Berita›Tragedi

Nahas Elmina: Pemandu Grab “Reject” Penumpang Sejak 2 Petang
Nahas Elmina: Pemandu Grab “Reject” Penumpang Sejak 2 Petang Seorang pemandu Grab yang maut dalam insiden pesawat terhempas disyaki sedang berseorangan di dalam kenderaannya tanpa sebarang penumpang. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam sidang media sebentar tadi. “Pemandu Grab yang maut dalam insiden pesawat terhempas difahamkan tidak mengambil penumpang […]

Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri
Nahas Pesawat Di Elmina: Wanita Tak Sangka “Rider” Yang Terkorban Adalah Sepupu Sendiri Seorang wanita tak menyangka selepas mengetahui rider yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas di Elmina semalam merupakan adik sepupunya sendiri. Wanita bernama Nurul Nazihah itu berkongsi coretannya berkenaan kejadian tersebut di akaun Facebook miliknya. Menurut Nazihah, dia yang turut melihat keadaan […]

Nahas Pesawat: Suami Pesan Kebumikan Di Kampung Halaman
Nahas Pesawat: Suami Pesan Kebumikan Di Kampung Halaman KLANG, 17 Ogos (Bernama) — “Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman”, itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam hari ini. Pesanan itu diberikan […]

‘Adik Sayang Mama,’ Kata-Kata Terakhir Juruterbang Kepada Ibu
‘Adik Sayang Mama,’ Kata-Kata Terakhir Juruterbang Kepada Ibu KLANG, 17 Ogos (Bernama) — “Adik sayang mama,” itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang tadi. Mahanum Ismail, 67, berkata sehingga kini, ayat […]

46 Tahun Berlalu, Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Imbau Insiden Japan Airlines 715
46 Tahun Berlalu, Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Imbau Insiden Japan Airlines 715 Hari ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Elmina, Shah Alam sekitar jam 3 petang semalam. Pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang membawa lapan orang termasuk dua kru itu dalam perjalanan dari Langkawi ke […]

Nahas Pesawat: Kerajaan Pahang Akan Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa – MB Pahang
Nahas Pesawat: Kerajaan Pahang Akan Salur Bantuan Kepada Keluarga Mangsa – MB Pahang KLANG, 17 Ogos (Bernama) — Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan bantuan atau membiayai sebarang kos termasuk urusan pengebumian kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. […]

Semua 10 Mayat Mangsa Terlibat Nahas Pesawat Terhempas Ditemukan – KP Selangor
Semua 10 Mayat Mangsa Terlibat Nahas Pesawat Terhempas Ditemukan – KP Selangor KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Kesemua 10 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, telah ditemukan. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat kesemua mangsa dan […]

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Yang Rentung – Dr Zulkifli
Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Yang Rentung – Dr Zulkifli Mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa haram sekiranya menyebarkan gambar atau video mangsa yang rentung dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina. Beliau menyatakan perkara tersebut menerusi satu ciapan ringkas di Twitter hari ini. Tegasnya, tindakan […]

“Moga-moga Mereka Dikurniakan Syahid Akhirat…” – Dr Zulkifli
“Moga-moga Mereka Dikurniakan Syahid Akhirat…” – Dr Zulkifli Berlaku tanpa sebarang petanda, kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini memberikan satu kejutan besar buat Malaysia. Tragedi itu meragut 10 nyawa, terdiri daripada enam orang penumpang dan dua kru pesawat serta dua orang awam. Difahamkan, antara yang terkorban dalam nahas tersebut adalah Exco […]

Saya Bukan Antara Mangsa Nahas Pesawat Di Elmina Kata Ikwan Hafiz Jamaluddin
Saya Bukan Antara Mangsa Nahas Pesawat Di Elmina Kata Ikwan Hafiz Jamaluddin KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) — Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ikwan Hafiz menafikan beliau merupakan antara 10 mangsa yang terkorban, dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi. Ikwan, 36 dalam […]

Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina
Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina Malaysia hari ini dikejutkan dengan satu kejadian pesawat peribadi terhempas berdekatan Elmina, di Shah Alam kira-kira jam 3 petang tadi Sejak nahas tersebut berlaku, beberapa rakaman kejadian ngeri itu telah dikongsi orang awam dan menjadi tular di media sosial. Selain rakaman daripada kamera papan […]

Pesawat Terhempas: PM Anwar Rakam Ucapan Takziah
Pesawat Terhempas: PM Anwar Rakam Ucapan Takziah SHAH ALAM — Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam petang tadi. Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya mendoakan agar kesemua ahli keluarga mangsa tabah menghadapi musibah yang berlaku. […]

Agong Cemar Duli, Tinjau Lokasi Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina
Agong Cemar Duli, Tinjau Lokasi Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini, hari ini. Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk […]

Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam
Dashcam Tular Rakam Detik-Detik Pesawat Terhempas Di Elmina, Shah Alam Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan satu kejadian pesawat terhempas berdekatan Elmina, di Shah Alam hari ini. Sejak nahas tersebut berlaku, beberapa rakaman yang dibuat orang awam di lokasi kejadian turut dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular. Salah satunya adalah rakaman dashcam daripada […]

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – Prolintas
Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – Prolintas KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telaH ditutup sementara waktu berikutan insiden nahas pesawat berhampiran lokasi berkenaan, hari ini. Kumpulan Syarikat Prolintas (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laluan […]

Saksi Dengar Bunyi Letupan Kuat, Nampak Mangsa Rentung
Saksi Dengar Bunyi Letupan Kuat, Nampak Mangsa Rentung SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) — “Saya terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan sebaik tiba di lokasi, saya nampak seorang mangsa terbakar rentung dalam keadaan terbaring,” kata saksi insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, di sini hari ini. Menurut Nur Alia Nordin, 28, semasa kejadian beliau […]

Pesawat Terhempas Di Elmina: 10 Lelaki Disahkan Maut
Pesawat Terhempas Di Elmina: 10 Lelaki Disahkan Maut SHAH ALAM — Polis mengesahkan 10 orang lelaki dipercayai warga tempatan maut dalam nahas membabitkan sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini, lapor Bernama. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor sebentar tadi. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, lapan daripadanya ialah penumpang […]

Pesawat Terhempas Di Elmina: Penunggang Motosikal Dipercayai Antara Yang Terkorban
Pesawat Terhempas Di Elmina: Penunggang Motosikal Dipercayai Antara Yang Terkorban Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor sebentar tadi. Kejadian itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim pada sebentar tadi. Sementara itu, beberapa media melaporkan bahawa seramai 3 orang dilapor maut dalam kejadian nahas tersebut. Mangsa yang dipercayai terkorban […]

Struktur Bangunan Runtuh: Saksi Berdepan Detik Cemas Dengar Bunyi Dentuman Kuat, Gegaran
Struktur Bangunan Runtuh: Saksi Berdepan Detik Cemas Dengar Bunyi Dentuman Kuat, Gegaran KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Gegaran akibat struktur rasuk pada bumbung sebuah bangunan komersial lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini, runtuh malam tadi, dirasai sehingga ke bangunan sebelah. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa […]

Detik-detik Tanah Runtuh Bawa Rumah Sekali Di India, Angka Korban Tak Diketahui
Detik-detik Tanah Runtuh Bawa Rumah Sekali Di India, Angka Korban Tak Diketahui Satu kejadian tanah runtuh besar dilapor berlaku di kawasan Summer Hill, Shimla di India pada Rabu, hari ini lapor NDTV. Menurut portal berita itu lagi, operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan sebaik kejadian berkenaan berlaku. Difahamkan, pasukan penyelamat ketika itu tidak mempunyai sebarang […]