Berita›Tragedi
Polis Temui Mayat Bayi Dilumur Garam Dalam Guni, Dipercayai Dibunuh Bapa Kandung Sendiri
BACHOK: 13 Okt – Polis menemui mayat seorang bayi berumur lapan bulan dalam keadaan menyayat hati dengan badannya dilumur garam dan dimasukkan ke dalam guni yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur, dipercayai dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri di Kampung Sungai Dua, Melawi di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bachok DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, […]
JAS Siasat Kejadian Tumpahan Minyak, Dilapor Cemari Pantai Port Dickson
PORT DICKSON, 12 Okt (Bernama) — Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menyiasat kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Batu 10 dekat sini hari ini, yang mengakibatkan pencemaran di sepanjang tiga kilometer pantai itu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, sampel minyak tersebut telah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui punca […]
Padah Percaya Video Palsu, Lelaki Didakwa Bunuh 2 Wanita Termasuk Isterinya
HYDERABAD, INDIA: Seorang lelaki telah membunuh isterinya setelah menonton video yang menunjukkan bahawa isterinya mempunyai lelaki lain dan membunuh seorang wanita yang menganggap bertanggungjawab ke atas kelakuan isterinya itu. Ternyata video yang ditonton oleh lelaki itu adalah palsu. Kejadian mengejutkan itu berlaku di daerah Nellore, Andhra Pradesh pada Sabtu. Kejadian itu disedari ketika jiran memberitahu […]

Lima Lelaki Ditahan Disyaki Rogol Murid Tahun Enam
DUNGUN, 12 Okt – Lima lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan pagi tadi kerana disyaki merogol seorang murid tahun enam pada 29 Sept lepas. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah berkata kesemua suspek berusia antara 16 hingga 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6.30 pagi tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis semalam. “Dalam […]
Lelaki Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran Rumah Teres
KUALA LUMPUR, Okt 11 – Seorang lelaki warga emas, ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres di Jalan Belalang Dua, Kepong Baru, di sini selepas kediaman itu terbakar malam ini. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, mangsa berusia 74 tahun itu, ditemui meninggal dunia akibat melecur seluruh badan dalam kejadian kira-kira 8.30 […]
Empat Orang Dilaporkan Maut, Letupan Tangki Bahan Bakar ‘Gegarkan’ Beirut
Sebuah tangki bahan bakar dilaporkan telah meletup di sebuah daerah di Beirut, Lubnan sehingga membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 20 orang, lapor BBC. Letupan itu berlaku selepas tangki terbakar di daerah Tariq-al-Jdide. Rakaman TV menunjukkan api menjulang tinggi meliputi bangunan di situ. Punca kebakaran itu masih lagi tidak diketahui dan usaha menyelamat sedang dijalankan. […]
Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Rembau
SEREMBAN, 10 Okt (Bernama) — Seorang maut manakala dua yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris dan sebuah lori jenis Isuzu di kilometer 232.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata dalam kejadian pada pukul […]

Anak Ini Didapati Bersalah Bunuh Sebelum Rebus Badan Ibu Bapanya Dalam Periuk Besar
Kisah paling mengerikan, apabila seorang anak tergamak mengerat dan merebus mayat kedua ibu bapanya sendiri hanya kerana mereka enggan menyara kehidupannya lagi. Lelaki yang berusia 32 tahun itu tinggal bersama ibu bapa kandungnya bertindak sedemikian kerana ibu bapanya tidak ingin membuat tuntutan wang pampasan insuran yang berjumlah RM 2,075,750. Tertuduh telah dibicarakan di mahkamah didakwa […]

(Video) 88 Orang Cedera, Apartmen 33 Tingkat Hampir Musnah ‘Dijilat’ Api Di Korea Selatan
Sekurang-kurangnya 88 orang cedera dan dikejarkan ke hospital setelah terperangkap dalam kebakaran besar di sebuah apartmen terkenal 33 tingkat di Korea Selatan. Kejadian ini berlaku pada Khamis sekitar 11.05 malam, bangunan komersial dan kediaman Samhwan Art Nouveau yang terletak di barat laut Busan. Kejadian ini dipercayai bermula di tingkat 12 bangunan kediaman tetsebut sebelum merebak […]
(Video) Walau ‘Dihimpit’ COVID-19, Ribuan Warga Indonesia Penuhi Jalan Berdemonstrasi Bantah Undang-undang Buruh Baru
Indonesia kini sedang melalui fasa getir akibat demonstrasi besar-besaran sebahagian rakyatnya yang didakwa menentang pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Omnibus Law Cipta Kerja (Ciptaker). Kerajaan sebelum itu berkata, undang-undang tersebut dilaksana bagi membantu memulihkan semula ekonomi Indonesia yang telah lemah akibat pandemik COVID-19. Berdasarkan laporan BBC, RUU tersebut bertujuan untuk meringankan undang-undang perniagaan, buruh dan alam […]
Apa Nak Buat Kalau Bertembung Dengan Beruang Dalam Hutan? Ini Dua Caranya
Ketika mengembara atau berkhemah di hutan, salah satu risiko bahaya yang mungkin kita hadapai adalah ancaman binatang buas. Harimau, kera, lipan, ular dan sebagainya, semuanya membuatkan nyawa ibarat ‘telur di hujung tanduk’ jika ditakdirkan terserempak dengan mereka. Sebelum ini ada individu pernah berkongsi bagaimana caranya jika ada harimau datang ke khemah kita. BACA: Buat Kaki […]

(Video) Mendebarkan, Api Menjulang Tinggi Di Puncak Bangunan Dalam Kebakaran Pangsapuri 33 Tingkat
Satu kebakaran besar dilaporkan telah berlaku di sebuah blok pangsapuri 33 tingkat di Korea Selatan, lapor Daily Mail. Kebakaran yang dipercayai berlaku di daerah Dal Dong, Ulsan, di barat laut Busan itu bermula pada tingkat 12 sekitar jam 11.07 malam waktu tempatan dan api dilaporkan telah merebak ke seluruh blok. Ketika api marak, pasukan bomba […]
Kanak-kanak Dilapor Maut Tertinggal Dalam Kereta, Dipercayai Selepas Ayah Enggan Cermin Kereta Baru Dipecahkan Untuk Diselamatkan
LAS VEGAS: Seorang kanak-kanak berusia 21 bulan meninggal dunia kerana terperangkap di dalam kereta. Ayah mangsa yang berusia 27 tahun telah didakwa di atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan mangsa maut dalam keretanya, dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 petang berhampiran dengan Owens Avenue dan H Street. Tertuduh bersangka bahawa keadaan mangsa sebelum meninggal dunia akan […]

Pengawal Keselamatan Mati Ditikam Di Hadapan Kedai Runcit
CHERAS, 8 Okt – Seorang pengawal keselamatan ditemukan mati di hadapan sebuah kedai runcit dipercayai ditikam dengan gunting dalam kejadian di sebuah perumahan awam dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki berusia 52 tahun itu pada kira-kira pukul 2.03 petang. “Mayat mangsa […]
Bot Karam: Seorang Nelayan Lemas, Seorang Masih Hilang Di Muka Head
GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) — Seorang nelayan tempatan lemas manakala seorang lagi nelayan warga Indonesia dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama dua lagi nelayan karam di kawasan perairan kedudukan 5.3 batu nautika di Muka Head, Teluk Bahang dekat sini awal pagi ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kept Maritim Hamizan […]
Gitaris Lagenda, Eddie Van Halen Meninggal Dunia Akibat Kanser
Gitaris lagenda, Eddie Van Halen yang juga pengasas bersama band popular Van Halen dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser awal pagi tadi. Ahli muzik berdarah Belanda-Amerika itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun setelah bertarung nyawa melawan komplikasi kanser paru-paru yang dialaminya. Difahamkan, mendiang meninggal dunia di St. John’s Hospital di Santa Monica di […]
Tak Tahan Dapat Jiran Suka Menyanyi Kuat Sangat, Wanita Terpaksa Jual Rumah & Berpindah
THAILAND: Seorang ibu dan anak perempuannya di wilayah tengah Nonthaburi terpaksa untuk menjual rumah mereka dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada jiran mereka. Diketahui bahawa, ibu tersebut yang dikenali sebagai Somthop berusia 50 tahun dan anaknya, Kanchana berusia 25 tahun berbuat demikian kerana kehidupan seharian mereka terganggu dengan nyanyian daripada jiran mereka. Jiran mereka lelaki […]
Lelaki Melecur Teruk Tanggung Derita, Terpaksa Tunggu Ambulans 2 Jam Sebelum Dibawa Ke Hospital
Seorang lelaki di Denbighshire, UK dilaporkan terpaksa menanggung derita terbakar selama sekitar dua jam sehingga ambulan tiba. Menurut Daily Mail, Chris Williams, 40, sedang membaiki kereta di sebuah bengkel di rumahnya sebelum kenderaan itu terbakar secara tiba-tiba. Isterinya, Catherine Stewart dikatakan sempat menarik suaminya ke tempat selamat, namun mereka terpaksa membuat panggilan kecemasan berkali-kali sehingga […]

Nor Aqilah Dibenarkan Keluar Wad, Polis Akan Rekod Keterangan
BUKIT MERTAJAM, 6 Okt – Setelah hampir tiga minggu menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur, satu-satunya mangsa terselamat akibat keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur di dalam sebuah kereta, 16 Sept lepas, telah dibenarkan keluar hospital hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata, […]
Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 287 Orang Pagi Ini
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 287 orang daripada 86 keluarga pagi ini dan satu lagi pusat pemindahan banjir (PPB) dibuka menjadikan keseluruhan enam pusat pemindahan setakat hari ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi InfoBencana memaklumkan satu lagi PPB dibuka di Kota Belud iaitu Sekolah […]