BeritaTragedi

Berita
Enam Khemah Peniaga Di Klebang Musnah Dipukul Ribut
MELAKA, 31 Mac (Bernama) — Enam khemah peniaga musnah dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 10.15 malam tadi di Uptown Jebat Street, Klebang di sini. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, seorang peniaga, Muhamad Syahir Abd Rahman, 32, berkata keadaan angin kencang berserta hujan lebat berlaku sangat pantas antara lima hingga tujuh minit turut menerbangkan khemahnya dan peniaga lain […]
Berita
Kilang Proses Santan Di Bagan Datuk Terbakar
IPOH, 31 Mac (Bernama) — Sebuah kilang memproses santan di Simpang Tiga, Selekoh Jalan Bagan Datuk dekat Hutan Melintang, kira-kira 130 kilometer dari sini, terbakar hampir 50 peratus, tengah malam tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang Rosli Wan Chik berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.30 malam dan 16 anggota dari Balai Bomba […]
Berita
Budak 12 Tahun Dilapor Maut Setelah Bateri Telefon Meletup Di Muka
Mirzapur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meletup di muka kanak-kanak malang itu pada Jumaat. Memetik Times Now News, kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Matwar itu dipercayai berpunca selepas mangsa cuba mengecas telefon menggunakan pengecas ‘jadoo’, iaitu sambungan ciptaan sendiri. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan […]
Berita
Negara Pernah Gempar Dengan Kisahnya, Prebet Adam Dilapor Meninggal Dunia
Bagi siapa yang hidup ketika zaman hujung 80an dulu, pasti tidak akan lupa dengan tragedi amukan di Chow Kit pada ketika itu. Mengimbas kembali sisipan sejarah, kes amuk di Chow Kit yang pernah menggemparkan negara pada 11 Oktober 1987 itu bukanlah melibatkan ratusan gengster, penjenayah mahupun ahli kongsi gelap…tapi hanyalah seorang tentera bernama Prebet Adam. […]
Tragedi
(Video) Mikrofon Dipercayai ‘Meletup’ Ketika Syok Karaoke, Lelaki Rebah ‘Serta-Merta’
Malang tidak berbau, seorang lelaki di Indonesia berdepan detik ngeri apabila mikrofon di tangannya didakwa mengalami litar pintas dan meletup. Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook IKki, pada awalnya lelaki berkenaan kelihatan mahu memulakan nyanyian dipercayai secara berkaraoke bersama temannya. Bagaimanapun entah apa puncanya, tiba-tiba mikforon tersebut dipercayai meletup serta-merta. Terpancar percikan-percikan api […]
Tragedi
Tragedi Pengantin Baharu Lemas Di Tasik Kenyir: Isteri Mimpi Mangsa Minta Tolong
KUALA BERANG, 30 Mac (Bernama) — “Arwah datang dalam mimpi malam tadi dan mahu dirinya dibawa naik ke permukaan,” kata isteri mangsa lemas di Tasik Kenyir hari ini. Syarifah Ramli, 21, berkata menerusi mimpi itu, suaminya Ami Azzizol Abu Bakri, 22, juga sempat menyatakan perasaan rindu dan seolah-olah mahu segera ditemukan. “Meskipun sedih dengan apa […]
Tragedi
Lelaki Hilang Ditemukan Mati Di Atas Bumbung Kedai
SHAH ALAM, 30 Mac (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru semalam, dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya mendapat panggilan pada 7 malam semalam yang memaklumkan bahawa […]
Luar Negara
Lelaki Ditahan Didakwa Rogol Remaja, Sebelum Penggal & Rebus Kepala Mangsa Atas Dapur Gas
Seorang lelaki ditahan selepas pihak polis dilapor menjumpai kepala seorang jurusolek wanita yang diletakkan di atas dapur gas. Selain kepala, bahagian lain tubuh mangsa yang berusia 19 tahun itu juga didakwa turut ditemui di tong sampah di sekitar rumah kediaman suspek (lelaki) tersebut. Difahamkan, gigi dan kukunya telah dicabut, selain kepalanya turut dipenggal dan direbus […]
Berita
Dua Lelaki Hilang Di Perairan Kerian, Operasi Mencari Digerakkan
PARIT BUNTAR, 30 Mac (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia, dilaporkan hilang di perairan Kerian, selepas masing-masing terjatuh dari bot dalam dua kejadian berasingan pada malam tadi dan awal hari ini. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kurau Lt. Maritim Mohd Faiz Sujari berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pertama pada 9.40 malam, membabitkan […]
Berita
Mayat Ami Azzizol Yang Lemas Di Tasik Kenyir Ditemukan Pagi Ini
KUALA BERANG, 30 Mac (Bernama) — Mayat seorang mangsa lemas yang berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lepas, ditemukan terapung di tengah tasik pada pukul 7.10 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 22, ditemukan seorang pengusaha chalet rumah rakit pada jarak […]
Berita
Empat Maut: Konvoi Pulang Dari Kenduri Kahwin, Bertukar Tragedi
BENTONG, 29 Mac – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, awal pagi tadi sedang dalam perjalanan pulang ke Morib, Selangor selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan. Marlina Abdul Muid, 34, yang kehilangan anak lelakinya Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, tidak pernah terlintas akan […]
Berita
Dua Beranak Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Di Tangkak
JOHOR BAHRU, 29 Mac ( Bernama) — Dua beranak maut akibat terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan Manja, Kampung Baru 1, dekat Tangkak, pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak PPgB Rafiah Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang mengorbankan bapa berusia 52 tahun dan anak lelakinya, berumur 15 […]
Berita
“Berat Ujian Ni Buat Kami Sekeluarga..” Dikhuatiri Lemas Di Tasik Kenyir, Kakak Ipar Minta Doakan Adik Ipar Selamat
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir sejak petang Sabtu lalu masih belum dijumpai sehingga ke hari ini. Mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri, 22, yang berasal dari Dungun, dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isterinya Syarifah Ramli enam hari lalu. Menerusi perkongsian oleh kakak ipar mangsa, Asma Ramlee, menerusi […]
Berita
Seorang Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Sibu
SIBU, 29 Mac (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan empat buah rumah setingkat di Lorong Tiong Hua, awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti dan mayat mangsa ditemukan pasukan bomba dalam rumah pertama pada kira-kira 6.30 pagi. Pihak bomba […]
Tragedi
Pesara Tentera Cuba Selamatkan Kanak-kanak Ditemukan Lemas
KOTA BHARU, 29 Mac (Bernama) — Seorang pesara tentera ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak dalam kejadian di Pulau Kambing, Pantai Kandis, Bachok, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok ASP Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mangsa Juhairohafizan Juhari, 35, ditemukan pada jarak 50 meter dari tempat kejadian kira-kira 2.50 pagi. Beliau […]
Berita
Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan
BATU PAHAT, 28 Mac (Bernama) — Sebuah rumah musnah terbakar kira-kira sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong di sini. Saksi kejadian yang juga jurugambar majlis berkenaan, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata kebakaran berlaku kira-kira 1.20 petang manakala majlis pertunangan berkenaan sepatutnya berlangsung pada 2.30 petang. Katanya, ketika itu, dia […]
Luar Negara
(Video) “Allahhuakbar..,” Detik-Detik Cemas Kilang Penapis Minyak Di Indonesia Meletup Dan Terbakar
Sebuah kilang penapis minyak di Balongan, Indramayu, Jawa Barat, dilaporkan telah meletup dan terbakar pada awal pagi ini. Menurut CNN Indonesia, api yang marak dapat dilihat dari jarak lima kilometer. Seorang penduduk di kawasan itu mengatakan bahawa kawasan kilang minyak itu mengeluarkan bunyi letupan yang kuat. Puluhan jentera bomba telah tiba di tempat kejadian bagi […]
Berita
Seorang Lemas, Dua Hilang Di Pantai Kandis Bachok
BACHOK, 28 Mac (Bernama) — Seorang lemas manakala dua lagi hilang dibawa arus dalam satu perkelahan yang bertukar tragedi di Pulau Kambing, Pantai Kandis, di sini, hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Yusrizal Mohd Ghazali berkata terdahulu mangsa Mohd Sahudin Mat Shaah, 46, yang tinggal berhampiran datang berkelah bersama 12 ahli keluarga dan […]
Berita
Warga Bangladesh Maut, Tiga Rakan Cedera Dalam Kemalangan Di Sik
SIK, 28 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warganegara Bangladesh maut manakala tiga lagi rakan senegaranya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Jeniang berhampiran Kampung Gajah Puteh dekat sini, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sik, DSP Abdul Razak Osman berkata, mangsa yang maut adalah […]
Berita
(Video) Detik-detik Letupan Bom Bunuh Diri Di Luar Gereja Di Makassar, 14 Dilapor Cedera
JAKARTA, 28 Mac (Bernama) — Kejadian letupan bom di luar pintu masuk Gereja Katedral di Makassar, Sulawesi Selatan hari ini yang dipercayai dilakukan oleh pengebom bunuh diri, mencederakan 14 orang setakat tengah hari tadi. Setakat 12.30 tengah hari waktu Indonesia Barat, polis Indonesia belum mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi waktu […]