Berita

Bajet 2023 Ambil Kira Manifesto Semua Parti Dalam Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan
CHUKAI, 29 Dis (Bernama) — Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb depan akan mengambil kira manifesto semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata urus setia khas bajet baharu telahditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji manifesto parti yang positif untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan. Selain itu, beliau berkata […]

Pertama Di Malaysia, Tiket Tayangan Mechamato Versi Mesra Sensori Mula Dijual
Pihak produksi Mechamato menerusi Facebooknya mengumumkan penjualan tiket Mechamato Movie (2022) bagi versi mesra sensori mula dijual bermula semalam, 29 Disember 2022. Bagaimanapun, tayangan versi ini hanya diadakan pada 15 Januari 2023 (Ahad), bermula jam 11.00 pagi. Harga tiket pula dijual dengan tanda harga RM9 sekeping. Selain itu, tayangan versi mesra sensori ini juga hanya […]

Peguam Dedah Isteri Boleh Dapatkan Perintah Mahkamah Halang Suami Ganggu & Cederakan Dirinya
Peguam Dedah Isteri Boleh Dapatkan Perintah Mahkamah Halang Suami Ganggu & Cederakan Dirinya Dalam sebuah perkahwinan suami isteri perlu menyayangi satu sama lain. Seorang lelaki yang bergelar suami dan ketua keluarga perlu bertanggungjawab menjaga dan melindungi isteri dan anak-anaknya. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang isteri dibunuh oleh suami sendiri atas alasan isteri beliau […]

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Culik Ejen Produk Kosmetik
PASIR MAS, 29 Dis (Bernama) — Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang wanita ejen produk kosmetik pada 13 Sept lepas. Tertuduh, 31, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain berusia 36 tahun. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di […]

Amerika Syarikat Kuatkuasa Ujian Saringan COVID-19 Bagi Pengunjung Dari China
Amerika Syarikat merupakan antara negara yang akan mengenakan ujian pengesanan COVID-19 secara mandatori kepada pengunjung-pengunjung dari China, yang bakal membuka sempadannya minggu depan. Selain Amerika Syarikat, langkah pencegahan lebih ketat juga bakal dilakukan di beberapa negara seperti Itali, Jepun, Malaysia, Taiwan dan India. Ia susulan jangkaan peningkatan ketibaan pelancong dari China selepas kerajaan negara Tembok […]

Saiz Ekonomi Malaysia Dijangka Pintas Singapura Menjelang 2027 – Cebr WELT
Saiz Ekonomi Malaysia Dijangka Pintas Singapura Menjelang 2027 – Cebr WELT Ekonomi Malaysia diramal bakal memintas kedudukan ekonomi Malaysia menjelang 2027 ini, menurut data yang diterbitkan oleh Jadual Liga Ekonomi Dunia (WELT) Cebr 2023-2027. Menurut laporan tersebut, persaingan ekonomi kedua-dua buah negara berjiran ini akan berterusan dan pada 2037, ekonomi negara bakal muncul sebagai ekonomi […]

43 Model Telefon Termasuk iPhone Lama Ini Tidak Lagi Boleh Guna Whatsapp Mulai 1 Jan 2023
43 Model Telefon Termasuk iPhone Lama Ini Tidak Lagi Boleh Guna Whatsapp Mulai 1 Jan 2023 Berjuta-juta pengguna telefon pintar lama di seluruh dunia tidak lama lagi akan kehilangan akses kepada aplikasi WhatsApp selepas 31 Disember ini. Memetik laporan The Independent, keputusan itu melibatkan 49 model telefon bimbit termasuk Apple iaitu bagi model iPhone 5 […]

Selepas Sekatan Dilonggarkan, Malaysia Antara ‘Top 10’ Negara Dicari Warga China Untuk Bercuti
Selepas Sekatan Dilonggarkan, Malaysia Antara ‘Top 10’ Negara Paling Dicari Warga China Untuk Melancong Malaysia merupakan salah sebuah negara dalam senarai 10 teratas yang dicari oleh warga China di Trip.com Group untuk melancong ke luar negara, lapor pengendali laman web tersebut. Negara-negara lain yang turut berada dalam senarai tersebut termasuklah Jepun, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat, […]

Kes Ameba Pemakan Otak Di Korea Selatan, KKM Minta Orang Ramai Hati-hati Ketika Buat Aktiviti Air Tawar
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air, khususnya aktiviti di kawasan perairan air tawar. Pesanan berkenaan dibuat susulan laporan kes jangkitan amoeba pemakan otak, Naegleria Fowleri yang dilaporkan telah meragut nyawa warga Korea Selatan baru-baru ini. Berdasarkan laporan berita tersebut, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah […]

Karya Persis Profesional, Abang Ni Kongsi Tips Nak Ambil Gambar Pantulan Cantik Guna Lopak Air
Karya Persis Profesional, Abang Ni Kongsi Tips Nak Ambil Gambar Pantulan Cantik Guna Lopak Air Gambar-gambar cantik yang sering kita lihat di media sosial seringkali merupakan buah tangan daripada pakar fotografi yang berpengalaman. Setiap gambar yang terhasil adalah seni yang kaya dengan tafsiran berbeza. Sudut gambar, objek, pencahayaan dan warna mempunyai falsafah tersendiri yang ingin […]

Selangor Wajibkan Pengendali Makanan Pakai Pelitup Muka Mulai 1 Januari 2023
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberi peringatan kepada semua penyedia dan pengendali makanan di Selangor untuk mematuhi arahan pemakaian pelitup muka mulai 1 Jan ini. Menurut hantaran MPS di Facebook, perkara berkenaan merujuk kepada arahan Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan pemakaian pelitup muka ke atas penyedia dan pengendali makanan dan minuman di negeri tersebut yang berkuatkuasa […]

Tak Puas Hati Dilayang Kad Merah, Pemain Tembak Mati Pengadil Di Atas Padang
Pengadil Ditembak Mati Oleh Pemain Selepas Layang Kad Merah Seorang pengadil liga tempatan di Argentina di tembak mati oleh seorang pemain bola sepak selepas tidak berpuas hati dilayangkan kad merah. Pengadil tersebut, Cesar Flores telah ditembak sebanyak tiga kali oleh pemain bola sepak terbabit selepas melayangkan kad merah kepadanya. Insiden ini berlaku di daerah Cordoba […]

Dagangan Bursa Malaysia, Ringgit Tahun 2022 Diasak Kemelut Perang Dan Inflasi
Dagangan Bursa Malaysia, ringgit tahun 2022 diasak kemelut perang dan inflasi KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Pada awal tahun 2022, prospek untuk kedua-dua ringgit dan Bursa Malaysia dilihat cerah dan menjanjikan kerana ancaman pandemik telah mula mereda. Mata wang tempatan berada pada paras RM4.1715 berbanding dolar AS manakala penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada […]

Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles
Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles Chef selebriti terkenal Salt Bae telah diharamkan ke Festival Muzik Los Angeles selepas gelagatnya sewaktu perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Qatar menjadi topik hangat antarabangsa, lapor NDTV. Sebelum ini Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce telah dikritik hebat selepas dia dilihat memasuki padang […]

Bantuan Khas Kewangan 2023 Kepada Penjawat Awam, Pesara Dibayar 17 Jan – JPA
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada satu juta pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Jan depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya hari ini, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen […]

Rebah Pada Rakaat Kedua, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Maghrib Di Masjid
Rebah Pada Rakaat Kedua, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Maghrib Di Masjid Media sosial di Indonesia heboh selepas tular rakaman CCTV di sebuah masjid yang berjaya merakam seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan solat berjemaah di Masjid Cakung, Jakarta Timur. Berdasarkan laporan Kumparan News, dari video yang tersebar itu menunjukkan seorang lelaki yang berkopiah […]

Kereta Remuk & Bertindih, Kemalangan Babitkan 200 Kenderaan Korbankan Satu Nyawa
Kereta Remuk & Bertindih, Kemalangan Babitkan 200 Kenderaan Korbankan Satu Nyawa Lebih 200 buah kenderaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di sebuah jambatan di bandar Zhengzhou di China akibat kabus tebal sehingga meragut satu nyawa, lapor Daily Mail. Melalui gambar dan video yang dimuat naik di media sosial, beberapa buah kereta dan lori dilihat […]

Tanah Runtuh: Anak Sempat Minta Jaga Diri Sebelum Pergi – Bapa
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Seorang bapa tidak menyangka tingkah laku anak tunggalnya yang bersunguh-sungguh berpesan supaya beliau menjaga diri sebelum pergi berkhemah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, dekat sini, pada 13 Dis lalu, merupakan detik terakhir mereka bersama. Bagi peniaga ubat ,Tong Chee Kong, 44, sehingga saat ini masih tergiang-ngiang […]

Warga Emas Dilapor Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Ambulans & Terbabas Dalam Longkang
Warga Emas Dilapor Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Ambulans & Terbabas Dalam Longkang Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya dirempuh oleh ambulans sehingga terbabas ke dalam longkang di persimpangan di Wuhan, wilayah Hubei. Memetik laporan Yahoo TV, ambulans tersebut telah melanggar lampu isyarat berwarna merah untuk membawa pesakit ke hospital dan secara […]

Jenazah Kanak-Kanak Lelaki Dipercayai Mangsa Dera Selamat Dikebumikan
Jenazah kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera selamat dikebumikan SEGAMAT, 28 Dis (Bernama) — Jenazah kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Gatom di sini hari ini pada kira-kira 5.30 petang. Terdahulu, jasad kanak-kanak malang itu dibawa ke Masjid Jamek Labis dengan van yang diiringi kenderaan polis dan […]