Berita›Tragedi
Tiga Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Ketika Cari Kepah
SETIU, 8 Okt (Bernama) — Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mencari kepah bersama keluarga di muara Sungai Kampung Mangkuk di sini hari ini. Ketiga-tiga mereka yang hilang ketika air pasang kira-kira 5.30 petang itu adalah Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11 dan adik lelakinya Muhammad Aryyan Faheem, 7 serta seorang saudara mereka, Nur Amni Insyirah […]
(Video) Detik-detik Lubang Besar ‘Telan’ Kereta Di China, Satu-persatu Jatuh Terus ‘Lesap’
Menakutkan, beberapa kenderaan di sebuah tempat parkir di China dilaporkan telah ‘ditelan‘ lubang besar secara tiba-tiba. Menerusi video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, kereta milik orang awam dilihat pada awalnya ‘tergantung’ di tepian sebelum jatuh satu persatu di dalam lubang besar itu. Difahamkan, keadaan itu berlaku selepas hujan yang lebat melanda di wilayah […]
Lelaki Warga Emas Ditemukan Lemas Di Kolam Ikan Kampung Sungai Buloh
JELEBU, 7 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin. Beliau berkata mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, ditemukan oleh orang awam pada pukul 7.40 malam dalam keadaan tertiarap di permukaan air. “Sepasukan polis dibantu anggota […]
Lelaki Menderita Buah Zakar Digigit Lipan Ketika Tidur, Tapi Pegawai Cakap Layak Untuk ‘Claim’ Insurans
Seorang lelaki di Taiwan yang tidur di atas lantai dalam keadaan bogel setelah penat mengemas rumah seharian nyaris maut apabila mendapati buah zakarnya digigit lipan. Lelaki malang tersebut, Ye menerangkan, pangkal pehanya berasa sangat sakit ketika terjaga dari tidur sebelum menyedari bahawa lipan tersebut telah tenggelam ke skrotumnya. “Saya terkejut dan pada awalnya saya cuba […]

Lelaki Warga Emas Ditemukan Lemas Di Kolam Ikan Kampung Sungai Buloh
JELEBU, 7 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh, di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin. Beliau berkata mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, ditemukan oleh orang awam pada pukul 7.40 malam dalam keadaan tertiarap di permukaan air. “Sepasukan polis dibantu anggota Balai Bomba […]
Kebakaran: 128 Hilang Tempat Tinggal, 16 Rumah Musnah Di Telipok
KOTA KINABALU, 7 Okt (Bernama) — Seramai 128 orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 16 rumah di Skim Penempatan Telipok, Jalan Tuaran, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Tuaran bergegas ke […]
(Video) Gempa Bumi Kuat Gegar Pakistan, Sekurang-kurangnya 20 Terbunuh & Ratusan Lagi Cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan telah terbunuh dan lebih 300 cedera dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah selatan Pakistan dengan kekuatan 5.9 skala Richter, pada awal pagi Khamis. Menurut US Geological Survey (USGS), gempa itu telah melanda daerah terpencil iaitu di pergunungan Harnai di wilayah Balochistan sekitar jam 3 pagi waktu tempatan. USGS pada awalnya […]
Kanak-kanak Enam Tahun Lemas Ketika Berkelah Di Pantai Seaview, Tanjung Gemok
PORT DICKSON, 6 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata keadaan angin dan ombak yang kuat menyebabkan Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam gagal diselamatkan sebelum mangsa ditemukan kira-kira 100 meter […]
Suspek Tiba-Tiba Rebah Dan Tak Sedarkan Diri, Lelaki Disyaki Edar Dadah Mati Mengejut Ketika Serbuan Polis
Seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti mengedar dadah dilaporkan maut dalam serbuan pihak polis di sebuah flat, petang semalam. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, suspek dikatakan bertindak agresif semasa diserbu Bahagian Siasatan jenayah Narkotik, sekitar jam lima petang. Suspek dilaporkan cuba menyerang pasukan serbuan dengan menggunakan sabit bagi mengelak ditangkap. […]
Pesara Kerajaan Ditemukan Lemas Di Pantai Batu 4, Port Dickson
PORT DICKSON, 5 Okt (Bernama) — Mayat seorang persara kerajaan yang lemas selepas mandi di laut ditemukan di tepi pantai Batu 4 1/2, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59, merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau berkata mayat mangsa ditemukan […]

Lelaki Meninggal Dunia Setelah Beberapa Minit Dapat Bertemu Ayahnya Yang Terpisah 35 Tahun
Hari gembira seorang lelaki yang dapat bertemu kembali dengan ayah kandungnya setelah terpisah selama berpuluh-puluh tahun akhirnya bertukar menjadi tragedi. Paul Cowell, 56, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah camper van dalam satu kemalangan ngeri di Isle of Man, Ireland baru-baru ini. Difahamkan, punca kemalangan tersebut dipercayai disebabkan Paul gagal mengawal penglihatan ekoran […]

Ahli Perniagaan Maut Dipercayai Terjatuh Kondominium
GEORGE TOWN, 5 Okt (Bernama) — Seorang ahli perniagaan ditemukan mati, dipercayai akibat terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki berusia 53 tahun dan terlibat dalam sektor hartanah itu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya. “Buat masa ini […]
Suami, Isteri Maut Ditetak Anak
KUANTAN, 5 Okt (Bernama) — Sepasang suami isteri warga emas maut dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang Hulu, Benta dekat sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 10.30 malam ketika suspek berusia 31 tahun itu dikatakan […]
(Video) Pesawat Persendirian Bawa Penumpang Dilapor Rempuh Bangunan, 8 Termasuk ‘Pilot’ Terkorban
Sebuah pesawat peribadi dilapor telah terhempas di Milan, Itali hingga mengakibatkan tujuh penumpang dan seorang juruterbang terkorban. Difahamkan, pesawat Pilatus PC-12 itu pada asalnya baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Linate untuk menuju ke Pulau Sardinia. Bagaimanapun menurut BBC, pesawat berkenaan dilapor terhempas dan merempuh sebuah bangunan pejabat di bandar tersebut tidak lama kemudian. Rai […]

Remaja Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Sungai Miri, Labuan
LABUAN, 3 Okt (Bernama) — Seorang remaja hilang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda di sebuah pantai Sungai Miri dekat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini hari ini. Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba […]
Pemandu Lori Rentung Sempat Pesan Pada Ibu Jangan Menangis Jika Kehilangan Orang Tersayang
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) — Pemandu syarikat penghantaran yang rentung selepas lori dipandu terbabas lalu terbakar di Jalan Tasik Utara, Larkin dua hari lepas, sempat berpesan pada ibunya supaya tidak menangis sekiranya orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Ibu Mohamad Mustaqim Ismadi, 23, Maglita Varshay Ibrahim, 49, berkata arwah mengungkapkan perkara itu ketika ibunya […]

Pokok Tumbang Hempap Kereta, Dua Beranak Terselamat
SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Berpantang maut sebelum ajal, demikian detik cemas dilalui dua beranak yang terselamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Raja Nong menghala ke Taman Sentosa, Klang pagi tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata insiden tersebut melibatkan sebatang pokok getah setinggi 80 kaki tumbang melintang jalan […]
(Video) Semakin Melarat, Lava Dari Gunung Berapi Di Sepanyol Dilapor Telah Sampai Ke Lautan Atlantik, Bebaskan Gas Bertoksik
Menimbulkan kebimbangan, lava dari gunung berapi yang meletus di Pulau La Palma di Sepanyol makin melarat apabila ia dilaporkan telah sampai ke Lautan Atlantik. Menurut BBC, masyarakat dan pakar alam sekitar di sana bimbang mengenai letupan dan pelepasan gas toksik dari lava itu. Menerusi rakaman yang disiarkan oleh saluran TV tempatan, asap putih dilihat menyelubungi […]

Dua Pakar Beri Keterangan Bercanggah – Peguam
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Peguam Amer Hamzah berkata keterangan pendakwaan berhubung punca kematian hanya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan keenam (SP6), ahli […]

(Video) Penduduk Berdepan Detik Cemas, Puting Beliung Bawa Angin Kuat Dengan Bunyi Menakutkan Membadai Kawasan Rumah
Penduduk Taman Bagan Kurnia, Kuala Lukut terpaksa melalui detik-detik cemas apabila puting beliung yang membawa angin kuat membadai kawasan perumahan mereka kira-kira 10.30 pagi tadi. Menurut laporan ringkas Bernama, angin puting beliung seperti yang dirakam dan dimuat naik ke Twitter sebentar tadi didakwa turut mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Difahamkan, rakaman video memaparkan fenomena puting beliung […]