Berita

MAIS Menasihati Orang Ramai Agar Mematuhi Undang-undang Berkaitan Dengan Pelaksanaan Ibadah Umrah
Shah Alam, 9 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan kepada semua umat Islam di Negeri Selangor yang ingin ke luar negara terutamanya yang melibatkan pelaksanaan ibadah umrah perlu mematuhi perundangan yang telah ditetapkan negara tuan rumah agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini khususnya yang melibatkan pelanggaran tempoh visa. Perkara ini ditegaskan susulan […]

Komputer Riba Percuma Kepada Pelajar M40, Guru Jika BN Menang – Ahmad Zahid
Komputer Riba Percuma Kepada Pelajar M40, Guru Jika BN Menang – Ahmad Zahid SUNGAI BESAR (Bernama) — Barisan Nasional (BN) sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan para guru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Pelajar M40 dan guru di seluruh negara akan […]

Twitter Panggil Semula Pekerja Lama Selepas ‘Buang’ Secara Drastik
Twitter Panggil Semula Pekerja Lama Selepas ‘Buang’ Secara Drastik Twitter kini memanggil kembali puluhan pekerja yang diberhentikan secara tidak sengaja ketika pemilik baharu, Elon Musk membuat keputusan drastik dalam menamatkan perkhidmatan mereka sebelum ini. Difahamkan, hampir 3,700 orang ditamatkan kontrak melalui emel pada minggu ini bagi mengurangkan kos berikutan pengambilalihan Musk pada akhir Oktober lalu. […]

16 Stesen LRT Digantung Operasi Selama Tujuh Hari Bermula Hari Ini
16 Stesen LRT digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini RapidKL pada hari ini mengeluarkan notis gangguan perkhidmatan LRT yang melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park selama tujuh hari bermula hari ini. Penggantungan operasi itu bermula dari 9 November sehingga 15 November ini melibatkan stesen LRT yang beroperasi […]

Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter Akui Pilih Qatar Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia Satu Kesilapan
Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter Akui Pilih Qatar Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia Satu Kesilapan Bekas Presiden Fifa, Sepp Blatter berkata keputusan untuk memberikan mandat kepada Qatar sebagai negara tuan rumah untuk Piala Dunia 2022 merupakan satu kesilapan. Blatter, 86, merupakan presiden bagi badan bola sepak dunia itu ketika Qatar ditabalkan sebagai tuan rumah pada […]

Gempa Bumi Sederhana Gegar Luzon, Filipina
Satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter telah dikesan berlaku di daerah Luzon, Filipina pada pukul 10.30 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada 15.4 darjah utara dan 120.7 darjah timur dengan kedalaman 177 kilometer. Dalam masa yang sama, pusat gegaran itu juga dikesan […]

Lego Labur RM 4.74 Bilion, Buka Kilang Baharu Bersaiz 60 Padang Bola Di Vietnam
Lego Berjaya Membina Kilang Neutral Karbon Di Vietnam Bernilai $1 Bilion Syarikat pengeluar permainan terkemuka dunia, Lego melaksanakan upacara pecah tanah di tapak pembinaan kilang pengeluaran bebas karbon terbarunya di Vietnam, 3 November lepas, lapor Nikkei Asia. Menelan kos pembinaan RM 4.74 bilion, kilang bersaiz 60 padan bola sepak itu dibuka bagi memenuhi cita-cita Lego […]

Ibu Negara Vietnam Dilanda Pencemaran Teruk
HANOI, 8 Nov (Bernama) — Kualiti udara di ibu negara Vietnam Hanoi mencapai tahap tidak sihat secara menyeluruh pada Selasa, sekali gus meletakkan orang awam dalam risiko berhadapan kesan penafasan yang teruk. Stesen pemantauan udara di Hanoi melaporkan Indeks Kualiti Udara (AQI) pada tahap merah (AQI 151-200, “tidak sihat”), dengan beberapa kawasan mencatat warna ungu (AQI 201-300, “sangat […]

K-KOMM Sasar Selesaikan Agihan PerantiSiswa Nov Ini
KUALA SELANGOR, 8 Nov (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan untuk menyelesaikan pengagihan baki hampir 100,000 permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diluluskan pada hujung bulan ini. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga hari ini, lebih 200,000 set PerantiSiswa telah berjaya diagihkan kepada pelajar-pelajar terpilih. “Walaupun sasaran asal (selesaikan pengagihan) kementerian akhir tahun, tapi kita […]

Pesona Warna Kemerahan, Netizen Kongsi Foto Menakjubkan Fenomena Gerhana Bulan Penuh
Pesona Warna Kemerahan, Netizen Kongsi Foto Menakjubkan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Hari ini, hampir seluruh penduduk di dunia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh atau blood moon. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga membuat siaran langsung berhubung fenomena itu di halaman Facebook bermula pada jam 5.09 petang hingga 8.49 malam tadi. Sementara itu, menerusi tinjauan […]

Hujan Sejak Petang Tadi, Ini Keadaan Terkini Di Kunci, Pintu Air Di Taman Sri Muda
Beberapa kawasan di Shah Alam dipercayai telah dilanda banjir kilat, berikutan hujan lebat yang melanda kita-kira jam 3 petang tadi. Menerusi laporan yang dibuat Siakap Keli sebentar tadi, kawasan-kawasan yang terjejas dengan banjir tersebut termasuklah kawasan Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa. BACA JUGA: Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Shah Alam Dipercayai […]

Gaduh Lepas Kemalangan, Lelaki Ditahan Polis Bantu Siasatan
IPOH, 8 Nov (Bernama) — Seorang lelaki warga tempatan yang tular menerusi rakaman video ‘pergaduhan’ di Jalan Raja Musa Aziz di sini semalam selepas terlibat dalam insiden kemalangan, ditahan hari ini bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki berumur 47 tahun itu, ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis […]

Pelakon Suara Latar “Sorting Hat” Dalam Harry Potter, Leslie Phillips Meninggal Dunia
Pelakon Suara Latar “Sorting Hat” Dalam Harry Potter, Leslie Phillips Meninggal Dunia Pelakon yang menyumbangkan suara dalam filem fantasi terkenal Harry Potter, Leslie Phillips dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun akibat penyakit strok yang dialami. Memetik Daily Mail, mendiang yang menjadi suara latar bagi sorting hat di dalam filem itu telah lama bertarung dengan […]

Dua Maut, Dua lagi Cedera Dalam Insiden Berbalas Tembakan Di Pattani
PATTANI, 8 Nov (Bernama) — Dua orang termasuk seorang ketua kampung maut manakala dua lagi anggota polis cedera dalam satu insiden berbalas tembakan di Pattani, selatan Thailand. Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Kol Kiattisak Neewong berkata kejadian bermula kira-kira 2 petang (waktu tempatan) pada Isnin. Kejadian berlaku semasa pasukan keselamatan mengepung […]

Tiket Konsert New Boyz Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh 24 Jam
Tiket Konsert New Boyz Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh 24 Jam Penyanyi tersohor tanah air, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok memaklumkan bahawa penjualan tiket bagi konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang mendapat sambutan hangat sehingga sudah habis dijual. Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas […]

WhatsApp Bakal Keluarkan Fitur Avatar, Pengguna Boleh Tukar Gambar Profil Lagi Menarik
Selepas mengeluarkan kemas kini Whatsapp Beta for Android 2.22.23.9, Whatsapp kini dilapor sedang menguji fungsi baharu iaitu fungsi Avatar, untuk beberapa pengguna yang menyertai program Whatsapp Beta. Menurut WABetainfo, fungsi Avatar baharu itu akan membenarkan pengguna untuk mengekspresikan diri kepada kenalan Whatsappnya denga cara baharu. Ciri itu membolehkan pengguna mencipta identiti baharu dengan menggunakan ekspresi […]

Cuaca Gelap Di Luar, Ikuti Siaran Langsung Fenomena Gerhana Bulan Penuh Di FB
Penduduk Malaysia hari ini sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan yang dijangka bermula petang tadi hingga ke malam ini. Difahamkan, fenomena ini berlaku apabila bulan melintasi ke dalam bayang-bayang umbra milik Bumi. Dalam keadaan ini, planet yang kita diami, Bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan selari. Berdasarkan anggaran, fenomena ini […]

Hati-hati, Ibu Hamil Perlu Elak Guna Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Empat Jenis Bahan Ini
Hati-hati, Ibu Hamil Perlu Elak Guna Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Empat Jenis Bahan Ini Setiap wanita hamil menginginkan kulit yang cantik berseri dan wajah yang tidak kusam. Ini kerana ibu hamil dikatakan akan mengalami perubahan hormon yang boleh memberikan kesan kepada kulit. Sebagai contoh, perubahan-perubahan yang boleh berlaku pada kulit adalah seperti hiperpigmentasi, tanda regangan, […]

Dua Lelaki Nepal Ditahan Disyaki Cederakan Pegawai Penguatkuasa Kempen PRU
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Dua lelaki warga Nepal ditahan kerana disyaki mencederakan seorang pegawai Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dalam insiden di Jalan SS2/63, Petaling Jaya di sini semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian berlaku pada 11.15 malam ketika sepasukan PP-KPR membuat pemeriksaan bendera parti politik […]

Produk Minuman Jenama Nutri Malt Tidak Memiliki & Tidak Layak Mohon Sijil Halal Malaysia – JAKIM
Produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad dilaporkan tidak memiliki dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi milik mereka sebentar tadi. Difahamkan, penjelasan tersebut dilakukan ekoran status produk tersebut yang tular di […]