Berita›Tragedi

Lelaki Lemas, Rakan Hilang Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar
JOHOR BAHRU, 23 Mac (Bernama) — Kegembiraan dua sahabat bermandi-manda di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi hari ini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi dilaporkan hilang, dikhuatiri turut lemas. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata mayat Muhamad Hariz Farhat Omar, […]

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Trak Polis Bawa 29 Banduan
KOTA BHARU, 23 Mac (Bernama) — Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah trak polis yang membawa empat anggota polis dan 29 banduan di Kampung Demit, Kubang Kerian, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, mangsa Muhammad Khalis Mifzal Mohd Kamal, 21, yang […]
Jalan Perlu Ditutup Jika Alih Struktur Berat – Fadillah
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup, jika sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, perkara itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan […]
(Video) TERKINI: Struktur Kren Launcher Jatuh Hempap Kereta, Dua Pekerja Dilapor Maut
Struktur sebuah kren launcher berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur dilaporkan telah jatuh. Kejadian itu dilaporkan melalui laman Twitter Bernama TV sebentar tadi Sebuah kren dipercayai jatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Persiaran Alam Damai kira-kira pukul 8.30 pagi tadi. Gambar awam pic.twitter.com/6tzT6jDYje — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March […]
Kanak-kanak Lima Tahun Maut Dilanggar Di Hadapan Rumah
BUTTERWORTH, 22 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang sedang menunggang basikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Kampung Tok Sani, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 4.30 […]
Dua Beranak Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Bandar Baharu
ALOR SETAR, 21 Mac (Bernama) — Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, kira-kira 150 km dari sini. Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 […]
(Video) Detik-detik Pesawat Kargo Trigana Air Tergelincir Ketika Mahu Berlepas Di Jakarta
JAKARTA, 20 Mac (Bernama) — Sebuah pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta. Jurucakap Kementerian Perhubungan Adita Irawati dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan. “Kejadian berlaku jam 11.26 pagi waktu Indonesia Barat. Pesawat cargo Trigana Air dalam jadual penerbangan dari Halim ke […]
TERKINI: Gempa Bumi 7.2 Gegar Timur Laut Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Gempa bumi berkekuatan 7.2 dilapor melanda kawasan Timur Laut Jepun, di Wilayah Miyagi. Susulan kejadian berkenaan, amaran tsunami turut dikeluarkan. Kejadian gempa berkenaan dilaporkan berkalu pada 6.09 petang (waktu tempatan). Gempa dikatakan berpusat di kawasan berdekatan pantai Wilayah Miyagi pada kedalaman 60 kilometer. Setakat ini, tiada maklumat berhubung kerosakkan harta benda atau kehilangan nyawa. [BREAKING […]
Berang Anak Pecah Rahsia Dirinya Bertemu Skandal, Ibu Didakwa Tuang Petrol Dalam Mulut & Bakar Anak Sampai Mati
Seorang wanita ditahan atas jenayah pembunuhan selepas didakwa menuang petrol dalam mulut anaknya yang berusia 8 tahun sebelum membakar mangsa hingga mati, dalam kejadian yang berlaku di Rusia. Kanak-kanak malang tersebut menderita dengan kesan lecur 48 peratus sebelum dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Suspek, 31, yang bekerja sebagai juruwang dilapor berang dengan […]
Baru Dapat Kunci Enam Jam, Ferrari Masih ‘Bau Kedai’ Terlibat Kemalangan Teruk & Pemilik Rugi RM 1.7 Juta
Setiap orang pasti akan teruja apabila memiliki kereta baharu dan tidak sabar untuk memandu dan mempamerkan kereta itu. Sama seperti seorang lelaki ini yang baru saja membeli kereta Ferrari F8 Tributo, tetapi dia tidak bernasib baik kerana terlibat dalam kemalangan di lebuh raya A5, Jerman. Kereta milik lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang kawalan […]
Panjat Pokok Selamatkan Diri Daripada Dikejar Anjing, Kucing Menderita Dikerumuni Kerengga
Seekor anak kucing terpaksa menderita dan menahan sakit berbisa apabila tubuhnya dikerumuni puluhan ekor semut kerengga. Kejadian yang dipercayai berlaku di Thailand itu dikongsikan oleh seorang individu, Jeab Carlo Depaoli Chitreechao dalam satu perkongsian di Facebook baru-baru ini. Berdasarkan perkongsian tersebut, difahamkan pada awalnya anak kucing itu berdepan situasi bahaya apabila didakwa ia dikejar anjing […]

Gempa Bumi Sederhana Gegar Rantau Papua, Indonesia
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pd skala Richter telah berlaku di Rantau Papua, Indonesia pada pukul 3:54 petang, 18 Mac 2021. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi tersebut terletak 4.2° Selatan dan 134.6° Timur dengan kedalaman 10 km. 523km Tenggara dari Sorong, Indonesia. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pd skala Richter telah […]
Pilu, Suami Terpaksa Tinggalkan Jenazah Isteri Sendirian Di Rumah Berjam-jam, Terpaksa Keluar Pinjam Duit Bayar Kos Ambulans & Pengebumian
Seorang suami di Kota Mojokerto, Jawa, Indonesia terpaksa keluar meninggalkan jenazah isterinya sendirian di rumah kerana mahu meminjam duit untuk membayar kos pengebumian. Lelaki berkenaan, Dedy, dilaporkan berbuat demikian kerana didakwa tiada wang dan satu-satunya jalan untuk mendapatkannya adalah dengan meminjam. Pada awalnya, isterinya Indah Kusaeni, 30, menderita penyakit beguk sejak sekian lama dan difahamkan, […]

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Ditinggal 4 Jam Dalam Kereta, Pengetua Tadika Ditahan
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta di sebuah tadika pada Selasa lalu. Susulan daripada itu, laporan hari ini mengatakan bahawa seorang pengetua tadika ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian kematian seorang kanak-kanak berusia 4 tahun itu. Memetik daripada laporan berita mengatakan bahawa mangsa mengikuti pembelajaran […]
Tujuh Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Georgia, AS
WASHINGTON, 17 Mac (Bernama) — Tujuh terbunuh dan sekurang-kurangnya dua cedera dalam kejadian tembakan di kawasan metropolitan Atlanta, Georgia, pada Selasa, lapor Agensi Berita Xinhua. Di daerah Cherokee, seorang suspek berjaya melarikan diri setelah menembak mati tiga mangsa dan mencederakan dua yang lain di sebuat pusat urut Young’s Asian Massage Parlor dekat Acworth, kira-kira 50 […]

Pokok Ikonik Bandar Sejarah Di Melaka Tumbang Menyembah Bumi Selepas 100 Tahun
Ikon kebanggaan Bandar Sejarah di Melaka akhirnya tumbang menyembah bumi. Pokok besar yang berusia lebih 100 tahun itu sekian lama menjadi ikonik bagi bandar tersebut, kini tiada lagi. Menerusi laman Facebook penduduk di Melaka memaklumkan kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi dan pokok tersebut tumbang sehingga menimpa wayar elektrik di kawasan tersebut. Bagi pengguna […]
(Video) Aksi Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Jadi ‘Hero’ Selamatkan Mangsa Cuba Bunuh Diri Dipuji Ramai
Kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan jenayah di negara ini tidak dapat dinafikan lagi. Secara umumnya, terdapat 10 jabatan yang ditugaskan mengikut fokus bahagian masing-masing, iaitu Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan KDN/NA, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Jabatan seterusnya ialah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan […]
Tebing Runtuh Di Pasir Mas: Kerajaan Lulus Peruntukan RM60 Juta & Dijangka Dijadikan Taman Rekreasi
PASIR MAS, 15 Mac (Bernama) — Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM60 juta peruntukan khas bagi projek membaik pulih kawasan yang terjejas akibat runtuhan tebing sungai dekat Dataran Air Muleh, Kampung Pohon Celagi, di sini. Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata susulan itu, kerajaan pusat dan negeri akan memastikan projek […]

Bapa, Anak Maut Kemalangan Tiga Kenderaan Di Kulim
ALOR SETAR, 13 Mac (Bernama) — Seorang bapa bersama anak lelakinya maut, selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Karangan dekat Kulim, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim berkata dalam kejadian pada pukul 9.22 malam itu, mangsa Zaifisal Zakaria, 42,yang bekerja sebagai jurutera kilang, maut […]
Empat Beranak Antara Lima Maut Kemalangan
KUANTAN, 13 Mac (Bernama) — Empat beranak antara lima yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Simpang Gesing di Raub, kira-kira 240 kilometer dari sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan pada 3.15 petang itu melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) […]