Berita›Tragedi

Satu Lagi Gunung Berapi Indonesia Meletus, Gunung Agung Bali Dalam Status Merbahaya, Penduduk Sekitar Sungai Diberi Amaran Lahar Api
Pusat Vulkanologi dan Bencana Indonesia (PVMBG) memberitahu bahawa Gunung Agung, Bali kmebali meletus pada petang semalam dan berada pada tahap 3 sehingga kini. PVMBG memberi amaran kepada setiap penduduk untuk menghentikan aktiviti pendakian di sekitar Gunung atau dalam radius 4 kilometer dari kawah puncak. Amaran bahaya yang dikeluarkan bersifat dinamik mengikut perkembangan terkini gunung berapi. […]

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Beberapa kawasan di Filipina dan Indonesia diarahkan berjaga-jaga susualan ancaman tsunami akibat kejadian gempa bumi kuat yang berlaku 11.30 pagi sebentar tadi. Gempa 7.3 magnitud yang berpusat di Mindanao itu memberi ancaman kepada seluruh kawasan berpantai sepanjang 300 kilometer di bahagian selatan negara tersebut. Beberapa buah pulau milik Indonesia iaitu Pulau Geme dan Tabukan Tengah […]

Enam Lagi Bom Meletup Di Wilayah Songkla
Songkla : Wilayah Songkla di selatan Thailand terus bergolak apabila enam lagi bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu hari ini. Gabenor Wilayah Songkla Wiranan Penjang berkata letupan terbabit menyasarkan tiang-tiang elektrik namun tiada kecederaan dilaporkan. “Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi,” katanya kepada pemberita […]

Doa Selama 14 Tahun Lelaki Ini Untuk Temui Jasad Isteri Mangsa Tsunami Acheh Termakbul
Hajat seorang lelaki untuk bertemu semula dengan isterinya yang hilang dalam tragedi Tsunami Acheh 2004, akhirnya tertunai selepas 14 tahun. Tetapi isteri yang ditemui dalam keadaan jasad yang tidak bernyawa lagi. Jenazah isteri kepada Taufik Alamsyah adalah antara 45 jasad yang ditemui dalam beg mayat dalam sebuah kubur besar yang tidak didaftarkan sebagai kubur mangsa […]

Status Amaran Gunung Anak Krakatau Dinaikkan Pada Tahap Bahaya, Penduduk Diminta Jauhi Pulau
Aktiviti gunung berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda terus meningkat. Badan Gelologi Kementerian Indonesia telah mempertingkatkan status gunung berapi tersebut daripada tahap waspada (level II) kepada tahap bahaya (level III) dan radius zon pantai diperluas dari 2km menjadi 5km. Masyarakat setempat dilarang menggunakan aktiviti dalam radius 5km dari puncah kawah Gunung Anak Krakatau. […]

(Video)”Biskut Ini Untuk Adik Saya”, Bila Pulang Ke Rumah Seluruh Keluarganya Hilang ‘Ditelan’ Tsunami
Tsunami Selat Sunda yang melanda Banten dan Lampung baru-baru ini meninggalkan kesan duka kepada banyak pihak. Dalam sekelip mata, ramai yang kehilangan anggota keluarga. Antara yang merasa kehilangan adalah anak kecil ini, Aditia, yang ketika kejadian berada jauh daripada keluarganya. Becita-cita mahu menjadi pemain bola sepak suatu hari nanti, Aditiaa hanya mampu duduk meratapi nasib diri […]

Letupan Bom Lokasi Pelancongan Popular Di Songkla
SONGKLA, 27 Dis (Bernama) — Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia. Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan. Gabenor Wilayah Songkla Wiranan […]

Seorang Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tsunami Selat Sunda
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lepas. Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia ( Basarnas), rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Khairul Umam Masduki ,31, mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian tsunami itu. “Basarnas mendapat maklumat jam 11 pagi tadi berkenaan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara […]

Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif
Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda. Jangkaan tersebut dikeluarkan sehari selepas gelombang tsunami tinggi menerjang kawasan Selat Sunda yang telah mengorbankan ratusan nyawa akibat daripada letusan Gunung Anak Krakatau. Richard Teeuw, seorang pakar tsunami dari Universiti Portsmouth menjelaskan berkemungkinan munculnya tsunami susulan ekoran keaktifan […]

Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Maluku Utara
Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.6 pada skala Richter berlaku di Laut Maluku Utara, Indonesia pada 3.18 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, berpusat 118 kilometer dari barat Ternate, Indonesia. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA

Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia meminta penduduk berwaspada terhadap cuaca dan gelombang tinggi pasca terjadinya tsunami pada Sabtu lalu. Pihak BMKG menasihati agar masyarakat setempat tidak leka dengan sambutan Hari Natal yang sedang berlangsung. Peringatan awal gelombang tinggi tersebut dikeluarkan di kebanyakkan wilayah tinggi pantai Indonesia. Gelombak setinggi 1.25 hingga 2.5 meter berpeluang […]

Niat Asal Nak Tolong Kawan, Namun Terpaksa Tanggung Derita Muka Melecur Angkara Wap Panas Spa Bergerak
Trend spa bergerak kini semakin mendapat perhatian dan sokongan netizen yang rata-rata menyukai perkhidmatan seperti ini kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain memenuhi keperluan para wanita untuk kekal lebih cantik dengan kaedah yang mudah, spa bergerak turut membantu para wanita lain untuk menambah pendapatan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman buruknya […]

“Kamu Paling Suka Jika Kita Pakai Baju Sama,” Luahan Ifan Seventeen Selepas Isterinya Sah Terkorban
Rakaman klip video menyaksikan kedatangan tsunami meruntuhkan panggung konsert band pop terkenal Indonesia, Seventeen yang sedang membuat persembahan di sebuah resort di Tanjung Lesung, Indonesia memberi impak kepada orang ramai. Detik-detik cemas itu sempat dirakam menunjukkan gelombong air tinggi telah meruntuhkan pentas itu daripada belakang. Vokalis utama kumpulan itu, Riefan Fajarsyah turut berkongsi kesedihan dan […]

Anggota Penyelamat Terkejut Budak Lelaki 5 Tahun Masih Hidup Selepas 12 Jam ‘Dihempap’ Runtuhan Tsunami
Korban bencana tsunami Selat Sunda semakin meningkat dari masa ke semasa. Terbaru, kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai masih hidup selepas ditarik keluar daripada sebuah kereta yang terkandas dan dipercayai terperangkap lebih 12 jam. Ali, 5 tahun bagaimanapun terselamat apabila salah seorang ahli penyelamat terdengar sayu suaranya daripada bawah timbunan bangunan yang runtuh. Polis lantas mengeluarkan […]

“Encik, Kami Minta Maaf Pasal Bomba Adib,” Terharu Bomba Bahayakan Diri Dalam Api Selamatkan Saudaranya, Warga Emas Mohon Maaf Insiden Rusuhan Kuil
Pemergian Muhammad Adib ternyata ditangisi ramai. Bukan sahaja ahli keluarga dan rakan-rakan, seluruh rakyat Malaysia turut merasa berduka dengan apa yang telah menimpa wira negara itu sehingga mengorbankan nyawanya dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu. Realiti kehidupan seorang pegawai bomba sentiasa meletakkan diri mereka dalam situasi […]

Rakaman Aliran Lava Panas Gunung Berapi Anak Krakatau Sebelum Gelombang Tsunami, Angka Korban Cecah 222 Orang
Setakat jam 11.11 malam tadi, angka terkorban meningkat seramai 222 orang manakala 843 cedera dan 20 lagi masih hilang akibat ombak tsunami yang membadai pulau Sumatera pada Sabtu malam lalu. Memetik laporan media tempatan, beratus-ratus rumah telah musnah akibat kejadian tersebut. Fenomena tsunami itu dikatakan berpunca daripada letusan gunung berapi Anak Karakatau yang merupakan 1 […]

Pemain Bass Band Seventeen Sah Meninggal Dunia, Catatan Terakhir Bani Buat Netizen Sebak
Sehingga kini, angka korban tsunami di Anyer, Banten terus meningkat kepada 62 orang sementara 584 orang lagi dilaporkan cedera. Bencana ini turut memberi kesan kepada peminat band pop popular Indonesia yang turut terlibat apabila dirempuh tsunami kuat ketika sedang membuat persembahan di salah sebuah resort di sana. Vokalis kumpulan itu sebelum ini meminta agar rakyat […]

Rakaman Detik Cemas Pentas ‘Ditelan’ Tsunami Ketika Membuat Persembahan, Vokalis Band Seventeen Minta Doa Agar Isteri, Pemain Bass Ditemukan
Rakaman klip video menyaksikan kedatangan tsunami besar meruntuhkan panggung konsert band pop terkenal Indonesia, Seventeen yang sedang membuat persembahan di sebuah resort di Tanjung Lesung, Indonesia. Detik-detik cemas itu sempat dirakam menunjukkan gelombong air tinggi mruntuhkan pentas itu daripada belakang. Seventeen band yg menjadi korban Di Tanjung Lesung,Banten#Banten #Anyer #Selatsunda #prayforanyer pic.twitter.com/zpETu89zsy — ig @IGERS.BANTEN […]

(Video) Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Sekurang-Kurangnya 20 Orang Terkorban
Malam tadi sekali lagi Indonesia dikejutkan dengan kehadiran tsunami yang menghampiri Selat Sunda pada jam 9.27 malam. Setakat ini, pihak Badan Bencana Nasional Indonesia berpendapat bahawa fenomena itu disebabkan oleh kegelinciran plat bawah laut akibat ledakan gunung berapi Krakatau. Walau bagaimanapun, Sutopo Purwo Nugroho selaku Ketua Pusat pada awalnya menyangka ia hanyalah sekadar air pasang. […]

Selepas 14 Tahun, 45 Mayat Mangsa Korban Bencana Tsunami Acheh Ditemui
Sebanyak 45 beg terisi jasad manusia dipercayai mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami dahsyat pada 2004 ditemui di Acheh, Indonesia, kira-kira 14 tahun selepas kejadian. Kesemua jasad itu ditemui dalam sebuah lubang besar oleh penduduk kampung. ”Mulanya kami mengagak cuma dua jasad sahaja, tetapi setelah dikorek lebih dalam kami menemui kesemuanya 45 beg mayat,” kata Muhammad […]