Berita

Abdul Azeez Lepas Tanpa Bebas 9 Tuduhan Rasuah, Pengubahan Wang Haram
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad memohon agar Ahli […]

Maybank Anjak Tarikh Selenggara Sistem Kepada Sabtu Ini, Maybank2u Antara Yang Bakal Terkesan
Maybank Anjak Tarikh Selenggara Sistem Kepada Sabtu Ini, Maybank2u Antara Yang Bakal Terkesan Maybank mengesahkan akan menganjak tarikh selenggara sistem pada Sabtu, 24 September 2022 ini. Menurut Maybank, lanjutan penyelenggaran itu dibuat bagi memastikan urusan pelanggan berjalan dengan lancar pada tengah malam. Maybank sebentar tadi menerusi laman Twitter rasmi mereka juga turut memaklumkan hal tersebut […]

Wanita Warga Emas Maut Dipijak Gajah Liar Di Tawau
TAWAU, 23 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju […]

Kanak-kanak Tertelan Kunci, Terpaksa Tangguh Pembedahan Kerana Tiada Duit
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan dengan tidak sengaja telah tertelan anak kunci menyebabkan ia tersangkut di dalam perut sejak 14 September 2022. Difahamkan, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kunci tersebut dari dalam perutnya. Malangnya, pembedahan tersebut tidak boleh diteruskan kerana kanak-kanak itu merupakan anak yatim dan mempunyai keluarga yang miskin. Dia […]

Rasuah VLN: Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah
Rasuah VLN: Ahmad Zahid Dibebas Dan Dilepaskan Dari 40 Pertuduhan Rasuah SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas […]

Mungkin Peralatan Tak Bersih, Wanita Dakwa Anaknya Naik Kurap Lepas Gunting Rambut Di “Barbershop”
Mungkin Peralatan Tak Bersih, Wanita Dakwa Anaknya Naik Kurap Lepas Gunting Rambut Di “Barbershop” Seorang ibu mendakwa anaknya mengalami masalah kulit dipercayai kurap yang teruk selepas gunting rambut di sebuah Barbershop dan memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati dengan kedai yang mempunyai amalan sanitasi yang teruk. Memetik Daily Mail, wanita itu telah membawa […]

Bagi Wang Atau Kepala Dipenggal, Penculik Cimpanzi Hantar Video Ugut, Tuntut Wang Tebusan
Bagi Wang Atau Kepala Dipenggal, Penculik Cimpanzi Hantar Video Ugut, Tuntut Wang Tebusan Sekumpulan penculik dilaporkan telah meminta sejumlah wang tebusan selepas menculik tiga ekor cimpanzi dari pusat perlindungan Republik Demokratik Congo. Memetik akbar berita Daily Mail, penculik haiwan tersebut telah menghantar satu video kepada pusat perlindungan Afrika tengah dan mengamcam untuk memenggal kepala haiwan itu […]

Rasuah VLN: Nasib Ahmad Zahid Ditentukan Hari Ini
SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Tumpuan akan terarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa pagi ini untuk keputusannya sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Mohd Yazid dijangka mengumumkan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 […]

Maguire Kecewa Dengan De Gea, Dakwa Punca Dia Kekal Di Bangku Simpanan
Pemain bola sepak Manchester United, Harry Maguire semakin kecewa dengan sikap rakan sepasukan, David de Gea yang menyebabkan dia terus menerus menjadi pemain simpanan oleh pengurus mereka, Erik Ten Hag, lapor Mirror UK. Maguire dalam masa yang sama terpaksa menerima beberapa tanggungjawab untuk menutup prestasi buruknya dan beliau membuat kritikan secara peribadi mengenai rakan sepasukannya […]

Cuba Serang Anggota PGA Dengan Parang Semasa ‘Seludup’ PATI, Tekong Darat Maut Ditembak
Gara-gara cuba menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 dengan sebilah parang, seorang tekong darat warga asing yang sedang bawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia-Thailand maut ditembak. Lapor Utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 1.04 pagi semalam semasa sepasukan anggota PGA sedang membuat pengawalan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan […]

Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran
Longgok Rumput Depan Rumah Punca Lelaki Berlumuran Darah Bergaduh Dengan Jiran Kepala seorang lelaki warga emas cedera selepas bertengkar dengan jirannya dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan hari ni, lapor Kosmo. Kejadian itu menjadi tular selepas video pertengkaran tersebut dimuat naik oleh seorang wanita di Facebook miliknya pada hari ini. Wanita itu juga dikatakan […]

Harimau Malaya Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti
Harimau Malaya Berjaya Ke Final Piala Raja Thai, Benam Thailand Menerusi Sepakan Penalti Perlawanan Piala Raja Thai yang ke-48 ini mempertemukan Skuad Harimau Malaya menentang skuad dari Thailand. Perlawanan telah berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand. Skuad kebangsaan Harimau Malaya yang dibimbing oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan berjaya […]

Peguam Bela Hilang Ditemui Mati Atas Lereng Gunung, Suspek Utama Disyaki Suami Sendiri
Seorang peguam bela wanita yang dikatakan hilang selama 10 hari selepas melawat suaminya di sebuah akademi latihan polis ditemui mati dalam kejadian di Quito, Ecuador baru-baru ini, lapor BBC. Presiden Ecuador, Guillermo Lasso yang mengumumkan penemuan itu berkata, mayat mangsa yang bernama Maria Belen Bernal, 34 tahun tersebut ditemui di atas lereng gunung kira-kira lima […]

Bangun Tidur Terus Sambar Pisau, Lelaki Nekad Tikam Leher Isteri Lepas Mimpi Isteri Curang
Bangun Tidur Terus Sambar Pisau, Lelaki Nekad Tikam Leher Isteri Lepas Mimpi Isteri Curang Seorang lelaki didakwa nekad menikam isterinya berulang kali pada waktu malam selepas mendapat mimpi mangsa menjalinkan hubungan sulit, lapor Mirror. Lelaki berusia 37 tahun itu telah dituduh menikam isterinya di leher, tulang selangka dan tangannya di rumah mereka di Planaltina di […]

Kos Haji Meningkat: Ukur Dulu Kemampuan, Allah Tak Paksa Kalau Tak Mampu – Idris
BUKIT GANTANG, 22 Sept (Bernama) — Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata haruslah menjadi panduan dan ingatan bahawa syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah berkemampuan dan tidak membebankan. “Kita perlu faham konsep […]

Dakwaan Culik Di Genting Highlands, Dua Wanita Asing Ditahan
Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan KUANTAN, 22 Sept (Bernama) — Polis menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini. Ketua Polis Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini hari ini […]

Remaja Lembam Tanggung Derita, Dirogol 9 Lelaki Warga Emas Sampai Hamil Tiga Bulan
Remaja Lembam Tanggung Derita, Dirogol 9 Lelaki Warga Emas Sampai Hamil Tiga Bulan Seorang remaja lembam berusia 15 tahun yang berasal dari Kecamatan Cilongok, Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan telah dirogol oleh sembilan lelaki sejak setahun lalu, lapor Kompas.com Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Banyuman, Kompol Agus Supriadi, sebahagian besar daripada suspek yang merogolnya merupakan […]

Kes Siti Bainun: Bella Sambung Keterangan Esok
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella, akan menyambung keterangannya esok di Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas. Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu pemberita, ini kerana pihak pembelaan masih belum selesai […]

Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb
Imej ‘Gelung’ Planet Neptun Paling Jelas Berjaya Dirakam Satelit James Webb Imej satelit terbaharu James Webb dilaporkan berjaya merakamkan gambar planet Neptune yang paling jelas pernah dilihat. Satelit James Webb berjaya mendedahkan imej lingkaran ais gergasi tersebut paling jelas pernah diambil dalam tempoh lebih 30 tahun. Sebelum ini planet Zuhal adalah planet yang ramai orang […]

‘Delivery’ Cara Terbang, Hantar Parcel Ke Bangunan Tinggi Guna Jetpack
Pengguna media sosial telah dikejutkan dengan video yang tular, memperlihatkan seorang lelaki mengendalikan ‘jet pack’ ketika sedang melakukan penghantaran bungkusan ke gedung tinggi di Arab Saudi. Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat tersebut, pekerja kurier ini kelihatan sedang mengendalikan mesin yang berada pada bahagian belakangnya untuk terbang dan bergerak dari satu gedung ke gedung lain […]