Berita

Berita
Pusat Pengajian Di Afghanistan Dibom, Sekurang-kurangnya 23 Pelajar Maut
23 maut selepas letupan bom nekad di Pusat Pendidikan Kabul Satu serangan bom dipercayai serangan berani mati berlaku di sebuah pusat pendidikan di Kabul mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa, kebanyakannya dipercayai wanita, hari ini. Pengeboman itu berlaku ketika pelajar di Pusat Pendidikan Kaaj sedang menduduki peperiksaan kemasukan univerisiti, kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Polis […]
Berita
PM Ismail Sabri Arah Siasatan Lanjut Ke Atas Tommy Thomas
PM Ismail Sabri arah siasatan lanjut ke atas Tommy Thomas KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tan Sri Tommy Thomas, berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkan bekas Peguam Negara itu. Perdana Menteri berkata […]
Berita
Warga Emas Maut Dihempap Pokok, Parang Yang Digunakan Untuk Menebang Tertusuk Diri
Warga Emas Maut Dihempap Pokok, Parang Yang Digunakan Untuk Menebang Tertusuk Diri Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas dihempap pokok sebelum tertusuk parang yang digunakannya untuk menebang pokok nangka di depan rumahnya di Kampung Paya Rumput, Melaka pada Khamis, 29 September 2022. Menurut laporan Kosmo, mangsa dikatakan rebah dan meninggal dunia selepas berjalan lima […]
Berita
Klook Teraju Pemulihan Pelancongan Asia Pasifik, Pertumbuhan Pendapatan Meningkat 300% Selari Ulang Tahun Ke-8
Kuala Lumpur, 30 September 2022 – Klook, platform kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa terdapat peningkatan (lebih dari 300% pertumbuhan QoQ) pelancongan rentas sempadan di salah satu kawasan terkuatnya di Asia Pasifik ketika sambutan ulang tahunnya yang ke lapan. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, pelanggan Klook boleh menantikan pelbagai tawaran menarik dan […]
Bisnes
“Itupun Ada Cakap Mahal,” Cabaran Peniaga Perlu Hadap
Perniagaan adalah salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sama ada secara harian, mingguan atau bulanan. Ramai yang menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki kerana ia dikatakan lebih fleksibel dan mempunyai peluang untuk berkembang dengan lebih luas. Pun begitu, tiada perniagaan yang menawarkan pulangan lumayan dengan kerja mudah. Tak kira di kampung atau bandar, semua peniaga perlu […]
Tular Video Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Berjaya Ditahan
Tular Video Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Berjaya Ditahan Polis dilaporkan berjaya menahan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung satu video tular memaparkan tindakannya membuang sampah ke dalam sungai di Pontian baru-baru ini. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek telah ditahan di sekitar bandar Pontian selepas pencarian dilakukan selama lebih […]
Berita
Ahli Perniagaan Dilarikan Dalam Vellfire Putih Dipercayai Kerana Hutang
Ahli Perniagaan Dilarikan Dalam Vellfire Putih Dipercayai Kerana Hutang KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Seorang ahli perniagaan cedera ringan selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Jalan Pandan, Ampang di sini semalam, dipercayai akibat masalah hutang. Lelaki berusia 38 tahun dilepaskan di Klang, beberapa jam selepas kejadian dan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul […]
Berita
Putin Tandatangani Dekri Iktiraf Kemerdekaan Wilayah Kherson, Zaporizhzhia
MOSCOW, 30 Sept (Bernama) — Presiden Rusia Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu. Pungutan suara (referendum) untuk menyertai Rusia diadakan antara 23-27 Sept di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah […]
Berita
BNM Umum Perincian Rizab Antarabangsa Pada Akhir Bulan Ogos 2022
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan […]
Berita
Waris Kesultanan Sulu Kemuka Permohonan, Mahu Sita Aset Milik Petronas
Waris Kesultanan Sulu Kemuka Permohonan, Mahu Sita Aset Milik Petronas Waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik syarikat minyak Petroliam Nasional Bhd (Petronas), lapor Awani. Peguam bersama utama yang mewakilkan waris sultan dari firma guaman British 4-5 Gray’s Inn Square, Paul Cohen berkata, pihak […]
Berita
Remaja Jatuh Ke Dalam Sungai Semalam Ditemukan Lemas
Remaja Jatuh Ke Dalam Sungai Semalam Ditemukan Lemas KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa dia cuba mengambil bola petang semalam, ditemukan mati lemas di Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, hari ini. Mayat Wan Mohamad Hafiq Wan Ismail, 13, ditemukan terapung pada 8.21 pagi ini, […]
Berita
MBSA Nafi Datuk Bandar Shah Alam Ditahan SPRM
SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bahawa Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada petang Rabu. MBSA dalam kenyataan menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam itu oleh SPRM bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir […]
Luar Negara
“Ekonomi Kami Lebih Kuat,” Terperangkap Dalam Perang Tenaga Dengan Rusia, Jerman Laung Amaran
“Ekonomi Kami Lebih Kuat,” Terperangkap Dalam Perang Tenaga Dengan Rusia, Jerman Laung Amaran Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner memberi amaran bahawa negara itu ‘terperangkap’ dalam ‘perang tenaga’ menentang pemimpin Rusia, Vladimir Putin ketika kerajaan itu mengumumkan dana baharu bagi mengehadkan kenaikan harga tenaga hari ini, lapor AFP. “Kami sedar telah terlibat dalam perang tenaga yang […]
Ejen Kosmetik Diculik Berjaya Diselamatkan, Dibawa Pulang Ke Malaysia Hari Ini – Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa telah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang juga merupakan ejen jualan produk kosmetik yang telah diculik pada 13 September di Tumpat, Kelantan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kes itu dapat diselesaikan hasil kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand. Menurutnya, PDRM […]
Wanita Myanmar Maut Ditikam Kekasih
GEORGE TOWN, 29 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga Myanmar menikam sehingga mati kekasihnya sebelum bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di Taman Kilangin, Jalan Sungai, di sini, malam ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa wanita yang juga warga Myanmar, Khin Nyein, 30, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di balkoni tingkat lapan apartmen […]
Luar Negara
Satu Lagi Saluran Paip “Nord Stream” Dilapor Bocor, Kepulan Gas Mendidih Latari Permukaan Laut
Satu Lagi Saluran Paip “Nord Stream” Dilapor Bocor, Kepulan Gas Mendidih Latari Permukaan Laut Satu lagi kebocoran saluran paip gas bawah laut yang menghubungkan Rusia ke Eropah telah dikesan di Nord Stream di Laut Baltik, lapor pengawal pantai Sweden hari ini. Memetik laporan AFP, kebocoran keempat itu disedari selepas sebuah kapal penyelamat yang dinaiki pengawal […]
Luar Negara
Peningkatan Kos Bahan Api Bimbangkan Eropah
ANKARA, 29 Sept (Bernama) — Kebimbangan terus melanda negara-negara di Eropah ekoran kos bahan api yang semakin meningkat menjelang musim sejuk, lapor Agensi Anadolu. Krisis bahan api meletakkan ekonomi Slovakia pada risiko “lumpuh”, menurut perdana menterinya dalam temu bual yang disiarkan pada Rabu. Eduard Heger memberitahu Financial Times bahawa Bratislava memerlukan sokongan Kesatuan Eropah, atau krisis […]
Berita
Rusia Umum Ambil Alih Empat Wilayah Ukraine Didudukinya Secara Rasmi Esok
Rusia Umum Ambil Alih Empat Wilayah Ukraine Didudukinya Secara Rasmi Esok Jurucakap Vladimir Putin memaklumkan Rusia secara rasmi akan mengambil alih empat wilayah Ukraine yang didudukinya esok, lapor AFP hari ini. Dmitry Peskov berkata, acara menandatangani kemasukan empat wilayah tersebut ke dalam Rusia akan diadakan di Dewan Georgia di Kremlin. Putin dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan […]
Berita
Tiada Cubaan Culik Murid Sekolah Di Daerah Gombak – Polis
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Hasil siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam. Beliau […]
Berita
Dua Lelaki Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Kuching
KUCHING, 29 Sept (Bernama) — Dua lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan tiga rumah di Jalan Nanas Barat, Kampung Kudei di sini, pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah itu pada 9.30 pagi tadi. Katanya dalam kebakaran itu, dua rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus […]