BeritaTragedi

Berita
Anggota Polis IPD Ampang Jaya Maut Motosikal Terbabas
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang lampu di Jalan Taman Cempaka, Ampang di sini malam semalam. Dalam insiden pada 11.10 malam itu, Koperal Tuan Mahmud Tuan Mamat, 38, yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas mengalami kecederaan serius […]
Berita
Ibu Muda Antara Ditahan, Tergamak Bawa Bayi Dua Bulan Menagih Dadah
BUKIT MERTAJAM, 12 Nov (Bernama) — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan empat individu, termasuk seorang remaja perempuan dan seorang ibu muda bersama bayinya yang baru berumur dua bulan, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di sini yang dijadikan sebagai tempat menagih dadah, semalam. Pengarahnya Elmariah Chung berkata serbuan pada pukul 3.30 petang itu dilaksanakan hasil […]
Berita
Remaja Maut Terkena Rejatan Elektrik Ketika Tangkap Ikan
BESUT, 12 Nov – Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di sebuah parit tali air di belakang rumahnya di Kampung Batang Gergaji, Apal di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mayat mangsa yang berusia 13 tahun ditemui datuknya kira-kira 4.30 petang. “Sebelum itu mangsa sempat memanggil datuknya yang berada di belakang rumah, […]
Berita
(Video) Pemandu Axia Sanggup Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS, Dipercayai Untuk Balik Kampung Sambut Deepavali
IPOH, 12 Nov – Gara-gara ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, seorang lelaki nekad memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, petang semalam. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan […]
Berita
MetMalaysia Beri Amaran Ribut Tropika Di Kudat, Sabah, Kelajuan Angin Boleh Mencapai 102kmj
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 976 kilometer di timur laut Kudat, Sabah. Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut ketika ini berada sekitar 231 km barat daya Luzon, Filipina pada pukul 8 pagi hari ini dan ia bergerak ke […]
Berita
(Gambar) Demi Keselamatan Pengguna, Anggota Trafik Dan Orang Awam Bersihkan Pasir Berterabur Atas Jalan Raih Pujian Ramai
Satu perkongsian di laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, anggota trafik dan orang awam bersama-sama membersihkan jalan raya yang bertaburan dengan pasir. Menurutnya perkongsian itu, pasir yang bertaburan atas jalan raya adalah akibat kecuaian sikap pemandu lori membawa muatan pasir secara berlebihan di jalan tersebut.. Atas dasar keselamatan pengguna jalan raya yang lain, orang awam […]
Berita
Nahas Helikopter: My Heli Club Gesa Hentikan Penyebaran Spekulasi, Maklumat Salah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — My Heli Club meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan spekulasi dan maklumat tidak tepat mengenai insiden tragis nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang di sini Ahad lepas. Bendahari kehormat kelab itu, Datuk Leong Yeng Kit dalam satu kenyataan hari ini berkata kelab itu juga meminta orang ramai supaya menghormati […]
Berita
Bedah Siasat Mangsa Tanah Runtuh Di Tambun Selesai
IPOH, 11 Nov (Bernama) — Hasil bedah siasat ke atas dua mayat mangsa tanah runtuh di sebuah resort pelancongan di Tambun di sini pagi semalam mendapati kematian berpunca daripada kecederaan akibat dihempap tanah serta tembok dinding. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata keputusan itu menjadikan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. “Polis […]
Gaya hidup
“Dok Pikiaq Tong Gas Nak Meletup Dah”, Wanita Disambar Api Ketika Memasak, Kaki Habis Melecur Teruk
Walaupun kita menganggap rumah adalah tempat paling selamat tetapi banyak ciri-ciri keselamatan selalu dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat. Sebenarnya, bahan api atau mudah terbakar seperti tong gas di dalam rumah kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat, jika tidak ia akan meletup serta membahayakan keselamatan orang ramai dan mungkin ada yang akan terkorban. Seperti perkongsian […]
Berita
Pencemaran Sungai Selangor: Premis Disyaki Buang Efluen Secara Tidak Sah Disita
KUALA LUMPUR, 11 Nov – Premis yang disyaki melakukan pembuangan efluen secara tidak sah ke lurang kumbahan yang menyebabkan pencemaran di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang telah disita. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati sisa daripada premis tersebut didapati menghasilkan bau yang sama dikesan di LRK dan […]
Berita
Polis Sahkan Identiti Dua Mangsa Tanah Runtuh Di Tambun
IPOH, 10 Nov (Bernama) — Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang ditemukan maut tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa lelaki dikenali sebagai Ooi Chee Wei, 39, dan mangsa wanita ialah Lee […]
Berita
TERKINI: Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di 1,279 Kawasan Lembah Klang Babitkan Lebih 1 Juta Akaun Pengguna Bermula 6 Petang Ini- Air Selangor
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh (7) wilayah di sekitar Lembah Klang akan bermula pada 6 petang ini. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan pencemaran bau seakan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor. “Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 […]
Berita
Dua Rumah Musnah Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Kimanis-Keningau
KOTA KINABALU, 10 Nov — Dua rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Batu 18, Jalan Kimanis-Keningau, pada awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Johainin Ruslan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1 pagi di kawasan berbukit setinggi 150 meter dan terdapat sejumlah rumah dibina di kawasan […]
Berita
Dua Mayat Penghuni Resort Pelancongan Ditemukan Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah
IPOH, 10 Nov — Dua mayat ditemukan tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini, awal pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Goh Boon Keng berkata mayat mangsa lelaki ditemukan pada pukul 9.55 pagi sebelum mayat mangsa wanita dijumpai beberapa minit kemudian di dalam jakuzi […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.4 Dikesan Di Barat Daya Sumatera Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Ritcher dikesan berlaku di barat daya Sumatera, Indonesia pada 8.52 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, pusat gempa bumi itu terletak pada 6.5 darjah selatan dan 103.9 darjah utara dengan kedalaman 68 kilometer, serta sejauh 192 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia. Bagaimanapun, tiada amaran […]
Berita
Dua Mangsa Dikhuatiri Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Tambun
IPOH, 10 Nov (Bernama) — Dua individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah hotel yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian menimpa mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan yang menginap di hotel itu pada pukul 1.28 […]
Berita
Nahas Helikopter: Anak Terkilan, Ada 9 Panggilan Arwah Bapa Tidak Dijawab Sebelum Kejadian Itu Berlaku
PETALING JAYA, 9 Nov (Bernama) — Jenazah mangsa nahas helikopter di Jalan Taman Melawati, Ampang, Allahyarham Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini, kira-kira jam 4.30 petang tadi. Jenazah Mohd Irfan Fikri, 41, yang juga seorang ahli perniagaan sebelum itu dimandi dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku […]
Berita
Pesawat Bawa Bantuan Mangsa Ribut Terhempas Di Guatemala, Ragut Dua Nyawa
GUATEMALA CITY, 9 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah pesawat ringan yang mengangkut makanan untuk mangsa ribut, terhempas di Guatemala, lapor agensi berita Xinhua. Nahas berlaku pada tengah hari, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora menuju ke Alta Verapaz. Satu mayat dijumpai di lokasi nahas […]
Tragedi
(Video) “Nanti Kita Wat Mari Heli Sini, Bereh?”, Sahabat Arwah Irfan F. Rawi Kongsi Kenangan, Helikopter Pernah Jadi Tatapan Jemaah Surau
Semalam kita ditangisi dengan tragedi memilukan hati dua helikopter dilapor terhempas dalam satu nahas yang berlaku di Taman Melawati, Ampang. Berdasarkan laporan media, dua individu iaitu Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom dilapor terkorban, manakala dua lagi individu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Wendy Tan […]
Berita
Nahas Helikopter: Waris Kedua-Dua Mangsa Berada Di Bilik Mayat PPUKM Untuk Urusan Menuntut Jenazah
Kejadian nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang semalam menyaksikan dua orang terkorban iaitu Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi. Menurut laporan Bernama, mayat mangsa kini berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi proses bedah siasat. Waris kedua-dua mangsa juga telah berada di bilik mayat PPUKM bagi menunggu bedah […]