Berita

Berita
Gempa Bumi Landa Barat Nepal, Sekurang-Kurangnya 6 Orang Dilapor Maut
NEPAL – Satu kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter telah melanda barat Nepal pada pagi Rabu yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang. Memetik laporan CNN, pusat gempa bumi tersebut berada di Zon Seti dengan kedalaman 15.7 kilometer. Ia turut dilaporkan berada 21 kilometer di timur Dipayal iaitu sebuah perbandaran daerah Doti di barat Nepal. […]
Berita
Banjir Kilat Dilapor Landa Kawasan Berdekatan GM Klang, Jadi Punca Trafik Perlahan
Banjir kilat dilaporkan berlaku berhampiran dengan GM Klang telah menyebabkan aliran trafik alami kelewatan setengah jam dari Kota Kemuning dan Pulau Indah menuju ke Bandar Botanik. Dalam pada itu, trafik juga turut terjejas di Bandar Bukit Tinggi, Bandar Puteri dan juga Jalan Langat memetik kenyataan dari Astro Radio Traffic menerusi laman Twitter milik mereka sebentar […]
Berita
Untuk Tiga Hari, Jerman Tukar Nama Stesen Kereta Apinya Kepada Kuala Schlumpur
Untuk Tiga Hari, Jerman Tukar Nama Stesen Kereta Apinya Kepada Kuala Schlumpur Sebuah stesen kereta api di Hamburg, Jerman dilapor telah ditukarkan namanya kepada Kuala Schlumpur untuk tempoh tiga hari, lapor portal berita tempatan, NDR. Nama asal stesen berkenaan adalah Schlump. Difahamkan, langkah berkenaan diambil oleh pengurusan syarikat kereta api berkenaan, Hamburger Verkehrsverbund (HVV) yang […]
Berita
Tular Bangunan 35 Tingkat Di Dubai Dijilat Api
Tular Bangunan 35 Tingkat Di Dubai Dijilat Api DUBAI – Satu kebakaran besar dipercayai telah memusnahkan sebuah bangunan setinggi 35 tingkat di Dubai bersebelahan dengan Burj Khalifa pada pagi Isnin. Menurut laporan Mirror UK, anggota bomba telah memadamkan kebakaran menjelang waktu Subuh, namun bahagian luar bangunan itu dilihat telah ditutupi dengan kesan arang hitam. Dalam […]
Berita
LRT: Kerajaan Mohon Maaf, Pakar Dari Istanbul, Toronto Diterbangkan Ke Malaysia – Wee
KLUANG, 9 Nov (Bernama) — Kerajaan hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak semalam, susulan kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Bhd merupakan sebuah […]
Berita
“Tolong Alih Benda Kat Kaki Ni…”, Ditimpa Pokok, Anak Redha Ayah ‘Pergi’ Ketika Dirawat Di Hospital
Seorang lelaki berusia 52 tahun maut selepas dihempap pokok besar ketika dalam perjalanan pulang bersama anak perempuannya di Taman Maluri, pukul 4.00 petang pada 6 November 2022. Kami berpeluang untuk menghubungi salah seorang daripada waris mangsa, Amirul Asyraf Hairul Nizam (26) untuk mendapatkan liputan mengenai kejadian tersebut. Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa […]
Berita
Proton Rancang Keluar Kenderaan Elektrik Menjelang 2027
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) – Pembuat kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) sedang berusaha mengukuhkan keupayaan kenderaan elektrik (EV) dan merancang untuk menghasilkan EV sendiri menjelang 2027, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah. Roslan menjelaskan Proton telah berbincang dengan rakan kongsi yang berpotensi bagi memulakan usaha itu kerana ia tidak boleh tergesa-gesa […]
Berita
Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Fiji Sebentar Tadi
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud pada skala Richter direkodkan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 5.50 petang sebentar tadi. Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak pada 26.2 darjah di Selatan dan 178.1 di Timur pada kedalaman 537 kilometer (km). Gegaran itu dilaporkan dapat dirasai sejauh 906 […]
Berita
Makanan Diproses Tingkatkan Risiko Mati Awal – Kajian
Makanan Diproses Tingkatkan Risiko Mati Awal – Kajian Satu kajian terbaru mendapati seseorang yang mengambil terlalu banyak makanan yang diproses seperti sosej, kerepek, soda dan aiskrim berkemungkinan akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine menganggarkan bahawa pada tahun 2019, kira-kira 57,000 orang di Brazil yang berumur […]
Berita
Viral Rakaman Tercampak Dari Buaian “Fun Fair” & Kena Tiang, Remaja Hilang Sebelah Paru-paru
Viral Rakaman Tercampak Dari Buaian “Fun Fair” & Kena Tiang, Remaja Hilang Sebelah Paru-paru Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan tercampak dari salah satu permainan di sebuah pesta yang sedang bergerak laju sehingga menyebabkan dia kehilangan salah satu daripada paru-parunya. Difahamkan, ketika itu mangsa sedang menunggang permainan iaitu ‘wave swinger’ iaitu permainan yang seakan-akan […]
Berita
Hadiah Eksklusif Bernilai Hingga RM6,500* Menanti Anda, Pra-Tempah Siri Huawei MATE50 Sekarang
Jangan ketinggalan tawaran ini untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 dan bawa pulang hadiah eksklusif di HUAWEI Experience Store terpilih KUALA LUMPUR, 9 NOVEMBER 2022 – Perhatian warga Malaysia! Panggilan terakhir untuk pra-tempah King of Flagship, Siri HUAWEI Mate50! Rebut peluang anda untuk membuat pra-tempahan siri HUAWEI Mate50 di serata HUAWEI Experience Store. Laman Web Rasmi […]
Berita
Kesenian Itali, Sumber Utama Koleksi Oro Italia 916® Aria Dari Habib
KESENIAN ITALI, SUMBER UTAMA KOLEKSI ORO ITALIA 916® ARIA DARI HABIB Oro Italia 916®, koleksi eksklusif yang hanya boleh didapati di HABIB kini hadir dengan rekaan baharunya Aria. Jenama barang kemas tempatan ini sekali lagi menjanjikan kelainan dalam menghasilkan koleksi Aria dengan gabungan hasil kemasan yang teliti serta reka bentuk yang berbeza untuk menepati setiap […]
Berita
Pengguna ShopeeFood Mendapat Manfaat Daripada Program Rakan Penghantar Mengenai Kepentingan Jalan Raya Dan Keselamatan Diri
PENGGUNA SHOPEEFOOD MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PROGRAM RAKAN PENGHANTAR MENGENAI KEPENTINGAN JALAN RAYA DAN KESELAMATAN DIRI KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2022 – Penunggang ShopeeFood kini mempunyai akses pengajian formal mengenai keselamatan jalan raya serta tindak balas kecemasan dan amalan kecemasan melalui Rakan Penghantar, program perintis yang dianjurkan oleh ShopeeFood. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk […]
Tiga Pegawai Imigresen Ditahan Kes Seludup, Pemerdagangan Manusia Di KLIA, JB
JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) — Tiga pegawai imigresen ditahan membabitkan kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia di beberapa lokasi di Sepang, Iskandar Puteri dan Johor Bahru, baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata tangkapan itu membabitkan kes penyeludupan warga asing di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di Iskandar Puteri pada 12 […]
Berita
Warga Emas Dipenjara Palsu Dokumen: Hakim Nasihat Bertaubat
SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) — Hakim Mahkamah Sesyen di sini menasihati seorang warga emas supaya bertaubat dan insaf atas kesalahan memalsukan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal dunia. “Kamu bukan muda lagi, saya harap kamu insaf dan tidak melakukan kesalahan sama. Paling menyedihkan, apabila kamu sendiri tahu pemilik […]
Luar Negara
Disyaki Ganggu Gajah Hingga ‘Naik Minyak’, Lelaki Didenda RM12K
Disyaki Ganggu Gajah Hingga ‘Naik Minyak’, Lelaki Didenda RM12K THAILAND — Seorang pemandu dilaporkan didenda 100,000 baht (RM12,733) berikutan menganggu seekor gajah liar sewaktu memandu di Taman Negara Khao Yai di wilayah timur laut Nakhon Ratchasima pada Sabtu lalu. Memetik The Thaiger, video pemandu kenderaan terbabit tular selepas satu rakaman video yang dimuat naik di […]
Berita
Boleh Panjangkan Sampai 5 Inci, Remaja Dakwa Miliki Ibu Jari Terpanjang Di Dunia
Boleh Panjangkan Sampai 5 Inci, Remaja Dakwa Miliki Ibu Jari Terpanjang Di Dunia Seorang lelaki menjadi popular di aplikasi TikTok selepas mendakwa ibu jarinya boleh dipanjangkan sepanjang lima inci sebelum menariknya kembali normal. Jacob Pina, 23, dari Westport, Massachusetts, menunjukkan ibu jari gergasinya sehingga memperoleh dua juta pengikut di TikTok. Dakwaan tersebut menyebabkan ramai pengikutnya […]
Berita
12 Cedera Selepas Bunga Api Alami Masalah Teknikal Ketika Pesta Loy Krathing Berlangsung
12 Cedera Selepas Bunga Api Alami Masalah Teknikal Ketika Pesta Loy Krathing Berlangsung Sambutan perayaan pesta Loy Krathong di wilayah Nakhon Phanom Thailand bertukar tragedi selepas 12 orang dilapor tercedera dalam persembahan bunga api haram, lapor The Thaiger. Datuk Bandar di Meung Nakho Phanom mengumumkan bahawa kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian itu dikatakan […]
Berita
Al-Ikhsan Sports Dan Football Republic Lancar Kempen World Football Festival 2022
PUTRAJAYA, 8 November 2022 – Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic hari ini melancarkan kempen “World Football Festival 2022” di IOI Mall, Putrajaya, untuk meraikan musim bola sepak yang ditunggu-tunggu yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Doha, Qatar. Menyedari pesta bertaraf dunia ini hanya diraikan empat tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta […]
Tragedi
Pemandu Ambulans Sebak, Mangsa Kemalangan Diambil Rupanya Anak Sendiri
Seorang pemandu ambulans di Terengganu menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan di Kilometer 38 di Jalan Kuala Terengganu-Kota Baru pada Ahad (6 November) kira-kira 4:30 petang. Pemandu ambulans Klinik Kesihatan Sungai Tong, Mohd Taqwa Ismail, 49, diarahkan untuk mengambil mangsa di tempat kejadian dan membawanya ke Hospital Setiu. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba, dia tidak dapat menahan […]