Berita›Tragedi
Lima Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah Di Tenom
TENOM, 31 Dis (Bernama) — Lima sekeluarga rentung dan seorang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan dekat sini, awal pagi tadi. Mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35, bersama tiga anaknya dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Sakiran Sulaiman, 9, Zahid Sulaiman, 6, dan Sapura Sulaiman,3. Seorang lagi mangsa yang […]
(Video) Langit Merah Menyala & Hutan Marak Terbakar, Keadaan Di Australia Hingga 5,000 Terperangkap Di Pantai
New South Wales, 31 Dis – Kira-kira 5000 penduduk di Mallacoota terperangkap di tepi pantai berikutan kebakaran hutan tersebar dengan pantas didakwa berikutan cuaca panas dan berangin. Keadaan di waktu pagi menjadi gelap dan kemerahan berikutan asap tebal dan api yang marak. Menurut salah seorang penduduk, Mark Tregellas berkata ribuan penduduk berkumpul di tepi laut […]

Ngeri, Dua Tangan Manusia Dengan Gelang Masih Di Tangan Ditemui Dalam Perut Jerung
Dua tangan manusia dan seutas gelang ditemui oleh sepasukan penyelidik di dalam perut seekor jerung harimau ketika mereka melakukan pemburuan jerung di Lautan Hindi. Berdasarkan laporan agensi berita AFP, keluarga seorang lelaki warga emas yang hilang di laut pada 21 Disember lalu, telah mengesahkan bahawa gelang itu adalah milik lelaki berkenaan. Lelaki tersebut dilaporkan hilang […]

Lakar Pelan Asrama, 13 Pelatih Pusat Pemulihan Larikan Diri
Seramai 13 penghuni asrama induksi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang dilaporkan telah melarikan diri dari pusat berkenaan, awal pagi tadi. Operasi mengesan mereka telah dilakukan oleh Polis Kuantan setelah kehilangan kesemua mereka disedari kakitangan bertugas selepas tiada di asrama, ketika sesi roll call kira-kira jam 5.30 pagi. Menurut sumber, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner […]
Lelaki Dipercayai Peragut Maut Terlipat Bawah Kereta Dilanggar Mangsa Ragutnya
Seorang lelaki yang didakwa meragut rantai emas seorang individu lain maut apabila dirempuh kereta dinaiki mangsa di Bandar Puteri Puchong. Suspek dikatakan menaiki motosikal sebelum mendekati seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sebelum merentap rantai dipakai mangsa. Ketika melarikan diri, suspek dikatakan terserempak dengan mangsa yang menaiki kereta semasa menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan […]

Sekurangnya 11 Maut Dalam Nahas Lebuh Raya Di Mexico
Bandar Mexico : Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala tujuh lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta bertembung dengan sebuah bas di negeri Chiapas yang terletak di tenggara Mexico, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Menurut Pejabat Peguam Negara Chiapas, nahas berlaku pada Ahad pagi apabila sebuah kereta melintasi laluan bertentangan dan […]
Pekerja Nepal Maut Jatuh Ke Dalam Mesin Pengisar Daging
MELAKA, 30 Dis (Bernama) — Seorang pekerja warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini, pagi tadi. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata operasi mengeluarkan mangsa […]
Bangunan Asrama Musnah, Maahad Tahfiz Terbakar Perlukan Dana RM 83 Ribu Untuk Baikpulih
Sebanyak RM83,000 dana diperlukan untuk membaik pulih bangunan asrama pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Wal Hadis Imam Al Jahzari Tongkang Yard yang musnah dalam kebakaran pada Selasa lalu. Menurut mudir Maahad Tahfiz tersebut, Mihammad Naim Ab Razak, kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jam 9 malam, 24 Disember lepas, seramai 18 orang dan seorang guru masih berada […]

Anggota Polis Sedang Bertugas Maut Dengan Kesan Tembakan
Kuala Lumpur : Seorang anggota polis berusia 26 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan ketika sedang bertugas di sekitar Dengkil, Sepang dekat sini, dalam kejadian kira-kira 3.55 pagi ini. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama berkata ketika itu anggota polis berkenaan bersama-sama anggota pasukan yang lain sedang menjalankan sekatan jalan raya di kawasan itu. […]
Kisah Tragis, Kes Rogol Wanita Hamil, Suami Dan Anak Dalam Kandungan Mati Terbunuh
Sering kita dengar mengenai kes jenayah rogol wanita hamil yang berlaku hari ini. Terdapat kes rogol wanita hamil yang berlaku sehingga menyebabkan banyak nyawa yang melayang. Tidak kurang kes merompak bersenjata yang kerap kali berlaku terutama kes pecah rumah. Siapa sangka kejadian yang berlaku menjadi ‘detik hitam’ untuk sang isteri yang sedang hamil yang berdepan […]

Wisma Putra Bantu Bawa Pulang Remaja Maut Di Australia
Kuantan : Wisma Putra akan membantu membawa pulang remaja dari daerah ini, yang maut semasa bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia semalam. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada keluarga mangsa terlibat, sama ada mahu membawa pulang atau mengebumikan jenazah di negara berkenaan. “Urusan membawa balik sudah pasti melibatkan kos […]

Lima Sekeluarga Dari Malaysia Cedera Terbabit Kemalangan Di Mesir
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kementerian Luar mengesahkan lima warganegara Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah semalam. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan telah dikejarkan ke Suez […]

Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak
KUANTAN, 29 Dis – Tiga wanita Thailand maut, manakala tiga lagi cedera akibat kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Timur, dekat Karak di Bentong awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kemalangan pada 1 pagi itu, melibatkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda Toyota Hilux dan lori membawa muatan getah […]

Trak Meletup Di Mogadishu Ragut 30 Nyawa
Mogadishu : Lebih 30 orang termasuk orang awam dan askar kerajaan terbunuh manakala ramai lagi cedera, apabila pengebom bunuh diri meletupkan sebuah trak di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu, Somalia pada Sabtu pagi, lapor agensi berita Anadolu memetik pegawai. Kejadian berlaku di persimpangan Ex-Control Afgoye di kawasan pinggir bandar di barat daya Mogadishu ketika […]

(Video) 15 Rumah Musnah Dalam Kebakaran
Lahad Datu : Lima belas rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Panji dekat sini, petang ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memberitahu bomba yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 petang, menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan bantuan BBP Kunak ke lokasi kejadian. “Operasi diketuai Abu Bakar Taraji dengan […]

Angka Korban Nahas ‘Bek Air’ Meningkat Kepada 14 Orang, 35 Cedera
Almaty : Angka korban nahas penerbangan Bek Air pada Jumaat dekat Almaty, Kazakhstan meningkat kepada 14 orang dan 35 lagi cedera, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan pegawai. Sebelum ini, pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, sembilan maut dan sembilan lagi cedera dalam nahas tersebut yang berlaku sejurus pesawat malang itu berlepas. “14 orang maut di […]
(Video) Rakaman Menakutkan, Deruan Angin Taufan Phanfone Saat Hentam Filipina
Taufan Phanfone yang berlaku di Filipina memperlihatkan angka kematian terus meningkat iaitu seramai 28 orang dan 12 orang dilaporkan hilang. Turut dikenali sebagai Taufan Ursula, ia mula ‘menyerang’ di Wilayah Timur Samar pada selasa lalu sehingga menyebabkan hujan lebat dan ribut yang luar biasa. Phanfone terus ‘merebak’ merentasi pulau-pulau di wilayah Visayas Timur, selatan Luzon […]

Tragedi Mandi-Manda, Pasir Jerlus ‘Telan’ Kanak-Kanak Hingga Lemas
Mandi-manda empat saudara berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripadanya lemas di tepi Sungai Sekayu, Kampung Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam. Mayat mangsa, Nur Iman Afiq Roshaizad, 12, yang berasal dari Kampung Kuala Menjing Tersat, Kuala Berang, ditemui kira-kira jam 12.10 tengah hari. Memetik sumber, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superitendan Mohd Adli Mat […]
Ibu Dan Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia, Terlibat Kemalangan Ngeri, Kereta Dirempuh Treler
Kemalangan jiwa yang membabitkan ibu dan bayi meninggal dunia di kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pagi tadi. Menurut Twitter Plusline, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.55 pagi semalam dan menyebabkan ramai pengguna jalan raya tersebut terkandas sehingga 4 jam lamanya. Memetik daripada laporan Awani, dua mangsa maut iaitu seorang wanita dan bayi […]
Dah 15 Tahun Tragedi Tsunami Berlalu Tapi Ibu, Ayah Masih Yakin Siddiq Yang Hilang Masih Hidup
Walaupun sudah 15 tahun kejadian ngeri Tsunami membadai segenap tempat hingga menjadi ‘padang jarak padang terkukur’ masih menghantui masyarakat Aceh. Tragedi Tsunami tersebut merupakan yang paling teruk pernah berlaku di Indonesia. Memetik laporan Sinar Harian, seorang ibu masih menanti kepulangan putera bongsunya yang dikatakan hilang sejak 15 tahun lalu akibat Tsunami. Ibu yang berusia 59 […]