Berita›Tragedi
Penyelia Tapak Maut Kereta Dihempap Kren
KUANTAN, 30 Jan (Bernama) — Seorang penyelia tapak maut selepas keretanya dihempap sebuah kren yang dipercayai mengalami masalah brek di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Belimbing, Maran kira-kira 60 kilometer dari sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata insiden pada 8.45 pagi itu menyebabkan […]
Kanak-Kanak Lelaki 7 Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Dan Bapa Tiri
MELAKA, 30 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di sini, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata kanak-kanak tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya […]
Kucing Dibunuh Dengan Kejam, Pemilik Kucing Buat Laporan Namun Polis Seakan Tidak Peduli, Bikin Warganet Berang
Seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang mencari kucing peliharaan yang hilang secara tiba-tiba melalui akaun Instagram miliknya pada hari Rabu yang lalu. Difahamkan, wanita tersebut mencari kucing peliharaannya yang didakwa hilang selama dua hari namun gagal menemuinya. Menurut laporan, wanita itu mengungkapkan bahawa seorang individu melihat kucingnya dimasukkan ke dalam sebuah guni oleh seorang lelaki […]
Wanita Melecur Disimbah Air Panas Oleh Suami Kerana Marah Dikejutkan Dari Tidur Untuk Sarapan
Seorang lelaki tergamak bertindak menyiram air panas kepada isterinya kerana marah dikejutkan daripada tidur untuk sarapan. Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di bandar Konya, Turki tengah pada 9 Januari yang lalu. Isteri yang merupakan mangsa mengatakan bahawa dirinya ingin memberikan suaminya sarapan di tempat tidur sebagai kejutan namun suaminya malah marah dan mula menjerit terhadapnya. […]
Gempa Bumi Lemah Di Laut Sulawesi, Mungkin Dirasai Di Tawau – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah. Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu. Gempa bumi […]

Sebutir Bom Lama Ditemukan Masih Aktif Di Gua Musang
GUA MUSANG, 29 Jan (Bernama) — Sebutir bom lama yang berkarat dan masih aktif ditemukan dengan keadaan separuh tertanam di kawasan ladang sawit di Felda Perasu, dekat sini, petang Selasa (26 Jan) lepas. Ketua Polis Daerah Supt Sik Choon Foo berkata, bom lama itu ditemukan oleh seorang penduduk kawasan berdekatan kira-kira 7.48 malam, sebelum membuat laporan […]
Wanita Penghantar Makanan Maut Kemalangan
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Seorang wanita penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer S1.4 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), berhampiran susur masuk Putra Height dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata mangsa yang berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam […]
Bayi Dilaporkan Maut 4 Hari Selepas Tertelan Bateri
Seorang bayi lelaki yang berusia 23 bulan dilaporkan maut akibat tertelan bateri yang berada dalam badannya selama empat hari. Paramedik berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan nyawanya namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dalaman. Menurut laporan, bayi tersebut didakwa memasukkan bateri ke dalam mulut di mana bateri itu kemudiannya membakar esofagus, usus dan aorta […]

Kru Kapal Hilang Dipercayai Jatuh Ke Laut Di Tanjung Tohor
JOHOR BAHRU, 27 Jan (Bernama) — Seorang kru kapal warga Filipina dilaporkan hilang, dipercayai terjatuh ke laut ketika pelayaran berhampiran Tanjung Tohor dekat sini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Laksmana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata usaha mengesan lelaki itu sedang giat dijalankan dengan kawasan pencarian diperluas dari perairan Pulau Pisang hingga ke Batu Pahat. “Mangsa, […]

(Video) Didakwa Terlalu Sibuk Main Telefon, Lelaki Tak Sedar Anak Jatuh Sungai Hingga Mati Lemas
Walaupun dunia kini semakin membangun dan semakin maju dengan adanya teknologi canggih seperti telefon bimbit, laptop dan sebagainya, ibu bapa haruslah peka dan mengawasi pergerakan anak mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, baru-baru ini terdapat sebuah rakaman video yang memaparkan mayat bayi lelaki yang hanyut di bawa air sungai. Kejadian tersebut […]
Wanita Alami Ketakutan Setelah Dapati Ada ”Stranger” Tingal Di Loteng Rumahnya Selama Berminggu-minggu
Seorang wanita dilaporkan ketakutan apabila mendapati orang asing atau stranger telah tinggal di loteng rumahnya selama tiga minggu. Hal ini, dirinya mendakwa melihat sesuatu objek yang bergerak secara misteri di loteng rumahnya. Wanita yang bernama, Monica Green dari Rockhampton di Queensland, Australia mendakwa dirinya menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena dan berasa pelik ketika dirinya […]
Lahir Atas Perahu Ketika Musim Banjir, Bayi Ini Dinamakan Siti Noor Banjiriah
Seorang bayi yang lahir di atas perahu ketika musim banjir sedang melanda dinamakan sebagai Siti Noor Banjiriah. Ibu bayi tersebut, Ernawati yang berasal dari Desa Lokbaintan di Kalimantan, Indonesia berkata, rasa ingin bersalin itu muncul ketika kampungnya sedang ditenggelami banjir. Melihat keadaannya yang semakin tidak keruan (hendak bersalin), Erna pada awalnya dibantu jiran dan bidan […]

Semua Terkorban, Pesawat Bawa Presiden Dan Pemain Kelab Bola Sepak Brazil Dilaporkan Terhempas
Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas, terbunuh dalam nahas pada pagi ini di Tocantins. “Pesawat itu berlepas dan terhempas di hujung landasan di Tocantinense Aviation Association. ”Kami sedih untuk melaporkan tidak ada yang terselamat,” menurut jurucakap pasukan itu. Mangsa yang maut dikenali sebagai Presiden Lucas Meira, bersama pemain […]
Pekerja Makanan Segera Maut Langgar Khinzir Di Tapah
TAPAH, 24 Jan (Bernama) — Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor khinzir di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi. Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan Jalan Persekutuan akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Tapah […]
“Ni Saya Datang Nak Ganti Balik…”, Balas Jasa, Abang Ni Datang Pusat Bantuan Banjir ‘Pulangkan’ Semula Bantuan Beras Pernah Diterimanya
Fenomena air banjir yang melanda banyak negeri sejak beberapa minggu lalu kini mulai surut sedikit demi sedikit. Di sebalik detik getir mereka mendepani wabak COVID-19, dalam masa sama banjir yang mendatang pula menjejaskan kehidupan mereka. Maka banyaklah bantuan-bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), persendirian dan banyak […]
Kilang Pengeluar Vaksin Terbesar Di Dunia Dilapor Terbakar, Sekurang-kurangnya 5 Maut
Kejadian kebakaran dilaporkan telah berlaku di lokasi pengeluar vaksin terbesar di dunia di barat India. Menurut BBC, kebakaran itu bermula di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Serum Institute di Pune semalam. Satu rakaman menunjukkan kepulan asap tebal dari sebuah bangunan. Bagaimanapun, syarikat itu mengatakan bahawa pengeluaran vaksin tidak akan terjejas dan punca kebakaran […]

Anak Gajah Borneo PYGMY Ditemukan Mati Dalam Ladang Sawit
LAHAD DATU, 21 Jan – Seekor anak gajah jantan Borneo Pygmy ditemukan mati oleh pekerja ladang sawit di kawasan sungai di Ladang Bagahak Saru, Tungku dekat sini pada Selasa. Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu Silvester Saimin berkata bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas. “Kesemua organ didapati mengalami […]
(Video) Wanita Maut Setelah Dua Jam Diselamatkan Ketika Hanyut Dibawa Ombak
Seorang guru wanita meninggal dunia selepas cuba untuk mengambil gambar berlatar belakangkan laut di atas permukaan batu di sebuah pantai di Brazil sebelum dia dihanyutkan oleh ombak ke lautan, lapor Dailymail. Wanita dari Navegantes, Santa Catarina, dikatakan cuba mengambil gambar pemandangan di Praia Grande, Penha sekitar jam 4.30 petang pada hari Ahad sebelum dia dihanyutkan […]

Pilu, Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Libatkan Lori Treler Dan Sebuah Kereta
TAMPIN, 21 Jan (Bernama) — Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan sebuah kereta di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran simpang kilang Gedok Mas, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata dalam kejadian pada 8.50 malam itu, Mohamad Ismail, 70, dan isteri Halijah Hamat, 62, disahkan meninggal […]
“Kekalkan Gear Rendah,” JPJ Kongsikan 4 Tips Memandu Ketika Musim Banjir
Banjir yang melanda beberapa buah negeri pada awal tahun ini telah menyebabkan banyak kerosakan serta kerugian yang terpaksa ditanggung oleh banyak pihak. Antara kerugian yang dimaksudkan adalah kerosakan kenderaan seperti kereta. Walaupun jalan raya dipenuhi dengan air, namun ada juga pemandu yang terpaksa meredah air banjir. Pun begitu, ianya perlulah dilakukan dengan cara yang betul. […]