Berita›Tragedi
Dua Cedera, Helikopter Ringan Dilapor Terhempas Di Zon Bebas Pelabuhan Klang Pagi Tadi
SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) — Dua individu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter ringan yang dinaiki mereka terhempas di kawasan lapang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang, (PKFZ) Pulau Indah dekat sini pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, […]
Lima Nelayan Dikhuatiri Hilang Selepas Bot Karam Dilanda Ribut Di Perairan Pulau Perhentian Semalam
BESUT, 1 Jan (Bernama) — Lima nelayan tempatan termasuk seorang tekong dikhuatiri hilang setelah bot dinaiki mereka dipercayai karam dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu dipercayai akibat bot mereka mengalami kebocoran dan dimasuki air serta dipukul ribut akibat cuaca […]

(Video) “Doakan Terengganu,” Keadaan Beberapa Kawasan Di Terengganu Selepas Dipercayai Dilanda Kejadian Ombak Besar
Tular kejadian ombak besar yang berlaku di sekitar pantai Kuala Terengganu sebentar tadi. Beberapa video yang dikongsikan oleh penduduk sekitar menyaksikan jalan raya yang berada dipersisiran pantai dinaiki air dan lumpur. Kejadian ini juga telah disahkan oleh Balai Polis Kuala Terengganu. Selepas Siakap Keli menghubungi mereka sebentar tadi. Keadaan semasa di Terengganu, 31 Dec 2020. […]
Pemandu Treler Maut Kemalangan Tiga Lori
SEREMBAN, 31 Dis (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas lori treler yang dipandunya terbabit kemalangan dengan dua lori lain di Km273.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata dalam kejadian 6.37 pagi itu, mangsa yang berusia 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kemalangan […]
(Video) Rakaman Ular Tedung Menyusuri Padang Golf Jadi Perhatian
Momen menggerunkan apabila seekor ular tedung menyusuri di sebuah padang golf. Dalam klip video yang dikongsikan oleh media The Sun di twitter, terlihat seekor ular tedung dewasa berwarna coklat kehitaman dan bersaiz sederhana besar, reptilia pembunuh itu dilihat sedang menyusuri di sebuah padang golf dipercayai di Harere, Zimbabwe. Tidak pasti arah yang ingin dituju ular […]
(Video) Sekurang-kurangnya 22 Orang Maut, Jadi Mangsa Letupan Di Lapangan Terbang Yaman
Lapangan terbang di Aden, Yaman dilaporkan telah mengalami beberapa siri letupan sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan ramai yang mengalami kecederaan. Menurut CNN, letupan itu berlaku ketika kerajaan perkongsian kuasa baru dibentuk tiba dari Arab Saudi pada Rabu. Tidak dapat dipastikan sama ada letupan itu disebabkan oleh peluru berpandu yang disasarkan ke lapangan terbang itu. […]

Lelaki Maut Tertimbus Runtuhan Tanah
KOTA KINABALU, 30 Dis (Bernama) — Seorang lelaki maut tertimbus runtuhan tanah dalam kejadian di Jalan Lama Tuaran, Bandar Sierra di sini lewat petang tadi. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah menerusi kenyataan malam ini memaklumkan bahawa Sukirman Rappe, 43, menjalankan kerja pengambilan tanah menggunakan jengkaut sebelum tanah itu runtuh dan mangsa tersepit dalam runtuhan […]
Pesakit Warga Emas Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Hospital
KANGAR, 30 Dis (Bernama) – Seorang pesakit lelaki warga emas berumur 69 tahun maut selepas jatuh dari wad di tingkat empat Blok A Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital mengenai kejadian itu […]

Mayat Mekanik Dihanyutkan Arus Deras Ditemukan Terdampar Di Atas Batu
KUANTAN, 30 Dis (Bernama) — Seorang mekanik yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai dua hari lepas, ditemukan maut, terdampar di atas batu di persisiran Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mayat Tan Kok Meng, 59, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.20 […]
JPJ Kongsikan Gejala ‘Microsleep’ Dan Cara Pencegahan Yang Boleh Dilakukan
Secara umumnya, microsleep merupakan keadaan dimana seseorang tidak menyedari dirinya telah tertidur beberapa saat. Lebih pastinya, microsleep terjadi pada orang yang sedang menahan rasa mengantuk dan sering terjadi kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh dan waktu yang lama. Menerusi laman Twitter rasmi, JPJ berkongsikan gejala microsleep dan cara pencegahan. Jika anda mula ada gejala […]
“Aku Akan Dipinang Malaikat Maut…”, Ibu Wanita Indonesia Mati Dipercayai Dibunuh Di Klang Dedah “Update” Media Sosial Terakhir Anaknya
Dibunuh dalam satu kejadian di Klang, Selangor pada 23 Disember yang lalu, pemergian gadis warga Indonesia meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya. Menurut Tribun News, ibu mangsa yang tinggal di Desa Simpang Empat, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara itu mengatakan bahawa anak kelimanya tersebut tidak dapat dihubungi kerana mengganti nombor di aplikasi WhatsApp miliknya sebelum […]
Menyayat Hati, Tiga Kanak-kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah, Dipercayai Ditinggal Ibu Yang Keluar Ke Parti Mabuk
BRAZIL – Tiga anak kecil dilaporkan meninggal dunia dalam kebakaran ngeri di sebuah rumah di Rio Branco kerana dikurung oleh ibu mereka yang mahu pergi ke pesta minuman keras. Dikatakan, kanak-kanak yang terlibat dalam kebakaran tersebut berusia empat tahun, dua tahun dan juga lapan bulan. Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 19 Disember yang lalu […]

Mekanik Hilang Dihanyut Arus Di Sungai Benus
KUANTAN, 29 Dis (Bernama) — Seorang mekanik dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Benus, Bentong kira-kira 185 kilometer dari sini, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan Tan Kok Meng, 59, pada kira-kira pukul 7.30 malam. Beliau […]

Tragis, Kanak-Kanak 4 Tahun Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Terjatuh Dalam Longkang
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Benama) — Seorang kanak-kanak perempuan etnik Rohingya berusia empat tahun dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Kampung Ampang Campuran di sini petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mengesan kanak-kanak itu sejak petang tadi, turut bertumpu di kawasan perangkap sampah yang […]

Kapal Rusia Karam Di Laut Barents, Nasib 17 Individu Belum Diketahui
MOSCOW, 28 Dis (Bernama) — Kapal Onega Rusia karam di Laut Barents berdekatan kepulauan Novaya Zemlya dengan 19 orang di dalamnya, dua di antaranya berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik pihak berkuasa pada Isnin. Menurut siasatan awal, kejadian di utara Rusia itu disebabkan oleh pembentukan ais. “Anak kapal seramai 19 orang. Dua orang telah […]
Sekumpulan Remaja Disiasat, Didakwa Main ‘Foosball’ Gunakan Katak Hidup
Sekumpulan remaja disiasat pihak polis setelah mereka dikatakan bermain ‘foosball’ menggunakan katak yang masih hidup. Sebuah video mengenai kejadian itu tular di internet pada hujung minggu lalu, menunjukkan remaja yang tidak dikenali membuka sejumlah katak yang masih hidup di dalam kotak kasut Burberry, dengan tulisan “Merry Christmas” di klip tersebut. Kemudian beralih adegan remaja bermain […]
Khairy Jamaluddin Cedera Ringan Jatuh Basikal, Dipercayai Terlanggar Lubang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan jatuh basikal dipercayai terlanggar lubang kecil di jalan raya hari ini. Kejadian yang berlaku itu menyebabkan dirinya mengalami luka kecil di bahagian muka, namun tiada kecederaan serius dilaporkan. Khairy berkongsi beberapa foto memaparkan lubang di lokasi kejadian, serta dirinya yang kini dirawat di wad hospital menerusi ciapan […]
Mayat Bakal Pengantin Ditemukan Pagi Ini-Polis
MARANG, 27 Dis (Bernama) — Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lepas, ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman di sini pagi ini. Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Kuala Lumpur ditemukan pada 8.55 pagi oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan di pantai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang. […]
Tular Khemah Terbang Di Kubur, Pemilik Video Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar
Baru-baru ini tular video kejadian sebuah khemah terbang ligat ditiup angin di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Petaling Jaya. Tragedi tersebut mengakibatkan seorang penggali kubur, Mohd Nizam (mangsa) mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang bahu dan tulang pinggul serta tulang rusuknya patah tiga sebelum dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sana. Rakaman video berdurasi 19 […]
Belum Tamat 2020, PBB Jangkakan 2021 Mungkin Jadi Tahun ‘Paling Kelam & Suram’ Dalam Sejarah
Ketika dunia masih lagi bergelut untuk menangani pandemik COVID-19 yang menjadikan tahun 2020 penuh cerita duka, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran 2021 mungkin menjadi tahun yang lebih teruk. Menurut Forbes, beberapa pegawai tinggi di PBB berkata, 2021 mungkin menjadi paling teruk dalam sejarah jika mengambil kira dari sudut bencana kemanusiaan sejak 75 tahun penubuhannya. […]