Berita›Tragedi
Seorang Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di Dalam Semak Di Melaka
MELAKA, 5 Nov – Seorang bayi lelaki yang baharu lahir dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil di Melaka. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad kepada Bernama petang semalam. Menurutnya lagi, bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemukan lelaki berusia 50 tahun […]
Derita Banjir Seremban, 54 Anjing Jalanan Dalam Pusat Perlindungan Dilapor Mati Lemas
SEREMBAN, 4 Nov – 54 ekor anjing termasuk anak-anak yang baru dilahirkan dilapor mati lemas akibat banjir besar yang melanda pusat perlindungan anjing jalanan Furrykids Safehaven di sini semalam. Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu kenyataan mendakwa, tragedi tersebut merupakan sejarah terburuk kali pertama yang pernah berlaku di pusat perlindungan berkenaan. “Apa yang dikhuatiri adalah jangkitan […]
Lelaki Hilang Dalam Banjir, Operasi SAR Diperluas -Polis
SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di kawasan Taman Happy, Rasah kira-kira 6.27 pagi tadi telah diperluaskan sehingga ke kawasan Sungai Linggi. Ketua Polis daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata skop pencarian berkenaan meliputi jarak kira-kira 12 […]

Burung Nuri Selamatkan Lelaki Ini Dari Maut, Kejutkan Tuannya Kerana Rumah Terbakar
Seorang lelaki Australia mengatakan bahawa dia terselamat dari kebakaran rumah lewat malam tersebut disebabkan oleh burung nuri peliharaannya yang telah mengejutkan beliau dari tempat tidur. Ketika itu, dikhabarkan Anton Nguyen tidur dengan sangat lena ketika rumah dua tingkatnya terbakar di Brisbane, Queensland, pada hari Rabu. “Saya mendengar ledakan dan Eric, burung nuri saya, dia mula […]
Budak 4 Tahun Ditemui Masih Bernyawa Selepas 4 Hari Terperangkap Bawah Runtuhan Ekoran Gempa Bumi Di Turki
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui masih hidup selepas dipercayai empat hari ‘tertanam’ di bawah runtuhan apartment susulan gempa bumi di Turki. Menurut Daily Mail, mangsa, Ayda Gezgin ditemui pasukan penyelamat setelah mereka terdengar jeritannya dari bawah serpihan bangunan di Izmir. Salah seorang anggota penyelamat, Nusret Aksoy berkata, dia terdengar jeritan kanak-kanak sebelum menemuinya […]

(Video) Beberapa Jalan Utama & Taman-Taman Perumahan Di Bandar Seremban Dilanda Banjir Awal Pagi Tadi
Beberapa jalan utama dan taman-taman perumahan di sekitar Bandar Seremban telah dinaiki air awal pagi tadi ekoran dari hujan lebat sehingga berlakunya banjir kilat di luar jangkaan. Antara jalan yang dinaiki air ialah Jalan Zaaba, Jalan Rasah dan beberapa jalan utama yang lain sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas. Memetik laporan tinjauan BERNAMA TV di […]

Lima Rentung Termasuk Seorang Kanak-Kanak Dalam Kebakaran Di Kampung Delek Kanan Awal Pagi Tadi
KLANG, 4 Nov – Empat sekeluarga dan seorang jiran mereka maut dalam satu kejadian kebakaran di satu deretan lima unit rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek di sini kira-kira pukul 3.40 pagi tadi. Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri Fauzi Daut, 44, dan Sarimah Yusuf, 37; kakak Fauzi, Fauziah Daut, 50; anak saudara pasangan itu, Mohd […]
Bomba Selamatkan Tujuh Sekeluarga Terperangkap Banjir Kilat
KUALA TERENGGANU, 3 Nov (Bernama) — Tujuh sekeluarga yang terperangkap dalam banjir kilat berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kejadian di Kampung Binjai, Chendering di sini malam ini. Ketua Operasi JPBM Pegawai Bomba Kanan 2 Mokhtar Dollah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikerah […]

Nelayan Dikhuatiri Lemas, Terjatuh Daripada Bot Ketika Menangkap Ikan
KUANTAN, 3 Nov (Bernama) — Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menangkap ikan di 16 batu nautika dari timur Kuala Endau, Rompin kira-kira 130 kilometer dari sini, malam tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, tekong dan awak-awak yang […]
Dua Anak Yang Meninggal Dunia, Tiba-Tiba Beriya Nak Ikut Ayah Pergi Kerja Malam Tadi – Nenek
KAMPAR, 3 Nov (Bernama) — Dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng, malam tadi tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja. Bagaimanapun, keadaan semalam berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut […]

Terperangkap Di Rumah, 80 Penduduk Di Kampung Batu 10 Skudai Diselamatkan Daripada Banjir
JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) — Seramai 80 penduduk Kampung Batu 10, Skudai dekat ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat selama beberapa jam pada petang semalam. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai PKPgB Mohd Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima laporan kejadian itu […]
Tiga Beranak Maut Treler Dinaiki Terbabas Di Gopeng
IPOH, 3 Nov – Tiga beranak maut selepas sebuah lori treler membawa muatan simen yang dinaiki terbabas ke bahu jalan di jalan lama Kota Bharu, Gopeng dekat sini malam tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.28 malam sebelum dua jentera dari Balai Bomba […]
(Video) Tular Detik Cemas Bangunan Runtuh Akibat Gempa Bumi Di Turki Sempat Dirakam
TURKI: Rakaman dari Izmir, Turki menunjukkan sebuah pangsapuri runtuh berikutan daripada gempa bumi yang berukuran 7.0 pada skala Richter. Jumlah korban ekoran daripada runtuhan itu masih tidak diketahui, dikatakan pangsapuri itu menampung 21 keluarga yang tinggal di pangsapuri tersebut. Presiden Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) menyatakan bahawa gempa tersebut pada 6.6 sementara Kajian Geologi […]
Pegawai Bomba Sabah Korban COVID-19, Kehilangan Besar JBPM Negeri – Pengarah
KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) — Pemergian Ketua Cawangan Operasi Kebombaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Sabah Alias Abu, yang meninggal dunia pagi tadi selepas didapati positif COVID-19, merupakan satu kehilangan besar, kata Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah. Menurutnya, Allahyarham Alias, 56, yang difahamkan mempunyai masalah jantung dan asma dan merupakan antara 15 […]
Lelaki Lemas Ketika Memancing Ditemukan Tersangkut Di Paya Bakau
PORT DICKSON, 2 Nov (Bernama) — Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas sejak petang semalam, ditemukan di pantai Kampung Balak, Pasir Panjang dekat sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa, Muhammad Azri Abdullah, 25, ditemukan tersangkut di kawasan pokok bakau oleh penduduk kampung yang […]
Kecewa Ditipu, Wanita Buat Laporan Polis Kerana Suami ‘Sembunyikan’ Kepala Botak Sebelum Berkahwin
INDIA: Seorang wanita berusia 27 tahun telah membuat aduan terhadap suaminya yang mendakwa bahawa suaminya telah menipu dia dengan menyembunyikan kebotakannya. Kes didaftarkan terhadap lelaki itu di bawah Seksyen 406 dan 500 Kanun Keseksaan India (IPC) di Balai Polis Naya Nagar di Thane berdasarkan aduan wanita itu, kata balai polis kanan Kailash Barve. Dia mendakwa […]

Pelawak Terkenal Korea, Park Ji Sun Ditemui Maut Bersama Ibu Di Kediamannya
Pelawak terkenal dan popular Korea, Park Ji Sun ditemui tidak bernyawa bersama ibunya di rumah mereka yang terletak di Mapo-Gu. Menurut Polis Daerah Mapo, kedua-dua mayat tersebut ditemui di dalam kediaman mereka pada 1.44 tengah hari pada 2 November 2020 lalu. Kejadian tersebut disedari oleh ayahnya kerana dia berasa curiga dengan anaknya yang tidak menjawab […]

Ini Keadaan Semasa Taufan Goni Di Filipina, Angka Korban Meningkat Kepada 16 Orang
MANILA, 2 Nov – Jumlah kematian akibat Taufan Goni, yang melanda selatan pulau Luzon, di Filipina meningkat kepada 16 orang, lapor agensi berita Xinhua. Pejabat Pertahanan Awam (OCD) di Bicol, wilayah paling teruk dilanda taufan di selatan pulau Luzon, pada Isnin dalam satu laporan berkata jumlah kematian meningkat kepada 16 orang, manakala tiga lagi masih hilang. Goni […]
Kanak-Kanak Berusia 3 tahun Masih Hidup Berjaya Diselamatkan Selepas 65 Jam Gempa Bumi Di Turki
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh berjaya diselamatkan selepas 65 jam di daerah Bayrakli, Wilayah Izmir. Mangsa merupakan antara 106 yang berjaya diselamatkan dari runtuhan tersebut. Mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dalam ciapan Twitter, Mehmet Gulluoglu iaitu Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki menyatakan anggotanya gembira dapat […]

Mangsa Banjir Di Indonesia Diserang Penyakit Gatal-Gatal, Demam Dan Pening
Banyumas, Indonesia- Sejumlah warga yang menjadi mangsa banjir di Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, mulai diserang penyakit. Kepala Dinas Kesehatan (Dinkes) Banyumas Sadiyanto mengatakan, penyakit yang dikeluhkan oleh mangsa banjir antaranya ialah gatal-gatal, demam dan pening. “Sejauh ini semua boleh dikawal dengan baik, ubat-ubatan yang diperlukan juga tersedia dan mencukupi,” kata Sadiyanto di kompleks Pendapa Sipanji […]