Berita

Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan
Empat Nyaris Maut Selepas Kereta Terbakar Dalam Kemalangan Sebuah kereta jenis Perodua Axia dilaporkan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang, berhampiran kawasan perusahaan Perai, awal pagi tadi. Walau bagaimanapun, empat mangsa yang berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam, kira-kira pukul 1 pagi tadi. Memetik laporan […]

Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit
Ini Rekod Dunia Bagi Pelukan Paling Banyak Dalam Masa Satu Minit Pelukan merupakan satu bahasa badan yang universal bagi melambangkan kasih sayang. Biasanya, pelukan diberikan ketika kita gembira atau pun memujuk rakan kita yang berada dalam kesedihan. Menurut BBC, pelukan terbukti dapat memberikan manfaat kepada kesihatan. Perbuatan ini dapat memberikan peningkatan ketara terhadap tahap hormon […]

Jana Wibawa: SPRM Jangka 3-4 Kertas Siasatan Siap Dalam Masa Terdekat
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Siasatan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) masih dijalankan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata SPRM sedang menyiapkan ‘tiga atau empat kertas siasatan lagi’ berkaitan kes Jana Wibawa sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. “Siasatan masih berjalan. Ada […]

Barcelona Lawan United, Pertembungan ‘Gergasi’ Sebenar
Barcelona Lawan Manchester United, Pertembungan ‘Gergasi’ Sebenar Awal pagi esok, pasukan Manchester United dijadualkan akan bertemu pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona. Ini adalah pertembungan timbal balik dalam saingan UEFA Europa League. Untuk perlawanan pertama, keputusan seri 2-2 mengikat kedua-dua pasukan hebat ini. Jaringan United dijaringkan oleh Marcus Rashford dan gol sendiri dari Jules Kounde. Manakala, gol […]

Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal
Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Cubaan seludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas. Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim […]

Pasar Raya UK Berdepan Kekurangan Bekalan Sayur
Pasar Raya UK Berdepan Kekurangan Bekalan Sayur LONDON, 23 Feb (Bernama) — Pasar raya di seluruh Britain dipenuhi rak kosong ekoran bekalan produk segar semakin sukar didapati, hingga menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran dicatu. Rangkaian pasar raya UK termasuk Asda, Morrisons, Iceland, M&S (Marks dan Spencer) Aldi dan Tesco kini berdepan kekurangan bekalan beberapa jenis sayur […]

Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART
Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART ISTANBUL — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kumpulan MAS-01 menerima tepukan penghargaan dan ucapan terima kasih ketika ingin meninggalkan negara itu di Lapangan Terbang Gazientep, Turkiye semalam. Dalam video yang dimuat naik oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memaparkan perjalanan anggota SMART diiringi sorakan dan laungan […]

Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia
Pemikir Islam Tersohor, Mohd Kamal Hassan Meninggal Dunia Tokoh pemikir Islam terkemuka di Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis. Memetik Sinar Harian, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu telah dimaklumkan sendiri oleh anaknya kepada Astro Awani. Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi daripada prosedur […]

Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif
Kajian Di UK Dedah Kerja Empat Hari Lebih Produktif Satu kajian yang dijalankan di United Kingdom mendedahkan bahawa kerja selama empat hari lebih produktif berbanding lima hari, lapor AFP. Kajian tersebut telah dilakukan oleh kumpulan 4 Day Week Global bersama badan pemikir Autonomi, Universiti Cambridge dan Kolej Boston di Amerika Syarikat. Kajian ini mula dilakukan […]

iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k
iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k AMERIKA SYARIKAT — Sebuah iPhone generasi pertama dijual pada harga RM281,302 ($63,356.40) di acara lelongan LCG baru-baru ini, lapor CBS News. Difahamkan, telefon keluaran 2007 yang masih berada di dalam kotak dan belum dibuka itu mula dilelong pada tanda harga melebihi RM11,000 ($2,500). Pada awalnya ia diramal […]

Ustazah Lombok Nikahi Jejaka Belgium Lepas Istikharah 7 Kali
Ustazah Lombok Nikahi Jejaka Belgium Lepas Istikharah 7 Kali Jodoh di negara lain, seorang ustazah yang berasal dari Lombok menikahi seorang jejaka warga Belgium setelah bertemu melalui aplikasi janji temu dalam talian, lapor Liputan6. Kisah ‘merpati dua sejoli’ itu dikongsi oleh @lombokdokumen di TikTok, mengisahkan kisah pertemuan ustazah bernama Mauni bersama suaminya hingga tular di […]

Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras
Polis Buru Dua Suspek Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman Facebook yang dikesan […]

Anggota SAR Cerita Detik Selamatkan Lima Sekeluarga Gempa Bumi Turkiye
Anggota SAR Cerita Detik Selamatkan Lima Sekeluarga Gempa Bumi Turkiye GAZIANTEP (Turkiye), 22 Feb (Bernama) — “Janganlah runtuh, janganlah runtuh,” itu antara yang bermain dalam fikiran dua anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ketika menggali terowong dan memotong besi konkrit yang berselirat bagi menyelamatkan lima sekeluarga mangsa gempa bumi pada 11 Feb lepas. Kebimbangan E. Saravanan dan […]

Jepun Siasat Misteri Bola Besi Gergasi Terdampar Di Pantai
Jepun Siasat Misteri Bola Besi Gergasi Terdampar Di Pantai Kawasan pantai di Hamamatsu, Jepun terpaksa ditutup ekoran kemunculan sebuah objek besi gergasi misteri terdampar di situ pada Selasa, lapor New York Post. Difahamkan, ‘bola’ (bentuk sfera) tersebut dilihat mencurigakan oleh seorang penduduk tempatan pantai berkenaan yang terletak kira-kira 155 batu dari Tokyo. Susulan itu, dia […]

Liverpool Cari Pengganti Klopp, Bakal Diminta “Resign”?
Liverpool Cari Pengganti, Klopp Diminta “Resign” Secara Terhormat? Masa depan jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp didakwa terancam selepas hierarki tertinggi kelab dikatakan sudah memulakan perbincangan untuk mencari penggantinya. Menurut laporan Sportbible, meskipun menunjukkan kebangkitan dalam Liga Perdana Inggeris, The Reds secara keseluruhan berdepan dengan musim mencabar tahun ini. Kelab itu menduduki tempat kelapan dalam liga, perbezaan […]

“Tape” Kerusi Pesawat Hanya Sementara – AirAsia
“Tape” Kerusi Pesawat Hanya Sementara – AirAsia Gambar yang tersebar di media sosial berkenaan tempat letak tangan di dalam sebuah pesawat AirAsia yang menggunakan pita pelekat adalah hanya untuk sementara, kata AirAsia pada semalam. Memetik CNA, makluman berkenaan dibuat oleh syarikat penerbangan itu selepas isu menjadi tular di Facebook. Terdahulu seorang pengguna telah berkongsi gambar […]

Tak Pernah Beri Bella Makan Cili, Najis Dan Simbah Air Panas – Siti Bainun
Tak Pernah Beri Bella Makan Cili, Najis Dan Simbah Air Panas – Siti Bainun KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat, disimbah air panas serta ditekap dengan kuali panas tidak […]

Projek Jana Wibawa: Pengarah Syarikat Didakwa Minta, Terima Rasuah RM12.87 Juta
Projek Jana Wibawa: Pengarah Syarikat Didakwa Minta, Terima Rasuah RM12.87 Juta JOHOR BAHRU, 22 Feb (Bernama) — Seorang pengarah syarikat perabot mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.87 juta berhubung projek Jana Wibawa antara Julai 2021 hingga November tahun lepas. Bagi dua pertuduhan, […]

PDRM Tidak Kompromi, Lindungi Anggota Terlibat Salah Laku Jenayah – Razarudin
PDRM Tidak Kompromi, Lindungi Anggota Terlibat Salah Laku Jenayah – Razarudin KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi atau menyembunyikan warga kerjanya yang terlibat dengan sebarang bentuk salah laku jenayah atau dadah. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan hal […]

MASAC Jangka “Trend” Belia Terlibat Dadah Meningkat Tahun Ini
MASAC Jangka “Trend” Belia Terlibat Dadah Meningkat Tahun Ini Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) dalam satu kenyataan media menjangkakan trend belia berusia 19 hingga 39 tahun terlibat dengan dadah meningkat pada tahun 2023. Setiausaha Agung, Raja Azizan Suhaimi berkata ia selari dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat semalam. Menurutnya, […]