BeritaTragedi

Tragedi
Imbas Kembali, Puting Beliung ‘Gergasi’ Pernah Serang Kedah Pada 2014 Dahulu
Selepas banjir dan ribut, Malaysia diuji sekali lagi dengan ribut angin puting beliung yang melanda bumi Perak, semalam. Kejadian di Ipoh semalam tular di setiap penjuru media sosial. Disebabkan itu, terdapat banyak rumah-rumah telah musnah dan ranap disebabkan impak kejadian tersebut. Namun, laporan terperinci mengenai mangsa serta kematian belum dilapor setakat ini. Biasanya puting beliung […]
Berita
Perhilitan Tangkap Gajah Liar Masuk Kampung Di Jerteh
JERTEH, 30 Jan – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah jantan liar di Kampung Padang Tapong, di sini semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung gajah liar yang dilihat berkeliaran di sekitar kampung berkenaan sebelum ini. “Kakitangan […]
Berita
Pekerja Penyelenggara Maut Terjatuh Di Ruang Lif
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) – Seorang lelaki ditemukan maut akibat terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat membeli belah di Jalan Loke Yew, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Pasukan bomba yang tiba di […]
Berita
Pemandu Nissan Navara Rempuh Toyota Velfire Didapati Positif Dadah
Pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terlibat satu kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan empat sekeluarga maut di simpang empang Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) didapati positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine. Memetik laporan Utusan, pihak polis turut menjumpai tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda […]
Berita
Ribut Petir, Hujan Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Minggu Depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri […]
Berita
Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Kenderaan Langgar Lampu Merah
KUANTAN, 28 Jan (Bernama) — Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 3.10 petang itu […]
Luar Negara
Gara-Gara Nak Selfie, Pemuda Maut Terjatuh Dari Gunung Setinggi 700 Kaki
Seorang pendaki dilaporkan terjatuh dari ketinggian 700 kaki selepas tergelincir semasa ingin berswafoto atau selfie di puncak gunung. Memetik laporan DailyMail, lelaki berusia 21 tahun itu sedang berkhemah bersama rakan-rakannya di Puncak Flatiron, sebuah kawasan pergunungan di Arizona di Taman Negara Lost Dutchman. Pihak polis setempat dikatakan menerima laporan lelaki berkenaan tergelincir dari salah seorang rakan […]
Berita
(Video) 13 Rumah Terjejas Akibat Hujan Lebat, Ribut Di Shah Alam
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Tiga belas rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di sini adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam petang tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ribut […]
Berita
40 Rumah Di Kampung Kebun Bunga Rosak Akibat Ribut, Hujan Batu
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi. Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil […]
Luar Negara
Ini 10 Tragedi Hujan Batu Paling Teruk & Dahsyat, Ais Gugur Sebesar Bola Lisut
Hari ini sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan beberapa kawasan yang dilanda hujan batu. Video yang tular tersebut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, manakan tidak benda jarang-jarang berlaku kan? Tapi tahu tak terdapat kawasan yang dilanda hujan batu sehingga mengakibatkan kerosakan teruk dan mengalami kerugian yang amat besar lagi dahsyat! Mengeksplorasi artikel yang diterbitkan oleh Stacker, […]
Berita
Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Keadaan Kaki, Tangan Terikat Di Sebuah Rumah Di Tampin
TAMPIN, 27 Jan (Bernama) – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu, pada pukul 3.02 petang tadi yang terbaring […]
Berita
Tiga Maut, Empat Cedera Nahas Elak Motosikal Keluar Secara Tiba-Tiba
KUANTAN, 27 Jan – Tiga wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van milik syarikat keselamatan di Kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata nahas yang berlaku pada 2.30 petang itu menyebabkan dua mangsa meninggal dunia di tempat […]
Berita
10 Kenderaan Rosak Dalam Kejadian Hujan Lebat, Angin Kuat Di Seksyen 13
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) — Sepuluh kenderaan dilaporkan rosak susulan hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan Seksyen 13, dekat sini petang tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]
Berita
(Video) “Hujan Batu, Hujan Batu…” Orang Ramai Cemas Hujan Batu & Ribut Melanda Shah Alam Sebentar Tadi
Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Khamis. Ini berikutan beberapa rakaman yang tular di media sosial. Kejadian sekitar jam 5.30 petang itu berlaku dipercayai di kawasan Shah Alam. Fenomena itu menjadi tular di laman media sosial apabila ramai warganet berkongsi perihal hujan batu tersebut. Difahamkan menerusi satu video yang […]
Berita
Tiga Lelaki Maut Kemalangan Di Rompin
KUANTAN, 27 Jan (Bernama) — Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta Proton Saga dinaiki ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kereta BMW X1 di laluan bertentangan, di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, pada 4.26 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata setakat ini, […]
Tragedi
Gempa Bumi Landa Utara Kalimantan Pagi Tadi, Gegaran Dirasai Hingga Limbang & Lawas, Sarawak
Satu gegaran gempa bumi lemah dilapor berlaku di Utara Kalimantan, Indonesia pada 5.08 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Menurut jabatan itu, pusat gempa yang bermagnitud 3.0 pada skala Ritcher tersebut berlaku di koordinat 4.3° Utara dan 116.3° Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 46 kilometer Barat Daya dari Sapulut, Sabah dengan berkedalaman kira-kira […]
Berita
Lelaki Dakwa Beli Pulut Bakar Berintikan ‘Ubat Stapler’, Ini Aktanya Kalau Terjadi Kat Korang
Dawai kokot atau lebih dikenali ubat ‘stapler’ biasanya digunakan di pejabat dan ianya nampak tidak berbahaya tetapi penggunaannya dalam pembungkusan termasuk makanan boleh mencetuskan bahaya jika ditelan atau dipijak. Bayangkan korang tengah enak menjamah makanan kegemaran, tetiba korang tergigit satu benda keras dan bila dikeluarkan dari mulut ianya adalah dawai kokot, apa perasan korang? Mesti […]
Kebajikan
“Dah Sebulan Nenek Tak Tahu Macam Mana Nak Bina Rumah..”
Sebulan telah berlalu, mungkin ada yang masih dalam keadaan trauma akibat banjir yang menimpa sebahagian rakyat Malaysia baru-baru ini. Kehilangan harta benda dan juga kemusnahan teruk rumah mereka pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam. Tidak terkecuali Rohana Mahfuz, seorang nenek yang berusia 76 tahun yang kehilangan rumah dek dihanyutkan oleh arus deras banjir. Menurut kenyataan […]
Berita
Tanah Mendap Di Serdang: MBSJ Pasang Cerucuk Besi Elak Runtuhan
SERDANG, 26 Jan — Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sejak malam tadi mula memasang cerucuk besi di tebing longkang besar berhampiran lokasi kejadian tanah mendap di Jalan LP 1A/2, di sini, semalam. Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata pemasangan cerucuk besi oleh kontraktor yang dilantik MBSJ itu, adalah sebagai langkah keselamatan berikutan hasil pemantauan Jabatan Kejuruteraan […]
Berita
Paip Pecah Di Seksyen 15, Ini Senarai Penuh 142 Kawasan Di Petaling & Klang Alami Gangguan Air Tak Berjadual
SHAH ALAM, 26 Jan – Susulan insiden paip pecah yang berlaku di Seksyen 15, sebanyak 142 kawasan telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di Petaling dan Klang pada Rabu. Makluman itu dimaklumkan sendiri di akaun Twitter Air Selangor yang memaklumkan bahawa insiden paip pecah tersebut berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh […]