Berita›Tragedi
(Video) Kucing Peliharaan Buat Hal, Buka Paip Air Dan Tutup Saluran Sinki Sampai Air Melimpah Banjiri Rumah
Memelihara haiwan kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi apabila anda memelihara seekor kucing. Kucing mempunyai telatah yang nakal dan manja amat mencuit hati tidak kira pada sesiapa pun. Kucing juga adalah teman yang paling manja dan setia sewaktu anda dalam kesunyian. Namun, menerusi laman portal Dailymail, seekor kucing telah ‘membanjiri’ rumah […]
Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta Di Hentian Rehat Dan Rawat Tapah
IPOH: 25 Okt, seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan, dekat sini, pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat Ng Kar Weng, 26, di dalam sebuah kereta Honda Jazz yang berkunci pada pukul 11.30 pagi. “Kami segera mengerahkan […]
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.6 Dikesan Berlaku Di Jawa, Indonesia Pagi Ini
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Jawa, Indonesia pada 8:56 pagi tadi. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.3 darjah selatan dan 107.9 darjah timur dengan kedalaman 66 kilometer dan sejauh 112 kilometer selatan dari Tasikmalaya, Indonesia. Tiada amaran tsunami dinyatakan setakat ini. Gempa […]
(Video) Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim Meninggal Dunia
Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan mangkat (meninggal dunia) pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini. “Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan. “Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut. Memetik laporan […]

Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika Saudel
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat Saudel yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,315 kilometer (km) ke barat laut Kudat, […]
Pesawat Tentera Laut AS Terhempas Di Alabama, Dua Juruterbang Dilaporkan Terkorban
Sebuah rumah di Alabama terbakar setelah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas pada Jumaat, lapor CNN. Menurut Pejabat Sheriff Baldwin County, tiada orang awam yang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di Magnolia Springs, Alabama itu. Memetik laporan Fox8, masih belum dapat dipastikan jenis pesawat dan berapa orang di dalamnya. Pun begitu, Pegawai Tentera Laut […]

Gadis 13 Tahun Dilaporkan Maut Dipercayai Diserang Monyet Ketika Mengambil Jemuran
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dikejar dari bumbung oleh sekumpulan monyet di India. Menurut Daily Mail, kejadian remaja perempuan meninggal dunia dipercayai akibat serangan monyet itu berlaku di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, awal hari ini. Tambah Daily Mail, haiwan itu sering menjadi ancaman di daerah tersebut di mana terdapat kematian dilaporkan […]
Cap Jari Mayat Tidak Sepadan Dengan Nora Anne – Saksi
SEREMBAN, 23 Okt (Bernama) — Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu sampel cap jari Nora Anne Quoirin yang diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada pihak berkuasa Perancis tidak sepadan dengan cap jari yang diambil daripada mayat yang ditemukan dan juga dalam pangkalan data PDRM. Penolong Pendaftar Penjenayah Malaysia, Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan […]
Peguam Dedah Wanita Dakwa Merana Kain Tertinggal Dalam Badan Ketika Bersalin Akibat Kecuaian, Tak Dapat Buat Tuntutan Sebab Kes Lebih ‘Had Masa’
Kes ‘barang’ tertinggal dalam tubuh badan ketika selepas pembedahan termasuklah bersalin mungkin agak janggal kita dengar. Namun itulah realiti terpaksa dihadapi seorang individu ini apabila dia merana sakit dua bulan gara-gara kecuaian pihak lain. Namun, malang sekali dia tidak dapat bertindak atas undang-undang, jauh sekali mahu menyaman pihak bertanggungjawab kerana kesnya sudah ‘expired’. Benarkah undang-undangnya […]
Penternak Kerugian, 11,000 Anak Ayam Rentung Selepas Reban Terbakar Di Sitiawan
LUMUT, 23 Okt (Bernama) — Seorang penternak ayam mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran di sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan di sini, awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.35 pagi, sebelum 34 anggota bersama dua jentera dan […]

Bomba Selamatkan Kakitangan Perhilitan Dipatuk Ular Kapak
KUALA BERANG, 23 Okt – Sepasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang cedera selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan Sekayu di sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Hanaffi Mohd berkata mangsa, Muhammad Imran Khasimin Kamarul Zaman, 24, dipatuk ular kapak di bahagian buku lali […]
Kes Rogol Kanak-kanak 12 Tahun: Lima Lelaki Mengaku Tidak Bersalah
KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Bernama) — Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, pada September. Bagaimanapun tertuduh yang berusia 23, 21 dan 20 tahun dan dua lagi tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atas mereka. […]

Kereta Dipandu Warga Tua Terbabas Masuk Terusan, Penyelamat Muncul Wira, Terjun Selamatkan Mangsa
Rakaman CCTV di luar negara merakamkan detik dramatik apabila seorang orang awam menyelamatkan satu pasangan tua yang kereta mereka terjunam ke terusan berikutan kemalangan bersama kenderaan lain. Penyelamat tersebut terjun ke dalam air dan menarik keluar pemandu kereta, Joseph Abitabile, 78, dari kereta ketika hampir tenggelam di terusan Lindenhurst di Long Island, New York. Penyelamat […]

(Video) “Maaf, Ada Gempa Bumi Tadi,” PM Iceland Kekal Tenang, Teruskan Temu Bual Selepas ‘Digoncang’ Gempa Bumi
Perdana Menteri Iceland, Katrín Jakobsdóttir dilihat tetap tenang ketika temu bual secara langsungnya terganggu seketika akibat gempa bumi. Menurut BBC, temu bual secara langsung bersama Washington Post itu terganggu selepas gempa berkekuatan 5.5 skala richter menggegarkan Krysuvik, selatan ibu negara, Reykjavik. Tiada kecederaan dilaporkan susulan gempa tersebut. Dalam video dikongsikan BBC, Katrín yang sempat terkejut […]
Saksi Tidak Pasti Jasad Dijumpainya Milik Nora Anne
SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) — Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pada awalnya dia tidak dapat memastikan jasad manusia yang ditemukannya ialah Nora Anne Quoirin, memandangkan kedudukannya yang agak jauh dari mayat itu. Saksi awam Chong Yue Fatt, 57, yang merupakan individu pertama ternampak mayat remaja tersebut pada hari ke-10 operasi […]
(Video) Letupan Bangunan Gegar Karachi Di Pakistan, Sekurang-kurangnya 3 Maut Dilaporkan Setakat Ini
Sekurang-kurangnya tiga orang telah dilaporkan terkorban dan 15 yang lain cedera dalam satu kejadian letupan di Maskan Chowrangi di kawasan Gulshan-i- Iqbal Karachi pada hari ini, lapor Times Of India. Semua mayat dan mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital Patel. Polis Mubina Town mengatakan punca letupan masih belum dapat dikenalpasti namun menjelaskan ia […]

Warga Emas Cedera Diserang Lebah Di Ladang Teh
LENGGONG, 21 Okt (Bernama) — Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila cedera selepas disengat sekumpulan lebah ketika melalui sebuah ladang teh di sini, pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata mangsa Kamaruddin Othman, 72, mengalami bengkak di beberapa bahagian muka akibat dihurungi kumpulan lebah berkenaan. “Kami menerima panggilan mengenai kejadian […]
Marah Ditegur Main PUBG, Pemuda Dilapor Kelar Leher Ayah Berkali-kali
MEERUT: Seorang bapa cedera parah diserang oleh anaknya setelah dia meminta anaknya untuk berhenti bermain PUBG berjam-jam. Tertuduh menyerang mangsa dengan menggunakan sebilah pisau. Menurut laporan dalam akhbar Hindi Dainik Jagran, kejadian itu dilaporkan daripada A-One Colony di Jamnanagar di bandar Kharkhoda di daerah itu pada hari Khamis. Sebelum ini, pemerintah India telah melarang aplikasi […]
Enam Pekerja Kilang Cedera, Selepas Dapur Melebur Besi Meletup
BUTTERWORTH, 21 Okt (Bernama) — Enam pekerja sebuah kilang besi mengalami kecederaan selepas sebuah dapur meleburkan besi bangunan di premis itu meletup sebelum terbakar dalam kejadian di Perai, di sini hari ini (semalam). Empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan, manakala dua lagi mengalami lecur sekitar 30 peratus pada badan, dan kesemua mereka yang berumur sekitar […]
Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 7.1 Gegar Selatan Alaska Awal Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Selatan Alaska pada 4.54 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Difahamkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 54.8 darjah Utara dan 159.7 darjah Barat dengan kedalaman 10 kilometer serta sejauh 2,548 kilometer arah Barat Laut dari Vancouver, Kanada. Sementara itu, Pusat Amaran […]