Berita›Tragedi
Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Libatkan Dua Motosikal
KOTA BHARU, 4 Julai – Dua lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Jalan Peringat-Pasir Puteh, dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata kemalangan pada 1 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi seorang lelaki berusia 32 tahun membuat pusingan U secara tiba-tiba. […]
(Video) Kapal Terbang Tentera Udara Filipina Dilaporkan Terhempas, 17 Maut & Puluhan Cedera
Sekurang-kurangnya 17 dilapor terkorban dan puluhan cedera selepas sebuah pesawat tentera udara Filipina terhempas dan terbakar hari ini. Menurut Daily Mail, pesawat yang membawa anggota tentera itu terhempas di Patikul, selatan wilayah Sulu selepas terbabas dari landasan. “Setakat ini, 40 cedera dan diselamatkan serta 17 jasad ditemui. Proses mencari dan menyelamat masih berjalan,” kata Menteri […]

(Video)”Mungkin Hanya Naluri Sebagai Ibu,” Budak ‘Tergantung’ Di Geriji Besi, Wanita Hulur Bahu Selama 20 Minit Dipuji Ramai
Tindakan seorang wanita yang berani dan pantas membuat keputusan berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di jeriji pagar tingkap di tingkat dua. Kejadian tersebut berlaku di daerah Hubei, China apabila wanita itu pada mulanya terdengar kanak-kanak itu menangis. Tanpa membuang masa, dia dilaporkan telah memanjat ke atas dan menyokong kaki kanak-kanak itu dengan bahunya. […]
Jam Tangan Pintar Selamatkan Warga Emas Berusia 78 Tahun Dengan Hantar Pesanan Kecemasan Secara Automatik
AMERIKA SYARIKAT- Seorang warga emas berusia 78 tahun jatuh dan diselamatkan oleh jam tangan yang dipakainya kerana mempunyai ciri keselamatan. Mike Yager, berjaya diselamatkan apabila jam tangan pintarnya membuat panggilan kecemasan, lapor Jabatan Tempatan Summerfield. “Perkara pertama saya tanyakan kepada (pegawai) adalah bagaimana saya boleh sampai ke sini.” “Dia berkata jam tangan pintar saya yang […]
Chef Dilapor Maut, Tergelincir & Terjatuh Dalam Periuk Sup Tengah Mendidih Dimasaknya
IRAQ- Seorang chef maut selepas terjatuh ke dalam periuk sup mendidih di sebuah majlis perkahwinan. Issa Ismail, 25 tahun, dilaporkan sedang memasak sup ayam dalam periuk besar sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam periuk yang mendidih tersebut, menurut Middle East-IN 24. Kejadian dilaporkan berlaku pada 22 Jun di Dewan Hazel, iaitu di daerah Zakho. Disebabkan […]
(Video) Detik-detik Banjir Lumpur Deras Akibat Tanah Runtuh & Hujan Lebat Hanyutkan Berdozen Rumah Di Jepun, 19 Dikhuatiri Hilang
Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan hilang, dipercayai terperangkap dalam kejadian banjir lumpur akibat tanah runtuh dahsyat berpunca daripada hujan lebat di wilayah Atami, Barat Tokyo, lapor Sky News. Menurut pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan, kejadian banjir lumpur berkenaan berlaku awal pagi waktu tempatan. Laporan yang sama juga menyebut bahawa pihak berkuasa tempatan menganggarkan lebih dari sedozen […]

(Video) Bagai ‘Lautan Api’, Saluran Paip Minyak Bawah Laut Di Teluk Mexico Pecah & Terbakar
Sebahagian perairan di Teluk Mexico bertukar menjadi ‘lautan api’ apabila saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup dalam satu kejadian semalam. Menurut kenyataan syarikat pengeluar minyak Petroleus Mexicanos (Pemex), ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut tersebut. Kebakaran berskala besar itu berlaku kira-kira 150 meter dari pelantar minyak Ku […]
Penyelam Skuba Ditemukan Lemas Di Pulau Perhentian
PASIR PUTEH, 1 Julai (Bernama) — Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu, dalam kejadian petang tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata mayat mangsa Mohamad Abbass Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 2.40 petang. Beliau berkata […]

(Video) Leka Bergambar Atas Batu Tepi Laut, Sekali Ombak Datang ‘Badai’ Permukaan
Pasangan pelancong di Pulau Dirk Hartog dilaporkan telah dibasahi gelombang besar yang muncul ketika mereka sedang leka menangkap gambar Instagram yang sempurna sambil duduk di atas batu, Selasa lepas (29/6). Menurut Daily Mail, pasangan itu menjelajah ke pulau yang merupakan tempat pelancongan terkenal di Shark Bay, Australia Barat lalu memutuskan untuk mengambil gambar. Jelas mereka, […]
Purata Dua Kes Bunuh Diri Berlaku Setiap Hari Dari 2019 Hingga Mei 2021, Masalah Duit Dan Tekanan Antara Punca
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Sri Abd Jalil Hassan mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan makluman statistik kes bunuh diri, pagi tadi. Kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes. Manakala pada tahun 2020 sebanyak 631 kes dan bagi tempoh Januari hingga Mei 2021 pula berjumlah 468 kes. […]

(Video) Detik Cemas Kereta Seakan Hilang Kawalan Rempuh Pam Minyak Sebelum Terbakar
Situasi mimpi buruk telah terakam dalam video apabila sebuah kereta yang terkeluar dari jalan raya California merempuh stesen minyak tempatan dan menyebabkan salah satu pam petrol meletup. Kejadian dramatik itu berlaku di Ceres, California, kira-kira 80 batu di selatan Sacramento, pada Ahad lepas, lapor portal Fox32chicago. Menurut sumber, sebuah kereta Sedan merah yang hilang kawalan […]

“Bila-Bila Masa Akan Meletup,” Tak Perasan Paip Gas Bocor, Api Dah Sambar Tong Gas, Ini Anda Perlu Buat
Tindakan pantas oleh seorang lelaki menyelamatkan anak dan isterinya ketika api sedang marak di dapur berpunca daripada kebocoran gas di kediamannya. Bagaimanapun ia berjaya dipadamkan selepas lelaki menggunakan cara yang betul untuk memadam kebakaran tersebut. Oleh itu, setiap orang perlu pastikan keadaan gas di rumah anda selamat untuk digunakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak […]
Kapal Senget Sebelum Tenggelam Di Selat Bali, Mangsa KMP Yunice Kongsi Detik Cemas
Malam semalam, berlaku satu tragedi hitam di Indonesia apabila kapal penumpang KMP Yunice tenggelam di perairan Bali. Tragedi itu telah mengakibatkan enam nyawa terkorban, selain 47 lagi ‘hampir maut’. Dalam masa sama, ada beberapa mangsa turut dilapor hilang dan masih dalam pencarian, selebihnya telah diselamatkan dan dibawa ke Pelabuhan Ketapang di Bayuwangi. Justeru, antara mangsa […]

(Video) “Dengar Ada Budak Jerit Minta Tolong,” Tong Gas Rumah Jiran Terbakar, Tindakan Pantas Lelaki Ini Selamatkan Keadaan
Tatkala kita sibuk menguruskan hal rumah pada musim pandemik ini, sebagai jiran yang bertanggungjawab sentiasalah pantau keadaan jiran terdekat disekeliling rumah. Bukan apa, risau ada sesuatu kecemasan yang berlaku. Ada satu kejadian di sebuah pangsapuri di mana, ada berlaku kebakaran di rumah tersebut dan ada suara anak kecil meminta pertolongan. Mujur, ada jira yang sangat […]

Kisah Misteri Putroe Neng, 99 Orang Suaminya Meninggal Dunia Saat Malam Pertama Kecuali Lelaki Ke-100
Indonesia mempunyai pelbagai kisah perjuangan yang menarik. Bukan sahaja sang lelaki yang menjadi pahlawan, malah ada juga pejuang tanah bangsa yang dianggotai oleh kaum wanita seperti Cut Nyak Dien dan Cut Matia di Aceh. Seorang lagi pahlawan Aceh yang dikenali ialah Putroe Neng. Mengimbas sejarah, Putroe Neng atau nama asalnya Nian Nio Lian Khie merupakan […]
Lebih 880 Orang Awam Maut, 126 Dihukum Mati Sejak Rampasan Kuasa Di Myammar
NEW YORK, 30 Jun (Bernama)- Sekurang-kurangnya 883 orang awam terbunuh di tangan tentera Myanmar manakala 126 lagi dihukum mati sejak rampasan kuasa tentera awal Februari lalu, lapor Sputnik. “Menurut laporan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar, tentera telah membunuh sekurang-sekurangnya 883 orang awam tidak bersenjata manakala 40 lagi dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan. “Selain […]

24 Tahun Berlalu, Bomba Malaysia Bantu Negara Indonesia Padam Kebakaran Hutan Di Sumatera Selatan
Masihkah kita ingat kembali satu peristiwa yang berlaku di negara jiran sehingga memberi impak yang dashyat kepada beberapa negara lain termasuklah Malaysia? Ya, pada tahun 1997 hingga 1998, kejadian kebakaran hutan secara terbuka di Bayung Lincir, Selatan Sumatera. Peristiwa ini telah mengimbau kembali saat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertungkus lumus mencurah bakti bersama-sama pasukan […]

Lelaki Tolak Isteri & 2 Anak Perempuan Ke Dalam Perigi Kerana Berang Tak Dapat Anak Lelaki
INDIA- Seorang lelaki dilaporkan menolak isteri dan dua anaknya ke dalam perigi. Pelaku, Raja Bhaiya Yadav, 42 tahun berasal dari Chhaterpur, Madhya Pradesh, India. Akibat perbuatannya, salah seorang anaknya yang berusia lapan tahun mati, lapor Hidustan Times. Dilaporkan, pelaku berbuat demikian kerana isterinya gagal memberikannya anak lelaki. Menurut Kompas.com, isteri dan dua anaknya tinggal sementara […]
Belon Panas Pecah, 5 Penumpang Termasuk Pengemudi Maut
MEXICO- Kesemua mangsa yang menaiki belon panas maut kerana belon panas pecah di New Mexico, lapor pihak berkuasa negeri pada 27 Jun. Susan Montoya, 65 tahun, John Montoya, 61 tahun dan pengemudi Nicholas Meleski, 62 tahun antara mangsa kejadian, lapor Albuquerque Journal. Manakala dua mangsa lagi, Martin Martinez, 59 tahun bersama isterinya Mary, 62 tahun […]

(Video) TERKINI: Kapal Bawa 41 Penumpang & 12 Kru Tenggelam Di Selat Bali, 6 Dilapor Maut
Sebuah kapal yang membawa 41 penumpang dan 12 kru kapal tenggelam di Selat Bali, Indonesia, lapor Bernama. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada arus kuat, menyebabkan kapal berkenaan hanyut sebelum tenggelam. Sehingga jam 10 malam waktu tempatan, seramai 47 orang berjaya diselamatkan manakala enam ditemui terkorban, tulis Bernama. Sementara itu menurut CNN Indonesia, kapal tersebut dalam […]