Berita›Tragedi
(Video) Budak ‘Melayang’ 30 Kaki Di Udara Sebelum Terjatuh Ke Tanah, Dibawa Terbang Layang-Layang Gergasi
Tidak dapat dibayangkan yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun selepas dibawa terbang oleh layang-layang gergasi setinggi 30 meter di udara. Kejadian awal dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak lelaki tersebut memegang layang-layang dengan stabil di lereng bukit di Lampung, Indonesia. Pada masa yang sama juga, angin yang kencang membuatkan dirinya terjerat di tali […]
(Video) Detik-detik Mendebarkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya
Saat mendebarkan apabila sebuah pesawat kecil melakukan pendaratan cemas di lebuh raya Minnesota dan merempuh kenderaan lain dirakam oleh cctv lebuhraya. Minnesota State Patrol mendedahkan dalam laporan mengenai kejadian bahawa nahas itu berlaku tepat sebelum jam 9:30 pada hari Rabu malam. Klip rakaman yang dikongsikan oleh The Independent di Twitter itu menunjukkan sebuah pesawat jenis […]
Helikopter Terhempas di Banjaran Alps, Perancis, Lima Terkorban
PARIS, 9 Dis (Bernama) — Kemalangan helikopter di Banjaran Alps Perancis mengorbankan lima daripada enam penumpangnya, kata Presiden Emmanuel Macron pada Rabu, lapor Agensi Anadolu. “Petang ini di Savoie, tiga anggota pasukan Penyelamat Udara Perancis dan dua anggota Perkhidmatan Aérien Francais (SAF) terbunuh dalam satu nahas helikopter. Seorang mangsa cedera,” ciap Macron di Twitter. “Sokongan dari […]
Alami Gejala Hilang Ingatan, Sawan Hingga 5 Minit, Penyakit Misteri Di India Dilapor Meningkat Lebih 500 Orang
Tidak cukup dengan lebih 9.7 juta kes COVID-19, kini India berdepan dengan masalah baharu apabila lebih 500 individu di Andhra Pradesh dilapor terkena penyakit misteri baru-baru ini. Pegawai perubatan kanan dari Hospital Eluru, Dr. Ram mendakwa, ada mangsa mengatakan mereka mengalami ‘mass hysteria’. “Kebanyakan mangsa yang dirawat mengalami cedera ringan di kepala atau kesan hitam […]
Mayat Mohd Loqman Ditemui Selepas 11 Hari Hilang Di Sungai Pahang
KUANTAN, 8 Dis (Bernama) — Penantian keluarga Mohd Loqman Hamka yang dipercayai lemas di Sungai Pahang sejak 11 hari lepas berakhir apabila mayat remaja itu ditemukan terapung di jeti Laman Lesung, Batu Papan, Temerloh kira-kira 120 kilometer (km) dari sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata mayat Mohd Loqman, 20, […]

Anggota PGA, Polis Bantuan Disahkan Mati Akibat Lemas, Cedera Di Kepala – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis bantuan yang ditemui maut di Sungai Layun, Ulu Baram, Sarawak pada hari Jumaat lepas, disahkan mati akibat lemas, dan mereka didapati mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dilanggar kayu balak yang dibawa arus deras. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abdul […]
Dengar Bunyi Ketukan Di Sebalik Pintu, Foto Dikongsikan Lelaki Ini Bikin Ramai Seram
Seorang lelaki secara tidak sengaja telah mengambil satu gambar setelah mendengar bunyi bising di dapur ketika berada di rumah sendirian dan hasil tangkapan gambar tersebut memberi mimpi buruk kepada orang ramai. Seorang lelaki mengatakan bahawa dia telah memutuskan untuk berpindah kembali ke rumah flatnya setelah mengambil gambar dapur yang kosong dan terlihat satu sosok misteri […]

Jururawat, Pemandu Maut Dalam Kemalangan Libatkan Kenderaan KKM Dan Lori Tangki Pagi Tadi
KUANTAN, 7 Dis (Bernama) — Seorang jururawat dan pemandu Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) maut manakala seorang doktor cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Kilometer (km) 32 Jalan Pekan-Rompin, kira-kira 40 kilometer (km), dari sini hari ini. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata […]
Kembar Dilapor Maut Lemas, Selepas Seorang Jatuh Kolam Dan Seorang Lagi Cuba Selamatkan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disahkan maut secara tragis setelah jatuh ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan kembarnya yang sedang lemas. Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Afrika Selatan dan masih berada dalam siasatan pihak polis. Menurut laporan, pasukan paramedik cuba menyelamatkan mereka tetapi tidak berjaya dan mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas. […]
Sebak, Syafiq Ahmad Cium Jenazah Anak Selepas Selesai Dikafankan
Penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad mencium jenazah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dikapankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang, petang ini. Terdahulu, Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi. Dua lagi yang maut dalam nahas itu […]
Penyerang JDT Syafiq Ahmad Cedera, Anak Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan
NIBONG TEBAL, 6 Dis (Bernama) — Bayi lelaki pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafid Ahmad yang baru berusia 22 hari antara tiga yang maut dalam kemalangan awal pagi ini yang turut menyaksikan penyerang JDT itu berserta dua lagi ahli keluarganya cedera. Dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira 5.30 pagi di Km163 Lebuhraya […]

Kajian Saintis Dakwa Terdapat 36 Tamadun Maju Yang Lain Dalam Galaksi Kita
Manusia adalah satu-satunya peradaban yang maju di seluruh alam semesta. Namun, manusia tidak mempunyai teknologi untuk mengamati permukaan di luar sistem suria dan hanya mengesan sebahagian kecil dari dunia. Para ilmuwan telah lama berusaha menggunakan ilmu matematik untuk menghitung kebarangkalian kehidupan yang terdapat di tempat lain selain Bumi. Kumpulan penyelidik dari University of Nottingham mengemukkan […]
Nyaris Terpijak, Pasangan Tengah “Trekking” Terjumpa ‘Dahan Kayu’ Disangka Baru Jatuh, Rupanya “King Cobra”
Sanchindra dan isterinya buat pertama kalinya meluangkan masa bersama melakukan aktiviti hiking di Cagar Alam Bukit Timah. Aktiviti mereka terbantut apabila yang disangkakan dahan itu sebenarnya merupakan seekor ular yang dikenali sebagai King Cobra. Menurut Stomp, kejadian tersebut berlaku pada 29 November sekitar jam 5 petang apabila seorang individu menyuruh mereka berhenti sebelum terlambat. Nasib […]
16 Penumpang Terbunuh, Bas Dilapor Terjunam Dari Jejambat Selepas Dilanggar Trak
Sekurang-kurangnya 16 orang dilaporkan telah terbunuh dan 27 lagi cedera selepas bas yang dilanggar oleh sebuah trak telah terjunam 45 kaki ke bawah jambatan di tenggara Minas Gerais, Brazil pada Jumaat, lapor Daily Mail. Bas itu dalam perjalanan di lebuh raya BR-381 di bandar João Monlevade ketika terlibat dalam nahas dengan treler trak kira-kira jam […]
Warga Emas Sakit Strok Dan Keluarga Terperangkap Hampir Tujuh Jam Akibat Banjir
PASIR PUTEH, 4 Dis (Bernama) — Seorang warga emas yang mengalami strok, mendakwa beliau dan keluarga terperangkap hampir tujuh jam dalam rumah selepas kawasan rumahnya dinaiki air paras pinggang akibat banjir yang naik secara mendadak petang semalam. Samsudin Awang, 66, berkata, beliau tidak menyangka air naik begitu cepat akibat limpahan Sungai Wakaf Bunut selepas hujan […]
Seorang Anggota PGA Dan Polis Bantuan Ditemui Mati Dipercayai Dihanyutkan Kepala Air – Bukit Aman
MIRI, 4 Dis (Bernama) — Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai hari ini. Anggota PGA berkenaan dikenali sebagai Sjn Simon Laja, 47, dan polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sjn Kemiang dijumpai kira-kira pukul 3 petang tadi berhampiran Sungau Layun. […]

Gunung Ile Lewotok, Indonesia Meletus Lagi Hari Ini Sebanyak 5 Kali
Gunung Ile Lewotolok di Kabupaten Lembata, Indonesia sekali lagi meletus hari ini sebanyak lima kali, Jumaat (4/12/2020). Letusan pertama terjadi sekitar pukul 05.31 waktu Indonesia. Gunung Ile Lewotolok mengeluarkan lajur abu setinggi 1.000 meter dari atas puncak. Letusan tersebut terakam seismogram dengan amplitud 15 mm dan dengan jangka masa kurang lebih 48 saat. Letusan kedua […]

Sayu, Baru Sambut Hari Lahir Pertama, Bayi Maut Dipercayai Tersedak Susu
Tragedi pilu menimpa sepasang suami isteri apabila bayi lelaki mereka berusia setahun maut, dipercayai tersedak susu di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang, Seremban, pagi tadi. Malah, lebih menghibakan, mangsa dikatakan baru sahaja menyambut hari lahir pertama pada awal bulan lalu, seperti memetik laporan Sinar Harian. Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi […]

Pekerja Bangladesh Maut Dihempap Tiang Cerucuk
NIBONG TEBAL, 4 Dis (Bernama) — Seorang pekerja warga Bangladesh maut, manakala seorang pekerja Indonesia cedera selepas mereka dihempap tiang cerucuk dalam kejadian di tapak pembinaan kilang di kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini hari ini. Dalam kejadian pada 10.25 pagi itu, Md Shriful Islam, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan, manakala Mustofa Salam, 50, mengalami cedera […]
(Video) Api Marak, Tular Rakaman Kebakaran Di Sebuah Pangsapuri Dipercayai Di Kepong
Satu insiden kebakaran melibatkan sebuah unit rumah dilapor dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Kepong dalam satu kejadian kelmarin. Menurut Pasukan Bomba Sukarela & Penyelamat (PBS) Kepong, kebakaran tersebut dilapor berlaku sekitar 10.45 malam sebelum aduan dibuat oleh penduduk berhampiran. Operasi pemadaman api dijalankan oleh pihak Bomba & Penyelamat dengan kekuatan tiga jentera bomba, selain […]