Berita

Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan
Elon Musk Dedah Twitter Tawar ‘Pengampunan’ Untuk Akaun Digantung Bermula Minggu Depan Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk dalam satu tweet berkata, pihaknya sedia memberikan ‘pengampunan am’ kepada beberapa akaun yang digantung sebelum ini. Keputusan itu dibuat selepas beliau sebelum ini mengadakan tinjauan secara atas talian sama ada akaun yang telah digantung, dengan […]

“Saya Juga Insan Biasa, Yang Punya Rasa Sedih & Kecewa”, Coretan Ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin
“Saya Juga Insan Biasa, Yang Punya Rasa Sedih & Kecewa”, Coretan Ikhlas Tan Sri Muhyiddin Yassin Calon Perdana Menteri Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam PRU 15 yang lalu sebentar tadi melalui satu hantaran facebook memuat naik satu coretan daripadanya. Menerusi hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar pelukan bersama isterinya. Hantaran yang […]

Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB Harap Loke Dilantik Sebagai Menteri Pengangkutan
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk melantik Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan. Presiden kesatuan itu Abdul Razak Md Hassan dalam kenyataan hari ini berkata sokongan terhadap Loke itu berdasarkan rekod prestasi beliau […]

Bayi Kembar ‘Berusia 30 Tahun’ Selamat Dilahirkan Di Amerika Syarikat
Bayi Kembar Selamat Lahir Dari Embrio Berusia 30 Tahun Sepasang bayi kembar yang dilahirkan di Oregon, Amerika Syarikat telah mendapat pengiktarafan Guinness World Records kerana menjadi embrio yang paling lama dibekukan dan selamat dilahirkan selepas 30 tahun, lapor The Thaiger. Pasangan kembar tersebut merupakan anak angkat kepada pasangan Philip dan Rachel Ridgeway yang dilahirkan di […]

Negeri Sembilan Umum Bonus Sebulan Setengah Gaji Atau Minimum RM 2,500 Untuk Penjawat Awam Negeri
Negeri Sembilan Umum Bonus Sebulan Setengah Gaji Atau Minimum RM 2,500 Untuk Penjawat Awam Negeri Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan bonus atau Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan setengah gaji atau minimum RM 2,500 kepada kira-kira 5,599 penjawat awam negeri. Menurut laporan BERNAMA, bonus berkenaan akan dibayar pada awal Januri dan minggu pertama April tahun […]

Rendah Berbanding Semalam, Bursa Malaysia Jatuh Semula Dibawah Paras 1,500 Mata Hari Ini
Bursa Saham Malaysia hari ini dilapor jatuh semula dibawah paras 1,500 mata selepas mengakhiri dagangan dengan prestasi sebaliknya berbanding peningkatan yang ditunjukkan semalam. Indeks petunjuk utama susut ke paras psikologi 1,500 mata akibat aktiviti pengambilan untung dan faktor luaran yang lemah. FBM KLCI semalam meningkat sebanyak 4.04 peratus, sebahagiannya didorong oleh pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan, […]

UPKK 2022: Tarikh Ujian Subjek Ulum Sya’riah Dipinda Ke 5 Disember
PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek UPKK Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) yang sepatutnya berlangsung pada Isnin ini dipinda ke 5 Dis depan. Perubahan tarikh itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mengisytiharkan 28 Nov sebagai cuti umum. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam […]

Selangor Umum BKK 2022 Sebanyak Dua Bulan Setengah Gaji Untuk Penjawat Awam
SHAH ALAM, 25 Nov (Bernama) — Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu pada tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika pembentangan Bajet 2023 semasa Sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Selangor, hari ini, berkata […]

Bekas Ahli Kumpulan “Mix K-Pop” EXO, ‘Oppa’ Kris Wu Dipenjara 13 Tahun
Bekas Ahli Kumpulan “Mix K-Pop” EXO, ‘Oppa’ Kris Wu Dipenjara 13 Tahun Bekas ahli kumpulan campuran China-Korea Selatan, EXO, Kris Wu dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Beijing pada Jumaat. Bintang berdarah campuran Cina-Kanada itu didapati bersalah dalam kes rogolnya dan diarah menjalani hukuman penjara selama 13 tahun. Dia kemudian akan dibuang negeri selepas selesai menjalani […]

Drama Original Tempatan Pertama iQIYI Catat Lebih 100 Juta Tontonan Digital; Peneraju OTT Asia Buktikan Penghasilan Kandungan Original Tempatan Berpotensi Jana Keuntungan
Rampas Cintaku menjadi judul tempatan teratas yang sanggup dibayar oleh penonton di Malaysia, menjadikannya sebagai drama Melayu paling menguntungkan di iQIYI Penampilan unsur-unsur tempatan dalam pemilihan kandungan, senarai tontonan dengan pembayaran fleksibel dan penjadualan tontonan merupakan strategi iQIYI untuk mencapai keuntungan di Asia Tenggara Kuala Lumpur, 25 November 2022 – Drama original tempatan pertama keluaran […]

Inflasi Malaysia Turun Kepada 4.0 Peratus Pada Oktober 2022 – DoSM
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kadar inflasi Malaysia pada Oktober 2022 turun kepada 4.0 peratus berbanding dengan 4.5 peratus yang direkodkan pada September 2022. menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagaimanapun, kadar ini masih lagi melepasi purata inflasi negara bagi tempoh Januari 2011 hingga Oktober 2022 iaitu pada 2.0 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua […]

Jumlah Perceraian Menurun 7.1 Peratus Pada 2021 – Perangkaan
Jumlah perceraian menurun 7.1 peratus pada 2021 – Perangkaan PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) — Jumlah kes perceraian di negara ini menurun 7.1 peratus daripada 47,242 kes pada 2020 kepada 43,934 tahun lepas, mengikut Stastistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan […]

Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin
Perikatan Nasional Berpendirian Untuk Tidak Sertai Kerajaan Yang Diterajui PH – Muhyiddin Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan. Sebaliknya, PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen. “Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk […]

Inflasi Malaysia Turun Kepada 4.0 Peratus Pada Oktober 2022 – DoSM
Inflasi Malaysia turun kepada 4.0 peratus pada Oktober 2022 – DoSM KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kadar inflasi Malaysia pada Oktober 2022 turun kepada 4.0 peratus berbanding dengan 4.5 peratus yang direkodkan pada September 2022. menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Bagaimanapun, kadar ini masih lagi melepasi purata inflasi negara bagi tempoh Januari 2011 hingga Oktober […]

“Jangan Risau,” Alami Kecederaan Buku Lali, Neymar Disahkan Akan Terus Bermain Di Piala Dunia
“Jangan Risau,” Alami Kecederaan Buku Lali, Neymar Disahkan Akan Terus Bermain Di Piala Dunia Pemain bola sepak Brazil, Neymar mengalami kecederaan di buku lali ketika pasukan Brazil yang berada dalam Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2022 melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia di Stadium Ikonik Lusail, malam tadi. Bintang Brazil tersebut keluar dalam keadaan terhincut-hincut […]

Tun M Ucap Tahniah, Selamat Maju Jaya Kepada PM Anwar
Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya kepada PM Anwar KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10. Ucapan tahniah bekas perdana menteri itu disampaikan menerusi satu hantaran di laman […]

Muhyiddin Ucap Tahniah Kepada Anwar, PN Main Peranan Semak Dan Imbang
Muhyiddin ucap tahniah kepada Anwar, PN main peranan semak dan imbang KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia. Peranan PN itu adalah selaras dengan prinsip demokrasi […]

Kerajaan Bincang Kecilkan Saiz Kabinet, Kurangkan Gaji Menteri – PM
Kerajaan Bincang Kecilkan Saiz Kabinet, Kurangkan Gaji Menteri – PM Perdana Menteri Malaysia yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media yang dibuat tengah hari tadi telah memaklumkan bahawa perbincangan sedang diadakan untuk mengecilkan saiz kabinet. Menurutnya, perbincangan itu diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan. “Perbincangan sedang diadakan bersama parti-parti yang membentuk kerajaan bagi […]

Jeddah Dilanda Banjir Kilat, Dua Orang Dilapor Maut Setakat Ini
Jeddah Dilanda Banjir Kilat, Dua Orang Dilapor Maut Setakat Ini Dua orang maut dalam kejadian banjir kilat yang melanda bandar Jeddah di Arab Saudi pada Khamis berikutan hujan lebat berterusan, lapor Middle East News. Jurucakap pertahanan awam Arab Saudi di wilayah Mekah mengumumkan dua kes kematian itu di Twitter dan menggesa penduduk untuk kekal berada […]

Pilihan #1 Anda Untuk Tablet Hiburan Mampu Milik Huawei – Huawei Matepad SE Dengan Hanya RM699
Dapatkan diskaun RM300 apabila anda membeli HUAWEI MatePad SE terbaharu dan berpeluang memenangi HUAWEI FreeBuds 4i bernilai RM379! Jika anda berminat untuk membuat sebarang pembelian teknologi sebelum akhir tahun dan mencari tawaran yang berbaloi, maka HUAWEI Malaysia adalah pilihan tepat kerana ia mempunyai tawaran terbaik untuk anda pertimbangkan di mana anda boleh merebut tawaran bernilai […]