BeritaTragedi

Berita
(Video)”Paru-paru Kami Terbakar,” Kebakaran Hutan Di Turki Dilapor Ragut Enam Nyawa, Cederakan Kira-kira 200 Yang Lain
“Paru-paru kami terbakar, masa depan kami terbakar,” kata Muhittin Bocek, Datuk Bandar Antalya ketika ditemubual mengenai kebakaran di Turki. Lapor New York Times, kebakaran itu telah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa sejak ia bermula pada Rabu. Menurut portal itu, kejadian yang dipercayai mungkin berpunca daripada perbuatan khianat atau kecuaian manusia itu telah mencederakan kira-kira 200 yang […]
Berita
(Video) Bagaikan ‘Direbus’ Hidup-hidup, Rakaman Ikan ‘Terluka’ Dipercayai Akibat Suhu Air Tinggi Ketika Gelombang Panas
Cuaca panas yang melanda pada waktu ini bukanlah hanya terkesan kepada manusia, namun turut menjejaskan makhluk lain termasuklah hidupan laut. Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, ikan Salmon di Sungai Columbia juga terdedah kepada suhu air yang tidak dapat dinyalakan yang menyebabkan mereka ‘tercedera’ akibat luka merah melalui gelombang panas yang meletus di barat laut […]
Berita
Lelaki Ditemukan Mati Dipercayai Dibunuh
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi. Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada […]
Berita
Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Mersing
MERSING, 31 Julai – Seorang lelaki maut manakala isterinya mengalami sakit dada selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer Satu, Jalan Mersing-Endau berhampiran pekan Endau di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia, Ali K. Moideen Kutty, 59, […]
Luar Negara
Remaja OKU Bertarung Nyawa Ditikam 60 Kali, Dipercayai Angkara Rakan Sendiri
Seorang remaja perempuan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan kini bertarung nyawa untuk hidup setelah ditikam sebanyak 50 hingga 60 kali. Menurut Mirror, remaja yang berusia 16 tahun itu telah ditemui di sebuah padang di Sittingbourne, Kent, United Kingdom pada 22 Julai dengan kesan tikaman yang serius. Dia kini berada di hospital London dan […]
Luar Negara
(Video) Doakan Turki, Dilanda Bencana Hutan Terbakar & Ragut 4 Nyawa Setakat Ini
Kebakaran besar dilaporkan telah melanda di beberapa buah kampung dan pusat peranginan di pantai Mediterranean dan Aegean di selatan Turki. Memetik laporan BBC News, setakat ini seramai empat orang telah terkorban dalam kebakaran itu dan puluhan telah dibawa ke hospital. Media itu turut melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 60 kebakaran dilaporkan setakat ini. Ia dipercayai bermula sejak […]
Berita
Lelaki Maut, Rakan Parah Dilanggar Ketika Tukar Tayar
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika kedua-duanya dipercayai sedang menukar tayar kereta di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (Arah Skudai), semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.15 pagi dengan […]
Berita
Dua Wanita Lalui Detik Cemas Dipanah Petir Ketika Daki Gunung, Alami Pendarahan & Tak Sedarkan Diri
Dua orang pendaki wanita dilapor telah dikejarkan ke hospital setelah dipanah petir ketika berada di atas sebuah gunung di Wales. Menurut Daily Mail, nasib dua orang pendaki di gunung Snowdon itu sememangnya tidak baik kerana cuaca buruk yang melanda di wilayah itu pada petang semalam. Anggota penyelamat mengatakan bahawa ketika berada di puncak setinggi 3,560 […]
Luar Negara
(Video) ‘Dicabar’ Bunyi Bising & Hon Kereta, Gajah Mengamuk Pijak Budak Sampai Maut
Seorang kanak-kanak lelaki dilapor maut akibat dipijak gajah yang dipercayai ‘naik minyak’ dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Letekujan dalam wilayah Assam, India baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video, pada awalnya gajah-gajah tersebut menyeberangi sebatang jalan kampung secara berkumpulan, dipercayai ingin ke kawasan kebun di seberang. Bagaimanapun ketika itu, ramai penduduk kampung berada di jalan […]
Berita
(Video) Pesawat Peribadi Terhempas Di Amerika, Semua 3 Penumpang Maut, Tular Rakaman Api Marak Kejadian
Sebuah pesawat peribadi dilapor terhempas di Lake Tahoe, California di Amerika Syarikat, petang Isnin waktu tempatan. Kejadian berkenaan menyebabkan kesemua 3 penumpang terkorban. Menurut Daily Mail UK, satu rakaman api marak dipercayai akibat impak ketika terhempas turut tular di media sosial. Kemalangan berkenaan dikatakan berlaku di kawasan hutan kecil dan api yang terhasil turut menyebabkan […]
Berita
(Video) Asap Tebal Penuhi Langit, ‘Ancaman Melampau’ Setelah Letupan Di ‘Tapak Kimia’, Seorang Dilapor Maut
Letupan yang berlaku di sebuah taman kimia telah menggegarkan bandar Leverkusen di Jerman Barat pada Selasa dan menyebabkan udara di bandar itu tercemar serta dipenuhi ‘awan’ hitam besar. Menurut Daily Mail, tragedi itu berlaku di bahagian laman tempat pembakaran sampah iaitu kira-kira 20 kilometer (13 batu) utara Cologne di sungai Rhine. Letupan itu telah menyebabkan […]
Berita
Pilu, Ibu Dan Bayi Enam Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Buah Kereta
Satu kemalangan jalan raya dilaporkan telah berlaku di Ladang CEP Simpang Renggam pada petang tadi dan menyebabkan dua kematian melibatkan seorang perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan. Lebih memilukan, mangsa yang maut merupakan seorang ibu dan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan, lapor Kosmo. Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di […]
Berita
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu […]
Berita
“Kepala Bayi Dah Nak keluar Ni,” Anggota Bomba Jadi ‘Bidan’ Sambut Kelahiran Bayi Di Balai Bomba
SHAH ALAM, 25 Julai – “Kepala bayi sudah hendak keluar dah ni!” jeritan seorang ibu yang berada dalam kesakitan hendak melahirkan anak semalam masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini. Pengalaman menyambut bayi perempuan di tempat duduk hadapan kereta di perkarangan tempat bekerja beliau di Balai Bomba dan Penyelamat […]
Berita
Lelaki Disambar Api Lompat Pagar Kedai Minta Tolong
GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh yang badannya melecur teruk akibat disambar api setelah terlibat dalam kebakaran terpaksa melompat pagar sebuah rumah bagi meminta bantuan di Jalan Penang di sini hari ini. Mangsa yang berusia 40-an itu berlari keluar dari rumah kedai dua tingkat yang terbakar bagi meminta tolong sebelum orang awam […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Maut Dipatuk Ular
SEREMBAN, 24 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur setahun lima bulan maut setelah dipercayai dipatuk ular semasa bermain di dalam rumah di Kampung Seberang Batu Hampar, di Rembau, semalam. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad sedang bermain dengan abangnya berusia tiga […]
Berita
Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Di Kampar
IPOH, 23 Julai (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak di Kampar, 40 kilometer dari sini, tengah malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an manakala isterinya Ngah Dimah Tamin berumur 60-an […]
Berita
Kanak-kanak Lelaki Dua Tahun Ditemukan Lemas Di Tawau
TAWAU, 22 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan lemas di kawasan sungai Kampung Kuala Apas di sini, tengah hari tadi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa ditemukan pada 12.25 tengah hari oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius […]
Luar Negara
(Video) Detik-detik Puting Beliung ‘Serang’ Bandar Hebei Di China, Dua Penduduk Dilapor Terkorban
Sekurang-kurangnya dua orang penduduk kampung dilaporkan telah terkorban dalam kejadian angin puting beliung yang melanda daerah Qingyuan di Baoding, Wilayah Hebei, China pada petang Rabu. Menurut China Daily, puting beliung melanda kampung Donglyu sekitar jam 5 petang disusuli oleh ribut dan hujan batu selama lebih kurang 30 minit. Kerajaan tempatan telah menghantar pasukan penyelamat termasuk […]
Berita
(Video)”Masa Adalah Nyawa,” Penumpang Cerita Detik Cemas Terperangkap Dalam Tren Ketika Banjir, 15 Minit Air Sampai Paras Leher
Bagi para penumpang yang terperangkap dalam kereta api bawah tanah di Zhengzhou pada Selasa lalu, mereka bagaikan berlumba dengan masa. Hidup dan mati mereka bergantung kepada kepantasan pasukan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang semakin cemas menyaksikan peningkatan air dalam tempoh yang singkat. Dalam hanya 15 minit sahaja, air dari paras dada menaiki hingga ke leher […]