Berita

“Itu Tak Boleh Diterima,” Erik Kecewa Dengan Manchester United
Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyatakan rasa marah dan kecewa setelah pasukannya gagal mempamerkan prestasi memuaskan semasa menentang Aston Villa malam tadi. Menurut Mirror, pasukan kendalian Ten Hag itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 menentang Aston Villa di Villa Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Imbas kembali corak perlawanan arahan Ten Hag malam […]

Korban Akibat Pesawat Terhempas Di Tasik Tanzania Cecah 19 Orang
Korban Akibat Pesawat Terhempas Di Tasik Tanzania Cecah 19 Orang DAR ES SALAAM (Tanzania), 7 Nov (Bernama) — Angka korban akibat pesawat Tanzania terhempas di Tasik Victoria meningkat kepada 19 nyawa pada Ahad, kata Perdana Menteri Kassim Majaliwa. Majaliwa yang melawat lokasi nahas di pantai Tasik Victoria di daerah Bukoba, Kagera berkata beberapa penumpang mungkin masih […]

Pelombong Terperangkap Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Makan Serbuk Kopi
Pelombong Terperangkap Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Makan Serbuk Kopi Dua pekerja lombong yang terperangkap di bawah runtuhan tanah selama sembilan hari dalam kejadian di Bonghwa, Korea Selatan baru-baru ini berjaya ditemui masih hidup dan diselamatkan, lapor Independent. Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu-satunya cara mereka untuk bertahan hidup sepanjang tempoh itu adalah dengan […]

Lima Lelaki Ditahan, Disyaki Bergaduh Di Padang Bola
Lima lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan yang melibatkan dua pasukan bola sepak di sebuah padang bola di Saujana Putra, Kuala Langat malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima laporan pada 12.30 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa telah dipukul semasa berlaku pergaduhan di […]

Pengasuh Nekad Redah Asap Tebal Dukung Bayi Tiga Bulan Selamatkan Diri Daripada Kebakaran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa, yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini. Robiah Abdul Raof, 38, berkata ketika kejadian dia bersama bayi yang dijaganya berada di dalam rumah […]

Pakar Ramal Bandar Pekalongan Di Jawa Tengah Akan Tenggelam Pada Tahun 2035
Pakar Ramal Bandar Pekalongan Di Jawa Tengah Akan Tenggelam Pada Tahun 2035 INDONESIA – Satu kajian yang didedahkan dalam seminar online baru-baru ini meramalkan bahawa Bandar Pekalongan di Jawa Tengah akan tenggelam pada tahun 2035. Memetik laporan Detik News, hal ini terjadi disebabkan paras tanah di bandar itu terus jatuh. Malah, paras tanah di kawasan […]

Lima Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) – Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran malam ini. Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam. Beliau berkata seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, […]

Seorang Maut, Dua Cedera Diserang Babi Tunggal Di Pantai Remis
IPOH, 6 Nov (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila diserang seekor babi tunggal di Jalan Kampung Paya Ara, Pantai Remis. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa yang maut, Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, telah diserang oleh haiwan itu semasa dalam perjalanan ke kebunnya. “Dua lagi mangsa masing-masing berumur 49 […]

Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022
Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022 Pelumba Ducati, Francesco “Pecco” Bagnaia, 25 dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP dalam kejohanan Valencia Grand Prix yang berlangsung di Sepanyol hari ini. Pelumba Itali itu mengesahkan kejuaraan tersebut dengan bergaya walaupun melengkapkan perlumbaan terakhir pada kedudukan kesembilan di belakang pemenang perlumbaan, Alex Rins dari Jepun. Bagaimanapun ia sudah […]

Tengah Lapor Kadar Peningkatan Jenayah, AirPod Milik Wartawan ‘Disamun’ Burung Kakak Tua
Tengah Lapor Kadar Peningkatan Jenayah, AirPod Milik Wartawan ‘Disamun’ Burung Kakak Tua Seperti yang diketahui, burung kakak tua sememangnya mempunyai ‘keletah’ yang tersendiri. Ia cukup dikenali kerana kemahirannya yang boleh bercakap atau mengajuk percakapan manusia. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan aksi seekor burung kakak tua yang menganggu siaran langsung laporan berita […]

Lelaki Dilapor Temui 200 Ekor Anak Labah-Labah Bersarang Dalam But Kereta
Lelaki Dilapor Temui 200 Ekor Anak Labah-Labah Bersarang Dalam But Kereta AUSTRALIA – Seorang lelaki telah dikejutkan dengan penemuan sarang labah-labah gergasi di dalam but keretanya. Menurut laporan Ladbible, lelaki yang berasal dari Melbourne, Australia itu telah menemui sekitar 200 anak labah-labah. Kewujudan sarang labah-labah itu disedari oleh lelaki berkenaan sewaktu sedang membersihkan keretanya. Ia […]

Kegiatan Seludup Ke Negara Jiran Punca Bekalan Telur Ayam Kurang – Annuar
KOTA BHARU, 6 Nov (Bernama) — Kekurangan bekalan telur ayam dalam negara ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding […]

Polis Buka Kertas Siasatan OKU Penglihatan Tidak Dibenar Masuk PPC Titiwangsa
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan bahawa seorang individu yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU) penglihatan tidak dapat masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen P.119 Titiwangsa untuk menyerahkan borang. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada […]

Pesawat Bawa 43 Penumpang Dilapor Terhempas Dalam Tasik Di Tanzania
Pesawat Bawa 43 Penumpang Dilapor Terhempas Dalam Tasik Di Tanzania Sebuah pesawat yang membawa 43 orang penumpang dilaporkan terjunam ke dalam Tasik Victoria di Tanzania berikutan cuaca buruk pada awal pagi hari ini, lapor AFP. Difahamkan, kapal terbang Precision Air itu dijadualkan mendarat di lapangan terbang di bandar barat laut Bukoba. Pesuruhjaya wilayah, Albert Chalamila […]

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Pantai Barat Semenanjung Bermula Selasa – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada sebelah petang hingga malam yang dijangka berlaku di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung bermula Selasa ini hingga 11 Nov. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri […]

KKM Tidak Pernah Peraku Mana-Mana Produk, Makanan Gantikan Ubat
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan. KKM menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan, ia termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh sebuah portal baru-baru ini. Menurut KKM tindakan itu tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan […]

Polis Tarik Lesen Penyewaan Khemah PDRM Berunsur Politik
Polis Tarik Lesen Penyewaan Khemah PDRM Berunsur Politik Polis mengesahkan khemah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa digunakan untuk majlis berunsurkan politik seperti tular di media sosial, telah ditarik semula lesen penyewaannya, di Taiping, Perak. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya telah menerima satu permohonan daripada individu untuk menyewa […]

Hujan Berterusan Dijangka Landa Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Empat Hari
Hujan berterusan dijangka akan melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor selama empat hari bermula 8 November (lusa) sehingga 11 November ini. Amaran cuaca hujan berterusan peringkat waspada itu dikeluarkan Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) pada 1.30 tengah hari, hari ini. Difahamkan, jangkaan dibuat berdasarkan model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for […]

Empat Individu Ditahan, Lapan Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan PRU15
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu iaitu seorang di Selangor dan tiga di Sarawak kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam. Pengarah Operasi PRU15 PDRM Datuk Seri Hazani Ghazali yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dalam kenyataan hari […]

Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat, Dakwa Rawat Guna Air Telaga Nabi
Dakwa dirinya dirawat menggunakan air telaga nabi, wajah penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias kini dipercayai sudah kembali sihat seperti sediakala, lapor Awani. Mohd Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata perubahan itu kemungkinan disebabkan oleh rawatan alternatif yang dijalaninya di Madinah pada awal bulan September selama empat hari. Katanya, beliau mendapatkan rawatan di dua […]