Berita

Dua Pemenang Pingat Angkat Berat SUKMA Ke-20 Positif Doping
Dua pemenang pingat angkat berat SUKMA ke-20 positif doping JOHOR BAHRU, 27 Dis (Bernama) — Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis ‘anabolic androgenic steroid’ oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas). Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata kedua-dua atlet lelaki itu […]

Piala AFF 2022: Malaysia Tumpas 0-3 Kepada Vietnam
Piala AFF 2022: Malaysia Kalah Kepada Vietnam Skuad kebangsaan Harimau Malaya berjaya ‘dijinakkan’ pasukan Vietnam dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Kebangsaan My Dinh Hanoi, Vietnam malam ini. Skuad yang diterajui oleh jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan itu ditundukkan oleh pasukan Vietnam dengan kelebihan jaringan tiga gol pada […]

Longgokan Hiasan Ayat Al-Quran Ditemukan Di Tepi Jalan Di Nilai
NILAI, 27 Dis (Bernama) — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menemukan longgokan hiasan ayat al-Quran yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di tepi jalan di kawasan Perindustrian Arab Malaysia, di sini hari ini. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata bertindak atas maklumat orang awam pasukannya bersama Majlis Bandaraya […]

Pengambilalihan Pengurusan Menara KL Sedang Diteliti – Fahmi
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) daripada Telekom Malaysia (TM) oleh syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd. Menterinya Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung perkara itu. Sehubungan itu beliau akan menerima satu taklimat menyeluruh […]

Monsun Timur Laut Kali Ini Dijangka Lebih Serius – Armizan
Monsun Timur Laut kali ini dijangka lebih serius – Armizan SANDAKAN, 27 Dis (Bernama) — Kerajaan menjangkakan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara kali ini lebih serius berbanding yang lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. Beliau berkata indikator awal terhadap keadaan monsun […]

Orang Ramai Dinasihat Jangan Tular Komen Lama Sentuh Soal Perkauman
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum. Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen […]

Batik Air Kesal Dengan Kelewatan, Baucar Istimewa Kepada Penumpang Terkesan
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Syarikat penerbangan Batik Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, hari ini menyuarakan rasa kesal dengan kelewatan pelepasan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabagsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lepas, yang amat menyusahkan ramai penumpang. Batik Air dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu pihaknya akan menghubungi semua penumpang yang terkesan, bagi […]

Ipoh Tersenarai Dalam 18 Destinasi Paling “Underrated” Di Asia
Bandaraya Ipoh dilaporkan termasuk dalam senarai CNN bagi 18 tempat menarik yang kurang mendapat perhatian dunia di Asia. Secara umumnya, pelancong akan mengunjungi tempat-tempat yang popular sama ada seni bina tamadun terdahulu seperti Angkor Wat dan Taj Mahal sehinggalah bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo dan Hong Kong. Perkara ini termasuklah pantai-pantai yang popular di Bali dan […]

Kanak-Kanak Maut Ada Kesan Pukulan, Cucuh – Polis
JOHOR BAHRU, 27 Dis (Bernama) — Kesan pukulan dan cucuh akibat benda panas, adalah antara kecederaan teruk dialami kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia di sini, dipercayai akibat didera. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil pemeriksaan awal, terdapat kesan kecederaan teruk hampir di seluruh badan kanak-kanak berkenaan yang meninggal dunia di […]

Dron Korea Utara Lintasi Ruang Udara, Korea Selatan Dilapor Lepaskan Tembakan Amaran
Dron Korea Utara Lintasi Ruang Udara, Korea Selatan Dilapor Lepaskan Tembakan Amaran KOREA SELATAN – Tentera Korea Selatan dilapor telah melepaskan tembakan amaran dan melancarkan jet pejuang selepas dron milik Korea Utara melintasi sempadan negara itu. Memetik laporan CBS News, Korea Utara dipercayai telah menceroboh ruang udara Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh lima […]

Piala Dunia Wanita FIFA Julung Kali Tampilkan Pengadil Dari Palestin
ISTANBUL, 27 Dis (Bernama) — Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang. Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin (WAFA). Piala […]

Kira-Kira 185 Rohingya Tiba Di Indonesia Selepas Berminggu-Minggu Hanyut Di Laut
JAKARTA, 27 Dis (Bernama) — Kira-kira 185 pendatang Rohingya dilaporkan tiba di wilayah Aceh, Indonesia selepas hanyut di laut selama berminggu-minggu, menurut polis dan aktivis hak asasi manusia pada Selasa. Bot membawa Rohingya berkenaan berlabuh di kampung Ujong Pie pada Isnin, sehari selepas sebuah lagi kapal kayu bersama 57 orang Rohingya tiba di bahagian lain […]

“Akhirnya Dapat Tengok Depan Mata..,” Peminat Dari Jepun Nekad “Fly” Ke Malaysia Demi Filem Mechamato
Seorang peminat siri Mechamato dari Jepun telah mengunjungi Malaysia, demi menonton filem tersebut di depan matanya. Salah satu akaun peminat Boboiboy dan Mechamato di Twitter menunjukkan gambar poster filem Mechamato Movie (2022) yang berada di panggung wayang Malaysia pada 25 Disember 2022 lalu. Peminat tersebut mengatakan bahawa dia sudah lama ingin melancong ke Malaysia serta […]

“Negara Manakah…,” Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam Rancangan “Who Want To Be A Millionaire” India
“Negara Manakah…,” Soalan Mengenai Anwar Ibrahim Ditanya Dalam Rancangan “Who Want To Be A Millionaire” India Nama Anwar Ibrahim menjadi sebutan di India apabila Perdana Menteri Malaysia tersebut dijadikan sebagai salah satu soalan dalam rancangan realiti Who Want To Be a Millionaire India musim ke-14 baru-baru ini. Who Want To Be A Millionaire India atau […]

Tawar Penerbangan Tambahan Tengah Malam, Tambang Murah Menjelang Perayaan – Wee
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mencadangkan kepada syarikat penerbangan tempatan supaya melaksanakan dan menawarkan penerbangan tambahan pada waktu tengah malam dengan harga rendah, khususnya menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri tidak lama lagi. Wee dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata menambah kapasiti dan jumlah […]

Tewaskan Thailand, Kemboja Raih Anugerah Beras Terbaik Dunia Buat Kali Kelima
Beras dari Kemboja, Phka Romduol telah meraih gelaran Beras Terbaik di Dunia 2022 dalam Konferens Beras Dunia (WRC) baru-baru ini Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), Dith Tina memberitahu Khmer Times bahawa beras wangi premium Kemboja tersebut telah memenangi anugerah tersebut buat kali kelima sepanjang sejarah industri beras dunia. “Seluruh dunia dapat mengenali negara kami […]

Pelaksanaan Gaji Minimum RM1500 Bagi Majikan Kurang 5 Orang Pekerja Ditangguh Ke 1 Julai 2023
Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500 Bagi Majikan Kurang 5 Orang Pekerja Ditangguh Ke 1 Julai 2023 Menteri Kementerian Sumber Manusia (KSM), Tuan V. Sivakumar mengumumkan keputusan kementeriannya untuk menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa Gaji Minimum RM1500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 kepada majikan yang memiliki jumlah pekerja kurang dari lima orang. Perkara ini merupakan […]

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Disyaki Didera Rakan Kakak
Kanak-Kanak Empat Tahun Maut, Disyaki Didera Rakan Kakak Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai meninggal dunia selepas disyaki didera oleh rakan-rakan kakaknya di sebuah rumah berdekatan Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat lalu. Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki warga tempatan yang berumur lingkungan 23 […]

Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Sabah, Labuan
KOTA KINABALU, 27 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dijangka berlaku hingga esok. Keadaan cuaca tersebut di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. MetMalaysia mengeluarkan amaran itu pada […]

Kos Pemindahan Dianggar Lebih RM200 Juta, Liverpool Sah Ikat Cody Gakpo
Liverpool dilapor berjaya mendapatkan khidmat Cody Gakpo selepas Philips Sport Vereniging (PSV) mengumumkan persetujuannya bersama kelab bola gergasi dari England tersebut pada Isnin. Memetik laporan AFP, Gakpo yang berasal dari Belanda berjaya menjaringkan tiga gol untuk negara itu semasa mewakili Piala Dunia Qatar 2022 yang lalu. Sebelum ini, bintang bola sepak Belanda itu telah dikhabarkan […]