Berita›Tragedi
Wanita Terkejut ‘Ditemani’ Ular Dalam Kereta Ketika Memandu Di Lebuhraya
Seorang wanita terkejut selepas menemukan seekor ular di bahagian bawah kaki di dalam keretanya ketika memandu di lebuhraya. Jabatan Polis Eureka memberitahu, wanita berkenaan telah meminta pertolongan selepas dia mendapati seekor ular berada di bahagian bawah kaki tempat pemandu. Wanita berkenaan telah meminta bantuan bagi mengeluarkan ular berkenaan kerana takut. “Polis Eureka sedang berusaha mengeluarkan […]
Mangsa Banjir Johor Kini Meningkat Kepada 941 Orang
JOHOR BAHRU, 22 Jun — Jumlah mangsa banjir di lima daerah di negeri ini meningkat kepada 941 orang merangkumi 227 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 915 orang daripada 222 keluarga pada malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata pertambahan mangsa melibatkan daerah Muar, Pontian dan Batu Pahat. “Sebanyak 18 pusat pemindahan […]
“Dekat Segenggam…”, Pemuda Dakwa Jumpa Paku Bertebaran Atas Jalan Di Jalan Skudai – Tampoi
Seorang pengguna Facebook, Khanafi Mohd dalam satu kemas kini status pagi tadi mendakwa menemui puluhan paku dipercayai di kawasan Jalan Skudai – Tampoi, Johor Bahru. Bagaimanapun, jumlah paku yang dikutip tidak dapat dipastikan tetapi kuantitinya dikatakan mencapai satu genggaman. Tiada maklumat lanjut dikongsikan bagaimana paku berkenaan boleh berada di kawasan jalan tersebut. Dalam kemaskini yang […]
Disangka Pemandu Mabuk, Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki
TASEK GELUGOR, 20 Jun (Bernama) — Polis menafikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal masing-masing ditunggang dua beradik kembar adalah disebabkan pemandu kereta berkenaan mabuk, sehingga orang ramai membakar kereta itu dalam kejadian di Jalan Ara Kuda, di sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata kemalangan […]
Budak Berusia 3 Tahun Terselamat Lepas Terjatuh Dari Bangunan Tingkat 29
Satu kejadian tidak diingini dilaporkan telah berlaku ketika seorang budak lelaki berusia 3 tahun ditinggalkan berseorangan di kediamannya. Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu cuba naik ke tingkap dapur dari bangku sebelum terjatuh ke bawah hampir 300 kaki, lapor Daily Mail. Ibubapa kanak-kanak berkenaan yang berkerja sebagai pekerja migran di Wilayah Pusat Henan telah meminta nenek […]
Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia, Disahkan Positif Covid-19 Di Riau
JAKARTA – Seorang bayi berusia sembilan bulan di Riau meninggal dunia akibat dijangkiti virus Corona. Menurut laporan, pesakit Covid-19 ke-129 di Riau itu dirawat sebentar di sebuah bilik pengasingan di Indragiri Hilir sebelum dia meninggal. Jurucakap Riau Covid-19 Indra Yovi menyatakan, bayi yang meninggal berasal dari Kabupaten Indragiri Hilir. Indra berkata, bayi yang lemah itu […]

Wanita Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Di Tongod
TONGOD, 19 Jun – Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Namukon, Jalan Pinangah dekat sini, malam tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini menyatakan, mangsa dikenali sebagai Yang Gimbo, 76, ditemukan dalam rumah jenis tidak kekal yang musnah dalam kebakaran kira-kira 10 malam. […]

”Dia Kata Hanya Perlukan RM20 Ribu,” Mangsa Tebusan Dedah Tuntutan Penyamun 19 Tahun Ditembak Mati
Kota Tinggi: Kesakitan lutut yang dialami seorang ibu membolehkan pengawal keselamatan mencuri peluang lalu menembak mati seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah bank dan menjadikan anaknya tebusan dalam satu kejadian di Felda Ayer Tawar 5, dekat sini, petang semalam. Menceritakan detik cemas itu, Ratnah Ahab, 56, berkata ketika kejadian kira-kira 2 petang itu, dia dan anaknya, […]

Bomba Selamatkan Lelaki Sesat Ketika Mendaki Di Bukit Hijau
George Town: Seorang lelaki yang mendaki Bukit Hijau, Jelutong, di sini berjaya diselamatkan anggota bomba selepas sesat di bukit berkenaan, hari ini. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 8.56 malam ini memaklumkan anak lelakinya, Leow Su En, 24, […]
Remaja Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Air Terjun Belukar Bukit
HULU TERENGGANU, 18 Jun — Kegembiraan 19 sekeluarga berkelah di Pusat Perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas, tengah hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mayat Muhammad Affizie Irffanshah Mazita, 14, yang berasal dari Batu Rakit, Kuala Nerus ditemukan oleh orang awam dan diambil […]

(Video) Bank Berkeras Nak Bukti Fizikal, Warga Emas Terpaksa Tarik Ibu 100 Tahun Atas Katil Untuk Keluarkan Duit Pencen
Pandemik koronavirus telah memunculkan satu lagi gambaran yang menyedihkan kehidupan, kali ini di sebuah wilayah di India. Seorang wanita tua menjadi tular selepas terpaksa mengheret katil ibunya yang berusia 100 tahun di bawah panas terik ke bank kerana mahu mengeluarkan duit pencen. Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di daerah Nuapada yang terletak kira-kira 433 […]
(Video) Seolah-Olah Dunia Tidak Peduli, Penduduk Yaman Menderita Dihimpit Perang, COVID-19 & Kebuluran Serentak
Situasi di negara Arab termiskin, Yaman semakin meruncing apabila dihimpit peperangan yang tak berkesudahan, jangkitan COVID-19, penyakit Cholrea dan kebuluran serentak. Dengan banyak kemudahan kesihatan musnah akibat dibom, sistem kesihatan di negara berkenaan runtuh sekaligus mencetuskan kebimbangan dengan krisis kemanusian yang teruk, menurut laporan media antarabangsa. Malah, gambar-gambar dan video-video yang memaparkan situasi menyedihkan turut […]
Elak Pencerobohan & Serangan Militan Abu Sayyaf, Perintah Berkurung Di Esszone Sabah Dilanjutkan Hingga 4 Julai
KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) — Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pukul 6.00 petang esok dilanjutkan sehingga 4 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jas. Beliau berkata susulan pelanjutan itu, penduduk di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan […]
Lima Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran
KUALA PILAH, 18 Jun — Lima unit kedai dua tingkat musnah dalam satu kebakaran di sini, kira-kira pukul 11.10 malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata 40 pegawai dan anggota dari balai bomba Kuala Pilah, Seri Menanti, Bahau dan Seremban 2, mengambil masa hampir dua jam untuk memadamkan […]
Lelaki Melecur Dalam Kebakaran Meninggal Dunia
BUKIT MERTAJAM, 17 Jun — Seorang lelaki warga emas yang melecur di beberapa bahagian badan selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Arumugam Pillai, di sini malam tadi meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata mangsa […]
Lebih 100 Hilang Tempat Tinggal, 20 Rumah Musnah Kebakaran Di Tawau
TAWAU, 17 Jun — Dianggarkan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 20 rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2 Jalan Apas, di sini tengah hari tadi. Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Sukur Hatta berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah hari sebelum menghantar 40 anggota bersama dua jentera dan […]
Kronologi Pergelutan Maut Anggota Polis Dengan Rayshard Brooks, Akhirnya Mati Ditembak
Seorang lelaki berkulit hitam maut ditembak polis dalam satu adegan kejar mengejar di Atlanta, Amerika Syarikat. Rayshard Brooks, 27 ditembak dua kali dari belakang oleh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam satu kejadian di sebuah restoran makanan segera di sini. Pada 12 Jun lalu, dua anggota polis telah menemui Rayshard sedang terlelap di […]
Disangka Kambing Masuk Rumah, Cucu ‘Tebas’ Nenek Dengan Parang Hingga Maut
Seorang nenek, Masrum (70) di Musi Banyuasin, Sumatera Selatan dibunuh oleh cucunya, Heriyadi atau dikenali sebagai Adi (21) pada Isnin lalu (16/06/2020). Sebelum mangsa ditemui mati, Adi menyangka neneknya adalah kambing yang memasuki rumah. Ibu pelaku, Murni, mengatakan bahawa kejadian itu bermula ketika dia, Adi dan Masrum makan bersama di rumah mereka di Teluk Kemang, […]

Menangis Selalu Diejek Buruk & Cacat, Gadis Dedah Tragedi Muka Pernah Dijilat Api Hingga Wajah ‘Berubah’
Semua orang mengimpikan kehidupan yang sempurna. Malah, ada sesetengah yang bertuah dan bernasib baik dikurniakan dengan wajah yang tampan da n cantik. Namun, jangan lupa bahawa itu semua adalah pinjaman daripada Tuhan. Sudah menjadi trend masa kini memuatnaik foto di media sosial yang memaparkan wajah cantik mereka walaupun realitinya adalah sebaliknya. Kadang-kadang sehingga lupa dengan nasib orang […]
Penganggur Dipenjara Empat Tahun, Sebatan Kerana Rompak Kedai Guna Pisau
KUALA LUMPUR, 17 Jun – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merompak seorang juruwang di sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah pisau. Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Noor Marhan Mat, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan […]