BeritaTragedi

Luar Negara
Budak 10 Tahun Diserang Jerung Ketika Memancing Bersama Bapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama bapanya dan dua lelaki lain sedang memancing di atas kapal sejauh enam kilometer di pantai Tasmania dilaporkan ditarik seekor jerung dengan tiba-tiba ke dalam air, lapor 9news. Melihat kejadian itu, ayah kanak-kanak berkenaan segera melompat ke dalam air untuk menyelamatkannya. Salah seorang yang menyaksikan kejadian berkata “Ia berlaku […]
Berita
Lelaki Lemas Ketika Memancing Bersama Abang, Adik
SANDAKAN, 18 Julai (Bernama) — Hasrat seorang lelaki berumur 20 tahun untuk memancing bersama abang dan adiknya berakhir tragedi apabila ditemukan lemas tidak jauh dari Pantai Dandulit dekat sini semalam. Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandakan di sini hari ini, mangsa dikenali sebagai Fadlizan Idris, 20, yang bekerja sebagai penghantar makanan di […]
Berita
Gempa Bumi Gegar Kepulauan Andaman, Rantau India – Met Malaysia
Menerusi maklumat daripada laman Twitter rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan bahawa satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada pukul 10:03 malam, 17 Julai 2020. Pusat gempa bumi tersebut terletak 11.9° Utara dan 95.2° Timur dengan kedalaman 24 km. 269km Timur dari Port Blair, India. […]
Berita
Wanita Berusia 102 Tahun Ditemukan Mati Lemas
TAWAU, 17 Julai – Kehilangan seorang wanita warga emas berusia 102 tahun dari rumahnya di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu Keramat, awal pagi tadi terjawab selepas mayatnya ditemukan terapung tidak jauh dari rumahnya pagi tadi. Mayat Marwiyah Sakke ditemukan penduduk kampung pada jam 6 pagi tadi selepas disedari hilang oleh ahli keluarganya empat jam sebelum itu. Cucu mangsa, […]
Luar Negara
(Video) Tindakan Berani Lelaki Tangkap Budak Terjatuh Dari Tingkat 5 Berjaya Selamatkan Nyawa
Seorang lelaki telah menjadi penyelamat selepas menyelamatkan seorang budak lelaki yang terjatuh daripada tingkat 5 di sebuah blok pangsapuri daerah Xuyi, Kota Huai’an di Provinsi Jiangsu China Timur. Dalam satu rakaman video yang mendebarkan, budak itu kehilangan cengkamannya dan mula jatuh hampir 100 kaki ke bawah. Budak lelaki itu dikatakan bersendirian ketika dia mengurung diri […]
Berita
TERKINI: Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Gegar Papua New Guinea Sebentar Tadi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam tweet terbarunya memaklumkan satu kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku di Timur Rantau New Guinea, kira-kira 10.50 pagi tadi. Gempa bumi kuat 6.8 magnitud itu dilaporkan berpusat di 117 km barat laut Popondetta pada kedalaman 92 km. MetMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gemba berkenaan. Gempa bumi kuat […]
Luar Negara
Dipercayai Berang Dua Tahun Kerja Tak Dibayar Gaji, Pemandu Tikam & Bunuh Majikan Sendiri
Seorang pegawai kerajaan Indonesia maut selepas ditikam beberapa kali oleh pemandu peribadinya. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, Indonesia, Berry Juana mengatakan hasil dari siasatan, tertuduh mengaku telah membunuh mangsa kerana sakit hati disebabkan gajinya tidak dibayar selama lebih 2 tahun menjadi pemandu peribadi mangsa. Tertuduh yang juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa telah berjaya […]
Luar Negara
Dua Bangunan Di Mumbai Runtuh Akibat Hujan Lebat
MUMBAI – Hujan lebat di Mumbai menyebabkan dua bangunan runtuh di dua kawasan berbeza di bandar ini hari ini. Kemalangan pertama berlaku di kawasan Fort di Mumbai selatan ketika sebahagian bangunan kediaman enam tingkat runtuh, menyebabkan beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan, kata pegawai. Empat jentera bomba, sebuah van penyelamat dan ambulans dikejarkan ke tempat […]
Luar Negara
Remaja Lelaki Trauma Tergigit Jari Manusia Ketika Menikmati Pastri Daging
Seorang remaja lelaki di Brazil trauma apabila tergigit jari manusia yang tiba-tiba ditemui dalam pastri daging yang dipesan dari sebuah restoran di bandar Sao Paulo. Dia memuntahkan semula pastri yang dimakan apabila terasa ada daging anehh yang terdapat dalam pastri tersebut. Pemilik restoran itu mengaku bahawa pekerjanya mengalami kemalangan ketika bekerja sehingga kehilangan belah atas […]
Luar Negara
Letupan Bom Di Selatan Thailand, 10 Cedera Termasuk Dua Kanak-Kanak
PATTANI, 16 Julai — Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani. Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota […]
Luar Negara
(Video) Detik Mendebarkan Pegawai Polis Cuba Selamatkan Nyawa Bayi 3 Minggu Kerana Kesukaran Bernafas
Seorang pegawai polis telah dianggap menjadi ‘hero’ selepas dia dengan pantas menyelamatkan bayi berusia 3 minggu yang sukar bernafas. Jabatan polis Sterling Heighst di Michigan ada berkongsi video rakaman melalui dashcam di laman facebook, menunjukkan pegawai itu cuba menenangkan ibu bayi berkenaan yang berada dalam keadaan yang cemas. Kemudian, pegawai polis dengan tenang mengambil bayi […]
Tragedi
Bayi Terputus Kepala & Tertinggal Dalam Rahim, Dipercayai ‘Ditarik’ Ibu Ketika Bersalin Sendirian
Seorang ibu di Indonesia bertindak bersalin sendiri tanpa bantuan pihak lain. Individu tersebut yang digelar E, didakwa melahirkan anaknya yang dipercayai bayi pra-matang di Desa Kajowair, Kabupaten Sikka, Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu. Namun, ketika di saat mahu melahirkan anaknya dengan cara sendiri, E didakwa menarik bayi itu hingga terputus kepalanya dan […]
Luar Negara
Pengasas E-Hailing Maut Dalam Keadaan Mengerikan, Turut Ditemui Gergaji Elektrik Berhampiran Mayat Mangsa
Seorang usahawan syarikat e-hailing ditemui mati di apartment mewah miliknya di New York. Fahim Saleh, 33 yang merupakan pengasas Gokada ditemui dalam keadaan anggota badannya terputus pada tengah hari, Isnin lalu. Menurut BBC, usahawan tersebut terkenal dengan peranannya dalam mewujudkan syarikat permulaan yang popular di Nigeria dan Bangladesh. Rakaman CCTV di tempat kejadian mendapati mangsa […]
Berita
Seorang Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Muadzam Shah
Muadzam Shah, 16 Julai – Seorang wanita maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di sini sebentar tadi. Menurut Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, kemalangan di Jalan Muadzam-Pekan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan Ford Ranger. Seramai tiga mangsa cedera telah diselamatkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini […]
Gaya hidup
Mungkin ‘Tergoda’ Bau Durian, Gajah Ceroboh Kedai Dua Kali Dan Dipercayai Makan Lebih 10 Biji Durian
Rasa dan bau durian kuat terutama dari jenis musang king, udang merah , duri hitam akan membuatkan sesiapa sahaja tertarik, bukan manusia sahaja malah haiwan juga. Di Thailand, seekor gajah yang dipercayai berasal dari Taman Nasional Kaeng Krachan itu telah memasuki sebuah kedai bekalan pertanian kerana dikatakan tidak dapat menahan bau durian dari tempat berkenaan. […]
Tragedi
Lagi Kes Nelayan Jatuh Laut Laut Ketika Menangkap Ikan, APMM Mulakan Operasi SAR
PUTRAJAYA – Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan di lokasi kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Kedah, awal pagi semalam. Ekoran itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik maklumat […]
Berita
Jurujual Cedera Dipukul Sebelum Disamun Semasa Dalam Lif
BUKIT MERTAJAM, 15 Julai – Seorang jurujual bukan sahaja cedera ditumbuk dan dipukul tiga lelaki, malah kereta Toyota Vios serta duit dan telefon bimbitnya turut dilarikan dalam kejadian samun semasa dalam lif di sebuah pangsapuri di Bandar Perai Jaya, Perai di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd […]
Tragedi
Pelajar Tingkatan 3 Tiba-Tiba Pengsan & Meninggal Dunia Di Hari Pertama Persekolahan
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Seorang pelajar tingkatan tiga yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini, hari ini dilapor pengsan sebelum meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pelajar berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini. “Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut […]
Berita
Nelayan Hilang Ketika Menangkap Ikan Di Pulau Payar Langkawi
ALOR SETAR, 15 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), seorang nelayan yang dipercayai terjatuh ke laut ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika utara Pulau Payar, Langkawi, pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada tekong bot yang […]
Luar Negara
Renjer Maut, Rakan Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani
PATTANI, 15 Julai — Seorang renjer maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan bom di Daerah Mae Lan, Pattani di Selatan Thailand. Kejadian berlaku kira-kira 7.45 pagi (waktu tempatan) semalam, apabila sebutir bom buatan sendiri tiba-tiba meletup ketika enam anggota renjer sedang menjalankan rondaan berhampiran sebuah sekolah di Kampung Lapho. Ketua Polis Mae Lan, Kolonel […]