawasan yang diramal berlaku ribut petir termasuklah negeri Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan […]

“Sampai Terasa Berayun-ayun…” Bali Digegar Gempa Bumi, Penghuni Hotel Cemas Dinding Merekah
Pada petang tadi, Indonesia digemparkan dengan satu gegaran gempa bumi yang berlaku di Selatan Bali. Perkara itu telah mencetuskan panik terhadap penduduk di sekitar kawasan tersebut. Bgaimanapun, sejurus bencana alam itu melanda, seorang individu yang dipercayai wanita tempatan berkongsikan video tentang keadaan terkini ruangan biliknya di sebuah hotel. Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat dimuat […]

Rooney Gesa Ronaldo Tak Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Liverpool Malam Ini
Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney menjelaskan kepada Erik Ten Hag supaya tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Liverpool awal pagi nanti, lapor Daily Mail. Penjaring gol terbanyak United sepanjang zaman itu menggesa The Red Devils untuk tidak memainkan bekas rakan sepasukannya tersebut bagi memastikan skuad Ten Hag kekal bertenaga di atas padang. “Saya […]

Selatan Bali Digegar Gempa Bumi
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia dalam kejadian pukul 4:36 petang tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia). Menurut Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut adalah terletak di 9.5 darjah selatan dan 115.6 darjah timur dengan kedalaman 141 kilometer. Difahamkan, pusat gempa itu juga dikesan terletak kira-kira 98 […]

Warga Muslim Selatan Thai Sambut Hari Asyura, Masak Bubur Asyura Versi Mereka
Hari Asyura merupakan hari kesepuluh dalam bulan Muharram. Tarikh 1o Muharram ini sering dikaitkan dengan peristiwa Nabi Musa A.S. menyeberangi Laut Merah ketika dikejar oleh Firaun dan pengikutnya. Terdapat pelbagai kejadian besar dalam Islam yang berlaku pada Hari Asyura seperti Nabi Ibrahim A.s. diselamatkan daripada api, Nabi Ayub A.S. sembuh dari penyakitnya, Nabi Yunus A.S.keluar […]

Disebabkan Permintaan Mendadak Semasa Gelombang Haba, Bekalan Elektrik Kilang Di China Dicatu
Hab lithium China di wilayah Sichuan akan mencatu bekalan elektrik kepada kilang-kilang sehingga Sabtu (20 Ogos) berikutan permintaan terhadap sumber tenaga meningkat dan ketiadaan air di kawasan tadahan, lapor media tempatan. Bacaan suhu bagi wilayah yang menempatkan 84 juta penduduk tersebut dianggarkan kira-kira 40 sehingga 42 darjah Celcius sejak minggu lepas, menurut data daripada Badan […]

Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Dua Maut Dipercayai Dirempuh Ketika Majlis Perkahwinan
Hari bahagia bertukar tragedi, dua maut dipercayai dirempuh ketika majlis perkahwinan di Vancouver barat sabtu lalu KANADA – Seorang wanita dilaporkan telah merempuh sebuah majlis perkahwinan selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sehingga mengakibatkan dua maut dan tujuh orang cedera. Memetik laporan Vancouver Sun, kejadian itu berlaku di Vancouver Barat pada petang Sabtu lalu. Menurut Polis […]

Ditemukan Berlumuran Darah Depan Rumah, Lelaki Mati Dipercayai Dibunuh
Ditemukan Berlumuran Darah Depan Rumah, Lelaki Mati Dipercayai Dibunuh PERAK – Seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai telah dibunuh selepas mayatnya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah rumah di Kampung Merua, hari ini. Memetik laporan Utusan Malaysia, mangsa telah ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah oleh penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada pihak polis. […]

Kapal Tangki Rusia Ditahan Bersauh Tanpa Kebenaran Di Tanjung Siang
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar di Rusia, kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Kota Tinggi, petang semalam. Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kapal tangki […]

Lelaki Didenda RM4,000 Kerana Menyamar Raja Muda Perak
ALOR SETAR, 22 Ogos (Bernama) — Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai Raja Muda Perak pada Jun lepas. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh, 39, yang bekerja kampung itu menjalani hukuman penjara selama tempoh 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Mengikut kertas pertuduhan, dia […]

UMNO Adakan Mesyuarat Tergempar Babit Ketua Bahagian
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — UMNO mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua Bahagian di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Mesyuarat yang dipercayai bermula 12.30 tengah hari itu dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disertai Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. […]

PM Singapura Umum Mansuhkan Larangan Hubungan Seks Sesama Lelaki
PM Singapura Umum Mansuhkan Larangan Hubungan Seks Sesama Lelaki SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan bahawa akan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan Singapura era penjajah yang sekaligus menyaksikan hubungan seks sesama lelaki dibenarkan di negara itu, lapor CNN. Walau bagaimanapun, perkahwinan sejenis akan terus diharamkan di negara tersebut. “Seks antara lelaki secara […]

Media Home Meraikan 50 Wajah-Wajah Kecemerlangan (Faces of Excellence)
KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2022- Media Home Communication selaku pihak penganjur Majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia atau Malaysia Best Business Award 2022 yang membawakan 50 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing. Perancangan majlis ini adalah untuk meraikan golongan usahawan secara individu mahupun syarikat yang berjaya dan bangkit meneruskan perniagaan tatkala dunia dilanda […]

Aku Tidak Pernah Tahu Dana RM42 Juta Itu Datang Daripada Syarikat SRC Secara Langsung Atau Tidak – Sumpah Mubahalah Najib
Aku Tidak Pernah Tahu Dana RM42 Juta Itu Datang Daripada Syarikat SRC Secara Langsung Atau Tidak – Sumpah Laknat Najib Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan sumpah mubahalah menjelang prosiding rayuan akhir kes beliau di Mahkamah Rayuan Selasa ini. Memetik laporan Astro Awani, Najib telah melafazkan sumpah tersebut di Masjid Kampung […]