Berita›Tragedi

Lelaki Rentung Dalam Kereta Yang Terbakar Di Pasir Gudang
Johor Bahru : Seorang lelaki rentung apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Jalan Tembaga 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini awal pagi tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Sharol Suboh berkata kejadian itu berlaku pada pukul 3.33 pagi ketika mangsa yang dipercayai datang dari arah Lebuhraya Pasir Gudang sedang menghala ke Kampung Pasir Putih. ”Kereta yang dipandu […]
(Video) Sekurangnya 29 Maut, Pesawat Terhempas Atas Bumbung Rumah Penduduk
Goma, Kongo: Sekurang-kurangnya 29 maut setelah sebuah pesawat membawa 17 penumpang terhempas ke sebuah kawasan perumahan di sini semalam. Kata Gabenor Wilayah, Nzanzu Kasivita Carly, pesawat Busy Bee Dornier-228 yang dimiliki penerbangan peribadi Busy Bee terhempas ke atas rumah di daerah Mapendo, Goma tidak lama setelah ia berlepas dari lapangan terbang pada pagi Ahad. Berikutan […]

Sehari Sebelum Meninggal, Bintang KPOP Goo Hara Sempat Naik Gambar Dan Ucapan Terakhir
Kematian bekas anggota kumpulan K-pop wanita terkenal Korea Selatan, Goo Hara, di kediamannya di Cheongdam, selatan Seoul, semalam, ternyata mengejutkan ramai. Sehari sebelum ditemui meninggal dunia, penyanyi berusia 28 tahun itu juga sempat memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya berserta ucapan ‘selamat malam’ yang terakhir. Difahamkan, Hara yang berada di Jepun pada 14 hingga […]
16 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Sewa Terbakar
KUALA TERENGGANU, 24 Nov (Bernama) — Enam belas mangsa termasuk sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Padang Hiliran di sini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Norshah Shahri berkata kejadian pada 7.15 malam itu menyebabkan rumah separa kekal yang mempunyai 21 buah bilik sewa itu musnah […]
Wanita OKU Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Klang
KLANG, 24 Nov (Bernama) – – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Kampung Sungai Pinang, di sini, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Khairul Azhar A. Rahman ketika dihubungi berkata, mangsa Li Lam Seng, 78, ditemui rentung di rumahnya yang musnah hampir […]
Kereta Dilaporkan Hilang Kawalan, Pengurus Pasukan Johor Tigris Dan Anak Maut Kemalangan
Mersing, 23 Nov – Pengurus Pasukan Sepak Takraw League (STL) Johor Tigris, Allahyarham Abdul Manan Ahmad dan anaknya, Nur Ainil Jannah Abdul Manan maut dalam kemalangan di Jalan Endau-Mersing berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong. Turut terkorban ialah seorang lelaki yang merupakan penumpang hadapan Honda City, Mahmud Md Aksan, 71. Dalam kejadian berkenaan, kereta Toyota Vios […]
Tong Gas Ditemui Di Ruang Tamu, Dua Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Apartmen
IPOH, 24 Nov (Bernama) — Dua warga emas rentung dalam kebakaran sebuah unit apartmen di Taman Meru Impiana dekat Meru Raya, awal pagi ini. Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Khairul Jamil berkata dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki dan wanita ditemukan dalam keadaan tertiarap masing-masing di bahagian ruang tamu serta […]
Bukan Mekap ‘Special Effect’, Viral Muka Cacat Kanak-Kanak Gaza Didakwa Mangsa Bom Fosforus
Baru-baru ini viral semula beberapa keping gambar kanak-kanak di Gaza dengan wajah yang cacat didakwa akibat menjadi mangsa bom fosforus. Kanak-kanak berkenaan mengalami parut kecederaan menyerupai kesan terbakar sehingga menyebabkan kulit mereka rosak serta rambut dan kening tidak tumbuh semula. Kecederaan berkenaan turut membuatkan wajah mereka menjadi senget dan seolah-olah ‘cair’, dipercayai kesan bahan kimia […]

Rakyat Malaysia Digantung Atas Kesalahan Edar Dadah Di Singapura
SINGAPURA, 22 Nov – Seorang rakyat Malaysia, Abd Helmi Ab Halim menjalani hukuman gantung di Penjara Changi hari ini selepas disabitkan atas kesalahan mengedar dadah pada 2017. Pelaksanaan hukuman itu disahkan oleh Penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N. Surendran. Abd Helmi yang berumur 36 tahun ketika ditahan pada 9 April 2015, dijatuhkan hukuman mati oleh […]

Sekurangnya Empat Mati, Insiden Bangunan Runtuh Di Phuket
Bangkok : Sekurang-kurangnya empat maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang, apabila sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Daerah Talang di Phuket hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang (waktu tempatan), dua pekerja pembinaan dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Thalang. Media tempatan melaporkan bumbung konkrit bangunan pejabat itu runtuh dan menghempap pekerja terbabit. Punca […]

Bapa Patah Kaki & Tulang Rusuk Dilanggar, Anak Minta Saksi Tampil Beri Keterangan
Bapa merupakan insan yang sangat berjasa dalam kehidupan seorang anak. Anak mana yang sampai hati melihat sebujur badan yang terlantar di hospital dek kerana kesilapan orang lain. Seorang pengguna twitter telah memuat satu posting mengenai bapanya yang telah dilanggar lari oleh sebuah hilux di traffic light Gong Puah, Terengganu pada 18 November lalu dan memohon […]

Bayi Dicekik Meninggal Dunia, Ibu Kritikal Ditikam Pemutar Skru
KUALA LUMPUR, 21 Nov – Seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai dicekik manakala ibunya kritikal selepas dipercayai ditikam dengan pemutar skru dalam kejadian di sebuah apartment di Batu Caves di sini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi pada 14 Nov itu, bayi berusia tiga minggu bersama ibunya berusia 42 tahun itu dipercayai diserang seorang wanita yang mendakwa ibu […]

Berang “Password” Wifi Rumahnya Dicuri, Lelaki Didakwa Bunuh Jirannya
Seorang lelaki ditahan polis kerana membunuh dua orang lelaki yang dipercayai mempunyai talian anak dan bapa yang tinggal berjiran dengannya kerana mendakwa mereka mencuri kata laluan WiFinya kediamannya di Pakistan. Menurut sumber Independent, polis sedang menjalankan siasatan ke atas tertuduh. Menurut saudara mangsa, mereka mereka pernah menerima ugutan membunuh daripada suspek selepas mereka ‘bertikam lidah’ […]
Kawan Ramai Terkorban, Wajah Sugul Pelajar Gaza ‘Isi’ Kelas Makin Kosong Dengan Potret Rakan Dah Meninggal Dunia
Umum sudahpun sedia maklum dengan situasi yang berlaku setiap hari di bumi Palestin. Pergolakkan di sana seolah-olah tiada penghujungnya. Baru-baru ini, tular di media sosial apbila pemilik akaun twitter Hadeela_ memuat naik beberapa keping gambar pelajar-pelajar di Gaza yang berada dalam keadaan sugul di sekolah. Melalui tweet berkenaan, Haleeda berkata ia merupakan realiti semasa apabila […]

Lelaki Parah Ditetak Anak Saudara
SEREMBAN, 20 Nov – Seorang lelaki parah ditetak anak saudara lelakinya dengan sebilah parang dalam pertengkaran di Kampung Panchor, Rompin dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata sebelum kejadian, mangsa berusia 26 tahun bersama suspek berusia 19 tahun keluar memancing kira-kira pukul 5.30 petang di Bahau. Beliau berkata kedua-dua mereka […]

(Video) Viral Wanita Ini Berani Redah Api Marak Selamatkan Koala Terperangkap Dalam Kebakaran
Seorang wanita berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan seekor koala yang terbakar di sebuah kawasan belukar di Australia. Video yang tular tersebut menunjukkan kegigihan wanita ini menyelamatkan haiwan berkenaan disambut ramai dan peristiwa ini sangat mengharukan rakyat di dunia. Difahamkan melalui video tersebut, wanita itu mencurah air sejuk untuk keselesaan Koala tersebut daripada kperitan kepanasan. Heartbreaking. […]

Kanak-Kanak Warga Singapura Ditemukan Lemas Dalam Kolam Kapal Persiaran
Langkawi : Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura ditemukan mati lemas di dalam kolam sebuah kapal persiaran yang sedang berlabuh di Jeti Star Cruise di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kanak-kanak itu, Heng Kai Lun Alan, 10, bersama ibu serta seorang rakan ibunya sedang bercuti di dalam kapal itu yang baru […]
(Video) Dua Rakan Karib Maut Dihempap Treler
ALOR GAJAH, 18 Nov (Bernama) — Dua rakan karib maut setelah kereta yang mereka naiki dihempap sebuah treler membawa muatan bahan kimia dari arah bertentangan di Kilometer 204.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira 7.45 malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Melaka, Supt Hassan Basri Yahya berkata kedua-dua mangsa dipercayai dalam […]
“Bagaikan Mati Hidup Semula,” Terlelap Ketika Memandu, Buka Mata Kereta Dah Hancur
Rezeki dan ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah. Sekuat mana pun kita, andai sudah tertulis dalam takdir sebaliknya siapalah kita untuk menolaknya. Beberapa hari lalu, seorang pemuda ini diibaratkan seperti ‘mati hidup semula’ apabila terlibat dalam kemalangan setelah dia mendakwa terlelap ketika membawa kereta menuju ke arah Putrajaya. Jadi, pemuda ini berkongsi dalam satu […]
Remaja Cedera Parah Diserang Dan Ditetak
NIBONG TEBAL, 17 Nov (Bernama) – Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan parah termasuk patah tangan, luka pada kepala dan badan selepas diserang serta ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Bukit Panchor, di sini awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam kejadian kira-kira pukul […]