Berita›Tragedi
Mangsa Kedua Hilang Di Tali Air Ditemukan Lemas Pagi Ini
MELAKA 19 Mei – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hilang selepas bermain di tali air bersama dua lagi sepupunya yang merupakan pasangan kembar petang semalam, berakhir hari ini apabila mangsa ditemukan lemas kira-kira 9.35 pagi ini. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani […]
(Video) “Pelamin Impian Musnah“, Temui Jasad Tunang Dicelah Runtuhan, Ketabahan & Ucapan Pemuda Gaza Ini Buat Ramai Tersentuh Hati
Bagi mana-mana pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, detik yang paling dinanti-nantikan adalah ketika bersama di atas pelamin indah. Suasana majlis walimatulurus yang membahagiakan, diraikan oleh keluarga dan sahabat-sahabat terdekat. Namun apa yang menimpa ke atas seorang pemuda di Gaza, Palestin ini sangat menyentuh hati kita semua, di mana ‘pelamin angannya musnah’ dek gara-gara tunangnya […]
(Video) Viral Rakaman Bangunan 79 Tingkat Bergoyang Tanpa Sebab Di China, Orang Ramai Bertempiaran Lari Selamatkan Diri
CHINA- Sebuah pencakar langit yang terkenal di bandar Shenzhen,China mula bergoyang tanpa sebab pada petang 18 Mei. Orang ramai lari bertemperiaan menyelamatkan diri dalam kejadian itu. Biro Pengurusan Kecemasan Shenzhen mengatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan bahawa SEG PLaza bergoyang. Bangunan berusia 20 tahun yang mempunyai 79 tingkat yang hampir sama dengan Bangunan Empire State, […]

Sekurang-kurangnya 16 Terbunuh Taufan Tauktae Membadai India
NEW DELHI, 18 Mei (Bernama) — Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan kira-kira 120 orang masih hilang di beberapa negeri di India selepas ribut taufan Tauktae membadai pantai barat negara itu, lapor Agensi Berita Sputnik memetik media nasional pada Selasa. Menurut India TV, negeri Karnataka merupakan yang paling teruk dilanda taufan dengan lapan kematian dilaporkan. Dua […]
(Video) Pantai Barat India Dilanda Siklon Tauktae, Bangunan Runtuh
INDIA- Siklon Tauktae berkelajuan 175 km/jam dilaporkan di pantai barat Gujarat malam tadi. Beberapa kawasan terkena hempiasan juga, dilaporkan pokok dan tiang elektrik tumbang. Salah satu bandar yang paling teruk adalah Una di Gir Somnath yang mengakitkan bangunan runtuh. Oleh itu, Institut Pengurusan Pembangunan (IMD) telah mengesahkan ribut yang “parah” itu semakin berkurangan dan lemah. […]
Bangkai Penyu Laut Tersangkut Pada Jaring Ditemui Di Pulau Hantu, Singapura
SINGAPURA- Seekor penyu laut ditemui mati di perairan berhampiran Pulau Hantu, Singapura pada 15 Mei. Bangkai penyu itu dilihat terapung di permukaan ombak air yang perlahan. Menurut The Hantu Bloggers, sekumpulan pelancong melalui perairan itu bagi mencari terumbu karang di pulau itu. Pada mulanya, mereka menyangkakan dua ekor penyu laut sedang mengawan. Sebaliknya, reptilia yang […]

Gagal Dapatkan Ambulans, Ayah Pikul Mayat Anak Atas Bahu Ke Tempat Persemadian
INDIA- Sebuah video memaparkan seorang lelaki membawa mayat anak perempuannya, 11 tahun diatas bahunya dalam perjalanan ke krematorium, menurut laporan Newsweek. Video mendapat perhatian ramai, rakaman yang memilukan itu seolah-olah menunjukkan betapa sukarnya mereka (rakyat India) mendapat sumber perubatan. Hindustan Times melaporkan bahawa rakaman video itu diambil di Kota Jalandhar di India Utara. Dalip Kumar, […]
(Video) Hujan Lebat Luar Biasa, Dua Daerah Di Melaka Dinaiki Air
MELAKA, 17 Mei (Bernama) — Dua daerah di Melaka dinaiki air sehingga menyebabkan 53 mangsa dipindahkan berikutan hujan lebat luar biasa yang bermula kira-kira 6.30 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Obaidat Mohamad berkata pihaknya mula menerima panggilan kecemasan pertama daripada penduduk di Taman Bukit Rambai Jaya dan Taman Bukit […]
Ditemui Bawah Runtuhan & Cedera Parah Dipercayai Di Gaza, Lelaki Ini Sempat Tunjuk Simbol “Victory”
Umum ketika ini sudahpun sedia maklum dengan ketegangan yang sedang berlaku di Gaza, Palestin. Pelbagai pihak sama ada dari dalam ataupun diluar negara sentiasa berkongsi maklumat mengenai situasi terkini yang berlaku disana melalui platform media sosial. Selain video-video, foto-foto yang memaparkan realiti yang sedang berlaku turut dimuat naik untuk tatapan semua. Salah satunya adalah gambar […]
Sejarah Kapal Kargo Bawa Kereta Mewah Termasuk Mercedes-Benz Terbalik Di Pelabuhan
Sebuah kapal kargo yang membawa kira-kira 4,000 buah kereta terbalik dan terbakar di pelabuhan Brunswick, Georgia pada September 2019. Semasa kejadian, kapal kargo pengangkut kenderaan, Golden Ray, milik Hyundai Glovis (syarikat logistik Hyundai) ini membawa kira-kira 4,200 kereta pelbagai jenama termasuk Kia, Chevrolet dan Mercedes-Benz. Kapal yang menuju ke Baltimore itu tiba-tiba terbalik ke sebelah […]
11 Orang Dilapor Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di Sebuah Sekolah Di Rusia
Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan telah terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah di Kazan, Rusia. Menurut CNBC, angka kematian itu melibatkan beberapa orang pelajar dan guru di sekolah tersebut. Manakala, 20 orang pula dilaporkan telah tercedera. Sumber pihak berkuasa tempatan pula berkata bahawa dua suspek yang tidak dikenali dipercayai melepaskan tembakan di sekolah itu. […]
Pemuda Indonesia Dilaporkan Meninggal Dunia Selepas Terima Vaksin Astrazeneca
JAKARTA, 11 Mei (Bernama) — Seorang pemuda berusia 22 tahun di Indonesia dilapor meninggal dunia pada Jumaat lepas, sehari selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca. Menurut laporan media tempatan, pemuda bernama Trio Fauqi Virdaus berasal dari Buaran, Jakarta itu menerima suntikan vaksin berkenaan pada Khamis lepas (6 Mei) dan mengalami demam. Beliau disahkan meninggal dunia pada keesokannya ketika menerima rawatan di hospital. Jurucakap Kementerian […]

Persiapan Aidilfitri Musnah, Rumah Terbakar Di Teluk Intan
TELUK INTAN, 11 Mei – Persiapan empat keluarga untuk menyambut Aidilfitri pada Khamis ini musnah selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Padang Tembak di sini, terbakar malam tadi. Menceritakan detik cemas itu ketika ditemui pemberita, seorang daripada mangsa, Bahudin Kulop Wahab, 70, berkata ketika kejadian dia sedang berehat sebelum tiba-tiba mendengar percikan api dipercayai […]
(Video) ‘Sekelip Mata’ Datang, Terpaan Laju Kepala Air Di Sungai Sempat Dirakam
Korang pernah tak ketika tengah ‘syok’ mandi di sungai, tiba-tiba air sungai yang asalnya tenang tu bertukar jadi ‘lain macam’? Seakan-akan ada gelombang air yang besar muncul tiba-tiba dari hulu. Itulah yang dinamakan fenomena kepala air. Kalau ada yang tak tahu, kepala air ni biasanya akan terjadi apabila cuaca hujan lebat turun di kawasan itu […]
Seolah-olah Sengaja Tempah Maut, Seorang Lelaki Dilapor Nekad Jilat Obor-Obor Beracun
Seorang lelaki terselamat apabila dia dengan beraninya memegang dan menjilat obor-obor yang dia temui di tepi pantai. Video yang dimuatnaik di akaun TikTok (@Alexa_reed2) bagi ditunjukkan haiwan itu terdampar di pantai. Obor-obor berwarna biru transparent dan memiliki ekor panjang. “Tengok semua, ada obor-obor masih ada di sini,” katanya sambil menyebut betapa dingin dan berlendirnya makhluk […]

Tersekat Di Tali Air Ketika Air Pasang, Paus Minke Utara Berjaya Diselamatkan
LONDON- Pasukan penyelamat berjaya ‘membebaskan’ ikan paus yang tersekat di tali air Sungai Thames, London lapor CNN hari ini. Paus minke muda itu dilihat sekitar jam 7 malam waktu tempatan semalam, tersangkut di Sungai Thames. Pakar mamalia laut dari Penyelamat Kehidupan Laut British Divers berjaya membebaskan mamalia itu selepas beberapa jam. Namun, ikan paus itu […]

Kanak-Kanak Lelaki Yang Tergelincir Ke Dalam Longkang Di Seremban 2 Ditemui Mati
SEREMBAN, 10 Mei – Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas akibat tergelincir ke dalam sebuah longkang di Flat Cempaka Avenue, Seremban 2, Sabtu lepas, ditemukan terapung di kolam tadahan air dekat sini, pagi tadi. Ketua Zon Seremban Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan Khair Amir Ahmad berkata mayat Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, […]

Remaja Dilapor Maut Terjatuh Di Ketika Berjalan Menuruni Lereng 100 Kaki Untuk Melihat Air Terjun Bersama Rakan
Seorang remaja terbunuh ketika jatuh 100 kaki di gunung ketika menyaksikan air terjun dengan rakan-rakannya, lapor Daily Mail. Remaja berusia 18 tahun yang tidak disebutkan namanya, ketika itu sedang menuruni lereng curam di gunung Pen-Pych di Lembah Rhondda, South Wales. Di tempat kejadian itu jugalah dia terjatuh. Dilaporkan, khidmat kecemasan termasuk helikopter telah bergegas ke […]
(Video)Tak Sedar Apa Jadi, Wartawan Ni Terus Laporkan Berita Ketika ‘Skill’ Penunggang Basikal Punah
Malang tidak berbau. Itulah pepatah yang sesuai untuk sesuatu kemalangan yang terjadi secara tiba-tiba, baik kemalangan kecil mahupun besar. Begitulah yang berlaku di laluan pejalan kaki di Bucharest, Romania baru-baru ini. Kemalangan kecil itu berlaku ketika seorang wartawan TV berbangsa Romania sedang membuat rakaman langsung dan secara tiba-tiba, seorang penunggang basikal jatuh tidak jauh dari […]
Nelayan Dikhuatiri Lemas, Bot Dinaiki Terkena Panahan Petir
SUNGAI PETANI, 8 Mei (Bernama) — Seorang nelayan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila bot dinaikinya terkena panahan petir dalam kejadian di muara Sungai Merbok, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Nasir Marzuki, 33, keluar untuk menangkap ikan bersama […]