Berita

Kanak-Kanak Tiga Tahun, Bekas Imam Ditemui Lemas Dalam Dua Kejadian Berasingan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Bernama) — Mayat kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir dekat sini petang semalam, ditemukan pagi tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Mohd Mazimi Mohamad berkata mangsa Muhammad Sufi Eijaz Mohd Sobrey, ditemukan pasukan […]

Bendera Terbalik: Lelaki Bangladesh Didenda RM3,500 Sengaja Bangkitkan Kemarahan Awam
KLANG, 13 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dengan sengaja mendatangkan aib dan kemarahan kepada seorang lelaki tempatan, yang akibatnya akan memecahkan keamanan awam ekoran memasang Jalur Gemilang secara terbalik bulan lepas. Tertuduh, 27, turut diperintah oleh Majistret P. Sarulatha menjalani hukuman penjara selama […]

Huawei MatePad Pro Terbaharu Dilengkapi Skrin OLED 120Hz, Pertingkat Produktiviti & Pengalaman Hiburan Sinematik
KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2022 – Tablet generasi terbaharu HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci, boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022. Edisi terkini MatePad Pro memperlihatkan penambahbaikkan dari segi reka bentuk luaran, kualiti skrin, pengalaman audio-visual, perisian, dan perkakasan. Skrin OLED 12.6 inci 120 Hz MatePad Pro terbaharu ini didatangkan […]

Subsidi Pukal Mesti Disalurkan Semula Kepada Golongan M40, B40 & Peniaga Kecil – PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil 4 bagi tahun 2022. Difahamkan, Mesyuarat NACCOL turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri yang berkaitan serta Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir, beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan agensi kerajaan diketuai oleh Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha […]

“Maaf Jika Ada Kekurangan”, Hantar Nota Serah Tugas, Tweet KJ Dipenuhi Ucapan Penghargaan
Akaun Twitter mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) telah dibanjiri dengan ucapan penghargaan daripada pengguna Twitter, sama ada golongan profesional mahupun rakyat biasa, susulan ciapannya mengenai pemberian nota penyerahan tugas kepada Menteri Kesihatan yang baharu. Dalam ciapan tersebut, beliau memberikan ucapan maju jaya kepada Dr. Zaliha atas portfolio baharunya serta berterima kasih kepada warga Kementerian […]

Belum Sempat Serah, Pesawat Baharu Airbus Condor Rosak, Terlanggar Bangunan Ketika Ditunda
Belum Sempat Serah, Pesawat Baharu Airbus Condor Rosak, Terlanggar Bangunan Ketika Ditunda Sebuah pesawat Airbus A330Neo dilaporkan telah mengalami kerosakan selepas berlaku perlanggaran dengan sebuah bangunan, di Perancin baru-baru ini. Memetik laporan Simple Flying, pesawat serba baharu yang dimiliki oleh syarikat penerbangan Condor Airlines itu berlanggar dengan sebuah bangunan semasa ia ditunda di ibu pejabat […]

Agong Adakan Lawatan Khas Ke Doha, Dapat Persilaan Peribadi Emir Qatar Tonton Semi-Final & Final Piala Dunia
YDP Agong Adakan Lawatan Khas Ke Doha, Qatar Selama 6 Hari Istana Negara memaklumkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Doha, Qatar untuk sesi lawatan khas selama enam hari yang bermula hari ini. Menurut kenyataan media, lawatan khas […]

Kate Spade New York Sambut Musim Percutian Akhir Tahun, Persembahkan Kios Pop-up Berinspirasikan Candy Bar
SUBANG JAYA, MALAYSIA (Disember 8, 2022) — Bagi menyambut ketibaan musim percutian ini, kate spade new york melancarkan pengambilalihan jenamanya di gelanggang luncur ais Sunway Pyramid. Di samping itu, memaparkan kehadiran kios pop-up interaktif berinspirasikan Candy Bar. Binaan kios sementera ini direka untuk membangkitkan keterujaan liburan di musim percutian akhir tahun ini lantas menjemput komuniti […]

Digelar “Super Senior ’22”, Nenek Cipta Kejutan Genggam Ijazah Di Usia 90 Tahun
Digelar “Super Senior ’22”, Nenek 91 Tahun Berjaya Tamatkan Pengajian & Genggam Ijazah Usia bukanlah penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan dengan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana, kejayaan itu sebenarnya banyak bergantung dengan kesungguhan seseorang untuk mencapai kejayaan tersebut. Baru-baru ini seorang wanita, Joyce Viola DeFauw, 90, mengejutkan dunia apabila […]

Perkhidmatan Mohd Shafiq Sebagai KP Penjawat Awam Ditamatkan 12 Dis
PUTRAJAYA, 13 Dis (Bernama) — Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), berkuat kuasa 12 Dis, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mohd Zuki berkata penamatan itu selaras dengan Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] dan dibersarakan mengikut […]

Pengasas Platform Pertukaran Matawang Kripto FTX, Sam Bankman-Fried Ditangkap Di Bahamas
Polis Bahamas dilapor menahan pengasas platform pertukaran matawang kripto, FTX yang telang muflis, Sam Bankman-Fried, kata peguam negara tersebut. Memetik laporan BBC, pihak berkuasa Bahamas menerima notifikasi rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai tuduhan jenayah yang dikenakan terhadap lelaki tersebut. “Pada awal petang ini, pihak berkuasa Bahamas telah menahan Samuel Bankman-Fried atas permintaan daripada kerajaan, […]

Ada Yang Cecah RM 33 Juta Sebatang, Ini 10 Pen Berjenama Termahal Di Dunia
Sebatang Pen Bernilai RM 33 Juta, Ini 10 Pen Berjenama Dan Termahal Di Dunia Di Malaysia terdapat pelbagai jenama pen yang di pasaran dan setiap jenama mempunyai beberapa perbezaan dari segi harga, kualiti dan reka bentuk. Walaupun ada yang dijual pada harga yang lebih tinggi daripada jenama-jenama yang lain, namun umumnya ia masih mampu dimiliki […]

Ditanya Tentang Khidmat Pengiring, Jawab Rafizi “Saya Tak Pakai Rider,”
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak menggunakan khidmat pengiring atau ‘rider’ dalam urusan seharian jika di luar urusan rasmi kementerian. Manakala bagi urusan rasmi, beliau hanya akan diiring oleh seorang pengiring sahaja. Beliau berkata demikian di laman Twitter bagi menjawab persoalan seorang individu yang bertanya sama ada menteri Kerajaan Perpaduan menggunakan perkhidmatan tersebut atau […]

Dinamakan ‘Rashid Rover’, UAE Lancar Rover Pertama Ke Bulan
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan rover penjelajah angkasa lepas pertama mereka ke Bulan yang dibawa oleh Roket SpaceX Falcon9 dari Stesen Angkatan Cape Canaveral di Florida, US pada 11 Disember semalam. Rover yang diberi nama ‘Rashid Rover’ tersebut dibina oleh Pusat Angkasa Mohammed bin Rashid Dubai (MBRSC) di UAE dan dihantar oleh pendarat HAKUTO-R […]

Dua Individu Rentung Dalam Kontena Di Kulim Dipercayai Pasangan Kekasih
ALOR SETAR, 12 Dis (Bernama) — Dua individu yang ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah pondok keselamatan diperbuat daripada kontena di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim, malam tadi, dipercayai pasangan kekasih. Bagaimanapun, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti memandangkan lelaki berusia lingkungan 30-an manakala mangsa […]

Pengasas Public Bank Meninggal Dunia
Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi hari ini. Berita itu dimaklumkan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Public Bank seperti yang dilapor Bernama. “Pemergian Hong Piow adalah satu kehilangan besar kepada Kumpulan Public Bank. “Bagi pihak lembaga pengarah, […]

MB Perlis Adakan Pertemuan Dengan Anwar, Bincang Pembangunan Perlis
PUTRAJAYA, 12 Dis (Bernama) — Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan di sini bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Perlis. “(Ini pertemuan) biasa sahaja, (bincang) masalah kerajaan negeri Perlis,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada Bernama selepas pertemuan lebih satu jam itu. […]

Kes Samun Bersenjata Di Kedah Tumpas, Dua Penjenayah Ditembak Mati – Polis
Kes Samun Bersenjata Di Kedah Tumpas, Dua Penjenayah Ditembak Mati – Polis ALOR SETAR, 12 Dis (Bernama) — Beberapa siri kes samun bersenjata di Kedah tumpas selepas dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Gurun pada 10 Dis. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua lelaki berusia […]

Siling Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Runtuh, Pekerja Sempat Larikan Diri
MELAKA, 12 Dis (Bernama) — Seorang pekerja kedai bersama pelanggan dan bayinya nyaris cedera dihempap runtuhan siling di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi. Pekerja kedai, Mustapa Seman, 45, berkata kejadian itu berlaku ketika hampir semua peniaga mulai beredar dan menutup gerai masing-masing namun dia masih […]

Kemenangan Morocco Gembirakan Seluruh Arab & Afrika
Kemenangan Morocco ke atas Portugal minggu lalu ternyata merekodkan sejarah tersendiri apabila bergelar pasukan Arab pertama yang berjaya mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia. Kejayaan Morocco tersebut diraikan oleh sebilangan besar rakyat di negara-negara di sekitar benua Afrika dan teluk Arab termasuk Palestin. Imbas kembali menurut The Guardian, rakyat Palestin tidak mengira lapisan masyarakat […]