Berita›Tragedi
Lelaki Dilapor Maut Diserang 7 Ekor Pitbull, Kulit Muka Dipercayai Dirobek Hingga Nampak Tengkorak
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas diserang tujuh ekor anjing jenis pitbull di Lageado Feio, Brazol pada 2 Februari lalu, lapor Daily Star. Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 46, telah diserang anjing-anjing ganas berkenaan semasa bersiar pada waktu pagi di kawasan berkenaan sepertimana rutinnya sebelum kejadian. Bagaimanapun, pada hari tersebut, lelaki malang itu diserang anjing yang […]

Dua Sahabat Ditemukan Lemas Di Sungai Dungun
DUNGUN, 5 Mac – Kegembiraan lima sahabat berkhemah di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda, Jerangau di sini bertukar tragedi, apabila dua daripada mereka ditemui lemas hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Zulhusni Abdul Rahman berkata, mangsa Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Ariff Razali, 34, berasal […]

(Video) Detik Cemas Rusa Belasah Anjing Dan Nyaris ‘Terkam’ Seekor Kucing Yang Cuba Ganggu Anaknya
Waalupun rusa kelihatan comel kerana sering dianggap sangat ‘friendly’ dengan manusia ini boleh mendatangkan risiko kepada orang awam jika mereka terasa terancam. Perkara ini jelas ditunjukkan dalam satu rakaman video dipercayai di luar negara, ibu rusa ini menyerang secara melulu menghentam haiwan yang berada disekelilingnya jika ia terasa terancam untuk keselamatan anaknya. Rakaman video ini […]
(Video) Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi Amaran Tsunami Di New Zealand Berlegar Di Media Sosial
New Zealand dikejutkan dengan beberapa kali amaran tsunami yang dikeluarkan ekoran gempa bumi kuat termasuk gegaran 8.1 skala ritcher seperti yang dilaporkan sebelum ini. Menurut laporan, tiga gelombang gempa bumi telah dikesan di perairan sekitar Pulau Kermadec setakat ini dengan bermagnitud 7.3, 7.4 dan 8.1 pada skala Ritcher. Difahamkan, sejumlah ratusan penduduk di kawasan berhampiran […]

(Video) 40 Buah Khemah Peniaga Dan 16 Rumah Di Kepala Batas Rosak Akibat Ribut
KEPALA BATAS, 4 Mac – Sebanyak 40 buah khemah peniaga makanan jalanan di Kayangan dan 16 buah rumah penduduk di dua buah kampung di Kepala Batas, di sini rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian hujan lebat, di sini hari ini. Walaupun kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, namun […]

Gempa Bumi Kuat 7.3 Skala Richter Gegar Pantai New Zealand, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter menggegar pantai New Zealand hari ini dan mencetuskan amaran kemungkinan berlakunya tsunami. Agensi pengurusan kecemasan New Zealand meminta penduduk yang merasakan gempa di pantai Pulau Utara untuk menyelamatkan diri ke tanah tinggi atau ‘sejauh pedalaman yang boleh’ pada awal Jumaat waktu tempatan. “Sesiapa yang berada di sekitar […]
Tentera Laut Thailand Jadi Hero, Sempat Selamatkan 4 Ekor Kucing Terkandas Atas Bot Terbakar Sebelum Karam
Seorang tentera laut Thailand muncul sebagai hero apabila berjaya menyelamatkan empat ekor kucing yang terkandas di atas sebuah bot yang terbakar di Laut Andaman dalam satu kejadian semalam. Pada awalnya, bot pemancing Phamonsin Nava 10 yang dinaiki lapan kru itu dilapor terbakar sebelum karam. Bertindak atas maklumat, pihak tentera laut Thailand segera ke lokasi kejadian […]
Penduduk Gempar, Pekerja Pembersihan Dilapor Temui Kereta Dengan Rangka Manusia Ketika Bersihkan Terusan
Sebuah kereta pikap yang mengandungi rangka manusia dilaporkan ditemui di dalam sebuah terusan di Kabupaten Tanjung Jabung Timur, Jambi semalam telah membuatkan penduduk gempar. Menurut Tribun News, penemuan itu berlaku semasa proses pembersihan terusan di kawasan kebun tersebut ketika pasukan pembersihan sedang menggunakan jengkaut sebelum terjumpa kenderaan malang berkenaan di dasar terusan. Wakil pejabat daerah, Hendri […]

(Kemaskini) Kelima-lima Mangsa Runtuhan Jejambat Berjaya Dikeluarkan, 2 Mangsa Dilaporkan Maut
Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah setelah van dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak, di sini petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian 5.58 petang tadi, van tersebut sedang melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) […]

Runtuhan Jambatan: Laporan Awal Bomba Sahkan 5 Mangsa Terperangkap Dalam Van Kilang
Sebentar tadi, sebuah jambatan dalam pembinaan dilaporkan telah runtuh di Lebuhraya MRR-2 dari Pandan Indah menghala ke Ampang ke Kuala Lumpur. Baca: TERKINI: MRR2 Dari Sri Petaling Ke Sg. Besi Sesak Teruk Dipercayai Akibat Struktur Binaan Runtuh Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 5.58 […]

TERKINI: MRR2 Dari Sri Petaling Ke Sg. Besi Sesak Teruk Dipercayai Akibat Struktur Binaan Runtuh
Sebuah tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dipercayai telah runtuh dalam kejadian sebentar tadi, memetik laporan Astro Radio Traffic. Runtuhan itu dilaporkan telah menjadi punca penambahan kesesakan dari Sri Petaling ke Pekan Sg besi dengan penutupan dua (2) lorong kanan. Menurut info dari projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) seperti memetik laporan Astro, struktur […]

Sembilan Pemain Bola Sepak Maut Nahas Jalan Raya Di Sierra Leone, FIFA Ucap Takziah
ISTANBUL, 3 Mac (Bernama) — FIFA pada Rabu mengucapkan takziah atas kehilangan sembilan pemain bola sepak yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Sierra Leone, lapor Agensi Anadolu. “FIFA terkejut dan sedih dengan kematian tragis membabitkan sembilan pemain bola sepak dan jurulatih komuniti Makarie FC dalam kemalangan jalan raya di Sierra Leone. ”Presiden dan FIFA mengucapkan takziah kepada […]

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Lemas Dalam Besen
GEORGE TOWN, 3 Mac (Bernama) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 bulan meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat lemas dalam besen ketika mandi di bilik air rumah pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung dekat sini. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A.Anbalagan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas dihubungi oleh doktor […]
Pesawat Bombardier Maritim Bantu Padam Kebakaran Hutan Simpan
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pesawat Bombardier CL 415 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini meneruskan operasi membantu memadamkan kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pesawat amfibia berkenaan diatur gerak atas keperluan yang kritikal dan sangat diperlukan bagi membantu memadam kebakaran di […]

(Video) Penghadang Balkoni ‘Runtuh’, Tujuh Pelajar Dilaporkan Maut
Tujuh orang pelajar kolej dilaporkan maut setelah terjatuh daripada balkoni tingkat empat salah sebuah bangunan kuliah di salah sebuah universiti terletak di Bolivia, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, kejadian berlaku pada Selasa ketika para pelajar bersesak-sesak ingin masuk ke dalam dewan kuliah di mana ada antara mereka yang bersandar pada rel penghadang di balkoni. […]
10 Maut Kapal Terbang Terhempas Di Sudan Selatan
JUBA, 3 Mac (Bernama) — Sebuah pesawat komersial terhempas pada Selasa malam di Sudan Selatan, mengakibatkan semua 10 penumpang maut, menurut Gabenor negeri Jonglei. Mangsa termasuk lapan penumpang dan dua juruterbang. Nahas berlaku ketika pesawat penerbangan South Supreme Airlines HK-4274 dalam perjalanan ke ibu negara Juba dari bandar Pieri di negeri Jonglei , kata Denay Jock Chagor. “Doa kami […]

(Video) Gunung Sinabung, Indonesia Kembali Meletus, Abu Tebal Menjulang Naik Ke Udara
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi tadi waktu tempatan telah mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu ke udara setinggi lebih 3,000 meter ke arah timur-tenggara. Kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi, sekitar pukul 7:11 pagi. Perkara ini dimaklumkan oleh Magma Indonesia menerusi laman Twitternya. Segala aktiviti di kawasan tersebut sangat […]

Tangan Budak 7 Tahun Dilapor Cedera, Dipercayai Akibat ‘Extension’ Meletup Ketika Cuba Masukkan Plug Ke Lubang Soket
Seorang kanak-kanak perempuan tujuh tahun di Filipina dilaporkan cedera selepas berlaku letupan ketika cuba memasukkan plug extension ke dalam lubang soket di dinding. Lapor Philnews, kejadian itu telah dikongsikan seorang pengguna Facebook, berserta gambar anaknya yang cedera. Melalui gambar-gambar yang dimuatnaik, kelihatan kesan hitam dan gelembung dipercayai akibat letupan yang mengenai tangan anaknya. Malah, wayar extension juga […]

Lelaki Cedera, Paraglider Peribadi Terhempas
KANGAR, 1 Mac – Seorang juruterbang sukan luncur udara, Shahrizal Daud cedera pada bahagian tangan kanan setelah paraglider dikendalikannya terhempas di Padang Kompleks Kastam di sini malam ini. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata sebelum kejadian berlaku pada 7.10 malam itu, paraglider milik persendirian itu sedang melakukan demonstrasi penerbangan. “Mangsa telah dihantar ke […]
Pekerja Kilang Maut Selepas Motosikal Ditunggangi Dirempuh Dari Belakang
KUANTAN, 1 Mac (Bernama) — Seorang pekerja kilang di Gebeng maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh dari belakang oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disyaki dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol di Jalan Sungai Lembing di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian berlaku pada 1.10 pagi menyebabkan Muhammad Akmal […]