Berita

Bagasi Berisi Bahagian Badan Manusia Ditemukan Di Tepi Lebuh Raya Plus
Bagasi Berisi Bahagian Badan Manusia Ditemukan Di Tepi Lebuh Raya Plus KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Satu mayat yang tidak cukup sifat dan sebuah beg hitam ditemukan oleh orang awam di kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata polis menemukan kepala […]
Berita
Pertumbuhan Penduduk China Terus Menurun Ke Paras Terendah Dalam Enam Dekad
Pertumbuhan Penduduk China Terus Menurun Ke Paras Terendah Dalam Enam Dekad ISTANBUL, 17 Jan (Bernama) — China, negara paling ramai penduduk di dunia kini menyaksikan pertumbuhan negatif pada 2022, penurunan populasi paling rendah dalam tempoh lebih enam dekad, menurut data negara yang dikeluarkan pada Selasa. Jumlah penduduk China merosot 850,000 tahun lepas, lapor Agensi Anadolu […]
Berita
Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia
Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia Buku autobiografi Putera Harry berjudul ‘Spare’ yang dilancarkan baru-baru ini dikhabarkan telah menjadi buku bukan fiksyen terlaris di dunia. Memetik dari Geo News, sebanyak 1.43 juta naskah karya kerabat diraja British itu berjaya dijual pada hari pertama memasuki pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat dan […]
Berita
Tiga Warga M’sia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Selamat Pulang Ke Tanah Air
Tiga Warga M’sia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Selamat Pulang Ke Tanah Air PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Tiga lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air pada hari Selasa (17 Jan). Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berusia antara […]
Prosiding Bela Diri Siti Bainun: Dua Lagi Peguam Tarik Diri
Prosiding Bela Diri Siti Bainun: Dua Lagi Peguam Tarik Diri KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Dua lagi peguam Siti Bainun Ahd Razali menarik diri daripada mewakili pengasas Rumah Bonda itu pada prosiding bela diri beliau atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Mereka ialah Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah […]
Berita
Empat Lagi Ladang Ternak Babi Di P.Pinang Dijangkiti ASF
Empat Lagi Ladang Ternak Babi Di P.Pinang Dijangkiti ASF GEORGE TOWN, 17 Jan (Bernama) — Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang disahkan dijangkiti penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) menjadikan keseluruhan 11 buah ladang komersial telah dilanda wabak tersebut. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia membabitkan dua ladang baharu […]
Bunuh Ibu Dengan Kejam, Lelaki Sakit Mental Hanya Tutup Mata Apabila Disoal Polis
Bunuh Ibu Dengan Kejam, Lelaki Sakit Mental Hanya Tutup Mata Apabila Disoal Polis Seorang lelaki di Bangkok yang mempunyai masalah mental didakwa membunuh ibunya secara kejam dalam tragedi di Lat Krabang, Thailand baru-baru ini, lapor The Thaiger. Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudiannya ditahan polis pada Ahad. Difahamkan, polis bergegas ke tempat kejadian selepas […]
Luar Negara
Harimau Terlepas Dari Kandang Serang Manusia & Bunuh Haiwan Lain, Pencuri Punya Pasal
Harimau Terlepas Dari Kandang Serang Manusia & Bunuh Haiwan Lain, Pencuri Punya Pasal Pihak berkuasa di Afrika Selatan sedang mencari seekor harimau yang terlepas dari kandangnya di sebuah ladang persendirian berhampiran Johannesburg, Afrika Selatan. Menurut CBS News, harimau tersebut telah mencederakan seorang lelaki dan menyebabkan tiga haiwan terbunuh. Lelaki berusia 39 tahun itu terselamat dalam […]
Berita
Hutang Negara Sudah Mencecah Hampir RM1.2 Trilion – PM Anwar
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan ekonomi negara masih belum kukuh dan ia turut berkait dengan perkembangan antarabangsa. “Ekonomi masih dianggap malap. la juga berkait dengan perkembangan antarabangsa, […]
Berita
Wang Bantuan Awal Persekolahan Hilang: Wujud Pelanggaran SOP Kewangan- Fadhlina
Wang bantuan awal persekolahan hilang: Wujud pelanggaran SOP kewangan- Fadhlina IPOH, 17 Jan (Bernama) — Terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang dilarikan individu dalam satu kejadian di Beranang, Selangor semalam. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata itu antara maklumat awal yang diterima pihaknya dan kes […]
Berita
Kru Penerbangan Disiasat, Disyaki Seludup 40kg Bawang Dalam “Flight”
Kru Penerbangan Disiasat, Disyaki Seludup 40kg Bawang Dalam “Flight” Seramai 10 orang anak kapal sebuah syarikat penerbangan Filipina disiasat atas dakwaan menyeludup hampir 40 kilogram bawang dan buah-buahan dari Riyadh dan Dubai, lapor Mothership. Kru kabin dari dua penerbangan berasingan iaitu PR655 dan PR659 itu telah ditangkap berikutan penyeludupan sebanyak 27 kilogram bawang dan 11.5 […]
Berita
Dua Rakan Termasuk Warga Singapura Didakwa Beri Rasuah RM90,000 Kepada Pegawai Polis
Dua Rakan Termasuk Warga Singapura Didakwa Beri Rasuah RM90,000 Kepada Pegawai Polis JOHOR BAHRU, 17 Jan (Bernama) — Dua rakan termasuk seorang warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai polis berjumlah RM90,000, tahun lepas. Mengikut kertas pertuduhan, Law Wen Xiang, 32, dan Donavan Sia […]
Tragedi
Kapal Tangki Minyak Meletup, Gegaran Dirasai Hingga 10 Km
Sekurang-kurangnya lapan orang pekerja hilang dan beberapa rumah rosak ekoran sebuah kapal tangki minyak meletup di sungai Mae Klong di daerah Muang, Thailand sekitar 9:17 pagi tadi. Difahamkan, kapal tangki yang mempunyai kapasiti 6,500 tan berat itu sedang menjalankan penyelenggaraan berkala di Limbungan Ruammitr di Tambon Laem Yai. Malah, letupan itu kedengaran dan turut dirasai […]
Berita
Intana Ria 3 – PKNS Beri Komitmen Pemilikan Rumah Menyokong Pembangunan Perniagaan Di Bangi
BANDAR BARU BANGI, 16 Januari 2023 – Tahun 2023 membawa harapan baharu kepada bakal pembeli rumah di Malaysia bagi merealisasikan matlamat pemilikan rumah mereka. Memahami keperluan golongan muda dan profesional ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melancarkan projek Intana Ria 3, bagi menambah portfolio kediaman mampu miliknya di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. […]
Berita
Had Laju Jalan Persekutuan Dikurangkan 10km/j Sempena Tahun Baharu Cina
Had laju jalan Persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina DENGKIL, 17 Jan (Bernama) — Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Jan ini. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sepanjang tempoh itu, had laju di jalan […]
Berita
Guru Besar Beri Alasan Sudah Biasa Keluar Wang Tanpa Polis Pengiring
Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring KAJANG, 17 Jan (Bernama) — Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Beranang dekat sini, yang kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan itu tanpa polis pengiring. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd […]
Berita
Populasi Rakyat China Menyusut
Populasi Rakyat China Menyusut Populasi rakyat China dilapor merosot pada tahun lepas buat pertama kalinya sejak 1961 dan merupakan sejarah baharu yang akan menandakan permulaan tempoh kemerosotan yang panjang, lapor CNA. Kemerosotan populasi rakyat negara itu kini menyaksikan India menjadi negara yang mempunyai populasi paling ramai di dunia pada 2023. Pada tahun lalu, populasi China […]
Berita
PM Anwar: Tiada Hajat Bina Mercu Tanda Baharu
PM Anwar: Tiada hajat bina mercu tanda baharu PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak berhajat untuk membina mercu tanda baharu di bawah pentadbirannya. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata mercu tanda sedia ada seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara TRX sudah mencukupi. “Saya jaga Kuala Lumpur, cukup mercu […]
Berita
30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis
30 Tahun Bersembunyi, Bos Besar Mafia Itali Akhirnya Berjaya Diberkas Polis Bos Mafia Itali yang paling dikehendaki bernama Matteo Messina Denaro telah ditangkap di Sicily selepas 30 tahun hidup dalam pelarian, lapor BBC. Messina Denaro dilaporkan telah ditahan di sebuah klinik swasta di ibu kota Sicily, Palermo sewaktu sedang menerima rawatan untuk kanser yang dihidapinya. […]
Berita
RM10 Bilion Boleh Diselamatkan Daripada Kebocoran Sistem Perolehan Kerajaan
RM10 Bilion boleh diselamatkan daripada kebocoran sistem perolehan kerajaan PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara boleh melakukan penjimatan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu […]