Berita›Tragedi
21 Penternak Lembu Dibunuh Pencuri Lembu Di Nigeria
NIGERIA- Sekumpulan pencuri lembu telah membunuh 21 pertenak tempatan yang menjaga ternakan mereka di Sokoto, kata jurucakap kerajaan pada 26 Mei. Barrons.com melaporkan kawasan barat laut dan tengah negara Nigeria mengalami peningkatan serangan dari kumpulan penjenayah. Penjenayah ini akan menyerang kampung, membunuh dan menculik penduduk. Tidak cukup dengan itu, mereka turut merampas serta membakar rumah […]
Lebih 1,000 Penumpang Terkorban, Ini 5 Tragedi Kemalangan Kereta Api Antara Yang Terburuk Dalam Sejarah
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kemalangan ngeri pertembungan dua LRT dalam laluan terowong di ibu kota. Nahas itu mengakibatkan 213 penumpang tercedera, di mana 166 daripadanya mengalami cedera ringan, 47 cedera parah dan enam (6) dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Disebabkan tragedi ini berlaku secara tidak dijangka, dikatakan ia adalah insiden kemalangan melibatkan LRT […]
Gara-gara Pelitup Muka Tertutup Mata, Penunggang Motorsikal Dilapor Maut Akibat Terlanggar Tiang Elektrik
THAILAND- Seorang menunggang motosikal di wilayah utara Thailand, Uthai Thani ditemui mati. Mangsa dilaporkan melanggar tiang elektrik dan mengalami kecederaan serius. Menurut saksi, mereka melihat pelitup muka mangsa menutupi mata mangsa dan mereka percaya bahawa ia menghalang penglihatannya serta punca kemalangan itu. Mew, berwarganegara Burma berusia 43 tahun dikatakan membeli motosikal itu hanya sejam sebelum […]
“Yang Belah Sana, Muka Dah Berlumuran Darah…”, Kecut Perut, Mangsa Bencana LRT Bukak Mulut Apa Yang Jadi Saat Kemalangan
Baru-baru ini kita digemparkan dengan insiden kemalangan ngeri melibatkan dua LRT di ibu kota yang saling merempuh dari arah bertentangan. Daripada 213 penumpang yang terlibat, 166 daripadanya cedera ringan manakala 47 lagi parah. Menurut laporan semasa, kemalangan itu merupakan kejadian nahas LRT paling buruk dalam sejarah. Sudah tentu mangsa-mangsa terlibat tidak akan melupakan detik hitam […]

Bangkai Penyu Agar Betina Ditemui Di Pulau Kapas, Dipercayai Dibunuh
KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Bangkai seekor penyu Agar (Green Turtle) betina ditemukan dalam keadaan terapung, dengan kesan dikelar di perairan Pulau Kapas dipercayai dibunuh pihak tidak bertanggungjawab, yang mencuri telurnya. Setiausaha Persatuan Pemuliharaan Pulau Kapas Mohd Farith Rezza Isa berkata, bangkai penyu tersebut ditemui seorang pengusaha resort di pulau peranginan itu, pada pukul 2.50 petang tadi. […]
“Hempedu Mak Dah Pecah, Keluar Nanah, ” Anak Sedih Mak ‘Pergi’ Depan Mata, Tak Dapat Pakai ‘Ventilator’
Luluh hati bila orang yang paling kita sayang pergi buat selamanya. Tiada kata yang dapat diungkapkan apatah lagi jika pemergiannya demi ‘menyelamatkan’ orang lain. Seperti kisah penuh air mata ini yang dikongsikan oleh saudara Nazri Hashim di Twitter yang mendedahkan mengenai ibunya yang terpaksa ‘berkorban’ demi memberi ‘laluan’ kepada pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan. Ini […]
Pekerja Ladang Maut Digilis Traktor Di Kulai
JOHOR BAHRU, 26 Mei (Bernama) — Seorang pekerja ladang maut digilis traktor dalam kejadiaan di sebuah ladang kelapa sawit, berdekatan Jalan Sawah, dekat Kulai, dua hari lepas. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian berlaku pada 4.15 petang ketika lelaki warga Indonesia berusia 50 tahun itu sedang menyambung secara manual sebuah […]

Jalan Raya Tiba-Tiba Meletup Dari Bawah, ‘Terbangkan’ 4 Orang Ke Udara
Ini adalah peristiwa yang menakutkan ketika jalan meletup dari bawah dan menyebabkan 4 orang melayang ke udara, lapor South China Morning Post. Menurut sumber, ketika kejadian dilihat beberapa orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di sebelah lubang. Namun, saat seorang penunggang motosikal melintasi mereka, lubang itu tiba-tiba terbakar dari bawah disusuli oleh letupan. Kesannya, pekerja-pekerja […]

‘Misteri’ Bau Aneh Terungkai, Lelaki Dilapor Maut Ditemui Dalam Patung Dinosaur
Mayat seorang lelaki telah ditemui di dalam arca Dinosaur di pinggir bandar Barcelona, lapor Daily Mail. Menurut sumber, polis sedang menyiasat kematian lelaki berusia 39 tahun tersebut yang dilaporkan jatuh ke dalam arca ketika cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di dalam bentuk papier-mâché itu. Pada hari Sabtu pagi, seorang lelaki dan anaknya yang bermain […]

Insiden LRT: Polis Panggil Pemandu Untuk Rakam Keterangan
KUALA LUMPUR, 25 Mei – Polis akan mengambil keterangan pemandu tren pandu uji dalam insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata polis juga akan membantu pasukan panel penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Kementerian […]

(Video) Umpama ‘Final Destination’, Kecut Perut, Kayu Balak Jatuh Dari Treler Tembus Cermin Betul-Betul Depan Wajah Pemandu
Kemalangan melibatkan sebuah trak dan lori yang membawa muatan kayu balak disifatkan seperti filem ‘Final Destination’ kerana hampir mengorbankan nyawa pemandu kereta berkenaan dalam keadaan yang ngeri. Menerusi video yang tular di laman TikTok, muatan kayu balak dari lori dilihat menusuk masuk ke dalam cermin depan trak sehingga menembusi tempat duduk pemandu. Mangsa dikatakan sangat […]
Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Membadai Di 8 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di 8 buah negeri di seluruh Malaysia sebentar tadi. Menurut kemaskini MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama dan Muallim), Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Negeri Sembilan (Seremban, Kuala […]
Panjat Tebing 30 Meter, Budak 8 Tahun Ketuk Pintu Rumah Penduduk, Peluk Lutut Minta Tolong Kereta Masuk Gaung
“Tolong, kereta kami masuk gaung.” Inilah kata-kata seorang budak berusia 8 tahun ketika meminta bantuan penduduk kampung selepas kenderaan dinaikinya bersama keluarga terbabas. Menurut Tribun News, kemalangan maut itu telah berlaku di Sumatera Selatan pada 23 Mei lalu sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan. Kemalangan melibatkan kenderaan dengan sembilan penumpang itu telah meragut satu nyawa, […]

Dapatan Awal Punca Kemalangan LRT Disebabkan Kecuaian ‘Hostler’ Gerabak Yang Dipandu Salah Arah – Wee Ka Siong
Dapatan awal siasatan kemalangan LRT semalam mendapati terdapat kecuaian hostler gerabak yang dipandu salah arah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Ujarnya, seramai sembilan orang termasuk pakar akan menyertai panel khas jawatankuasa siasatan kemalangan tersebut di mana laporan siasatan perlu dikemukakan dalam tempoh 14 hari kepada pihak kementerian. Laporan siasatan kes kemalangan LRT […]
33 Rumah Atas Air Di Kampung Tanjung Aru Musnah Dalam Kebakaran
KOTA KINABALU, 25 Mei (Bernama) — Kira-kira 33 rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, ,menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.01 pagi dan sepasukan 24 pegawai […]
“Tidak Sampai 10 Saat Bergerak..,” Mangsa Tren Terpelanting Akibat Impak Kuat Pelanggaran
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi tren berdekatan Stesen LRT KLCC di sini awal malam tadi, dipercayai berhenti selama 15 minit dan bergerak semula selama beberapa saat sebelum berlanggar. Menceritakan kejadian mencemaskan itu, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 27, berkata perlanggaran […]

Insiden LRT: 166 Cedera Ringan, 47 Parah – KPD Dang Wangi
Susulan insiden dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC kira-kira jam 9 malam tadi, dilaporkan 166 penumpang mengalami cedera ringan, manakala 47 parah. Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kejadian dilaporkan jam 8.45 malam di dalam terowong melibatkan dua buah tren […]
Kemalangan LRT: Muhyiddin Mahu Rawatan Penuh Mangsa Diberi Keutamaan
KUALA LUMPUR, 24 Mei – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rawatan penuh kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya malam ini diberi keutamaan. Katanya beliau telah beri arahan kepada semua pihak supaya memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan menyeluruh memandangkan: “kita juga […]

MOT Tubuh Pasukan Khas Siasat Punca Dua Tren LRT Bertembung – Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC, di sini malam ini. Menteri berkenaan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata laporan awal mengenai insiden itu akan dihantar kepadanya oleh ketua pengarah Agensi […]

Insiden Tren: (Video) Penumpang Berlumuran Darah, Situasi Terkini Kejadian Tren Bertembung
Sebentar tadi, sebuah kejadian kemlaangan baru sahaja berlaku melibatkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) bernombor 40 dan 81 yang bertembung pada jam 9.15 malam. Insiden tersebut telah mengakibatkan beberapa penumpang mengalami kecederaan di mana bantuan dan kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan kini. Menerusi laporan bernama, terdapat beberapa video yang memaparkan situasi terkini keadaan […]