Berita›Tragedi

Kanak-Kanak 9 Tahun Koma Selepas Basikal Dirempuh Keretapi
Kota Bahru : Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun koma selepas tayar belakang basikal yang sedang ditolaknya, dirempuh keretapi di Tok Uban, Pasir Mas petang ini. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.45 petang semasa Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban, melalui jalan kecil di situ sambil menolak basikalnya, melintasi landasan keretapi. Rempuhan kuat pada […]

Anak Saudara Buat Kacau Rosakkan Koleksi Terhad Patung Figura, Tuan Rumah Tuntut RM150 Ribu Ganti Rugi
Seorang kanak-kanak disaman sebanyak hampir RM150,000 selepas merosakkan ratusan koleksi patung figura yang bernilai ribuan ringgit milik bapa saudaranya sendiri. Kejadian itu berlaku semasa mereka sekeluarga datang menumpang di rumah lelaki itu bagi menghadirkan diri dalam upacara pengebumian nenek mereka. Walau bagaimanapun, keadaan bertukar lebih tragis apabila lelaki itu mendapati kesemua koleksi figuranya berselerak dan […]

Pemandu Panik, Lori Undur Rempuh 12 Kenderaan
KUALA LUMPUR 28 Feb (Bernama) — Dua belas kenderaan rosak teruk manakala seorang lelaki cedera ringan apabila sebuah lori yang diparkir mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan melanggar semua kenderaan itu dalam kejadian di KM 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala ke Rawang, petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at dalam satu […]

Kejam, Bapa Belasah Dan Tikam Anak Hingga Cedera Parah Kerana Enggan Siapkan Kerja Sekolah
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera cedera parah akibat dibelasah dan ditikam oleh bapa kandungnya yang berang kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru. Pelajar dari salah sebuah sekolah di wilayah Hunan, China itu diberi tugasan oleh gurunya untuk diselesaikan semasa cuti musim sejuk namun dia gagal menyiapkannya sehinggalah semester baru bermula. Bapanya […]

Bayi Perempuan Patah Hidung Jatuh Ditangga Pesawat Terlepas Dari Pegangan Pramugara
Seorang bayi perempuan menderita patah tulang hidung selepas terjatuh dari buaian mudah alihnya dan terkena pada tangga pesawat di Russia. Bayi berusia lima bulan itu dikatakan terjatuh disebabkan pramugara pesawat berkenaan yang cuai ketika membawanya turun dari kabin. Akibat dari insiden itu, dia disahkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tulang hidung sebaik sahaja […]

Papagomo Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Cederakan, Aibkan Syed Saddiq
Pengendali laman blog Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu insiden pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, dua minggu lepas. Papagomo atau nama sebenarnya Wan […]

Berang Tak Beritahu Siapa Yang Telefon Pada Tengah Malam, Wanita Tembak Suami Hingga Cedera Parah
Seorang lelaki di utara Thailand cedera parah akibat ditembang isterinya yang berang kerana dia enggan memberitahu siapa yang menelefonnya sewaktu mereka sedang menikmati makan malam pada malam sambutan hari Valentine. Isterinya yang berusia 44 tahun berang pada awal pagi hari kejadian kerana pertanyaanya tidak dijawab dan menghalau suaminya keluar dari rumah. Enggan mengikuti arahannya, wanita […]

Wanita Lumpuh Tinggal Bersama Mayat Ibu Yang Disimpan Selama 30 Tahun
Seorang wanita Ukraine didapati tinggal bersama mayat ibunya yang disimpan selama 30 tahun di pangsapurinnya dekat bandar Mykolaiv, di sini selepas dia diselamatkan oleh pihak polis kerana mengalami lumpuh separuh badan dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mayat ibunya yang lengkap dengan pakaian putih, stoking hijau serta kasut biru ditemui pihak polis dalam sebuah bilik terkunci […]

Remaja Lelaki Maut Dihempap Bapa Sendiri Yang Jatuh Dari Bumbung Rumah
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut apabila dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung ketika sedang membaiki atap kediaman mereka. Pasquale meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala yang serius. Ketika kejadian, bapanya, Gabrielle, 55 sedang membaiki atap sebelum ditiup angin kencang di wilayah Rome dan jatuh menimpa anaknya sendiri. Gabrielle yang […]

(Video) Lombong Emas Haram Runtuh, 60 Orang Dikhuatiri Tertimbus
Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terkambus dalam runtuhan lombong emas haram di Sulawesi Utara, Indonesia, malam tadi. Pasukan penyelamat ketika ini sedang bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselemat dalam runtuhan berkenaan. Menurut pihak pengurusan bencana Indonesia, seorang mangsa ditemui tidak bernyawa manakala 13 orang lagi sudah berjaya diselamatkan setakat pukul 5 pagi hari ini. ”Dianggarkan seramai 60 […]

Mayat Wanita Dibunuh Anak Sendiri Ditemui, Tubuh Badan Dipotong Dan Diletakkan Dalam ‘Tupperware’
MADRID: Polis memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun selepas dia disyaki membunuh ibunya sebelum memotong bahagian badan mangsa dan meletakkannya dalam bekas Tupperware yang berasingan. Menurut polis, mereka memulakan pencarian mencari mangsa yang berumr 66 tahun selepas salah seorang kawannya melaporkan kepada polis kerana tidak sudah tidak bertemu dengannya selama hampir sebulan. Sebaik sahaja menggeledah […]

Bangkai Ikan Paus Sepanjang 26 Kaki Ditemui Berdekatan Hutan Amazon
Ahli biologi dikejutkan dengan penemuan bangkai ikan paus humpback di berdekatan hutan di Amazon, Brazil baru-baru ini. Haiwan berkenaan yang mempunyai ukuran panjang 26 kaki ditemui kira-kira 50 kaki daripada kawasan pantai Aruna, kata pertubuhan bukan kerajaan Bicho D’agua. ”Ia bukanlah ikan paus dewasa dan tidak terlalu besar seperti kelihatan pada gambar,” kata badan berkenaan […]

Wanita Sanggup Bunuh Suami Sendiri Demi Mahu Ganti Identiti Suami Dengan Kekasih
Seorang wanita nekad membunuh suaminya dan kemudiannya ‘mencederakan’ wajah kekasihnya dengan asid sebelum memaklumkan kepada keluarga mentuanya bahawa si ‘suaminya’ cedera kerana diserang sekumpulan lelaki di Teelangana, India. Wanita yang berusia 28 tahun, bersama kekasihnya merancang pembunuhan suaminya sebelum mencuri identitinya untuk digunakan oleh kekasihnya yang juga bersetuju menjalani pembedahan plastik. Menurut polis tempatan India, […]

Mengadu Sakit Perut Sangka Keracunan Makanan Rupanya Ada 263 Keping Duit Syiling Dan 100 Lebih Paku Dalam Perut
Seorang lelaki warga India yang dimasukkan ke hospital kerana disangka mengalami sakit perut mengejutkan pakar bedah selepas hampir 263 duit syiling dan lebih 100 batang paku di dalam perutnya. Menurut laporan akhbar The Independent, Maksud Khan, 35, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian perut sebelum doktor melakukan ujian endoskopibagi mengenalpasti punca masalah itu. […]

(Video) Wanita Mengandung Cedera, Ambulans Terbalik Dilanggar
Kuching : Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah pacuan empat roda dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian 9.30 pagi itu, ambulans yang bergerak lurus menuju ke arah Hospital Umum Sarawak telah dilanggar […]

Lelaki Maut Selepas Cuba Samun Enam Warga Pakistan
Seorang lelaki maut susulan pergelutan dengan sekumpulan warga Pakistan setelah mangsa bersama dua lagi rakannya bertindak memecah masuk ke rumah warga asing itu di Sungkai, dipercayai untuk menyamun, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, mangsa yang berusia 31 tahun itu disahkan maut di tempat […]

Operasi Feri Syarikat Dragon Star Digantung
Semua operasi perkhidmatan feri penumpang milik syarikat Dragon Star Shipping Sdn Bhd digantung serta-merta sehingga selesai siasatan berhubung kebakaran membabitkan sebuah daripada ferinya, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata arahan penggantungan itu bagi membolehkan pihak Jabatan Laut melakukan siasatan terperinci untuk mencari punca sebenar kebakaran. “Ini […]

Kegembiraan Terima Pakej Skydiving Sebagai Hadiah Hari Jadi Berakhir Dengan Tragis
Kegembiraan seorang wanita berusia 54 tahun mendapat hadiah skydiving berakhir dengan tragedi apabila dia maut ketika sedang melakukan aktiviti terjunan lasak di lokasi pelancongan Mission Beach di Queensland, Australia. Kerri Pike yang merupakan ibu kepada lapan orang anak ini maut bersama dua lagi penerjun berpengalaman apabila salah seorang penerjun tersebut secara tidak sengaja merempuh Kerri bersama […]

Pihak Berkuasa, Operator Feri Dan Bot Perlu Buat Audit Keselamatan – Lee
Kuala Lumpur : Pihak berkuasa serta operator bot dan feri perlu melakukan audit keselamatan terhadap kenderaan air masing-masing bagi mengelak kejadian seperti mana berlaku ke atas feri penumpang, Dragon Star 1 yang terbakar di perairan Langkawi, Kedah hari ini, berulang. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata Jabatan Laut Malaysia pada masa yang sama perlu mengarahkan semua operator membuat pemeriksaan […]

Keluarga Pemandu lori Tangki Minyak Yang Maut terbakar Diberi Bantuan
Kuala Lumpur : Pejabat Parlimen Puchong antara yang tampil memberi bantuan kewangan hari ini, bagi meringankan beban perbelanjaan isteri serta anak-anak kepada Mohamad Suhaimi Khamis, pemandu lori yang maut dalam kebakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan, baru-baru ini. Menurut kenyataan dari pejabat Parlimen Puchong, selain pihaknya, sumbangan kewangan turut disalur pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Serdang. Sumbangan berkenaan disampaikan dalam lawatan Penyelaras Parlimen Puchong Senator R Suresh Singh, mewakili anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, […]