BeritaTragedi

Berita
Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa- PM New Zealand
Portal berita Ilmfeed melaporkan bahawa Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menanggung semua kos pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch. Jacinda dalam pertemuan dengan keluarga 49 mangsa yang terkorban juga dilaporkan berjanji bahawa kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada waris termasuk dari […]
Berita
Tragedi Christchurch: Ini 25 Dari Semua Mangsa Yang Terkorban Dan Hilang Serta Latar Belakang Mereka
Dunia khususnya umat Islam ketika ini masih terkejut dan berduka dengan serangan keganasan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terkorban di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini. Ketika itu, semua mangsa sedang bersiap sedia untuk menunaikan Solat Jumaat sebelum ‘diserang’ seorang lelaki yang melepaskan tembakkan rambang. Mereka yang terkorban tidak kira umur dan […]
Luar Negara
Orang Ramai Gelar Daoud Nabi Sebagai Hero, Mahu Nama Allahyarham Diingati
Lelaki pertama yang terkorban dalam serangan di Christchurch digelar sebagai hero oleh orang ramai susulan tindakannya yang masih lagi sempat mengucapkan “Hello Brother” kepada pengganas yang menyerang. Ada juga yang membuat andaian tindakan Daoud Nabi itu sebagai satu usaha untuk menenangkan penyerang. Daoud Nabi, 71, terkorban di dalam kejadian tersebut. Allahyarham merupakan seorang imigran dari […]
Berita
Keluar Kenyataan ‘Tak Sensitif’, Remaja Pecahkan Telur Di Kepala Senator Australia
Senator Fraser Anning diserang ketika sedang bercakap kepada media pada mesyuarat politik di Moorabbin, Melbourne. Rakaman kejadian menunjukkan seorang remaja lelaki yang sedang menyaksikan Senator dari luar sebelum dia mengambil telefon bimbit daripada poket dan merakam dirinya memecahkan sebiji telur di belakang kepala Anning. Sebagai tindak balas, Anning menghayunkan dua tumbukan kepada remaja berkenaan. Seorang […]
Berita
“Hello Brother,” Lelaki Pertama Terkorban, Sapaannya Kepada Pengganas Membuatkan Masjid An-Nur ‘Bercahaya’ Seluruh Dunia
Insiden serangan hitam yang menyelubungi New Zealand benar-benar memberikan tamparan hebat buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. Serangan tembakan rambang itu didakwa dilakukan oleh seorang lelaki yang memasuki ke dalam masjid bersama selaras senapang dan melepaskan tembakan ketika jemaah sedang mendirikan solat jumaat. Dalam masa yang sama, nama seorang mangsa Daoud Nabi, 71 menjadi bualan […]
Berita
Tragedi Serangan Di ChristChurch, New Zealand Ubah Undang-Undang Senjata Api
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengulangi keputusan bahawa undang-undang senjata ​​​​​​​negara itu akan diubah, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu. Langkah itu susulan insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di bandar kedua terbesar, Christchurch.Lima senjata ditemui, dua ​​​​​​​daripadanya separa automatik. Difahamkan penyerang mempunyai lesen senjata yang sah. “Kita akan ubah Undang-undang senjata,” ujarnya. Setakat ini tiga suspek […]
Berita
Penjaga Masjid Rampas Senjata Pengganas Meninggal Dunia
Seorang lelaki yang telah dibunuh secara tragis selepas cuba merampas pistol daripada penembak Christchurch telah dikenal pasti sebagai Naeem Rashid. Mangsa dikatakan cedera parah kerana bergelut dalam usaha menyelamatkan nyawa orang lain. Rashid walau bagaimanapun dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pada malam Jumaat semalam. Beliau yang berasal dari Abbottabad, sebuah bandar di Pakistan di mana beliau […]
Berita
Exco, Adun Bersama Anggota Keluarga Mangsa Ke Christchurch Hari Ini
Wakil kerajaan negeri Pulau Pinang akan bersama-sama dengan anggota keluarga Rahimi Ahmad, mangsa yang cedera dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. akan berlepas ke negara itu esok. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Aziz Mahathir akan mengiringi ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65 dan anak lelakinya, […]
Berita
Pengganas Hadir Di Mahkamah Buat Isyarat ‘OK’
Pengganas insiden Christchurch yang berjaya ditangkap dihadapkan di mahkamah selepas menyerang dua buah masjid sehingga menyebabkan 49 orang mangsa meninggal dunia. Dia dituduh atas dakwaan mengorbankan dan mencederakan lebih 50 mangsa ketika mereka ingin menghadiri solat Jumaat. Serangan tersebut dirakaman dan dipaparkan secara langsung melalui platform media sosial miliknya. Kehadirannya di mahkamah dilihat membuat isyarat […]
Berita
Serangan Christchurch: Remaja Malaysia Lari 1.5 Km Selamatkan Diri
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Seorang remaja Malaysia terpaksa memanjat tembok masjid dan berlari sejauh hampir 1.5 kilometer untuk menyelamatkan diri dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, hari ini. Idris Khairudin, 14, pergi ke Masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat dan tidak seperti selalu, remaja itu sering bersolat di bahagian dalam masjid […]
Berita
Kronologi Semasa Tragedi Berdarah di Masjid Christchurch
Berikut merupakan kronologi semasa kejadian serangan lelaki bersenjata ke atas Masjid Christchurch yang telah meragut 40 nyawa, dan telah menyebabkan 20 orang lagi cedera parah. Jumaat: 15/3/2019 Kejadian berlaku kira-kira 1.40 p.m, lelaki bersenjata telah menyerang 2 buah masjid di Christchurch, meragut 40 nyawa dan menyebabkan 20 yang lain cedera parah. Polis segera mengarahkan perintah berkurung […]
Berita
Insiden Tembakan Di Masjid Christchurch : Kenyataan Rasmi Senator Dari Queensland Undang Kritikan Netizen
Senator Queensland Fraser Anning telah dikritik hebat akibat tindakanya yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ berkenaan insiden tembakan rawak di masjid Christchurch. Kejadian yang telah mengorbankan 40 nyawa dan mencederakan lebih dari 20 orang itu nyata menjadi peristiwa sadis di petang jumaat. Menurut kenyataan Senator itu, “Saya benar-benar menentang sebarang bentuk keganasan dalam masyarakat kita dan saya […]
Berita
SKMM Larang Sebarkan Video Insiden Tembakan Rambang Di Masjid Christchurch
Beberapa jam lepas, berlaku satu insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Suspek yang didakwa seorang lelaki memandu sebuah kereta dan memasuki ke dalam masjid bersama selaras senapang dan melepaskan tembakan rambang ketika jemaah sedang mendirikan solat jumaat. Dalam insiden tersebut, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan 40 orang terkorban dan […]
Berita
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch, Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa
Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar Christchurch, New Zealand. Menurut laporan daripada Radio New Zealand, terdapat dua insiden penembakan setakat ini. Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park, dan satu lagi di Masjid Linwood di pinggir bandar Linwood. Seorang saksi di dalam Masjid Al Noor memberitahu […]
Berita
Kronologi Terkini Pencemaran Kimia Di Sungai Kim Kim Pasir Gudang
Berikut adalah kronologi perkembangan terkini kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac. 13 Mac: Semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup. – Sejumlah 947 orang dirawat dengan […]
Berita
Tiada Keperluan Isytihar Darurat Bencana – PM
JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandang situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, dalam keadaan terkawal. Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak untuk terus berhati-hati memandangkan situasi pencemaran masih belum berakhir. “Tidak..belum sampai […]
Berita
Pencemaran Kimia: ATM Gerakkan Dua Tim
SUBANG, 14 Mac (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan dua Tim iaitu Tim Tinjau ‘Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)’ serta Tim Nyah Cemar CBRN untuk bantuan kepakaran pembersihan kawasan yang tercemar akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lepas. Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin […]
Berita
Tidak Perlu Isytihar Darurat Di Pasir Gudang – Hanipa
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Setakat ini tiada keperluan untuk mengisytihar darurat bencana di Pasir Gudang berikutan krisis pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang menjejaskan kesihatan lebih 1,000 orang awam di kawasan itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin. Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat di kawasan itu, […]
Berita
Menakjubkan, Rumah Masih Utuh Biarpun Semua Di Sekelilingnya Musnah Dibadai Tornado
Menakjubkan, apabila sebuah rumah kelihatan masih utuh dan tidak terkesan walaupun kawasan di sekitarnya musnah dibadai tornado. Rakaman itu berjaya dirakam oleh sebuah drone selepas serangan tornado yang mengorbankan 23 orang awam di Alabama dan Georgia, Amerika Syarikat (AS) pada 3 Mac lalu. Jurugambar, Matt Gillespie, yang merakam gambar tersebut kemudiannya memuat naik video itu […]
Berita
Dewan Rakyat Bahas Usul Tergempar Pencemaran Kimia Di Johor Petang Ini
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai bencana pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor, hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof berkata usul yang dikemukakan oleh anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim itu dibenarkan setelah ia memenuhi semua kriteria di bawah Peraturan Mesyuarat […]