BeritaTragedi

Berita
Penyelam Dikhuatiri Hilang Di Perairan Miri
MIRI, 24 Jun (Bernama) — Seorang penyelam dikhuatiri hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri pada 4.10 petang semalam. Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan, Ho Soon Lee, 41, seorang lelaki tempatan sedang melakukan selaman rekreasi di lokasi 4.5 batu nautika barat laut Miri ketika kejadian berlaku dan memakai peralatan menyelam yang […]
Berita
Dua Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kerbau Di Tengah Jalan
SEREMBAN, Dua penunggang motosikal maut, selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang berada di tengah jalan, di Jalan utama Serting Hilir dekat sini, tengah malam semalam. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata ketika kejadian kira-kira 12.35 tengah malam itu, Muhammad Fakhri Fazim, 18, yang berasal dari Felda Tembangau 1, […]
Berita
(Video)Tragedi Kilang Dalam Rumah Terbakar, Puluhan Maut Termasuk Kanak-Kanak
Langkat, Sumatera Utara – Seramai 30 orang maut dalam kebakaran sebuah kilang memproses pemetik api di wilayah ini, hari ini pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Daripada jumlah berkenaan, seramai 24 dewasa yang merupakan pekerja di situ dan 6 orang kanak-kanak terkorban akibat terperangkap di dalam kilang manakala hanya 3 orang yang terselamat daripada kebakaran […]
Luar Negara
(Video)Imej Satelit Dedah Perubahan Tasik Yang Merisaukan, Lima Juta Penduduk Bakal Terjejas
Kemarau berpanjangan dan cuaca panas dengan suhu melampau menghantui salah satu bandar utama di India, Chennai sejak beberapa bulan yang lalu. Kejadian ini bukanlah kemarau biasa yang dihadapi kawasan-kawasan lain di dunia. Ia telah menyebabkan mereka kini mengalami krisis air yang meruncing dan memberikan kesan kepada sekitar 5 juta penduduk di sana. Malah, satu imej […]
Berita
Presiden Rusia Berkeras Tiada Bukti Rusia Tembak Jatuh Pesawat MH17
Pada Rabu lepas, penyiasat antarabangsa telah mendakwa empat orang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines lima tahun lalu. Kejadian tragis yang telah mengorbankan 298 nyawa itu yang telah mengejutkan komuniti dunia terutamanya Malaysia. Berdasarkan laporan terbaru, tiga suspek daripada empat yang didakwa merupakan warga Rusia. Walau bagaimanapun, Presiden Rusia Vladimir Putin […]
Berita
Pencemaran Udara Terbaru Di Pasir Gudang Jejas Sebuah Lagi Sekolah
JOHOR BAHRU, 20 Jun (Bernama) — Kejadian pencemaran udara yang dilaporkan berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, petang tadi, turut menjejaskan sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata kejadian bagaimanapun hanya mengakibatkan 13 murid dan dua kakitangan dari kedua-dua sekolah itu […]
Berita
(Gambar) TERKINI: 15 Pelajar Sekolah Di Pasir Gudang Alami Muntah, Sesak Nafas Susulan Pencemaran Udara
Pasir Gudang – Seramai 15 orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran udara di sini. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPD) telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang tadi sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke […]
Berita
Malaysia Dukacita Dengan Laporan Terkini MH17
Putrajaya : Malaysia berasa dukacita dengan laporan terkini berhubung insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut supaya dikemukakan bukti dan bukan hanya keterangan dengar cakap, sebelum sebarang dakwaan dilakukan. Pada Rabu (19 Jun), penyiasat antarabangsa mendakwa empat orang – tiga warga Rusia dan seorang warga […]
Berita
”Kau Dah Bunuh Adik Aku, Kau Pembunuh,” Adik Meninggal Dirempuh, Abang Luah Rasa Terkilan
Pemergian ahli keluarga tersayang sukar untuk diterima apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba kerana kecuaian orang lain. Rasa marah dan kesal pasti menyebulungi hati sesiapa pun. Seperti perkongsian oleh seorang pemuda mengenai adiknya yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. Disebabkan kecuaian orang lain, nyawa adiknya telah menjadi galang ganti. Biarpun […]
Berita
(Video)Gempa Bumi Kuat 6.3 Skala Richter Gegar Daerah Sarmi
Badan Meteorologikal Jayapura mengeluarkan amaran gempabumi kuat 6.3 Skala Richter pada hari ini yang mengegarkan sekitar daerah Sarmi, Papua namun tidak berpotensi untuk tsunami. Dari keterangan yang di terima dari Pusat Gempabumi Dan Tsunami (BMKG) berkata hasil daripada analisis BMKG menunjukkan informasi awal berkekuatan 6.3 SR. Wakil Rakyat di kawasan itu menasihatkan agar masyarakat tetap […]
Berita
4,000 Lagi Pekerja Asing Dijangka Terkorban Siapkan Stadium Menjelang Piala Dunia FIFA 2022
Menjelang tahun 2022, Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2022. Ekoran itu, Qatar sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan ini dan salah satunya ialah pembinaan stadium. Namun begitu, disebalik pembinaan stadium tersebut terdapat rintihan-rintihan buruh kasar yang telah terperangkap. Menurut sebuah dokumentari TV […]
Berita
Tolak Gambar Jadi Hiasan Dinding Dan Ganti Dengan Nama Allah, Ini 10 Perkara Hebat Tentang Presiden Morsi
Isnin lalu, bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah apabila beliau rebah selepas penutup sesi perbicaraan. Morsi merupakan pemimpin pertama yang dipilih secara demokratik pada tahun 2012 dalam sejarah Mesir. Rata-rata Muslim di seluruh dunia terkesan dengan pemergian beliau. Di sebalik pemergiannya, ramai yang tidak tahu mengenai Mohamed Morsi ketika […]
Berita
Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya
Jika kita mengunjungi pasar raya bersama keluarga, sudah pasti anak-anak kecillah yang menjadi individu paling seronok. Pasti kita pernah melihat kanak-kanak kecil ini berlari riang dalam kawasan pasar raya, bukan? Akan tetapi, golongan dewasa perlu mengambil tanggungjawab untuk memerhatikan serta mengawal mereka agar tidak terdedah kepada bahaya. Bukan sahaja penculikan, hilang dan sebagainya, akan tetapi […]
Berita
Kenapa Ramai Mangsa Kebakaran Ditemui Dalam Bilik Air Dan Kenapa Ia Bukan Tempat Selamat Ketika Kebakaran?
Penemuan mangsa kebakaran di dalam bilik air merupakan perkara yang sering terjadi. Adakah ianya disebabkan mangsa tidak mampu membuat keputusan yang rasional ketika dalam situasi tertekan, atau terdapat faktor lain yang menyebabkan mangsa maut di lokasi tersebut? Bagi memahami perkara ini, kami telah menemubual Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, […]
Berita
15 Cedera Gempa Bumi Di Timur Laut Jepun
TOKYO, 19 Jun (Bernama) — Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud yang melanda wilayah timur laut Jepun lewat Selasa, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera manakala ribuan lagi penduduk terpaksa berpindah, lapor agensi berita Xinhua. Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, sembilan mangsa yang cedera dilaporkan di wilayah paling teruk terjejas di Yamagata, empat di Niigata dan […]
Luar Negara
Gempa Bumi Di China: Operasi Menyelamat Diteruskan, Angka Korban Meningkat Kepada 13 Orang
CHENGDU, 19 Jun (Bernama) — Tiga belas orang maut manakala hampir 200 orang cedera setakat pukul 4 petang Selasa selepas gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Wilayah Sichuan yang terletak di barat daya China pada Isnin malam, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Gempa bumi itu melanda Changning County di Yibin City pada […]
Berita
(Video) Tragedi Pilu Terperangkap Dalam Rumah, Ibu Dan Anak Rentung Dalam Kebakaran
Gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam rumah, dua beranak menemui ajal akibat rentung dalam kebakaran yang berlaku di Sungai Udang, Klang awal pagi tadi. Kedua-dua mangsa dipercayai tidak dapat keluar dari rumah tersebut berikutan pintu belakang rumah yang terkunci selain dihalang dengan alat perkakasan. Dua maut dalam kebakaran rumah di Jalan Sungai Udang, Klang pagi […]
Berita
(Video)TERKINI: Jepun Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Setinggi 3 Kaki Dikeluarkan
Amaran tsunami telah dikeluarkan setelah gegaran dengan magnitud 6.8 skala richter telah menggegar semenanjung Jepun pada 10.22 pm waktu tempatan (9.22 pm waktu Malaysia) Gegaran tersebut berlaku di Yamagata, barat laut Jepun kira-kira 50 kilometer selatan banda Sakata. Agensi Meteorologikal Jepun mengeluarkan amaran ombak setinggi 1 meter di sepanjang persisiran barat laut negara tersebut. Amaran […]
Berita
Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Lima Buah Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di lima(5) buah negeri pada malam ini. Pengumuman amaran itu telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi mereka. #ributpetirmmd pic.twitter.com/1sN1y6dUT4 — Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) June 18, 2019 Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang […]
Berita
Menyayat Hati, Rihanna Kongsi Kekejaman Sedang Berlaku Di Sudan Ketika Ini Yang Tidak Dipandang Dunia
Di kala media antarabangsa tidak memberi perhatian yang serius terhadap pembunuhan beramai-ramai di Sudan, bintang terkenal, Rihanna menunjukkan solidariti terhadap isu tersebut. Dalam kiriman story di Instagramnya beberapa hari lepas, Badgalriri berkongsi maklumat situasi di Sudan selain paparan skrin seorang pengguna Twitter yang menyuarakan kekecewaan ke atas kebisuan masyarakat dunia terhadap insiden ini. Berikut merupakan paparan skrin story […]