Berita›Tragedi

Taburan Hujan Tinggi Di Beberapa Negeri, Ini 13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Penduduk Setempat Perlu Tahu
Berikutan berita mengenai cuaca Monsun Timur Laut yang melanda negara, sudah banyak kawasan di beberapa buah negeri mula menerima taburan hujan yang tinggi. Keadaan ini juga telah menyebabkan berlakunya bencana alam banjir yang dapat menjejaskan kawasan dan merisikokan keselamatan penduduk. Bukan itu sahaja, turut dilaporkan beberapa kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan berterusan. Sudah […]
Hujan Sangat Lebat Diramal Di Perak, Pahang, Selangor Hari Ini
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang […]
“Air Paras Kepala..,” Facebook Dipenuhi Rayuan Dipercayai Mangsa Banjir Mohon Bantuan, Ada Yang Minta Diselamatkan
Penduduk di Lembah Klang hari ini menghadapi detik-detik genting apabila ditimpa musibah banjir akibat daripada hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam. Ketika ini, ada yang masih lagi terperangkap di jalan raya dan tidak kurang juga ada penduduk yang sedang menunggu bantuan kerana rumah sudah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung. Menerusi tinjauan di dalam […]
Tanah Runtuh Dan Pokok Tumbang, Lelaki Mohon Bantuan, Dakwa 20 Kereta Terperangkap Di Jalan Bukit Tangga Jelebu
Keadaan cuaca hujan lebat yang berterusan hingga ke saat ini telah menyebabkan banyak jalan raya di beberapa negeri terkesan kerana dinaiki air. Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook di Group Anak-anak Jelebu, sekurang-kurangnya 20 kenderaan dipercayai telah terperangkap berdekatan tokong Cina, Bukit Tangga, Jelebu akibat tanah runtuh. Menerusi kiriman itu, Mohd Faizal Nor Azmi […]
Aset Tentera, Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Dikerah Selamatkan Mangsa Banjir-PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi ketua Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset tentera, polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan agensi-agensi sokongan lain untuk memindahkan mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas. Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat juga perlu memastikan bekalan makanan serta keperluan selain khidmat kesihatan […]

Bantu Rakan Baiki Kereta Sebelum Jadi Korban Nahas – Adik
SHAH ALAM, 18 Dis (Bernama) — “Saya sempat berbual dengan abang kira-kira pukul 10 malam tadi ketika beliau pulang dari kerja dan bersiap-siap untuk keluar semula difahamkan bagi membantu rakannya yang mengalami kerosakan kereta di jalan raya,” kata Muhamad Farhan Rolex. Muhamad Farhan, 24, adik kepada Mohamad Rahimi Rolex, 27, yang merupakan seorang daripada 10 mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri berhampiran kawasan Rehat & Rawat […]

Kemalangan Maut Lebuhraya Elite: Pemandu Lori Ditahan Bantu Siasatan – Polis
Pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut melibatkan 10 individu di Lebuhraya Elite malam tadi telah ditahan untuk membantu siasatan. Perkara tersebut dimaklumkan pihak polis menerusi laporan ringkas Bernama, sebentar tadi. Sebelum itu, 10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, pada […]

Tragis, 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler
10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, lapor Sinar Harian. Menurut laporan, lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam nahas tersebut. BACA: Kemalangan Maut Lebuhraya Elite: […]

Operator Kilang Ditemui Maut, Terjatuh Dari Motor Semasa Redah Banjir Di Gambang
Seorang operator kilang ditemukan maut selepas dilapor terjatuh daripada motosikalnya semasa meredah air banjir di Jalan Kubur di Gambang, Kuantan hari ini. Kes tersebut dimaklumkan pihak polis, menurut perkongsian ringkas Bernama di Twitter sebentar tadi. Maklumat lanjut mengenai mangsa dan kejadian akan dilaporkan kemudian. Berita penuh menyusul. Seorang operator kilang ditemukan maut selepas dilaporkan terjatuh […]

(Video) Pokok Tumbang, Bandar Dinaiki Air, Warganet Kongsi Keadaan Kuantan Dilanda Banjir Hari Ini
Beberapa kawasan di sekitar Kuantan, Pahang dilapor dinaiki banjir ekoran cuaca hujan yang berterusan sejak beberapa jam yang lalu. Beberapa foto dan video keadaan banjir sempat dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh agensi berita Bernama dan beberapa sumber awam lain. Menurut perkongsian ringkas Bernama, antara lokasi terjejas banjir di sekitar Kuantan termasuklah di […]

Dua Beradik Maut, Tiga Cedera Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak
KUANTAN, 17 Dis (Bernama) — Dua beradik maut, manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di Bentong awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan dipercayai berlaku pada 3.20 pagi itu melibatkan sebuah keluarga […]
Lelaki Didakwa Rogol & ‘Lemaskan’ Ibunya Dengan Bantal Sampai Mati
Seorang lelaki yang menghidapi sakit mental telah dituduh memperkosa dan melemaskan ibunya yang berusia 83 tahun dengan bantal dalam sebuah kes yang mengejutkan Greece. Tuduhan yang dibuat lebih memeranjatkan apabila pelakunya ialah orang yang sama yang telah membunuh neneknya 28 tahun lalu. Menurut pemeriksa perubatan, Victoria Papastergiou meninggal dunia kerana dia telah dicekik. Dia dibunuh […]
(Video)”Meremang Bulu Roma,” Rakaman Ular Tedung Selar Ditangkap Belakang Kabinet TV Bikin Risau
Kejadian ngeri seperti haiwan-haiwan berbisa masuk ke rumah sememangnya membuatkan ramai orang tidak tentu hala jadinya. Lebih-lebih lagi pada musimnya, dah seperti pakej percutian dah buat haiwan-haiwan tersebut tumpang ‘menginap’ di rumah, terutamanya spesis ular. Apabila berlaku sahaja situasi ini, memang kecut perut semua dan mulalah berasa panik memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk menjaga diri serta […]
Amaran Banjir Di Kuala Krai, Jeli Bermula Esok – JPS
KOTA BHARU: Amaran banjir dijangka berlaku oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di jajahan Kuala Krai dan Jeli bermula esok. Kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan itu hari ini telah menyenaraikan beberapa lokasi di dua jajahan tersebut yang dikenalpasti bakal berlakunya banjir jikaa hujan lebat berpanjangan di lembangan Sungai […]

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Melombong Emas
SETIU – Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah semasa melakukan kerja-kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk, petang semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang menyebabkan mangsa yang berusia 34 tahun maut di lokasi kejadian. Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa bersama bapanya melakukan kerja-kerja melombong di kawasan berkenaan sebelum berlakunya runtuhan yang menyebabkan mangsa […]

(Video) Detik Kereta Audi Dihanyut Arus Deras Apabila Pemandu Tekad Nak Redah
Sebuah rakaman video tular apabila sebuah kereta Audi hanyut selepas pemandunya dipercayai cuba menyeberangi sungai yang deras di Romania, lapor Daily Mail. Video itu dipercayai dirakam di sungai Teleajen di daerah Prahova, Romania dan dikongsikan di halaman Facebook Info Trafic Prahova. Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki berumur 30 tahun yang merupakan pemandu kereta mewah […]

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas Pasangan Pengantin Terjatuh Dari Buaian Ketika Gimik Perkahwinan
Setiap pasangan pengantin tidak sabar menanti detik-detik majlis perkahwinan mereka. Oleh itu, pelbagai kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh bakal pengantin untuk menjadikan majlis mereka unik dan lebih diingati. Lebih-lebih lagi di India, sekarang merupakan musim perkahwinan. Namun, satu kejadian tidak diduga apabila pasangan pengantin dari Raipur di Chhattisgarh dikatakan cedera gara-gara buaian besar yang dinaiki […]
Sebuah Lori Tangki Minyak Meletop, 62 Maut Terbakar Hidup-hidup
CAP HAITIEN – Sebuah lori tangki minyak yang terbalik telah meletop di Haiti pada Selasa. Insiden tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 62 orang terkorban. Lori itu terbalik setelah pemandu kenderaan itu hilang kawalan kerana mengelak sebuah teksi motosikal di bandar Cap Haitien. Menurut laporan, kesemua mangsa tersebut telah terbakar hidup-hidup. Kejadian berlaku semasa mereka mengerumuni kenderaan […]
Bot Karam 10 Pendatang Tanpa Izin Ditemukan Lemas
Seramai 10 pendatang tanpa izin ditemukan lemas manakala 21 lagi selamat apabila bot dinaiki mereka karam dipercayai akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau, di sini awal hari ini. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kejadian itu dilapor pada 4.30 pagi dan operasi mencari serta menyelamat mangsa yang masih hilang sedang […]

Menyayat Hati, Enam Ekor Zirafah Mati Terbaring Setelah Tersangkut Dalam Lumpur Ketika Kemarau
Gambar menyayat hati menunjukkan sekumpulan enam ekor zirafah terbaring mati selepas tersangkut dalam lumpur di Kenya, lapor Daily Mail. Pakar dilaporkan memberi amaran kemarau yang dialami di negara Afrika boleh membunuh 4,000 haiwan itu. Menurut daripada laporan, gambar haiwan yang berbaring bersama dan tidak bernyawa itu diambil pada hari Jumaat di Konservansi Hidupan Liar Sabul […]